APAMACAM ?


 

DARIHAL RAYUAN KES JILL IRELAND DITARIK BALIK

ULASAN


1. KES MELIBATKAN RAMPASAN BAHAN AGAMA DARI KASTAM.

2. MELIBATKAN CD UNTUK KEGUNAAN PERIBADI DALAM BAHASA INDONESIA YANG MENYEBUT PERKATAAN ALLAH SAMA MACAM TUHAN.

3. IANYA BUKAN LAH ISU NAK IKTIRAF PENGGUNAAN NAMA ALLAH DI SELURUH NEGARA.

4. IANYA ADALAH KES YANG DIKATAKAN KESALAHAN CARA RAMPASAN ITU DILAKUKAN.



Gegak gempita bumi Malaysia apabila KDN menarik balik rayuan ke atas keputusan kes Jill Ireland bt Lawrence Bill v Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia & Anor [2021] 8 MLJ 890. 


Namun ramai yang tidak membaca teks asal laporan kes tersebut oleh Hakim Nor Bee Ariffin. Sebaiknya rujuklah teks asal laporan kes tersebut sebelum menzahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani. Gunalah panduan dalam usul fiqh iaitu sebelum membuat hukum, seorang ahli fikah akan merujuk kepada sumber utama iaitu Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Sumber utama dalam isu Jill ini adalah laporan kes dalam Jurnal Undang-Undang.


Sama juga dalam hal ini, rujuklah teks asal supaya kita tidak sembrono menghentam kononnya Malaysia Madani sudah menjadi liberal dan tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama Islam.


Bagi yang sukar untuk mendapat teks asal bolehlah membaca laporan ringkas yang ditulis dalam portal Malay Mail. Boleh rujuk link ini  https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/03/24/explainer-high-courts-96-page-judgment-on-why-malaysias-1986-allah-ban-was/1960449


Fakta ringkasnya Jill Ireland seorang warga Sarawak, bumiputra suku Melanau beragama Kristian mencabar tindakan pegawai kastam yang merampas merampas 8 cakera padat audio pendidikan Kristian (‘CD tersebut’) yang mempunyai kalimah ‘Allah’ pada tajuknya pada 11 Mei 2008. Jill mendakwa bahawa CD tersebut adalah untuk kegunaan peribadinya kerana selama ini beliau dan keluarganya menggunakan Bahasa Malaysia dan AlKitab (terjemahan bahasa Indonesia untuk AlKitab di mana perkataan ‘Allah’ digunakan) dan bahan-bahan bertulis dan audio-visual dalam Bahasa Indonesia dalam amalan kepercayaan Kristian mereka.


Dalam penghakimannya, Hakim menyatakan dengan jelas bahawa  beliau tidak akan menyentuh mengenai penggunaan kalimah Allah. Kata Hakim:


[32]  It is plain and clear that the Court of Appeal in the Jill Ireland appeal case has, in light of the Federal Court majority decision in Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri & Ors [2014] 4 MLJ 765 (FC), narrowed the issues that can be ventilated in this judicial proceeding and confined them only to the declaratory reliefs sought by the applicant based on arts 8 and 11 of the FC in paras (c) and (d). These are prayers that were found not inextricably tied down specifically with the use of the word ‘Allah’ and thus was not caught by the majority decision in the Federal Court.


[33]  The Court of Appeal decision is explicit in its terms. It is not for this court to decide on issues that had sought to challenge the prohibition on the use of the word ‘Allah’ as the same could not be done in a collateral manner. That was the reason for not remitting prayers (e) and (f) because the Enactments which contained those prohibition on the use of the word ‘Allah’ had to be challenged specifically for want of jurisdiction and the impugned provision in the Enactment could not be challenged in isolation. This court would not descend into the controversy.


[34]  This in my view will necessarily exclude this court from canvassing the theological issues. I am guided by the majority decision in the Federal Court in the Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, which did not proceed with the question in Part C that relate to theology issues as the facts show that the Minister ‘s decision was never premised on theological consideration and found that the views expressed by the learned judges of the Court of Appeal on those issues were mere obiter. Likewise, as the facts in the present judicial review show, the Minister’s decision that was being challenged was not predicated on theological considerations. His decision was predicated on public order consideration.


[35]  Therefore, it is incumbent on me to proceed cautiously so as not to travel out of the parameters/setting the further conduct of this judicial review was placed in.


Kita lihat pula bahawa keputusan Mahkamah pula hanya membenarkan perenggan (c), (d) dan (d)(B) sahaja.


Perenggan (c) - a declaration that pursuant to art 11 of the FC it is the constitutional rights of the applicant to import the eight CDs in the exercise of her right to practice religion and right to education;


Perenggan (d) - a declaration that pursuant to art 8 of the FC the applicant is guaranteed equality of all persons before the law and is protected from discrimination against citizen, inter alia on the grounds of religion in the administration of the law, in particular Act 301 and Act 235; (the Printing Presses And Publications Act 1984 (Act 301) and Customs Act 1967 (Act 235).


Perenggan (d)(B) - a declaration that the Government Directive issued by the Publication Control Division of the Ministry of Home Affairs Circular: S. 59/3/9/A Klt.2 dated 5.12.1986 is unlawful and unconstitutional.


KESIMPULAN : 


1. Melihat kepada fakta dan keputusan kes ini, Hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang keputusan terhadap penggunaan kalimah Allah. Hakim hanya melihat daripada segi teknikal perampasan CD itu sama ada dibuat secara mengikut prosedur atau tidak. 


2. Keputusan kes Jill ini lebih bersifat peribadi sahaja dan tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. 


3. Keputusan kes ini tidak menyentuh kedudukan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam yang ada di seluruh Malaysia (ada 4 negeri yang tiada enakmen ini iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) sekaligus tidak timbul isu bahawa ianya akan menjejaskan kuasa dan hak Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.


4. Tiada isu bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani menjadi liberal dan longgar terhadap kedudukan agama Islam.


Dr Zulqarnain Lukman

15 Mei 2023

24 Syawal 1444H



SANUSI SEMBANG. BUKAN TAK DAK AYAQ. TAPI MEMANG AYAQ TAK DAK..


 

DULU KAWAN LA KAWAN


 

BELAT AYAQ PULAK. DULU BUKAN HANG NAK BELAT AYAQ KE PENANG KA.


 

PN MENGGELUPUR KENAPA


 

TUHAN BAYAQ TUNAI...KAH..KAH


 

KES SEBUTAN NAMA ALLAH. INI JALAN CERITANYA


 

PERTUMBUHAN KDNK MALAYSIA 5.6%


AdrianLim Chee Ann




PERTUMBUHAN KDNK MALAYSIA 5.6%

(Antara yang tertinggi di rantau)


Baru-baru ini berita ekonomi dunia seperti Bloomberg dan Asian Nikkei melaporkan perkara di atas. Mereka puji Malaysia kerana pencapaian tersebut melebihi unjuran pakar-pakar ekonomi.


Tetapi mungkin masih ramai tidak mengerti “pertumbuhan ekonomi antara tertinggi di rantau ini”.


Saya cuba jelaskan dalam bahasa terpaling mudah.


KDNK bererti nilai pengeluaran sesebuah negara.


Tukang jahit kat Jalan TAR buat baju;

Pekebun kat Cameron tanam dan jual sayur;

Kilang kat Johor bikin perabot.


Ini semuanya pengeluaran yang terhasil oleh rakyat/syarikat sesebuah negara. Pengeluaran terhasil ini boleh diukur dan mempunyai nilai ekonomi.


1 pasang baju dijual RM100.

1 tan sayur dijual RM1,000.

1 set perabot dijual RM10,000.


100, 1,000, 10,000 ini semuanya nilai ekonomi. 


Kita campurkan kesemua nilai-nilai pengeluaran syarikat/individu kat Malaysia. Maka terbentuklah suatu jumlah besar yang dipanggil KDNK.


30 juta rakyat punya segala perniagaan, pendapatan, perbelanjaan dan sebagainya kita campurkan.


Maka terjadinya pada tahun 2022 sebagai contoh, KDNK Malaysia mencecah RM1.8 trilion.


KDNK menurun/perlahan apabila negara mengalami kegawatan ekonomi (atau recession) seperti yang berlaku pada tahun 2020 tahun 2021 semasa Abah menjadi PM.


Tukang jahit kat Jalan TAR kurangkan/stop buat baju.

Pekebun kat Cameron kurangkan/stop tanam sayur.

Kilang perabot kurangkan/stop buat perabot.


Pengeluaran dikurangkan/stop, jadinya pendapatan syarikat pun berkurang.

Pendapatan syarikat berkurang, jadinya syarikat terpaksa memberhentikan pekerja untuk kurangkan kos operasi.

Pekerja diberhentikan, jadinya pekerja tiada pendapatan.

Pekerja tiada pendapatan, jumlah perbelanjaan berkurang.


Ramai-ramai punya jumlah perbelanjaan berkurang, kuasa membeli menyusut dan seluruh ekonomi negara mengalami “slowdown”.


Itu kesannya.


Tetapi………. apabila sebaliknya berlaku, iaitu apabila Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK 5.6% pada suku pertama tahun 2023, ini bererti segala perkara buruk yang dijelaskan di atas itu, sebaliknya sedang berlaku.


Syarikat tingkatkan pengeluaran, jadinya keperluan pekerja meningkat.

Keperluan pekerja meningkat, jadinya semakin ramai mempunyai pekerjaan.

Semakin ramai mempunyai pekerjaan, jadinya semakin ramai mempunyai pendapatan.

Semakin ramai mempunyai pendapatan, jadinya jumlah perbelanjaan meningkat.

Semakin meningkat jumlah perbelanjaan, jadinya kuasa membeli meningkat.


Faham?


Jadi apabila pertumbuhan KDNK Malaysia disahkan antara tertinggi di rantau ini, ini bererti “improvement” kita dari tahun lepas adalah lebih hebat berbanding negara-negara lain.


Negara-negara lain bukannya tidak improve.

Mereka improve.

Singapura 0.1%, Amerika Syarikat 1.1%, China 4.5%, Indonesia 5.3%.


Tetapi improvement mereka tidak sehebat kita. Kadar penambahbaikan kita lebih hebat berbanding negara-negara lain.


Nak kata negara kita sudah hebat? Tidak.


Tetapi ianya boleh dirumuskan bahawa kita berada pada landasan yang betul.


Kita maintain improvement yang baik, tidak lama lagi kesannya akan dirasai pelbagai genap lapisan masyarakat.


LAAAA...HANGPA PERINTAH, TELOQ PUN TAK BOLEH JAGA..MASIH LAGI NAK MEMERINTAH

 


Apa yang dia mencarut ni? Dah diberi peluang. Atau lebih tepat, dia dah curi peluang. Tapi ada dia buat? Tutup parlimen. Sampai sanggup isytihar darurat yang susahkan rakyat dan menderhaka kepada YDP Agong sebab tak mahu parlimen dibuka.


Bazirkan duit rakyat dengan barisan kabinet super serta lantikan-lantikan duta serta penasihat khas yang dibayar dengan gaji yang sangat besar tanpa buat sebarang kerja pun. Ada pula duta khas yang tak tak pernah keluar negara pun.


Ekonomi merudum. Rakyat menderita sampai ada yang kibar bendera putih. Kes bunuh diri meningkat. Harga berangan meroket. Tapi PN sebagai kerajaan tak buat apa pun. Malah bila kritik disamakan pula orang yang mengkritik itu dengan haiwan.


Tak cukup lagi, dia sakau duit rakyat. Beri tender secara runding terus kepada syarikat kroni dengan nama bumiputera tapi yang bukan bumiputra pun dapat. Dari tender-tender tersebut, dia sedut duit melalui komisen yang masuk akaun parti.


Tak habis lagi, minyak masak bersubsidi paket 1 kg pun dia biarkan anaknya sorok. Sampai golongan miskin dan peniaga pening kepala nak cari minyak masak murah. Bila suruh siasat, dia kata sudah nak hapuskan kartel. Rupanya anak sendiri.


33 bulan rakyat menderita. Dia sendiri buktikan PN adalah kerajaan paling gagal dalam galaksi bima sakti ini. Dia nak peluang apa lagi? Malaysia undur berpuluh tapak ke belakang masa 33 bulan dulu. Nak mundur berapa ratus tapai ke belakang lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



HASAD ATOK MEMANG DASYAT....



Lihat orang tua ini.  Hasad dan dengki dia kpd PMX semakin mendalam.  PMX tidak pedulikan projek mega atau bangunan mencakar langit seperti dizaman beliau dulu, tetapi PMX mahu penjaja dan gerai-gerai yang bersih yang majoritinya adalah orang-orang Melayu, tapi apa orang tua ni cakap?  PMX mahu basmi miskin tegar tahun ini yang majoritinya orang-orang melayu, tapi apa orang tua nyanyuk ini cakap? 


 PMX dpt berunding dgn Syed Mokhtar jutawan Bernas untuk bantu petani yg mejoritinya org2 melayu, tetapi apa orang tua karala ini cakap?  PMX turun bertemu rakyat dan makan bersama mereka, tapi orang tua yg hilang deposit ini kata PMX mahu berkempen.  Dia boleh kata tiada lagi biasiswa untuk pelajar2 universiti?  Kompom dia nyanyuk.  


Dia bukan saja nyanyuk tetapi semakin bodoh.  Peliknya, orang tua ini yang dipilih oleh lebai Hadi sebagai kawan.  Sesuai lah, 2 X 5 saja.  Sekor jual agama, sekor lagi jual kaum.  


WFAUZDIN NS



TARIK RAYUAN KALIMAH ALLAH AKAN MENGIKIS LAGI SOKONGAN PENGUNDI MELAYU KEPADA PH/BN DALAM ENAM PRN



Semua kita tahu PN adalah blok pembangkang yang sentiasa menggunakan sentimen kaum dan agama dalam perjuangan dan untuk mereka meraih undi ketika pilihan raya.


Bersatu dan Pas. dua parti yang kini mampu mendominasi sokongan pengundi Melayu dan Islam dalam gabungan itu sehingga PN berjaya memenangi sejumlah 74 kerusi Perlimen pada PRU15 lalu.


Dengan jumlah kemenangan itu, Pas dan Bersatu dengan sendirinya telah berjaya meninggalkan UMNO, sebuah parti Melayu yang selama ini gagah melekat di hati orang-orang Melayu.


Selepas PH dan BN menjalin kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan dah walaupun perkara ini adalah baik untuk masa depan Malaysia, mainan sentimen kaum dan agama tidak mungkin dapat dihapuskan dalam waktu terdekat ini.


Selagi ada parti Melayu dan Islam di negara ini dan selagi ada isu-isu berkaitan Melayu dan Islam yang tidak selesai dan terus berbangkit, selama itulah isu Melayu dan Islam akan terus menjadi bahan jajaan untuk meraih undi.


Sebagai kerajaan, PH dan BN semestinya sedar akan hal ini dan sepatutnya mereka lebih dulu berperanan mengekang timbulnya isu-isu berkaitan Melayu dan Islam yang boleh dimain dan dipanaskan dalam masyarakat.


Tetapi tindakan terbaru kerajaan di mana mereka sendiri menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak, Jill Ireland menggunakan kalimah Allah, ibarat memberi peluru dan modal percuma kepada PN dalam mendepani PRN akan datang dan untuk terus mengasak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.


Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman Ireland yang mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama dan pendidikan.


Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan.


KDN dan kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 15 Mac tahun yang sama.


Soalnya, kenapa kerajaan tiba-tiba menarik balik dan tidak mahu meneruskan rayuannya?


Selain pelbagai NGO dan persatuan berkaitan Islam telah tampil menuntut kerajaan agar memberi penjelasan penuh atas tindakan tersebut, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad turut bersuara menuntut hal yang sama.


Beliau berkata, rayuan yang dibuat ketika dia menjadi menteri berkaitan agama pada 2021 adalah bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan tindakan demikian.


“Keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah Sultan Johor dan Sultan Selangor yang menitahkan kerajaan persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan mahkamah tinggi.


“Tidak sedikit jerih payah yang dikerah oleh para mufti serta jawatankuasa muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) untuk berbincang, pertemuan demi pertemuan dengan NGO dan penyusunan kertas penghujahan yang melibatkan ramai pakar dan tokoh akademik,” katanya dalam catatan Facebook.


Seterusnya, Dr Zulkifli berharap kerajaan madani melalui KDN ada jawapannya dalam perkara ini.


Isu ini sebenarnya bukan saja sensitif kepada orang Melayu dan Islam di negara ini, malah amat mudah mengamit kekecewaan dan kekesalan jika salah diurus atau ditangani oleh kerajaan.


Menarik balik rayuan bermakna kalimah Allah bebas digunakan oleh sesiapa saja – Islam dan bukan Islam – dan ini tentu saja suatu ancaman kepada kepentingan Islam di negara ini.


Kenapa tidak dibiarkan saja proses rayuan berjalan dan menyerahkan kepada mahkamah membuat penentuan berbanding kerajaan sendiri mengambil tindakan yang seolah-olah tidak pro kepada kepentingan Melayu dan Islam?


Mahu tidak mahu, jika kerajaan gagal memberi penjelasan meyakinkan atau menangani isu ini dengan memuaskan, selain lebih ramai dipercayai akan tampil menghentam dan meluahkan kekecewaan, bahkan makin berduyun-duyun menjauhkan sokongan terhadap kerajaan.


Di waktu yang sama, kalau isu ini berterusan sehingga kempen PRN di enam negeri akan datang, PN pasti akan mendapat kelebihan di hati pengundi-pengundi Melayu sendiri.


Ia bukan saja akan menyebabkan PN lebih mudah mengekalkan penguasaan mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak dapat tidak, PH dan BN juga akan kehilangan sebahagian besar, silap-silap semua sekali, sokongan di kawasan pengundi Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dimenangi sebelum ini.


Jika itu berlaku, kerajaan akan terus digoncang dan sukar dipertahankan lagi dalam PRU yang seterusnya.


Maka, janganlah PH dan BN menyalahkan PN, khususnya Pas kerana memainkan isu kaum dan agama dalam kempen-kempen mereka, sebaliknya salahkanlah diri sendiri yang lebih dulu membekalkan peluru dan memberi modal percuma kepada pembangkang. – ShahbudinHusin 16/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KALAU TIDAK DITAHAN SPRM, SAYA TIADA PELUANG BERSIHKAN DIRI”



Khamis lalu, rumah dan pejabat blogger politik serta pemilk saluran tv internet NR Channel, Mohd Rafi Awang Kechik diserbu SPRM untuk satu siasatan berhubung dakwaan rasuah projek berjumlah RM41 juta melibatkan sebuah kementerian.


Seterusnya pada pagi Jumaat, Mohd Rafi direman selama dua hari untuk tujuan siasatan lanjut atas dakwaan menerima rasuah RM1.3 juta daripada sebuah syarikat yang beliau diberi peranan melobi bagi mendapatkan projek tersebut.


Sebaik berita penahanan beliau terdedah kepada umum, pelbagai persepsi dan tanggapan tidak baik segera muncul di pelbagai medium media sosial.


Persepsi yang berlegar dan dimainkan ialah beliau sekarang ini seolah-olah sudah kaya hasil duit rasuah, walhal peranannya hanyalah melobi dan sama sekali tidak memiliki sebarang kuasa mempengaruhi atau meluluskan projek.


Secara umumnya pula, kerja melobi adalah perkara biasa bukan saja dalam perniagaan, malah dalam hampir semua urusan dunia moden dengan bayaran tertentu dikenakan atas persetujuan bersama.


Untuk bertemu dengan Presiden Amerika pun perlu melalui dan membayar pelobi terlebih dahulu, maka bukanlah asing pelobi juga diperlukan untuk mendapatkan sesuatu projek.


Lumrahnya, tiada syarikat mampu beroleh kontrak tanpa lobi atau tanpa peranan pelobi.


Jadi, di mana Mohd Rafi boleh dianggap bersalah dalam hal ini kerana peranannya sebagai pelobi adalah secara persetujuan bersama?


Mohd Rafi kemudiannya hanya direman selama satu setengah hari di mana beliau telah dibebaskan pada tengahari Sabtu.


Pada Ahad lalu, beliau sekali lagi hadir ke pejabat SPRM untuk menyelesaikan beberapa perkara lain berkaitan siasatan.


Menceritakan peristiwa tersebut, Mohd Rafi berkata, beliau sebenarnya bingung apabila dikaitkan dengan perbuatan rasuah dalam projek yang beliau diminta melobi untuk syarikat terbabit.


Katanya, pada tahun 2020, beliau telah diminta oleh seorang kenalannya untuk mendapatkan minit daripada seorang menteri berkaitan projek yang disertai oleh sebuah syarikat secara tender terbuka dalam sebuah kementerian.


“Dalam tempoh seminggu, saya telah berjaya memperolehi minit daripada menteri yang dikehendaki yang ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian yang lebih kurang maksudnya ialah agar sedia syarikat itu sedia dibantu dalam tender yang disertainya.


“Walaupun ada minit tersebut, syarikat tersebut tidak semudah itu memperolehi tender yang mereka sertai kerana ada beberapa urusan lain perlu dilalui terlebih dahulu.


“Hanya kemudian baru saya ketahui syarikat tersebut akhirnya memperolehi juga tender itu.


“Malangnya, pada tahun 2021, kenalan saya yang memperkenalkan saya dengan syarikat itu telah meninggal dunia dan berikutan itu, saya cuba berhubung terus dengan syarikat berkenaan untuk bertanyakan soal bayaran melobi yang telah dipersetujui sebelum ini.


“Dalam perbualan itu, syarikat berkenaan kemudian marah-marah serta mengatakan projek tersebut mengalami kerugian dan mereka berhasrat untuk memulangkannya semula.


“Sejak itu, saya tidak pernah berurusan lagi dengan syarikat tersebut dan menganggap mungkin tiada rezeki saya di situ.


“Saya malah sudah melupakannya, lagi pun kenalan saya yang memperkenalkan saya dengan syarikat itu juga sudah pun meninggal dunia,” ujar beliau.


Kata Mohd Rafi, beliau bukan saja bingung apabila rumah dan pejabatnya tiba-tiba diserbu untuk SPRM mencari bukti terhadap rezeki yang pada anggapannya tidak menjadi melalui kerja-kerja melobi, lebih bingung lagi ketika ditunjukkan 23 salinan cek kepadanya.


Semua salinan cek yang ditunjukkan, tambahnya, adalah bayaran daripada syarikat tersebut kepada kenalannya yang sudah meninggal dunia itu.


“Tiada satu pun cek itu tertulis nama saya, tetapi saya yang kena reman,” ujarnya.


Menurut beliau, nasibnya dalam kes ini tidak ubah seperti terkena getah yang orang lain menikmati nangkanya.


Katanya, sementara yakin tidak bersalah kerana dirinya tidak mempunyai sebarang kuasa atau menyalahguna kuasa, malah tidak pun pernah menerima wang, beliau tetap menghormati tugas SPRM dalam menyiasat kes tersebut.


“Cuma, saya ada sedikit kehairanan kerana saya tetap dipakaikan baju oren untuk ke mahkamah bagi tujuan reman, sedangkan amalan itu sudah dihentikan sejak 2019 lagi,” tambahnya.


Ditanya mengenai siapa yang mungkin disyakinya membuat laporan kepada SPRM sehingga beliau direman dan keluarganya turut menerima kesan, Mohd Rafi berkata, beliau tidak ingin berprasangka buruk atau menuduh sesiapa dalam hal ini.


Tetapi, tegasnya, ditahan dan disiasat SPRM telah memberi peluang kepadanya untuk membersihkan dirinya.


Katanya – “Kalau tidak ditahan SPRM, mungkin sampai mati saya akan terus dikaitkan pernah makan rasuah, khianat kawan atau makan duit sorang-sorang”. – ShahbudinHusin 16/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/05/16/kalau-tidak-ditahan-sprm-saya-tiada-peluang-bersihkan-diri.html



PN MAKIN SERABUT


 

TALIAN TERPUTUS SEJAK JAM 9 MALAM.

 


WEBMASTER/BLOGGER

 MEMOHON MAAF KERANA 

KELEWATAN MENGUPDATE

 BLOG. 

AKAN KE  UDARA SEGERA.

ORANG KHIANAT NI JANGAN LAYAN.


 

AUKU DAH HAPUS. DULU MAHATHIR HALANG ANWAR MASUK UNIVERSITI