Menjawab tuduhan Pesuruhjaya PAS Perak berkenaan isu penerimaan gelaran, pangkat


Beberapa hari lepas telah tersebar secara meluas kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mempertikaikan keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat yang dianugerahkan oleh pihak Istana sebagai tanda kebiadaban DAP terhadap Raja-raja Melayu.
Kesal dengan kenyataan tersebut, saya merujuk kepada kenyataan dan teguran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menegaskan pendirian DAP bahawa wakil rakyat dan ahli majlis dari kalangan parti ini tidak akan menerima apa-apa pangkat atau gelaran daripada Istana semasa dalam tempoh perkhidmatan. Harus diamati dan difahami bahawa tindakan dan pendirian ini bukanlah kerana parti DAP ini sombong atau angkuh, tetapi inilah pendirian dan amalan parti DAP sejak sekian lama bahawa kita bekerja dan berkhidmat bukanlah untuk mengaharapkan balasan dalam bentuk pengurniaan pangkat atau gelaran.
Penolakan ini juga bersifat untuk memastikan ahli DAP memberikan perkhidmatan terbaik demi kemaslahatan rakyat. Jika boleh dielakkan, kita tidak mahu pangkat dan gelaran ini mengakibatkan kita hanyut dan lupa diri. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes orang kenamaan dan berpangkat yang bersikap kurang ajar terhadap orang awam. Berapa ramai mereka yang bergelar “Datuk” atau “Datuk Seri” yang bersikap kasar, malah terdapat kes “Datuk Seri” memukul 3 anggota Jabatan Sukarelawan  Malaysia (RELA) hanya kerana meminta beliau mengalihkan keretanya yang menghalang lalu lintas. Begitulah halnya juga dengan kes Datuk Seri Jamal Yunos yang sebelum ini sentiasa bertindak di luar kawalan yang akhirnya terpalit dengan pelbagai kesalahan jenayah. Inilah yang boleh dikatakan sebagai penghinaan dan kebiadaban terhadap gelaran dan pangkat yang diberi oleh Istana.
Memang menjadi lumrah, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Ada kalanya tindakan dan perkhidmatan cemerlang akan mendapat pujian. Ada masa, tersilap langkah akan menerima kecaman. Namun, selagi kita melakukan tugas dan tanggungjawab dengan baik, tidak lari daripada masalah, dan dapat mengekalkan hubungan baik dengan rakyat, ianya adalah lebih bermakna daripada mengejar pangkat dan gelaran. Dan nilai-nilai inilah yang akan mengikat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat kerana kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata, bukan dibuai dan diangkat menjulang tinggi ke langit dan kemudiaanya lupa pada tanggungjawab, lupa pada amanah yang tergalas di bahu.
Lantas yang demikian, sebagai anak muda di dalam parti DAP dan dalam masa yang sama diberi amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ahli Majlis di MBPJ, saya sendiri menyokong dan mengangkat prinsip ini kerana kita sendiri perlu menghormati tanggungjawab dan amanah yang diberi ini adalah tanggungjawab dan amanah yang besar. Tidak perlu tunggu penganugerahan besar untuk menunjukkan kita boleh dan akan bekerja untuk rakyat. Kerana takut penganugerahan besar ini menjadikan kita besar kepala dan lupa diri.
Justeru, harus diingat, menolak bukan tanda biadab, tetapi menolak kerana kita hormat kepada amanah dan tanggungjawab yang diberi. Kita hormat kepercayaan yang rakyat beri, untuk kita berikan perkhidmatan yang terbaik dan bukan untuk mengejar nama dan gelaran besar-besar. Kita tolak kerana kita tahu, hanya mereka yang cemerlang dalam tempoh berkhidmat sahaja yang layak menerimanya. Dan ini hanya layak dinilai selepas seseorang itu tamat tempoh perkhidmatannya. Kita tolak kerana kita hormat kepada nilai penghargaan yang diberi oleh Istana ini. Kerana jika kita gagal membawa dan mengekalkan nama baik, sudah tentu kita hanya akan memalukan Istana yang memberi penganugerahan ini, dan lebih teruk membawa nama buruk terhadap parti.
Kita tolak kerana kita mendukung prinsip, dan prinsip itu adalah mustahil untuk dijual beli begitu sahaja. Biar kita ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk dan bukan leka mendongak langit semata-mata. – Roketkini.com
*Quratulain Atiqah adalah Ketua Biro Undang-undang Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor dan Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

(function() { var d = document, w = window; w

PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

  Oleh FAZLI RADZI   /  September 16, 2021 Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan se...