Krisis Pas: Mampukah Geng Publika mengalah kepada Geng Ustaz?

 



Seorang penganalisis politik menyarankan kumpulan profesional dalam Pas yang juga digelar Geng Publika mengalah kepada Geng Ustaz menjelang pemilihan parti itu pada September depan.

Pensyarah Program Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berpendapat pertembungan dua blok dalam Pas itu akan semakin meruncing selagi salah satu pihak tidak berlapang dada.

“Saya jangkakan suhu panas ini tidak mudah untuk sejuk, kecuali dengan satu cara sahaja, iaitu kumpulan profesional mengendur, beralah dan memberi laluan kepada jalur agama.

“Jika tidak, kehangatannya akan memuncak dan terus memuncak, kerana sudah tentu geng ustaz sekali-kali tidak akan berundur dan beralah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Mohd Yusri Ibrahim
Kepimpinan ulama

Untuk rekod, perpecahan dalam Pas dengan wujudnya kem Geng Ustaz dan Geng Publika telah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu.

Geng Publika dikatakan cuba mencabar kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Antara nama yang dikaitkan dengan ‘Geng Publika’ yang didakwa mahu melanggar kepimpinan ulama Pas ialah Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi.

Mereka diberi gelaran “Publika” kerana sering dikaitkan dengan pertemuan di kawasan Publika, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Dr Yusri berkata, krisis dalam Pas kali ini dengan munculnya label-label baharu seperti HooSAM 2.0, Jebon 2.0, Taksubiyyun Dr Sam serta panggilan lain yang lebih teruk dan kurang sesuai ditulis, dilihat mengulangi skrip muktamar 2015 lalu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan berulangnya kembali perpecahan dalam Pas pasca muktamar parti tersebut pada September nanti.

Bekas menantu Ismail Sabri akan dirakam keterangan SPRM esok

 




Bekas menantu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie akan dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jakarta esok.

Ia bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri.

Difahamkan rakaman percakapan dibuat di Indonesia kerana Jovian kini menetap di negara itu.

Pasukan penyiasat akan berada di sana selama dua hari untuk proses merekod keterangan yang disifatkan penting kerana beberapa dokumen perlu disahkan Jovian.

Jovian dinamakan sebagai saksi oleh Ismail Sabri ketika keterangannya diambil SPRM sebelum ini, khusus bagi mengesahkan beberapa aset yang diisytiharkan kepada suruhanjaya berkenaan.
SPRM kini masih lagi dalam proses menganalisis semua aset terbabit kerana sumber pendapatan Ismail Sabri terlalu banyak

Difahamkan, Ismail telah berkhidmat dalam pelbagai sektor termasuk swasta selain memiliki beberapa syarikat ketika bukan anggota pentadbiran.


Ahli Parlimen Bera itu disiasat antara lain membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. 



KJ SINDIR RAMANAN.....RAMANAN TIBA RAMANAN TIBA

GEMPAR : SELAMAT TINGGAL PKR‼️

KES YUSOF ROWTHER : APA KOMEN KJ ?

NAK NAFIKAN INI? - 80 KERUSI RAMALAN RAFIZI PRU15 | PRU16 PH HANCUS - K...

AFTER RAFIZI RAMLI'S EXPOSURE, MCMC CLARIFIES BUT DOES NOT RESPOND!

Kemalangan tragis pelajar UPSI: Gerak menyeru agar satu usaha bersepadu digerakkan

 


10 Jun 2025

 Get Views


AI-GENERATED IMAGE





Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Pergerakan Akademik Malaysia (Gerak) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan tragis kelmarin, serta kepada seluruh warga UPSI.

Ingatan dan doa kami sentiasa mengiringi ahli keluarga mangsa dalam menghadapi waktu yang amat mendukacitakan ini.

Gerak menggesa siasatan telus dan menyeluruh terhadap tragedi bas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI mesti dilancarkan segera. Siasatan perlu merungkai keadaan lebuh raya dan keselamatan jalan raya yang berbahaya, cabaran kesesakan kenderaan negara, serta sikap sambil lewa dalam penguatkuasaan peraturan oleh pihak polis trafik dan pegawai keselamatan jalan raya lain.

Sejak mutakhir ini, negara terlalu kerap dikejutkan dengan insiden kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan parah, dengan statistik yang menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.

Statistik terkini menunjukkan bahawa di Malaysia, setiap 1 jam 56 minit seorang nyawa terkorban dalam kemalangan jalan raya. Di Malaysia, kemalangan jalan raya berlaku setiap 50 saat.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan kedua tertinggi dalam indeks kematian jalan raya, merekodkan 23.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, di belakang Thailand.

Peningkatan kecuaian manusia, kemarahan di jalan raya, penguatkuasaan peraturan yang lemah, dan keadaan jalan yang buruk adalah faktor penyumbang utama.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Gerak percaya bahawa kemalangan maut dan kecederaan parah sebegini boleh dicegah. Ia bukanlah sekadar nasib, tetapi sering kali berpunca daripada kegagalan sistemik yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.

Gerak menggesa agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan pengangkutan darat, baik persendirian mahupun komersial, untuk mengambil tindakan segera dan komprehensif bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini.

Pada Disember 2024, jawatankuasa kabinet mengenai keselamatan jalan dan kesesakan lalu lintas meluluskan peruntukan RM463 juta untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam.

READ MORE:  UPSI tragedy: Concerted effort to formulate road safety action plan needed

 

Gerak mencadangkan agar sebahagian besar peruntukan ini disalurkan kepada inisiatif keselamatan jalan raya. Pembuat dasar mesti sedar bahawa jutaan ringgit yang telah diperuntukkan bukan sekadar untuk membincangkan pelaksanaan caj kesesakan atau menaik taraf kualiti pengangkutan awam.

Gerak percaya adalah penting kerajaan, termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan agensi berkaitan lain, menggunakan dana sedia ada untuk menangani krisis peningkatan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Ketiadaan penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan yang ketat, ujian dadah dalam kalangan pemandu komersial lori, bas dan kenderaan berat lain, serta hukuman terhadap pesalah had laju turut menyumbang kepada peningkatan kematian jalan raya di negara ini.

Beberapa pelajar UPSI yang terselamat mendakwa pemandu bas bertindak cuai dan memecut laju. Keadaan jalan licin dan gelap di laluan tersebut turut menyumbang kepada tahap keterukan kemalangan dan jumlah korban yang tragik.

Gerak menuntut kerajaan memandang serius dan bertindak segera untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di seluruh negara.

Gerak mencadangkan pengembalian penggunaan kotak had laju (pembatasi kelajuan) untuk memastikan kenderaan berat seperti lori dan bas tidak melebihi 90 km/j. Pastikan peraturan ini dikuatkuasakan dengan ketat dan pesalah had laju ditahan serta-merta serta digantung lesen memandu.

Bagi penguatkuasaan peraturan keselamatan jalan raya berkesan, pegawai yang bertugas mesti bebas daripada unsur rasuah dan cuai dalam menjalankan tugas. Pegawai yang korup mesti dikenakan hukuman berat, sama ada denda mahal atau penjara atas kesalahan menerima suapan.

Gerak berpendapat “pegawai yang menerima suapan” adalah penyumbang utama kepada peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia. Amalan ini mesti dihentikan. Tanpa integriti dalam kalangan penguat kuasa, bilangan pesalah jalan raya tidak akan berkurang dan lebih banyak kemalangan maut akan berlaku.

READ MORE:  Tragedies on our roads must end

 

Kerajaan tidak boleh lagi bersikap reaktif. Sudah tiba masanya untuk kita beralih kepada pendekatan proaktif yang terbukti berkesan di peringkat global.

Sebagai perbandingan, negara maju seperti Australia berjaya mengurangkan kadar kematian jalan raya dengan ketara melalui pendekatan “Sistem Selamat” (Safe System). Falsafah pendekatan ini ialah membina sistem jalan raya yang mampu ‘mengampuni’ kesilapan pemandu. Prinsip terasnya ialah tanggungjawab keselamatan bukan hanya terletak pada pengguna jalan, tetapi dikongsi oleh semua pihak, termasuk perancang jalan, jurutera, pengeluar kenderaan dan pihak berkuasa penguatkuasaan.

Pendekatan Sistem Selamat berteraskan empat tonggak utama.

Pertama, jalan raya dan persekitaran yang selamat. Pihak berkenaan perlu membina jalan raya yang boleh ‘memaafkan’ kesilapan pemandu, seperti memasang penghadang jalan (road barriers) dan reka bentuk persimpangan yang lebih selamat.

Kedua, kelajuan yang selamat. Pihak berkuasa perlu memastikan had laju bersesuaian dengan keadaan jalan, persekitaran dan jenis pengguna jalan raya.

Ketiga, kenderaan yang selamat. Menggalakkan penggunaan kenderaan dengan ciri-ciri keselamatan moden dan memastikan kenderaan komersial diselenggara dengan piawaian tertinggi.

Keempat, pengguna jalan raya yang selamat. Pendidikan dan penguatkuasaan berterusan untuk membentuk tingkah laku pemanduan yang berhemah.

Justeru, Gerak menyeru agar satu usaha bersepadu digerakkan segera antara agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sivil untuk merangka dan melaksanakan pelan tindakan keselamatan jalan raya nasional yang berlandaskan prinsip Sistem Selamat ini.

Tragedi yang menimpa pelajar UPSI ini mesti menjadi titik tolak kepada perubahan yang tuntas demi memastikan jalan raya kita selamat untuk semua. – Gerak

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.    Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.  Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.  Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.  Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.  Lawan rasuah dan kronisme

 

BREAK TAK BERFUNGSI KATA PEMANDU...


 

PKR BAKAL DIBUBARKAN JIKA ROS MENGAMBIL TINDAKAN


 

ISU YUSOFF RAWTER


 

ISU TONG GAS. KERAJAAN LAMBAT BALAS. KENAPA PE GARAH ATAU TIK TOKER KERAJAAN DIAM.


 

BAYI DALAM KANDUNGAN DAH PANDAI BEZAKAN RASA MAKANAN IBU


Mazlan Syafie






MasyaAllah. Siapa sangka dalam gelapnya rahim seorang ibu, ada makhluk kecil yang bukan sahaja tumbuh dengan sempurna, tapi juga sudah mampu rasa apa yang ibunya makan.


Kajian terbaru dari Durham University di UK membuktikan sesuatu yang mengejutkan bahawa bayi dalam kandungan sebenarnya sudah boleh bezakan rasa makanan, dan mereka ada reaksi muka terhadap apa yang ibu mereka makan.


Dalam kajian ini, 100 wanita hamil dipantau menggunakan teknologi imbasan 4D. Ibu-ibu ini diberi dua jenis kapsul: satu berasaskan lobak merah, satu lagi daripada kale iaitu sejenis sayur berdaun hijau yang rasanya agak pahit. Hasilnya sangat luar biasa.


Bila ibu makan lobak merah, bayi dalam kandungan menunjukkan ekspresi muka seakan tersenyum, pipi gebu naik, bibir tertarik. Tapi bila kale masuk ke sistem ibu, bayi mula buat muka cemberut. Merengek. Seolah-olah nak kata, “Ibu, tolong jangan makan ni lagi.”


Apa yang menarik, reaksi ini berlaku dalam masa 20 minit selepas ibu makan. Ini bermakna, dalam tempoh tak sampai setengah jam, rasa makanan dah boleh sampai ke air ketuban, dan bayi pun mula respon.


Bayangkan, bayi yang belum lahir pun sudah ada citarasa. Sudah tahu membezakan apa yang sedap dan apa yang pahit. Ini ialah permulaan kepada pembentukan selera yang mungkin kekal seumur hidup.


Kajian ini bukan setakat menarik perhatian ahli sains, tapi juga bagi isyarat penting kepada ibu bapa. Selera dan tabiat makan anak-anak sebenarnya boleh dipupuk seawal dari dalam kandungan.


Kalau sejak dalam rahim bayi sudah terdedah kepada makanan sihat seperti sayur, buah, dan bahan semula jadi, kemungkinan besar mereka akan lebih mudah terima makanan ini selepas lahir. Ia bukan jaminan mutlak, tapi jelas ada kaitan.


Ini juga mengubah cara kita lihat pemakanan ibu hamil. Ia bukan hanya soal zat untuk tumbesaran bayi. Ia juga soal pendidikan rasa, penyediaan awal untuk kehidupan luar rahim.


Bila ibu makan makanan sebenar, penuh warna dan zat dari alam, bayi juga dapat merasa dunia yang sihat sebelum sempat melihat cahaya.


Dan di sinilah kita diajak untuk berfikir sejenak. Dalam al-Quran, Allah sebut bagaimana manusia dicipta dari segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu dibentuk dengan penuh teliti dalam rahim.


Bukan sekadar anggota fizikal, tetapi juga deria, hati dan naluri. Maka kalau bayi dalam kandungan sudah mampu rasa manis dan pahit, itu ialah sebahagian dari tanda kekuasaan-Nya yang tak terjangkau oleh akal biasa.


Kita selalu risau tentang pendidikan anak selepas lahir seperti sekolah mana nak hantar, kelas apa nak daftar, makanan apa nak suap. Tapi mungkin kita lupa, pendidikan sebenar itu bermula jauh lebih awal.


Bermula saat pertama ibu meletakkan niat. Bermula dari suapan pertama yang turun ke perut. Sebab setiap apa yang ibu makan, bukan sahaja jadi darah daging bayi, tapi juga pengalaman pertama yang dia rekod dalam sistemnya.


Bayangkan, kalau sejak dari rahim lagi anak sudah terdedah kepada makanan yang bersih dan baik, dibesarkan dengan zikir, dipelihara dari yang haram dan syubhah maka besar kemungkinan dia akan lahir sebagai anak yang lembut hati, mudah menerima kebaikan, dan kuat pertimbangan jiwanya.


Ini bukan janji mutlak, tapi ini sunnatullah. Apa yang kita tanam, itu yang akan tumbuh. Apa yang kita siram hari ini, itu yang akan berbunga esok.


MasyaAllah, betapa besar peranan seorang ibu. Dalam rahimnya terletak sebuah sekolah awal yang tidak terlihat, tetapi membentuk manusia untuk seumur hidup.


Dan betapa penting peranan seorang bapa, sebagai pelindung dan penyedia kepada perjalanan si kecil yang sedang belajar mengenal dunia, sebelum sempat menjejak bumi.


Moga kita semua diberi kekuatan untuk didik dari awal. Didik dengan ilmu. Didik dengan kasih. Didik dengan iman. Kerana rahim bukan hanya tempat tumbuhnya jasad, tapi juga tempat mula berkembangnya jiwa.



PMX TUMBANG SEBELUM PRU 16 ?


 

BIARKAN BERPECAH KERANA YANG BERILMU DAN TIDAK ITU BERBEZA

 

Syam Ghaz. 



Pemilihan Pas 2025; Pas Nak Pecah 2 Skali Lagi?


Pemilihan Pas tahun 2015 sudah berlaku perpecahan besar dalam Pas, pertembungan besar 2 kem.


Waktu tu timbul isu Geng Ustak (Hijau) vs Bukan Ustak (Merah/Profesional + Aktivis).


Akhirnya Hadi Awang menang, majoriti geng warna merah tubuhkan parti baru, Amanah.


Pemilihan tahun 2025 dijangka berlaku skali lagi benda sama, kita tengok bulan 10 ni. 


Skrg riak gaduh besar dalam Pas dah terzahir keluar pertembungan 2 kem ni.


Credit poster dari blog Tinta Merah tulisan Tok Ti Mohd Sayuti Omar II. Boleh baca sini; https://msomelayu.blogspot.com/2015/07/kelahiran-ghb-hasil-permukahan-politik.html?m=1


kemaskini] Perlancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan muncul sebagai sebuah lagi parti politik baru di negara ini menggelisahkan beberapa pihak tertentu. Yang pastinya ialah daripada Pas sendiri kerana hampir seratus peratus mereka yang terlibat dengan GHB itu merupakan bekas pemimpin dan ahli Pas. Paling membimbangkan Pas, kerana tawaran atau bentuk perjuangan GHB ini bersifat progresif, peduli massa dan serasi dengan jiwa anak-anak muda.


Pakatan sudah relai? 














Memerhati kepada beberapa majlis membabitkan GHB kehadiran anak-anak muda telah memeriahkan suasana. GHB berpotensi menjadi sebuah gelanggang massa, masa depan yang ditangani anak-anak muda.

Kenapa mereka (bekas pemimpin Pas) mengambil keputusan yang mendukacitakan itu, dan satu situasi yang tidak menenangkan keadaan Pas; umum sudah sedia maklum, akan sebab musababnya. Saya tidak bercadang untuk menghuraikannya lagi di sini secara lebih mendalam dan tuntas bagi mengelak saya bias. Cuma apa yang hendak disebut tuduhan mereka kecewa sehingga membentuk wadah baru adalah subjektif sekali.


Umno turut gelisah

Bukan sahaja Pas, tetapi Umno juga gelisah dan tidak tenang dengan kewujudan GHB, walaupun ianya tidak sedukacita para pemimpin Pas dan pencinta Pas hari ini. Bagi Umno melihat kemunculan Harapan Baru, tidak menuntaskan segala kehendak dan perancangnnya selama ini. GHB telah memancung impi angan Umno sebelum ini untuk meletakkan parti itu terus di atas tunggak kekuasaanya.

Sejak wujudnya Pakatan Rakyat secara rasmi selepas pilihan raya 2008 dan membawa kepada saat berakhirnya riwayat pakatan itu (Jun 2015), ia memberi tekanan berat kepada Umno dan BN seluruhnya, Pencapaian Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya 2008 dan 2013 dimana hampir-hampir menenggelamkan kekuasaan UBN, menyebabkan parti itu terperagah begitu sekali.

Bentuk fraksi baru Pakatan.








Kejayaan menguasai empat buah negeri, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta mengekalkan Kelantan (2008) serta sekali gus menguasai majoriti 2/3 di parlimen menjadikan Umno tidak senang duduk. Sejak itu Umno menjadi patah tulang berlakang dan dikhuatir akan lumpuh. Ia menghampiri kepada kenyataan itu jikalau Pakatan Rakyat terus utuh.

Umno walaupun masih memerintah tetapi parti itu tidak tenang, resah gelisah sepanjang masa. Kemenangan tidak menjadi tilam dan bantal lembut buat mereka. Bayangan kekalahan menjelma setiap saat dalam mata parti berkenaan selepas itu. Kesan daripada keserabutan itu menyebabkan Umno berkecemukan dan bergasak sesama sendiri walaupun tanpa menggunakan siku dan lutut.

Tunding menunding berlaku menyalahkan antara satu sama lain. Umno dan BN kehilangan gah. Perbalahan bukan sahaja menimpa Umno tetapi kekecamukan juga melanda parti komponen BN yang lain. Sayangnya situasi ini tidak dapat dibaca oleh semua komponen Pakatan Rakyat, khasnya Pas, yang ia memberi peluang besar kepada masa depan Pakatan Rakyat.

Selepas pilihan raya umum tahun 2008, ekoran hentakkan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno. Perletakan jawatan Abdullah itu ada hubung kait dengan kejayaan Pakatan Rakyat. Umno mengharapkan kelemahan yang disebabkan Abdullah dapat dipulihkan dan kembali kuat apabila Abdullah disingkirkan.

Malangnya apa diharapkan Umno itu tidak kesampaian. Penyingkiran Abdullah secara diplomasi berstrategi itu tidak menyelesaikan masalah. Umno bahkan menjadi lebih teruk lagi. Pilihan raya umum ke-13, 2013 yang dikepalai Najib Razak yang mengambil alih jawatan daripada Abdullah Badawi dan disokong kuat oleh bekas PM dan presiden Dr Mahathir Mohamad, ternyata tidak dapat mengembalikan kekuatan UBN. Patah tulang belakang yang menimpa Umno semakin parah


Kekuataan atau pun serangan daripada Pakatan Rakyat menjadikan Umno terkapai-kapai. Keadaan ini menjadikan Umno hilang formula dan berbagai penawar diguna tidak mujarab lagi. Umno seperti sudah kehilangan kompas dan kepandiran akal dan kebebalan tindakan. Umno berkeadaan seperti dimakan sumpah dan hukum karma alam.

Kali ini Pakatan Rakyat bukan sahaja menafikan majoriti 2/3 di parlimen tetapi undi popularnya juga melebihi 2 peratus berbanding dengan UBN. Pakatan Rakyat meraih 51% undi bersamaan (5.5 juta undi) manakala UBN sebanyak 47% undi bersama 5.2 juta undi. Keputusan atau pencapaian ini pertama kali dalam sejarah politik Malaysia dimana parti kerajaan kehilangan suara popular.

Kedudukan ini menyebabkan Umno bingkas dan membuat penilaian serta insaf mengakui sekiranya mereka hilang 4 peratus undi sahaja lagi dalam piihan raya akan datang, mereka akan hilang kerjaan dikuasai selama lebih setengah abad. Situasi inilah yang memanikkan Dr Mahathir menyebabkan orang tua itu tidak lena tidur memikirkan nasib dan masa depan Umno, yang mana kelangsungan kekuasaan Umno akan menyelamatkan jenayah dilakukannya.

Mahathir bimbang kehilangan kerajaan UBN bukan sahaja beliau tidak sempat meninggalkan legasinya, menakhtaikan anaknya, tetapi ia menjadi pintu penjara makin luas menghadapnya.

Itulah keadaan dan realiti dalam Umno. Menyedari itulah maka Umno mula merancang dan membuat persiapan untuk memulihkan keadaan. By hood or crook mesti dilakukan. Salah satau langkah yang diambil Umno ialah, mereka harus memecahkan perapaduan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.


dinobat sebagai ketua dan roh Pakatan itu sendiri terletak ditangan Anwar.
5. Dalam pada itu menawarkan berbagai kemudahan kebendaan dan kewangan serta bantu Pas mengatur strategi macam mana untuk menguasai Pas, termasuk mempertahankan kerajaan Kelantan tanpa berkongsi dengan golongan profesional.
6. Dan, pemenjaraan Anwar Ibrahim selama lima tahun atas dakwaan liwat juga merupakan strategi memecahkan Pakatan Rakyat.

Melihat kepada beberapa langkah itu Umno serius dan melangkahi jauh ke dalam Pas demi mencapai matlamatnya. Untuk tujuan ini juga Pas dilayan dengan baik, tanpa menyedari layanan itu sebenarnya layanan Ali Baba kepada Kassim Baba sahaja.

Sayangnya tektik dan strategi Umno ini tidak terbaca oleh sesetengah pemimpin Pas yang mudah terulik dengan bacaan ayat-ayat Quran yang didendangkan dengan berbagai taranum, al Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikh dan Jirarkah dan sebagainya.


Melihat kepada beberapa langkah itu Umno serius dan melangkahi jauh ke dalam Pas demi mencapai matlamatnya. Untuk tujuan ini juga Pas dilayan dengan baik, tanpa menyedari layanan itu sebenarnya layanan Ali Baba kepada Kassim Baba sahaja.

Sayangnya tektik dan strategi Umno ini tidak terbaca oleh sesetengah pemimpin Pas yang mudah terulik dengan bacaan ayat-ayat Quran yang didendangkan dengan berbagai taranum, al Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikh dan Jirarkah dan sebagainya.

Hasil daripada bantuan dan strategi yang dibuat Umno itu, akhirnya mereka berjaya, fasal pertamanya membuang golongan profesional dalam Pas, dan membiarkan Pas dikuasai oleh golongan agama yang mudah dijinakan. Tindakan pertama dalam proses ini ialah menyingkirkan Husam Musa dari kerajaan Kelantan, kemudian diikuti tindakan dalam muktamar.

Selepas kejayaan itu ia membawa hasil besar apabila golongan ulama telah mengusulkan agar memutuskan hubungan dengan DAP. Perpecahan Pas dengan DAP adalah satu kejayaan besar Umno yang diharapkan mereka akan dapat menguasai semula kecemerlangan politik. Tindakan ulama itu boleh dianggap dewan ulama telah memainkan peranan Umno. Umno ketawa terbahak-bahak meraikan kejayaan ini.

Perlu disebut, perpcahan Pas dengan DAP, bukan sahaja disebabkan kelalaian dan kecetekan politik Pas membaca strategi Umno, tetapi DAP juga gelojoh dalam membuat keputusan. Tindakan Lim Guan Eng yang bertindak mematikan Pakatan Rakyat (tanpa Pas) hanya kerana usul daripada Dewan Ulama yang belum diputuskan sesuatu tindakan gelojoh dan tidak praktikal.

Sikap DAP ini juga disukai oleh Umno dan parti itu terus mengipas agar bara perpecahan dalam Pakatan terus menyala dan berasap. Umno kini sedang membaca talqin atas kematian Pakatan Rakyat.

Demikianlah senario yang berlaku dan memporak perandakan Pas hari ini. Justeru kalau diperhatikan kepada senario itu, ahli atau pemimpin Pas tidak perlu kesal dan marah dengan kewujudan GHB ini. Mereka perlu juga menyalahkan diri mereka sendiri sehingga GHB menjadi kenyataan. Mereka perlu mengingati apakah perbuatan tercela yang dilakukan sehingga memungkin GHB termengandung.

Sejak awal lagi saya sudah memberi bayangan akan masalah ini akan terjadi, dan musibah ini perlu dielakkan. Tetapi pemimpin Pas yang baru tidak mempedulikannya. Mereka "semabur" dengan kedudukan dan gila glamour. Hanya hari ini setelah kandungan GHB sudah membesar dan bakal dilahirkan baru menaruh kebimbangan dan mula berfikir bayi itu perlu dibunuh. Politik jahiliah tidak pantas lagi diamalkan di era ini.

Sebelum ini pemimpin Pas memandang sepi dan menghina usaha golongan yang kalah ini. Apa yang mereka tidak kata dan luahkan. Ada yang mengucap selamat dan membayangkan GHB akan mati dalam kandungan dan kalau pun lahir akan cacat. Ada pula yang kata GHB boleh bertahan dua tahun sahaja. Nah, kalau begitu kenapa harus dibimbang dan dipedulikan?

Saking marahnya, sesetengah pemimpin Pas menggunakan apa sahaja untuk menghalang hasrat dan niat bekas pemimpin Pas itu. Paling akhir cuba pula menggunakan ayat-ayat Quran untuk memagar mereka agar tetap bersama Pas dan menjauhi GHB. Paling baharu isu ikrar bai'ah pula digunakan. Percayalah semua perkakas itu, (ayat-ayat Quran, ikrar dan janji, atau maki hamun dan sumpah seranah) tidak akan merubah keadaan. Mekanisme itu sudah tidak relevan di zaman era langit terbuka dan mata "terbahar" ini.


Konsep dan prinsip ayat-ayat Quran itu sendiri ia diturun dan terpakai kepada orang-orang beriman sahaja. Dalam politik sekular ayat-ayat Quran bukan menjadi satu pegangan atau bukti atau alat menakutkan. Dalam politik sekular, saksiah, komitmen dan tanggungjawab seseorang (pemimpin) itu yang akan dipedulikan. Manakala kejayaan yang diperjuangkan itu adalah kemuncak kepada kehebatan dunia politik sekular.

Bukankah kita semua hari ini bergelumbang dalam politik sekular? Sekular bukan sahaja kepada Umno, DAP, PKR atau GHB, sekular juga kepada Pas. Ayat-ayat Quran, hadith dan ijmak yang dibaca oleh pemimpin Pas, bukan menjadi pagar dan didengari lagi, bahkan ia tidak relevan dalam politik sekular. Lainlah kalau Pas meninggalkan sistem politik sekular dan kembali kepada politik haraki sepenuhnya, baharulah ayat-ayat Quran dan hadith yang lunak dibaca itu terpakai. Itupun berlaku kepada ahli Pas sahaja.

Sumpah dan janji tidak ada dalam politik. Perjanjian dalam politik bukan untuk disetiai, tetapi untuk dimungkiri. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Dalam politik wang boleh mengabui wajah Tuhan.

Bertolak daripada frasa kata itu, paling afdal bagi ahli Pas yang kini mulai kepanasan dengan kewujudan parti baharu, ialah kembali ke dalam diri, perkuatkan organisasi sendiri, dan jangan peduli apa yang berlaku dalam rumah orang lain. Jagalah tepi jubah kita dahulu untuk mengatakan pelikat orang lain kontot.

Bekas pemimpin Pas kini sedang membina dan menempa rumahnya sendiri apabila mereka dihalau kejam, biarlah mereka hiasi rumah mereka mengikut kehendak dan citarasanya. Hormatilah mereka. Dan jika ia sudah siap sempurna nanti, kalau kita teringin untuk menziarahinya, atau makan kenduri naik rumah, silakan. Rasanya mereka takkan murih.

Saya jamin mereka tidak akan menghalau kerana orang Pas adalah darah daging mereka juga yang bertutur dalam loghat Melayu, beragama Islam, dan sama-sama suka makan ikan perkasam. Pas perlu ingat kelahiran GHB atau parti baru dari usaha GHB itu adalah anak hasil permukahan politik Pas sesama sendiri. Anak itu tetap suci dan mulia, melainkan bapak-bapak mereka yang berdosa dan perlu bertanggungjawab. 

Dan .. ini punch line, penubuhan parti baru yang diusahakan GHB ini telah menjadi anti klimeks kepada Umno yang mahu melihat Pakatan Rakyat hancur, tetapi apa yang terjadinya GHB bukan sahaja menjadi penyambung nyawa kepada Pakatan Rakyat, tetapi GHB akan menjadi tali yang akan mengikat kejap dan kemas Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan UBN dalam pilihan raya akan datang. Ikatan kali ini mungkin menjadi lebih kuat dan kejap lagi, apabila komponen-komponen yang ragu-ragu seperti Pas sudah tidak ada bersama lagi. [wm.kl.9:59 am 24/017/15]