Asam Pedas Kopi O - Siaran Langsung Dari Melaka

((PANAS)) PENDEDAHAN DATO ZAHARIN: PH SUDAH DAPAT 60% SOKONGAN? UMNO/BN ...


((PANAS)) PENDEDAHAN DATO ZAHARIN: PH SUDAH DAPAT 60% SOKONGAN? UMNO/BN SUDAH KALAH 8 DUN MELAKA? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk

EDISI KHAS MINGGUAN 046 | PANAS!!! PRN MELAKA: 4 ADUN BERSAMA PH, RAKYAT...



MENARIK DALAM EDISI KHAS 046 1. TOLAK EMPAT ADUN BERTANDING ATAS TIKET PKR 2. PELEPASAN PASPORT NAJIB ‘DOUBLE STANDARD’, HINA RAKYAT 3. HUTANG KERAJAAN DIJANGKA MENINGKAT, RISIKO TERPAKSA DIPIKUL RAKYAT


KAH..KAH TERUS GASAK SAMPAI DAPAT

 May be an image of 1 person and text that says "BERITA YANG RAKYAT HARAP BAJET 2022 BERITA YANG RAKYAT DAPAT BAJET 2022 CITRA Gaapar @2o21Hakaptatarpelhaa MENTERI UMUM SEPULOH RIBU.. MENTERI MINUM SEBELAS KALI.."

ANALISIS MENARIK UNTUK PRN MELAKA- SILA BACA DAN KAJI

 

4%-5% UNDI ANAK MUDA MELAYU UNTUK SELAMATKAN MELAKA


NORMAN RADZUAN


ADA PELUANG, PERLU KERJA KUAT SIKIT SAJA LAGI

Balik shopping lepas Maghrib keluar lagi jumpa rakan2 politik. Lepas tu balik masuk bilik letak barang terus keluar cari makan cz perut rasa lapar tapi rasa penat sgt so cari yg simple je la. Patut ada jumpa rakan jam 10... minta cancel cz letih sgt, alhamdulillah kawan seperti memahami. Malam ni biskut dan air mineral je lah utk dinner. Sepi seorang perantau😪
Esok kita cuba ulas tentang bajet. Tentang PRN Melaka kita ada peluang
jika A peluang kita - 60%
jika B peluang kita - 47%- kena kerja kuat sikit di kwsan Melayu utk dptkan 4%-5%.
Cuma kita kena pasang strategi yg betul cz UMNO or BN sengaja mempergunakan SOP Pandemik utk jerat maklumat. Mereka pula akn gunakan RTM, TV3, Astro dan Jkom2 di medsos.
So kawan2 kita kena mainkan peranan masing2.... start minggu depan paling kurang sekali sehari berkempen dgn cara anda sendiri seperti FB dan Whatsapp. Anak2 muda gunakan Tik Tok utk kita sampaikan maklumat agar Melayu tidak ditipu lagi.
Kita skg ni berlawan tangan kena ikat di belakang. Jika mereka menang mereka kata rakyat tolak kita. Tahu tak negara kita sistem demokrasi telah rosak serosak rosaknya.
Sebagai semakan dn panduan bagi PRN Melaka
Peratus pengundi Melayu dan Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka
N.1 : Kuala Linggi.
Melayu = 74 % peratus.
Cina = 22 %.
N.2 : Tanjung Bidara.
M = 94 %.
C = 4 %.
N.3 : Ayer Limau.
M = 91 %.
C = 4 %.
N.4 : Lendu.
M = 78 %.
C = 16 %.
N.5 : Taboh Naning.
M = 80 %.
C = 12 %.
N.6 : Rembia.
M = 67 %.
C = 19 %.
N.7 : Gadek.
M = 61 %.
C = 22 %.
N.8 : Machap Jaya.
M = 45 %.
C = 39 %.
I = 14 %.
N.9 : Durian Tunggal.
M = 69 %.
C = 22 %.
I = 8 %.
N.10 : Asahan.
M = 64 %.
C = 22 %.
I = 11 %.
N. 11 : Sungai Udang.
M = 80 %.
C = 8 %.
I = 3 %.
N. 12 : Pantai Kundor.
M = 80 %.
C = 17 %.
N.13 : Paya Rumput.
M = 62 %.
C = 29 %.
I = 7 %.
N. 14 : Klebang.
M = 67 %.
C = 30 %.
N. 15 : Pengkalan Batu.
M = 65 %.
C = 28 %.
I = 5.
N. 16 : Ayer Keroh.
M = 41 %.
C = 49 %.
I = 8 %.
N. 17 : Bukit Katil.
M = 65 %.
C = 30 %.
I = 4 %.
N. 18 : Ayer Molek.
M = 88 %.
C = 7 %.
I = 4 %.
N.19 : Kesidang.
M = 37 %.
C = 57 %.
I = 4 %.
N. 20 : Kota Laksamana.
M = 17 %.
C = 79 %.
I = 3 %.
N. 21 : Duyong.
M = 61 %.
C = 33 %.
I = 4 %.
N. 22 : Bandar Hilir.
M = 13 %.
C = 76 %.
I = 5 %.
N. 23 : Telok Mas.
M = 74 %.
C = 23 %.
I = 2 %.
N. 24 : Bemban.
M = 62 %.
C = 21 %.
I = 16 %.
N. 25 : Rim.
M = 67.
C = 19.
I = 13.
N. 26 : Serkam.
M = 90 %.
C = 6 %.
I = 3 %.
N. 27 : Merlimau.
M = 70 %.
C = 17 %.
I = 11 %.
N. 28 : Sg. Rambai.
M = 84 %.
C = 13 %.
I = 2 %.
Jumlah kerusi majoriti Melayu melebihi 50 peratus di Melaka ialah 23 kerusi bukannya
19 kerusi.
Pembahagian Kerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka bagi PRN Negeri Melaka 2021
Parti Keadilan Rakyat ( PKR )
DUN Ayer Molek
DUN Klebang
DUN Paya Rumput
DUN Sungai Udang
DUN Lendu
DUN Tanjung Bidara
DUN Rembia
DUN Machap Jaya
DUN Rim
DUN Sungai Rambai
DUN Asahan
Parti AMANAH Negara ( AMANAH )
DUN Teluk Mas
DUN Bukit Katil
DUN Durian Tunggal
DUN Taboh Naning
DUN Ayer Limau
DUN Kuala Linggi
DUN Serkam
DUN Merlimau
DUN Pantai Kundur
Democratic Action Party ( DAP )
DUN Bandar Hilir
DUN Duyong
DUN Pengkalan Batu
DUN Kesidang
DUN bemban
DUN Ayer Keroh
DUN Kota Laksamana
DUN Gadek
Berdasarkan pemberi kerusi DUN ini Amanah boleh memenangi 4-5 DUN kerana mereka byk mendapat DUN yg mempunyai lebih 17% pengundi Cina seperti di Teluk Mas, Rim, Merlimau, Durian Tunggal dan Kuala Linggi.
Begitu juga dgn PKR byk Dap bertolak ansur hasil permuafakatan yg baik di dlm PH. Apa yg perlu PKR dan Amanah lakukan ialah kena bekerja keras utk menyakinkan pengundi Melayu.
Tapi ia perlu strategi apa isu yang popular di kalangan orang Melayu. Jangan complicated atau teknilal sangat sebab orang Melayu tak suka.
Undi anak muda adalah penentu utk PRN Melaka. PH atau BN sendiri tidak tahu apa keputusan dari undi mereka kali ini. Yg pastinya apa sahaja keputusan di Melaka menjadi penanda aras utk PRU15 kpd PH, BN dan PN.



TAKUT JUGA UMNO NI YA..INGAT KUAT SANGAT....

 

PRN Melaka: UMNO masih dalam perundingan elak bertembung tiga penjuru





MGF301021_HARI-BELIA-NEGARA_11

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih peringkat perbincangan dengan rakan parti dalam kerajaan bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah diberi mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mengadakan rundingan itu, bagi mengelakkan bertembung dengan mana-mana parti dalam kerajaan.

“Sebenarnya keputusan daripada UMNO adalah berhasrat untuk mengelakkan pertembungan dengan mana-mana parti dalam kerajaan. Ada tiga parti yang menyokong kerajaan sekarang ini.

“MKT telah berikan mandat kepada saya untuk berunding dan berbincang dengan parti ini untuk mengelakkan pertembungan

“Kita tahu, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ada pihak lain yang akan dapat keuntungan,” katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihak musuh iaitu pembangkang ketika ini memang menunggu peluang sahaja untuk melihat tiga parti dalam kerajaan itu bertembung sesama sendiri pada PRN ini.

Katanya, kalau bertembung juga yang mendapat keuntungan itu ialah PH.

“Ini samalah seperti peribahasa mengatakan, ‘jong pecah, yu yang kenyang’ atau ‘antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang kenyang’. Kalau boleh, perkara ini kita cuba elakkan,” katanya. – MG

Adly buktikan komitmen PH tinggi, tingkatkan mutu perkhidmatan awam

 



Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan awam di Melaka tetap menjadi agenda utama

Oleh MALAYSIA DATELINE / October 30, 2021

Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan awam di Melaka tetap menjadi agenda utama bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Walaupun usaha ini katanya telah terbantut ekoran pertukaran kerajaan namun ia membuktikan komitmen tinggi kerajaan Pakatan Harapan negeri untuk meningkatkan mutu penerbangan dan pengangkutan awam di Melaka.

Adun Bukit Katil itu juga berkata, antara yang menjadi fokus utama ketika menerajui Melaka selama 22 bulan ialah perkhidmatan bas awam.

Ini kerana katanya perkhidmatan bas awam amat penting kepada rakyat yang berpendapatan rendah di mana kerajaan PH negeri ketika itu telah melaksanakan projek perintis bas percuma Melaka (2 unit) untuk laluan utama Melaka Sentral-MITC.

“Kadar anggaran penggunaan adalah 300,000 orang (Ogos 2018-Feb 2020) bersamaan 16,000 penumpang sebulan.

“Syarikat bas negeri yang menanggung banyak hutang dan hanya 4 unit bas sahaja dapat berfungsi setelah disusun semula.

“Hasilnya, pada tahun 2019/2020, kerajaan PH berjaya meningkatkan bas berfungsi kepada 14 buah,” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.

Sehubungan itu, katanya kemudahan bukan sahaja tertumpu kepada pengangkutan darat, malah kerajaan PH negeri juga berusaha meningkatkan mutu pengangkutan udara.

Misalnya kata beliau Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM) yang tahap penggunaannya sangat rendah kerana gagal menarik minat syarikat penerbangan komersial, diberi perhatian khusus.

“Di bawah pentadbiran PH, kerajaan negeri telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan seperti AirAsia dan Malindo Air untuk membawa masuk laluan baharu.

“Tambahan penerbangan baharu Melaka-Kota Bharu, Melaka-Langkawi juga laluan ke Sabah/Sarawak dan antarabangsa telah dirunding dan diterokai,” ujarnya lagi.


KAU CUTI LA NAJIB..PAS NI LAGI LAMA BERCUTI.

 

Dengan ini Najib mungkin mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama sejak zaman Parameswara yang bercuti paling lama di negeri Melaka - bermula hari ini hingga 20 November.


Ingat tau, Najib hanya bercuti di Melaka, bukannya berkempen….🤪🤪




PENYOKONG HARAP GETAH SKRAP JA NAK DOK KEDAI KOPI SEMBANG POLITIK.,....TU PUN JANGAN...SOKONG LAGI UMNO


 

KENA CAMPOR TANGAN LAH...NAK MAKAN DUIT BUTA SAJA MANA BOLEH....BAGI PEGANG DUIT BANYAK BANYAK BUKAN RETI....

 


Tak perlu campurtangan tuntutan RM100 juta Kedah, Sanusi beritahu Chow



Permohonan Kedah ini bukan urusan Ketua Menteri Pulau Pinang, menurut Muhammad Sanusi Md Nor.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meminta kerajaan Pulau Pinang tidak campur tangan terhadap tuntutan negeri itu bagi mendapatkan royalti pajakan berjumlah RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan.

Sanusi berkata, tuntutan tersebut juga bukanlah urusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

“Saya tak perlu komen banyak berkenaan kenyataan Kon Yeow. Permohonan Kedah ini bukan urusan beliau.

“Selama ini, bayaran royalti RM10,000 dan sumbangan khas berjumlah RM10 juta setahun kepada Kedah sejak 2018 itu pun kerajaan Persekutuan yang bayar,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Rabu lepas media melaporkan Kedah menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” tanah di Pulau Pinang.

Sanusi menegaskan bayaran RM10 juta oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang ketika ini harus dikaji semula.

Bayaran berkenaan adalah untuk pajakan tanah di pulau dan Seberang Perai di negeri itu.

Dalam kenyataan balas, Pulau Pinang dilaporkan tidak akan melayan tuntutan Sanusi berhubung bayaran pajakan tanah kepada negeri itu yang dinaikkan kepada RM100 juta setahun.

Chow berkata, pihaknya juga tidak mahu Putrajaya melayan tuntutan Sanusi dan meneruskan pembayaran RM10 juta setahun seperti sebelum ini.

PRN Melaka - Mudah je buat pilihan


May be an image of text that says "HAR PAN"



PRN Melaka - Mudah je buat pilihan

Siapa yang rakyat pilih jadi kerajaan negeri Melaka pada PRU14 yg lalu? Jawapannya PH.
Siapa yang khianat dan bentuk kerajaan tanpa mandat rakyat? Jawapannya dua Adun dari PH dan Umno/Bn.
Siapa pula yang khianat dan jatuhkan kerajaan khianat itu? Jawapannya, 4 Adun dari kerajaan Umno/Bn.
Siapa pula yang minta Pilihanraya diadakan dalam waktu Covid? Jawapannya, Umno/Bn. Siapa yang mendesak agar jangan diadakan pilihanraya? Jawapannya, PH.
Jadi, rakyat Melaka dah nampak siapa pengkhianat dan siapa yang galak sangat mahu diadakan pilihanraya negeri yang menyusahkan rakyat.
Maka, pilihlah PH kerana PH sahaja yang tidak berebut pasir dan tidak pernah khianat kpd rakyat Melaka.

PRN Melaka - Kalau Pas nak join PN, kena guna logo PN. Kalau Pas nak join Bn, kena guna logo sendiri.
Kesihan Pas, Macam kena buli je oleh PN dan Bn. Nasiblah, bila parti dah macam pelacur politik, memang harganya murah. Dulu lebai kata, Pas akan bersama dgn mana2 parti tetapi Pas mesti Lead. Sekarang, lead la sangat.. logo parti hang pun orang lain yg boleh tentukan. Ehehh....

W.FAUDZIN

SEMBANG.....

 

HAMZAH RIE NA


Bila sampai tahun depan nak cakap tahun ke berapa pulak??!

SEMBANG TEMBERANG perbodohkan Walaun, Walauntit dan

CaiUmno boleh ler..
SR

May be an image of 2 people and text that says "Dahulu cakap 2021.. BH ONLINE Sekarang cakap 2022 pulak? ((၃)) LIVE NASIONAL Sinar BERITA NASIONAL Ekonomi pulih 2022: Ekonomi negara dijangka pulih 2021- -Tengku Zafrul skandar Ibrahim, Alzahrin Alias, Suzalina Halid dan Fahmy Rosli November 2020 5:32pm Ekonomi negara akan kembali pulih 2022: Tengku Zafrul NURUL HUDA HUSAIN NUR IFTITAH ROZLAN|| Oktober 2021 Sinar Sampai Bila Nak Kencingkan Rakyat!!"

SEBAB TU WALAUN DOK RATIP DAP..DAP..DAP- KENA KE HANGPA SEMUA BOLEH....DAH JELAS CHINA TU FAHAMAN KOMUNIS..

 

Jika China boleh ‘berbaik’ dengan Taliban, mengapa tidak Malaysia, soal Pemuda PAS




China menyalurkan dana berbilion ringgit untuk mengukuh ‘Belt and Road Initiative’ (BRI) di Afganistan, kata Khairil Nizam Khirudin. (Gambar Facebook Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM)

PETALING JAYA: Pemuda PAS mencadangkan agar kerajaan Malaysia memulakan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban, selepas China bertindak ke depan mengadakan rundingan diplomasi peringkat tertinggi dengan negara Islam berkenaan.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin yang mempersoalkan pendirian Putrajaya terhadap pemerintahan Taliban berkata, Malaysia mempunyai kepakaran diplomatik aras tinggi dan diyakini mampu memudahkan penerimaan komuniti antarabangsa terhadap Afganistan melalui prinsip tadbir urus yang inklusif dan kesyumulan Islam.

“Apa yang membingungkan, tatkala negara umat Islam masih terkial-kial, China telah mengambil kesempatan mengadakan rundingan diplomasi peringkat tertinggi antara Menteri Luar, Wang Yi dengan Naib Ketua Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar.

“China menyalurkan dana berbilion ringgit untuk mengukuh ‘Belt and Road Initiative’ (BRI) di Afganistan,” katanya ketika berucap sempena Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-62 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tegasnya, konflik berterusan di negara Islam itu tidak akan menguntungkan sesiapa melainkan segelintir “military-industrial-complex” yang dahagakan darah demi “tembolok mereka sahaja”.

“Jika China Komunis boleh menghulurkan tangan kepada Afghanistan di bawah Taliban, mengapa tidak kita sebagai saudara se-Islam?

“Apakah dasar luar Malaysia terhadap Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban?,” soal beliau.

Pada 21 Sept, Menteri Luar Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat berkata, Malaysia mengambil pendirian berhati-hati dan sedang meneliti perkembangan terkini di Afghanistan selepas Taliban mengambil alih Kabul pada 15 Ogos lepas.

Saifuddin berkata, sehingga kini masih tiada negara luar yang mengiktiraf kerajaan sementara Taliban termasuk negara jiran Afghanistan.

Katanya, terdapat beberapa pertimbangan atau faktor yang perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad berhubung isu pengiktirafan termasuk tahap penerimaan rakyat Afghanistan sendiri terhadap penguasaan dan penubuhan kerajaan oleh Taliban di negara itu.

“Kita dapati bahawa kerajaan sementara yang dibentuk Taliban masih tidak bersifat inklusif dengan tidak merangkumi penyertaan golongan etnik utama lain, serta peranan wanita dan anak perempuan,” katanya.

SEMUA BARANG NAIK....YANG TURUN HUJAN SAJA

 ASUWADI

Semua naik mendadak wei...depa sibuk bahagi jawatan dan kuasa.. Rakyat makin merana....


ANTARA UMNO DAN PAS, SIAPA PERANGKAP SIAPA?


Secara tersiratnya, keputusan mesyuarat MT semalam yang memutuskan UMNO ingin bekerjasama dengan Pas dalam PRN Melaka adalah suatu cubaan memberi tekanan dan memerangkap parti Islam itu.

UMNO pada hakikatnya tahu Pas adalah ahli gabungan PN yang dua sehari sebelum itu telah bersetuju untuk berganding bersama Bersatu dan Gerakan dalam menyertai PRN Melaka.

Tidak setakat setuju bertanding dalam PRN Melaka bersama PN, malah Pas juga setuju untuk menggunakan lambang PN, bukan lambang bulan dalam pilihanraya tersebut.

Dengan keadaan itu, ternampak sangat mustahil untuk Pas keluar serta meninggalkan PN semata-mata untuk bekerjasama dan menerima huluran tangan yang dibuat oleh UMNO.

Keputusan UMNO mahu bekerjasama dengan Pas saja, bukan dengan Bersatu dan PN, tidak lebih sebagai cubaan menekan dan memerangkap Pas, sambil bertujuan memecah-belahkan PN.

Dengan keputusan tersebut, selain dapat menunjukkan UMNO memang ingin bersama dengan Pas demi perpaduan ummah, ia juga akan meletakkan Pas dalam serba-salah.

Jadi sekarang UMNO telah meletakkan keputusan membuat pilihan di tangan Pas – kalau ingin bersamanya, sila tinggalkan PN dan bertandinglah atas logo sendiri atau jika enggan, teruskanlah bersama PN yang didalamnya ada Bersatu yang merupakan musuh ketat UMNO itu,

Sekurang-kurangnya, meskipun dengan Pas menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, UMNO sudah boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan untuk membentuk penyatuan ummah, sebaliknya meletakkan beban itu kepada Pas.

Itulah sebenarnya muslihat UMNO di sebalik keputusan MT itu, walaupun secara tersuratnya, ia turut menunjukkan parti itu dalam keadaan lemah dan tidak mampu menang PRN Melaka secara solo.

Adalah jelas, UMNO hanya berharap dapat memenangi PRN Melaka dengan adanya bantuan Pas dan dengan berlakunya perpecahan dalam PN.

Makna kata, tidaklah sekuat mana UMNO sekarang ini.

Kalau UMNO benar-benar kuat, sepatutnya ia kekal dengan pendirian bertanding solo dan tidak mengharap sama sekali kepada kerjasama dengan Pas, jauh sekali melakukan percaturan mahukan Pas bertanding atas logo sendiri yang mana ia dengan mudah difahami hanya bertujuan memecah-belahkan PN.

Kecuali ada perubahan drastik berlaku, hasrrat UMNO untuk memancing Pas dengan cara sedemikian itu secara umumnya hampir mustahil akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, Pas lebih selesa dan lebih mungkin kekal bersama PN berbanding untuk beralih arah kepada UMNO yang mana hubungan antara keduanya selalu berlaku pasang surut dan turun naik yang tidak menentu.

Bagi Pas, jika ingin kepada penyatuan ummah yang sebenar, ia mestilah dengan membawa sekali Bersatu ke dalam persepakatan itu, bukannya melibatkan UMNO dan Pas semata-mata.

Perkara ini sudah pastinya ditolak oleh UMNO kerana pemimpin-pemimpin parti itu masih ada dendam terhadap Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin.

Akhirnya, UMNO pun turut sama terperangkap dalam percaturan ini, meski pada awalnya mereka yang ingin memerangkap Pas.

Apatah lagi dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempelawa semua parti yang ingin bekerjasama dengan Pas agar setuju menggunakan logo bulan dalam PRN Melaka ini.

Seorang lagi pemimpin Pas, Dr. Khairuddin Attakiri pula berkata, sama ada Pas akan menggunakan logonya sendiri atau logo lain, ia tidak boleh ditentukan atau melalui tekanan pihak lain.

Dengan kedua-dua kenyataan Tuan Ibrahim dan Dr. Khairuddin ini, malu tak UMNO?

Sebab itu, tiada pemimpin UMNO berani mengulas kedua-dua kenyataan pemimpin Pas di atas. – ShahbudinHusin 30/10/2021.




KAH..KAH ..INI LAH DIA BILA MENTERI KEWANGAN WAKIL BANK. RUPANYA RAKYAT TAK SUKA


Inilah bahananya bila bukan wakil rakyat, tapi wakil bank jadi

Menteri Kewangan.
PM Ahmad Sabri Ismail tak boleh tukar ke Tengku Zafrul ni?

 May be an image of text that says "Anwar Ibrahim (official) #Poll Apakah pendapat anda tentang pembentangan bajet 2022 yang diumumkan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini? Adakah ia memuaskan? Undi di bawah dan bincangkan dengan lebih lanjut di ruangan komen. Anonymous Poll 14% YA 86% TIDAK 1,252 votes 2.7K 10:45 PM"

HAKIKATNYA UMNO TAK MAU BEKERJASAMA DENGAN BERSATU


 Shahbudin

Patutlah Pak Wan ni kalah bertanding, dia rupanya masih tak faham dengan hakikat UMNO tak mahu langsung bekerjasama dengan Bersatu….


May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎Bahasa 中文 Daftar Log Masuk Seksyen English ilיור Berita Bersatu, PAS mesti kerjasama dengan Umno di Melaka, kata Redzuan Diyana Ibrahim Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Oct 2021 7:00AM 0 Komen Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berkata partinya belum cukup kuat selain berhadapan perpecahan dalaman dan kurang ahli di akar umbi. Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober‎"‎‎


Undi BN + Pas dalam PRU lalu tidak semesti sama dalam PRN Melaka

 






Oleh MALAYSIA DATELINE / October 30, 2021

Penganalisis politik dari UTM, Dr Mazlan Ali berkata, pengiraan matematik mudah dengan mencampurkan undi BN dan Pas dalam pilihan raya lalu menentukan mereka boleh menang dalam PRN Melaka tidak semudah itu.

Bagi beliau, banyak faktor pembolehubah yang lain perlu dimabil kira dalam PRN Melaka kali ini.

“Banyak penganalisis membuat pengiraan matematik mudah dengan mencampurkan undi BN dan PAS, dan menyimpulkan kemenangan mutlak.

 

“Tetapi saya tidak fikir semudah itu, kerana faktor-faktor pembolehubah banyak menentukan pilihan pengundi termasuk penerimaan akar umbi Pas terhadap kolisi baru, prestasi Pas dalam kerajaan.

“Faktor populariti Adly sewaktu memimpin kerajaan 22 bulan, urbanisasi, keterbukaan minda penduduk Melaka, pertambahan pengundi baru@muda dan lain-lain mungkin menatijahkan hasil yang berbeza kelak,” kata Dr Mazlan.

Dr Mazlan mengulas pengiraan matematik yang mencampur undi BN dan Pas dalam pilihan raya umum lalu bagi membolehkan BN atau Pas boleh menang jika mereka bekerjasama dalam pilihan raya kali ini.

Umno telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka tetapi menolak untuk kerjasama dengan Bersatu.

 

18 Ketua Cawangan dan ahli Bersatu Arau ugut keluar parti- Macam cerita P.Ramlee daaaaa...

 

GPS

Seramai 18 ketua-ketua cawangan termasuk sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau membantah pelantikan Timbalan Ketua Bahagiannya, Megat Hashirat Hassan memangku jawatan ketua.

Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau yang juga wakil ketua-ketua cawangan, Md Sharif Abdul Razak berkata, mereka memberi tempoh dua minggu kepada kepimpinan pusat untuk mempertimbangkan permintaan terbabit.

Katanya, sekiranya tiada jalan penyelesaian dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terbabit secara beramai-ramai.



“Kami berharap kepemimpinan pusat dapat memberi pertimbangan atas permintaan kami ini. Andai permintaan kami ini tidak dipertimbangkan, kami tidak ada jalan lain melainkan meninggalkan parti secara beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat

Menurutnya, majoriti kepemimpinan Bersatu Arau jelas menolak keras pelantikan Megat Hashirat yang disifatkan tidak layak memimpin parti di bahagian tersebut.

“Kami tidak menolak siapa pun yang akan memangku jawatan Ketua Bersatu Bahagian Arau asal bukan Megat Hashirat. Malah, jika pemimpin dari pusat memangku jawatan tersebut juga kami tidak membantah,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, media melaporkan Ketua Bersatu Bahagian Arau merangkap Timbalan Ketua Badan Perhubungan negeri, Ameir Hassan meletakkan semua jawatan serta keluar parti.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu surat rasmi yang dikemukakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.

Ameir yang juga pengasas Bersatu Perlis sejak September 2016 mengambil langkah tersebut kerana kesal dan menyifatkan parti itu sudah hilang roh serta tersasar daripada matlamat asal perjuangannya.

Megat Hashirat yang sebelum ini Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Arau diberi mandat memangku jawatan ketua bahagian itu setelah diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi menerusi surat yang dikeluarkan pada 22 Oktober lalu.

Kerusi Parlimen Tambun: Pemuda PKR bidas Aziz Bari

 


Kerusi Parlimen Tambun: Pemuda PKR bidas Aziz Bari


Pemuda PKR cabang Tambun berpendapat bahawa kerusi kawasan parlimen itu adalah milik PKR selepas penyandangnya Bersatu telah keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Ashraf Kahasani berkata bahawa ini kerana PKR hanya meminjamkan kerusi tersebut kepada Bersatu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Merujuk kepada kenyataan (Naib Pengerusi DAP Perak) Abdul Aziz Bari mengenai hasrat beliau untuk bertanding di Tambun.

“AMK (Pemuda PKR) Tambun ingin menegaskan bahawa kerusi parlimen Tambun adalah milik PKR dan mengharapkan Aziz memperbetulkan kenyataan beliau sebelum ini kerana PKR hanya meminjamkan kerusi parlimen Tambun kepada Bersatu pada PRU14,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Malaysiakini.

Dia berkata demikian susulan laporan Sinar Harian sebelum ini yang memetik  Aziz sebagai berkata bahawa kerusi Parlimen Tambun bukan milik mana-mana parti komponen PH memandangkan ia kerusi yang ditinggalkan Bersatu.

Aziz yang juga ketua pembangkang DUN Perak berkata bahawa belum ada keputusan rasmi mengenai pemilik kerusi Parlimen Tambun setakat ini kerana penyandangnya keluar dari PH.

Tambahnya, pengalaman sebagai mantan exco kerajaan negeri memberi kelebihan kepadanya untuknya bekerja di kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, Ashraf berkata bahawa apabila Bersatu mengumum keluar daripada PH, secara prinsipnya kerusi tersebut kembali milik PKR.

Tambahnya, pada Mesyuarat Agung Tahunan 2020, PKR Cabang Tambun telah sebulat suara meluluskan Presiden PKR Anwar Ibrahim, ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador dan Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad sebagai calon pilihan untuk bertanding di parlimen Tambun.

Untuk rekod, parlimen Tambun ditandingi PKR sejak tahun 2008 sebelum diserahkan kepada Bersatu pada PRU14.

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu memenangi kerusi tersebut dengan mengalahkan penyandangnya Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dari Umno.