PIHAK BERKUASA PANTAU SAJA.

 



Mohon pihak polis 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗺𝗼. Polis cuma pantau je. Kalau melebihi batasan, 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻. Kalau dibuat secara aman, tak usah diganggu.


Kalau PDRM halang, walaupun atas alasan mengikut undang-undang, tetap 𝗣𝗠𝗫 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻. Kan bagi pembangkang dan LFL, 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.


Aku pun teringin nak tengok berapa ramai yang akan hadir. Mungkin ini baik bagi mengingatkan kerajaan yang 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶. Ini proses biasa demokrasi. Jadi biarkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HALIMUNAN DALAM DEWAN

 



Teringat cerita 𝘏𝘢𝘳𝘳𝘺 𝘗𝘰𝘵𝘵𝘦𝘳. Dalam cerita tu ada 𝘪𝘵𝘦𝘮 dipanggil 𝘪𝘯𝘷𝘪𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 𝘤𝘭𝘰𝘢𝘬. Ingatkan benda tu fiksyen je. Rupanya 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱. Adeh. Macam-macam la 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩𝙙𝙖𝙞𝙡𝙮 ni.


Betul ke Hadi ponteng parlimen? Kalau betul, awal sangat dia dah mainkan peranannya. Malang rakyat Marang sebab  𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗮 hanya 𝘁𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗲.


Mungkin kena buat hukuman 𝗿𝗲𝗷𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗶 ke atas MP yang 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 baru boleh dapat kehadiran penuh. Jangan salah faham. Bukan takut kena rejam tapi hukuman begitu barulah 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗸, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗗𝗘𝗣𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 : 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗟𝗬 𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗢𝗥𝗢𝗖𝗖𝗢




Pihak berkuasa Malaysia telah memaklumkan pihak Morocco. Betul lah kata DS Saifuddin Nasution Ismail MDN bahawa Mawla tu Rakyat Algeria. Lebih tepat Algerian-French. Ada kacukan Perancis.


Hahaha...TAPI setelah puas para walaun, untit walamin TAKSUB kafirkan saya, wahabbikan saya, memunafikkan saya...SEMATA-MATA sebab saya tak percaya ini cicit Nabi SELAGI tidak disiasat dan disahkan dokumennya... 


FINALLY... keluar berita terbaharu dari Morocco ni. 𝗠𝗼𝗿𝗼𝗰𝗰𝗼 𝗽𝘂𝗻 𝗻𝗮𝗳𝗶 Mawla ni org Morocco dan nafi dia cicit Nabi. 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 dari 𝗠𝗼𝗿𝗼𝗰𝗰𝗼 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗡𝗲𝘄𝘀 menyatakan Mawla ni Algerian-French mencetuskan 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗔𝗥 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗰𝗶𝗰𝗶𝘁 𝗡𝗮𝗯𝗶. Amik hang...!! 🤣


Skrg macam mana?? Sukahati hgpa je tuduh org yg mahu Mawla disiasat terlebih dahulu sebagai wahabbi, kafir dan munafik?? Aku ASWJ pun diwahabbikan hanya kerana 𝗵𝗴𝗽𝗮 𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 Mawla. Tapi taknak mengaku kan?? Hahaha...


Biasaklah puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝. Depa kafirkan kita sipi2 lepastu kata tak kafirkan pun? Minta bukti. 𝗧𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗨𝗡𝗢. Takpe...Malaikat mencatat, Allah tahu walau ia 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛.


Wallahualam.


- Zus Din 

26022024

**********

Link : https://www.facebook.com/MoroccoWorldNews/posts/pfbid02MgDm1eYfBj4FMM4XyyV7gh5w4kk5neqj1m4s2SqdhSL7DQWJdw3uZAf76HS6qg77l



BANYAK BENDA LA...


Che Ibrahim


 Makna dia ikan pun kena buang perut dulu baru timbang? 

Limau kena buang kulit dulu.....?


Islam itu mudah, jangan menyusahkan.



HAAAA..TU DIA....WAKALIPUT LA KALI NI....


 

WOIIII- BERJAYA PALA TOYA APA NIH..KAH..KAH..KAH


 

TOYA MATMIN BETOI- AWAT WALAUN TAK PI HINGGIT PAGAQ MB KESAYANGAN HANGPA NU


 

ZAHID KATA DAH SERIK SEBAB PAS TAK IKLAS...


 

WAKALIPUT- NOH TITAH AGONG ,LEBAI TAK BOLEH ANGAN ANGAN TEBUK ATAP LAGI.


 

PENJELASAN ISU PEMECATAN DATO AMMAR DAN FITNAH WALAUN

 PENJELASAN ISU


Pemecatan Dato Ammar sebagai DG Tourism Malaysia namun beliau kekal sebagai pegawai penjawat awam, bakal pencen awal tahun depan.


KSN dah jelaskan tindakan tersebut berlaraskan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992


Pemecatan Dato Ammar sebagai DG Tourism Malaysia kerana kerja merosot. Ammar bersama TM sudah hampir 35thn sejak ditubuhkan dikenali sebagai TDC.


 Dia dikatakan dipecat kerana :- 

1. ~Tidak bersetuju dgn cadangan utk iktiraf kan kg cina~. 

*REKAAN WALAUN.* Sedangkan 

Isu UNESCO tiada kaitan dengan MOTAC.


2. ~Homestay di Malaysia dihapuskan kerana homestay adalah pendapatan org melayu dan tempatan~. 

*REKAAN WALAUN.* Bila dihapuskan? Fitnah. 


3. ~Memberi keutamaan dan keistimewaan kepada pelancong cina~


*REKAAN WALAUN* kerana

Pelancong Arab pun terima bantuan isu pelepasan visa. Ini fakta.


4. ~Memberi kelulusan geran pelancongan kpd sykt cina~

*REKAAN WALAUN* sedangkn 

Pelancong Arab pun terima privilage sama  ttg  visa. Kenapa tak sebut?


5. ~Baru2 ini ada event di Laos dimana menteri suruh served pork yg telah ditentang oleh Ammar~. 

*REKAAN WALAUN*

Laos itu program ASEAN.


6. ~Menteri tak berminat dgn hotel yg ada Syariah compliance~ dan Muslim friendly concept.

*REKAAN* Tak benar - mana bukti?


Point 1-6 tu ciptaan walaun nak wujudkan persepsi rasis menteri dgn penjawat awam rata2 melayu


Ini fitnah jahat. 


1. Isu UNESCO tiada kaitan dengan MOTAC; ia cadangan KPKT, tapi belum ada sebarang keputusan

2. ⁠Bila dihapuskan? Fitnah.

3. ⁠Pelancong Arab pun terima bantuan isu pelepasan visa. Kenapa tak sebut?

4. ⁠Mana bukti? Ini fitnah jahat lagi rasis.

5. ⁠Laos itu program ASEAN.

6. ⁠Tak benar - mana bukti?


Tambahan, KSN sendiri dah jelaskan tindakan tersebut berlaraskan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992


Dan board Tourism Malaysia pun setuju mantan KP bermasalah.


MADANI:

PEACE

RESPECT

CREATIVITY (to boost tourism)



UPSEREY NAPETEY ....MINTA MAAF...NO WAY..


 Ahmad Mursi


Cerita dulu dah boleh tutup. Lepas Akta Lompat Parti, kita dah boleh wujudkan Kestabilan Politik untuk bangunkan negara. Pelabur lebih yakin.



ANWAR YANG DIKEJAR JANJI



Semalam, Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menyerangnya sekarang berhubung kenyataan mahu menurunkan harga minyak yang pernah dibuatnya 20 tahun lalu.


Ini kerana kata beliau, kenyataan ketika itu dibuat dalam keadaan yang tidak sama dengan sekarang.


“Masa saya umum dulu ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok harga minyak turun’, harga minyak di Arab Saudi mungkin sekitar RM0.50. Harga kita dah sekitar RM1.50.


“Jadi saya kata kita keluarkan minyak. Sekarang kos keluaran dah bertambah.


“Nak gunakan kenyataan saya 20 tahun yang lalu, tidak adil,” kata Perdana Menteri lagi.


Sebenarnya, selain janji menurunkan harga minyak yang popular itu, Anwar juga pernah berjanji untuk menurunkan tarif letrik dengan cara memanggil tauke-tauke IPP (penjana letrik bebas) dan meminta mereka mengurangkan keuntungan serta menghapuskan monopoli beras yang dikuasai oleh Bernas.


Paling menarik, beliau turut pernah berjanji untuk menurunkan harga barang-barang keperluan pengguna selepas kemenangan PH pada PRU tahun 2018.


Lebih kurang ayat ucapan Anwar ialah beliau tidak mampu menurunkan harga barang ketika era PH kerana dirinya waktu itu tidak duduk sebagai Perdana Menteri.


Dalam semua janji-janji itu dilafazkan, gambaran yang cuba Anwar berikan ialah hanya melalui kuasa Perdana Menteri saja barulah beliau mampu melakukan apa saja perubahan untuk rakyat.


Keyakinan rakyat pula, oleh kerana beliau pernah berada dalam kerajaan sebelum itu dengan jawatan tertinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka sudah tentulah apabila sudah menjadi Perdana Menteri nanti, semua janji itu mudah saja untuk dijjadikan kenyataan.


Inilah yang merupakan sebab utama Anwar disokong dan dinanti-nantikan menjadi Perdana Menteri.


Dan sebab utama janji-janji lama itu diputar semula tidak lain ialah untuk mengingatkan Anwar agar tidak lupa kepada janji-janji yang pernah dibuatnya itu.


Meskipun Anwar seperti menolak untuk menunaikan janji menurunkan harga minyak melalui kenyataannya semalam itu, tetapi bagaimana dengan janji-janji yang lain?


Mahu ditolak jugakah dah misalnya, sudahkah tauke IPP dipanggil ke pejabatnya untuk diarah menerima keuntungan yang kurang?


Anwar ini barangkali satu-satunya pemimpin yang berada dalam penantian yang cukup lama untuk menjadi Perdana Menteri – lebih 25 tahun lamanya.


Sudah tentu dalam tempoh yang panjang itu, banyak janji dan kata-kata manis pernah diucapkannya.


Tetapi, kalau pun semasa bercinta dahulu, seorang bakal suami itu pernah berjanji untuk membelikan kereta Mercedes atau BMW kepada bakal isterinya, setelah berumahtangga, meski banyak komitmen lain perlu dipenuhi, takkan sebiji Myvi tak mampu dibelikan?


Maka itu, dalam konteks janji ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok turun harga minyak’, menurunkan paling minimum 5 sen seliter takkan tak mampu juga?


Begitu juga dengan yang lain-lain, oleh kerana ia adalah janji yang sah yang diucapkan Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ‘calon Perdana Menteri’, tidak kira berapa lama ia dilafazkan, mahu tidak mahu, beliau masih terlekat tanggungjawab daripada segi moral untuk menunaikannya.


Tentulah amat sukar untuk Anwar mendapat sokongan rakyat semula pada PRU16 akan datang jika ‘sebiji habuk’ pun janji-janji itu tidak mampu dilaksanakannya, kecualilah jika pasukan media dan komunikasi kerajaan di bawah Fahmi Fadzil dan PMO mampu mencipta naratif ajaib untuk mengekalkan populariti boss mereka.


Selain janji-janji secara peribadi yang diucapkan Anwar dalam tempoh pengejaran cita-citanya menduduki kerusi Perdana Menteri, beliau juga terikat dengan satu lagi janji iaitu janji mereformasi institusi dalam negara ini.


Janji reformasi itu sebahagiannya besar tertulis dalam manifesto pilihan raya PH yang antaranya ialah had penggal untuk Perdana Menteri, perlindungan pemberi maklumat dipertingkatkan, semakan semula terhadap Akta Hasutan 1948, SPRM diletakkan di bawah Parlimen, pemisahan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwaraya dan banyak lagi.


Dalam hal tuntutan tersebut, Bersih dilaporkan akan mengadakan demonstrasi menuju ke Parlimen esok (Selasa) untuk menyerahkan memorandum agar kerajaan tidak lupa kepada janji-janjinya itu.


Kesimpulannya, episod Anwar mengejar kerusi Perdana Menteri sudah dikira berakhir, tetapi yang bakal terbentang luas di hadapannya selepas ini ialah janji-janji lama yang akan sentiasa mengejarnya ke mana saja beliau pergi. – ShahbudinHusin 26/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/26/anwar-yang-dikejar-janji.html




APA KATA BAGI DIA PELUANG CAKAP LAM DEWAN

 



Che Ibrahim


Bagus juga kalau amanat Haji Hadi boleh dibawa balik ke Parlimen untuk dibahaskan, dan kerajaan hari ini perlu memberi ruang kepada Haji Hadi untuk menjelaskan tentang amanat tersebut.


Bagi hak seluas-luasnya kepada Haji Hadi untuk bercakap tentang amanatnya di semua saluran media kerajaan.


Sebab,


Rakyat perlu tahu tentang akidah mereka yang menganut fahaman takfiri itu termasuk juga mereka telah meninggal dalam keadaan kafirkan ahli² UMNO.


Ia sebagai cadangan sahaja.


Janganlah kecam ana, ana sekadar menuntut sebuah keadilan untuk Haji Hadi.


🤗🤗


Miqdad Zakaria 

Temerloh, Pahang



TITAH YDP AGONG


 

AGONG BERI AMARAN JANGAN GANGGU KERAJAAN



MSO

Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar menyeru semua ahli dewan berkerjasama dengan kerajaan untuk bangunkan negara dan ketepikan kepentingan politik masing². 


Baginda juga mengingatkan dengan tegas sepanjang pemerintahannya, baginda tidak akan layan usaha untuk ganggu kerajaan perpaduan dan jika hendak berpolitik tunggulah pilihan raya.


Baginda mengatakan demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan sidang ke tiga parlimen ke 15 hari ini, sekejap tadi. 


Baginda juga berpesan supaya ahli parlimen dan dewan negara menjaga tertib sepanjang berada dalam dewan dan memberi isyarat kepada Yang diPetua Dewan agar mengenakan tindakan tegas, menggantung ahli dewan yang degil selama 14 hari.


Jelas dalam titah ucapan Sultan Ibrahim mahu melihat parlimen sebagai badan legislatif yang sesuai dengan martabatnya. Dalam pada itu baginda juga menyokong langkah diambil kerajaan seperti mengadakan subsidi untuk rakyat secara besar-bsaran. 


Dalam pada itu Sultan Ibrahim turut menyarankan agar kerajaan merangka dasar perpaduan kaum memandangkan masalah perpaduan kaum masih lagi tidak mantap walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun. Trims.




BERILAH MASA....


 Tahun 2013, kita bercadang nak beli sebuah kereta. Atas kertas, kereta tu memang hebat. Cc enjinnya besar. Bentuk yang menawan. Kita pun cakap, "𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗻𝗶, 250𝗸𝗺/𝗷 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴-𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁".


Sayangnya masa tu pemilik kereta enggan jual. Jadi kita hanya mampu perhati dari jauh sambil tegur apa yang boleh dibuat supaya kereta itu kekal kuat. Tapi 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 buatkan kereta tu makin teruk.


Dalam tempoh 10 tahun, kereta tu sudah beberapa kali terlibat dalam kemalangan. 𝗣𝗶𝘀𝘁𝗼𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗼𝗯𝗼𝘀. Terbalik berbelas kali. Pendek kata, dah tak rupa kereta dah. Kemek sana sini. 𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘳𝘪𝘮 pun bengkok.


Tahun 2023 baru kita dapat kereta tu. Teruk memang teruk. Tapi kita yakin masih boleh diperbetulkan. Kalau 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝙥𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙣𝙘𝙚 𝗮𝘀𝗮𝗹𝗻𝘆𝗮. Tapi macam biasalah, kerja tu akan makan masa.


Dalam keadaan sekarang, paling selamat kereta tu boleh pergi pun cuma 160km/j. Boleh nak paksa tapi takut 𝗲𝗻𝗷𝗶𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝘁𝘂 𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗹𝗮. Tak pun 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 sebab 𝘣𝘰𝘥𝘺nya dah rosak teruk.


Soalannya, adil atau tidak kalau tiba-tiba pemilik lama ketawakan, 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗷𝗲 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁? Dia cabar kita pandu kereta tu 250km/j macam kita pernah sebut dulu sedangkan kondisinya dah tak sama.


Tentulah tak adil. 2013 kita cakap boleh pergi 250km/j sebab kondisi kereta tu elok lagi. Tapi di tahun 2023, kereta tu dah jadi macam reban ayam bergerak. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻.


Sebenarnya itulah situasi negara kita. Keadaan negara kita ketika DS Anwar ambil alih sudah dalam keadaan tenat. 𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Kini kita baru nak bertatih kembali. Baru nak cari rentak baru untuk bangkit.


Amat tak adil hari ini salahkan DS Anwar apabila tidak semua janji beliau 𝗱𝘂𝗹𝘂 dapat ditunaikan serta-merta. 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 ke keadaan asalnya. Ada banyak kerosakan yang perlu diperbaiki dahulu.


𝗕𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝗮 untuk perbetulkan keadaan. Misalnya masalah rasuah, kartel dan kronisme. Semua tu telah berakar umbi dalam masyarakat. Tengoklah sampaikan 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴.


Beri DS Anwar satu penggal dahulu. Di hujung penggal ini, kita nilai semula kondisi negara kita. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Sekarang masih terlalu awal. Itu pun sudah ada banyak perubahan yang dilakukan. InsyaAllah akhir penggal nanti, 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


YAAMPU SALAM.......

 

Iswady Morny


PASIR GUDANG - Pakatan Harapan (PH) Johor tidak perlu 'mengemis' jawatan ketua kampung, ahli majlis atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini selepas tiada wakilnya dilantik dalam rombakan Exco kerajaan negeri yang baharu pada bulan ini.





TU NOH....TAK SEDAQ ADA KONSERT DI ALOQ SETAQ...KEPALA PENUH KAKI KETAQ- UPSEREY NEPETEY.....

 

TAK SEDAR ADA KONSERT??




Kerajaan Negeri walaun kata depa tak luluskan konsert dan dibuat tanpa kebenaran. Hebat jugak le penganjur boleh buat sesuka hati..yg syoknya dah start sejak 22hb tak disekat awal? 😅


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganjur-konsert-kontroversi-di-kedah-tampil-mohon-maaf-459756?fbclid=IwAR0slSNuUxQkJC5HKHuouJKlMnYD9TNiWLXUzDoa53TWYUVCHo2weN5gjdM



BERAS MURAH DAH NI RM30...BUKAN BELI GUNA USD PUN- BELI ROKOK SELUDIP RM9-RM10 SEHARI.. TU TAK KIRA PI DOK MENGATA DI KEDAI KOPI LAGI....BUANG DUIT SEMUA TU..

 











Di sebelah petang, saya sempat luangkan masa hampir tiga jam untuk bersama-sama ribuan rakyat di Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor. Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Perak.


Menyinggung soal keterjaminan makanan dalam ucapan dan dialog bersama rakyat, saya tegaskan Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan isu kemampanan bekalan dan harga beras secara tuntas, tetapi perlukan sedikit masa kerana membabitkan pertimbangan yang rumit. 


Pesawah-pesawah yang merupakan antara golongan termiskin di negara ini dan penentu kepada keselamatan makanan kita mahukan harga padi yang setimpal, manakala rakyat pula mahu harga beras kekal pada kadar rendah. 


Namun saya faham masalah ini tidak boleh dibincang terlalu lama. Justeru dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini, saya beri tempoh sebulan sehingga 20 Mac depan untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memuktamadkan langkah penyelesaian.


Menyinggung kemerosotan nilai ringgit, saya tegaskan bahawa Kerajaan enggan mengambil jalan mudah menaikkan kadar faedah atau Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk memulihkan mata wang kita.


Ini kerana tentu sekali rakyat yang terkesan, khususnya mereka yang menanggung hutang perumahan, kenderaan dan perniagaan kerana perlu membuat bayaran balik pada kadar lebih tinggi. Sebaliknya Kerajaan sedang giat memperbetulkan struktur dan asas ekonomi negara. 


Alhamdulillah, usaha Kerajaan MADANI kini mula menunjukkan hasil. Kadar inflasi Malaysia pada 1.5 peratus antara terendah di ASEAN. Pengangguran juga menurun di bawah 3.5 peratus. Pasaran saham kian segar. Kita juga berjaya mencatat jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah negara.


Semua kejayaan ini adalah hasil usaha gigih secara berpasukan oleh setiap jentera Kerajaan MADANI. Percayalah dengan proses pemulihan negara yang sedang berjalan ketika ini dan Insya-Allah, Malaysia akan kembali diangkat dan rakyat menikmati kemakmuran.


#MalaysiaMADANI



HEBOH KONSERT ED SHARON...TAPI TUUU DIAAAA.....SIAP DALIL....MAK AIIII...









 Walaun heboh cerita 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘁 𝗘𝗱 𝗦𝗵𝗲𝗲𝗿𝗮𝗻, rupanya 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘁 𝗷𝘂𝗴𝗮. Ada beberapa rakan PM aku beritahu pasal konsert di Kedah tu.


Awalnya aku malas nak ambil tahu. Sebab kita pun 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Suka acah terpaling Islamik tapi perangai hipokrit.


KJ pernah kata yang 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘁𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘁 pun. Cuma bila dah tak ada kuasa baru nak banyak bunyi.


Tapi bila aku ternampak gambar ni, rasanya 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹 (𝙡𝙚𝙫𝙚𝙡 𝙪𝙥) bab tunggang agama ni. Dah 𝘶𝘱𝘨𝘳𝘢𝘥𝘦 la kiranya.


Demi nak menutup sifat hipokrit pemimpin, mereka beralasan 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘁 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁. Kira macam dah neutralkan dosa tu macamana?


Kalau setakat kena selawat untuk halalkan konsert, tak adalah susah mana. Mungkin kalau 𝗕𝗮𝗯𝘆 𝗦𝗵𝗶𝗺𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝗶, tak adalah jadi isu dengan MP Kuantan sebelum ini. Ye tak?


Aku tak anti konsert. Aku cuma 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 yang 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 demi kuasa. Haram bagi orang lain tapi halal bagi mereka.


Kalau mereka 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗿𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹, tak mengisukan apa yang bukan isu, kita tak perlu pun cerita soal picisan seperti ini. Banyak isu rakyat yang lain yang lebih berbaloi untuk diperkatakan.


Tapi 𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗡. Mereka ketandusan isu maka apa saja isu yang ada mereka guna. Bila 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮, mereka spin macam gasing sampai tahap 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL-PULANGLAH ..ABAH MERINDUIMU




24 FEBRUARI 2024  


MUHYIDDIN YASSIN DIMINTA MENASIHATI MENANTU UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA


Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin perlu memainkan peranan untuk menasihat menantu beliau agar kembali ke Malaysia bagi membersihkan nama diatas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Muhammad Adlan, yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lepas dikaitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan, dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa kertas siasatan mengenai Muhammad Adlan, telah pun selesai dan sudah bersedia untuk dituduh di mahkamah, namun sehingga kini beliau masih belum dapat dikesan.


Melarikan diri apabila disiasat dan ketika dihadap ke muka pengadilan, adalah satu tindakan tidak patriotik malahan satu tindakan jenayah.


Adlan boleh membersihkan nama sendiri melalui mahkamah, bukan dengan terus menghilangkan diri. Tindakan melarikan diri bukan sahaja menyukarkan kerja kerja pengadilan mengambil tempat, bahkan berupaya menjejaskan nama bapa mentua sendiri selaku bekas Perdana Menteri. 


Pemuda Amanah juga mendesak pihak PDRM untuk memohon bantuan Interpol sekiranya Adlan masih gagal untuk dikesan dalam beberapa hari mendatang. Sudah sampai masanya pihak PDRM untuk bertegas dan tidak lagi memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk mengambil ringan sebarang tindakan PDRM atau SPRM apatah lagi menjadikan ia satu mockery!


Fadhli Umar Aminolhuda 

EXCO Pemuda AMANAH Nasional




HEBAT TUAN TUAN....BIAR GAMBAR BERBICARA




 

PELABURAN MASUK WALAUN RISAU- DUIT RENDAH WALAUN RISAU. KALAU AKU ORANG US...AKU NAK MELABUR DI MANA ?




 Cerita 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 pun jadi polemik. Aku pun tak faham dengan politik Malaysia. Kalau benda tak elok tu ok la. Ini 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗶𝘀𝘂. Dah kenapa?


Dia sebenarnya macam ni. Bila kita nampak 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 kerajaan, maka ketahuilah bahawa pencapaian itu 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁.


Sebab pembangkang kita 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Tapi mereka cuma 𝗺𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Kalau untuk dapat kuasa kena benarkan penjajah masuk, nescaya mereka akan buat. Asalkan dapat kuasa.


Cerita soal pelaburan diluluskan ni bukan benda baru pun. Ia memang indikasi yang diiktiraf. 𝗡𝗮𝗷𝗷𝗯 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗱𝘂𝗹𝘂. Yang jadi masalah kepada pembangkang sebab ianya 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Mereka dapat barah otak dengan fakta tu.


Sakit sangat hati mereka apabila 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 terajui kepimpinan negara. Itu je masalahnya. Masalah berapa banyak yang direalisasikan, bukan isu sangat pun. 𝗦𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗴𝗲𝗺𝗯𝗮𝗿-𝗴𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻.


Tapi macam ni la. Kalau diluluskan pun dah besar, yang 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Ambil contoh hanya 85% dari pelaburan yang diluluskan itu yang direalisasikan.


Katakan RM200 bilion diluluskan (nak mudah kira). Kalau 85% direalisasikan, bermakna RM170 bilion direalisasikan. Tapi kalau cuma RM100 bilion, jadi yang direalisasikan hanya RM85 bilion.


Jadi pasal apa kecoh nak kata 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗱𝗶𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻, 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻? Persoalannya, masa PN dulu 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂. Betul kan?


Pelaburan diluluskan ni 𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗔𝘀𝗶𝗮. Sama ada menang atau kandas dalam peringkat kumpulan tu tak pasti lagi. Tapi apa yang penting, dah layak. Untuk menang, kena rangka strategi lain.


Tapi kalau layak pun tidak, dah tentulah 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Kan? Masa PN dulu, jangankan nak layak Piala Asia, 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵. Contohnya la.


Begitu juga dengan pelaburan diluluskan ini. Sebab itu ia satu indikasi yang valid untuk menunjukkan yang 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶.


Macam aku kata tadilah. Benda ni kecoh 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗣𝗡 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂. Masa mereka, ini semua tak berlaku. Dan mereka juga takut fakta begini akan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶. Sebab tu 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 pun sama meroyan.


Hakikatnya, kita rakyat boleh merasa lega kerana 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸, 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗸𝗮𝗻. Biarkan saja pembangkang terus meroyan. Yang penting rakyat hidup sejahtera. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BELI BERAS DALAM DOLLAR KA ?


 

PERJUANGAN TOK MAT DI ICJ


 

TEGUR UNTUK BURUKKAN ...TAPI BILA DI PIHAK SENDIRI TAK PULA MENEGUR


 

HEBAT BILA BERDAKWAH


 

DENGAR PI LA WALAU LAMA..IANYA TETAP LAWAK


 

LAWA. IKAN DUYUNG BUAT PERSEMBAHAN





Che Ibrahim


 Pertunjukan Ikan duyong.....adakah tidak bercanggah dengan Islam terutama di negeri yang didakwa ditadbir secara Islam?


Atau hanya premis judi jah wat Islam larang?? 


Aurat?

Mistik?



BANYAK TEMPAT KAH DI KEDAH ?


 PADANG SERAI ADA...ALOQ SETAQ PUN ADA..TOYA MATMIN BETOI LA....HALAL..HALAL.

KAH..KAH..KAH..




BABY SHIMA BERSUARA

 





Konsert negeri lain confirm dorang kata bala..

yang tut tak ada yang menyalak mcm selalu ke? yang tut tu ada surat terbuka? yang tut tak ada surat bantahan? yang tut tak ada doa bala ke? oooo senyap je.. sama seperti sebelum ni, konsert negeri lain mereka terpaling bersuara.

 #terpalingsuci #gengsendiribuatkasiON