ANWAR DI MALAM KONSERT MAHER ZAIN

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang dudukImej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 3 orang, dalamanImej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, di pentas, bermain alatan muzikal, malam dan konsert

AKIBAT TIDAK FAHAM

“TAHNIAH ATAS ‘PERNIKAHAN’ UMNO DAN PAS”

1. Saya menyambut baik pengumuman tentang kerjasama rasmi Umno dan Pas yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man pada 5 Mac 2019 yang lalu walaupun sebelum ini berulang kali dinafikan terutamanya oleh Pas.
2. Setelah sekian lama terjalinnya ‘hubungan sulit’ di antara Umno dan Pas, iaitu sekurang-kurangnya sejak 2015, akhirnya Mohamad Hasan mengaku bahawa Umno dan Pas sudah ‘bernikah’ dan ‘bersanding’ selepas mula ‘bertunang’ pada pada tahun lepas.
3. Saya langsung tidak terkejut dengan ‘pernikahan’ Umno dan Pas ini memandangkan kami memang telah mengetahui sejak sekian lama ‘skandal’ di antara kedua-dua parti ini. Hubungan sulit ini sudah berjalan sebelum ini atas inisiatif bekas Presiden Umno yang terpalit dengan skandal 1MDB, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.
4. Bukan rahsia lagi pada peringkat awal persefahaman Umno dengan Pas ini adalah bertujuan untuk memecahkan undi pembangkang di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu melalui pertandingan tiga penjuru agar BN terus dapat berkuasa dan Dato Seri Najib terus kekal sebagai PM.
Oleh sebab itu, Pas mencatat sejarah dengan bertanding 155 kerusi Parlimen, yang menjadi rekod kerusi terbanyak yang pernah ditandingi Pas sejak penyertaan parti tersebut di dalam pilihanraya.
5. Jika kita imbau menjelang PRU14 yang lalu, Pas di depan rakyat berulang kali menafikan mereka bersekongkol dan bersama dengan Umno/BN dan juga menegaskan bahawa Pas kekal sebagai parti pembangkang dan tetap menentang kerajaan BN.
Presiden Pas sebelum PRU14 menganggap kerjasama dengan Umno ibarat menanggung biawak hidup. Tetapi di belakang tabir, kita amat maklum strategi Pas untuk memecahkan undi pembangkang agar tidak solid mengundi calon-calon Pakatan Harapan.
Syukur Alhamdulillah, perencanaan licik Najib dan Abdul Hadi ini untuk menggagalkan arus kebangkitan rakyat telah tidak berjaya dan akhirnya Barisan Nasional telah dapat ditumbangkan setelah berkuasa lebih dari 60 tahun.
6. Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa hasrat utama gabungan Pas Umno ini adalah bukan setakat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, tetapi juga dengan sendirinya akan mengembalikan kuasa politik Umno/BN dan Najib Razak ke jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi sebagaimana perangai tipikal Pas, mereka tidak akan mengaku atas apa jua perbuatan mereka, bahkan akan sanggup untuk melakukan ‘tipu syarie’ bagi mencapai hasrat mereka, termasuklah hingga ke tahap yang berlaku sekarang apabila Pas bersama Umno galak menyebarkan pembohongan dan dakyah palsu bagi mengapikan-mengapikan sentiment perkauman dan agama.
Cuma saya tak pasti sama ada Pas sekarang menanggung biawak hidup atau mendukung biawak yang dah nazak untuk dibaca jampi serapah kut kut panjang umur.

7. Apa pun lagi sekali, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Umno dan Pas atas ‘pernikahan’ ini.
Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berbulan Madu!
HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Pokok Sena
12 Mac 2019/5 Rejab 1440H.

KJ ajak UMNO-PAS tolak politik perkauman, jadi lebih inklusif


Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menasihati pemimpin UMNO dan PAS supaya tidak bergantung kepada isu perkauman dan keagamaan untuk menang dalam pilihan raya.
Sebaliknya, beliau meminta pemimpin UMNO dan PAS mencari prinsip asas yang boleh dipersetujui secara bersama yang bersifat inklusif dan berdasarkan komitmen ke arah Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.
Kenyataan Khairy yang dilihat menyimpang daripada sikap pemimpin partinya itu sedikit sebanyak membuktikan bahawa pemimpin UMNO dan PAS sememangnya menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk menyerang pihak lawannya.
Adakah Khairy sebenarnya sedang menegur pemimpin UMNO dan PAS yang sedang galak menyerang DAP dengan pelbagai dakwaan berbaur fitnah dan pembohongan menerusi kenyataannya itu?
Apa yang menarik lagi adalah apabila Khairy menyentuh mengenai “komitmen ke arah Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum”.
Pemikiran yang dibawa Khairy itu harus dipuji, malah tidak mustahil idea yang cuba dibawanya itu akan diterima oleh pemimpin UMNO dan PAS.
DAP adalah parti untuk semua kaum. DAP menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan, walaupun sering kali dicemuh dengan pelbagai dakwaan dan pembohongan yang sehingga kini tidak pernah dibuktikan.
Adakah Khairy sebenarnya sedang cuba meng’DAP’kan UMNO dan PAS? –