Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen


Tangkap layar kenyataan media dalam hantaran Facebook di laman Istana Negara.

Istana Negara hari ini (6 Oktober 2022) menjelaskan pertemuan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanyalah aktiviti mingguan dengan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan hari ini selepas Baginda berkenan menghadap Perdana Menteri, Istana Negara berkata pertemuan itu adalah untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu tidak menyebut langsung mengenai Perdana Menteri memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, selama kira-kira 45 minit di Istana Negara, petang tadi.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilihat tiba di pintu masuk Istana Negara jam 3.48 petang tadi, sebelum kenderaan Toyota Alphard berwarna putih membawa beliau keluar kira-kira jam 4.45 petang.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat Kabinet akan diadakan esok (Jumaat), sekali gus memberi petunjuk Parlimen tidak akan dibubarkan pada hari berkenaan.

 

OWHHH-SEBELUM TU LA YA...NI KERJA SAPA LA DOK JUAI

 




Sejak 2018 dah tak jual aset negara untuk bayar hutang 1MDB. Bermakna sebelum 2018 memang banyak la jual aset untuk tampung hutang tu kan? Tapi kenapa 2018? Apa beza 2018 dengan tahun tahun sebelum itu? Apa yang berlaku di tahun 2018 tu? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

TEEEDIAAA AIHHHHH

 

ANA TAHU

Isy… Isy…. Dengar cerita ‘pencuri’ guna teknologi paip 4 inci dan salur masuk kolam takungan Musang King… Dibungkus masuk guni dan bawak lari guna lori… Sebab tu kolam takungan Musang King payah kalau nak dimusnahkan?




BATALKAN SURAT NIAT KONTRAK MERIAM, KEMBALI KEPADA PROSES TENDER TERHAD – GESA RAFIZI KEPADA HISHAMMUDDIN

 

Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin yang memberi maklum balas positif mengenai pendedahan kontrak pembekalan meriam artileri SPH berjumlah RM834 juta.

Saya telah mendedahkan bagaimana keputusan Kerajaan Persekutuan melantik MA Analytics Sdn Bhd, sebuah syarikat setahun jagung untuk dianugerahkan kontrak ini secara rundingan terus adalah bertentangan dengan kehendak pertahanan negara.

Kementerian Pertahanan secara jelas memohon supaya kontrak ini dibuat secara tender terhad supaya spesifikasi pertahanan dapat dipenuhi pada harga yang terbaik untuk negara.

Kenyataan Hishamuddin itu mengesahkan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan memberi tender secara rundingan terus itu adalah benar.

Jawapan beliau semalam hanyalah menyebut bahawa kontrak itu tidak muktamad kerana masih dirundingkan.

Masalahnya, jika keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Surat Niat tidak dibatalkan segera, kontrak itu masih lagi akan diberikan kepada MA Analytics Sdn Bhd. Yang mungkin berubah hanyalah harga akhir yang dibayar oleh rakyat.

Oleh itu, saya menyambut baik kenyataan Hishamuddin dengan menggesa supaya keputusan melantik MA Analytics Sdn Bhd secara rundingan terus dibatalkan dengan segera.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan hendaklah kembali kepada proses tender terhad seperti yang disarankan oleh Kementerian Pertahanan mengikut spesifikasi persenjataan yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Darat.

Apatah lagi dalam keadaan MA Analytics Sdn Bhd nampaknya didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Ahli Parlimen Tanah Merah ini menang atas tiket UMNO tetapi melompat menyertai BERSATU selepas PRU14.

Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan siasatan ke atas individu-individu terbabit dalam MA Analytics Sdn Bhd menunjukkan pemilikan bersama syarikat-syarikat dengan anak Ikmal Hisham iaitu Ikmal Hadzlan bin Ikmal Hisham dan isteri Ikmal Hisham iaitu Datin Seri Norihan Ayob.

Saya akan menunjukkan bukti-bukti pemilikan bersama yang mengesahkan bahawa MA Analytics Sdn Bhd adalah syarikat kroni berkait dengan Timbalan Menteri Pertahanan esok.

Saya pasti Hishamuddin sedia maklum mengenai perkara ini.

Jika dia benar-benar prihatin mengenai kepentingan pertahanan negara, wajarlah dia mengambil tindakan sebagai Menteri Pertahanan membatalkan Surat Niat kepada MA Analytics Sdn Bhd dengan segera.

Saya juga menunggu maklum balas dari Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan.



SURAT YANG TIADA MAKNA UNTUK MENJATUHKAN PM

 



Kalau diteliti elok2 apa yang ditulis dan ditandatangani oleh 12 orang ahli jemaah menteri ini, tidak ada satu ayat pun secara terang dan nyata mahupun secara implikasinya menyatakan mereka telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.


Tiada juga ditulis dgn jelas dan nyata bahawa jika PM masih menyembah maklum nasihat untuk mendapat perkenan Tuanku Agong membubarkan Parlimen, mereka akan menarik diri atau meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri.


Adakah boleh surat yang jelas ini perlu dibaca apa yang tersirat? Asasnya kenyataan bertulis yang nyata dan terang tidak lah boleh difahamkan dengan makna atau maksud yang lain mahupun tersirat. Itu basic dan adalah amalan memahamkan isi kandungan surat dan juga lain2 dokumen.


Pandangan saya, surat itu tidak boleh ditafsirkan bahawa PM sudah hilang majority sokongan dan langkah meletak jawatan dan memohon perkenan pembubaran parlimen adalah tidak relevant.


Soal samada kalau PM gagal mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen merupakan salah laku tidak mengikut kehendak MT Umno, itu soal lain. Keputusan MT Umno tidak mengikat rakyat dan negara. Kalau ia mengikat pun hanyalah kepada ahli mereka sahaja. 


Soal seterusnya samada PM boleh dipecat dari Umno kerana tidak dapat melaksanakan kehendak MT dan Presiden Umno, itu juga tidak menjadi masalah kepada rakyat dan negara. Itu isu dalaman parti Umno.


Kalau PM dipecat dari Umno pun tetapi dia masih mendapat kepercayaan majoriti di Parlimen, dia masih boleh terus memegang jawatan PM.


(Nota kaki dan disclaimer adalah seperti biasa. "Bukan Polisi" untuk saya mempertahankan Ismail Sabri. Semua yang saya tulis diatas adalah menggunakan ayat "Perdana Menteri". Itu bermaksud institusi Perdana Menteri dan bukan peribadi)



LIVE: Sidang media Timb Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung PRU15

BATAL SURAT NIAT ANUGERAH KONTRAK MERIAM SPH KEPADA SYARIKAT ADA KAITAN ANAK MENTERI

 Dari Rafizi Ramli

6 Oktober 2022





BATAL SURAT NIAT ANUGERAH KONTRAK MERIAM SPH KEPADA SYARIKAT ADA KAITAN ANAK MENTERI


Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin yang memberi maklum balas positif mengenai pendedahan kontrak pembekalan meriam artileri SPH berjumlah RM834 juta.


Saya telah mendedahkan bagaimana keputusan Kerajaan Persekutuan melantik MA Analytics Sdn Bhd, sebuah syarikat setahun jagung untuk dianugerahkan kontrak ini secara rundingan terus adalah bertentangan dengan kehendak pertahanan negara. Kementerian Pertahanan secara jelas memohon supaya kontrak ini dibuat secara tender terhad supaya spesifikasi pertahanan dapat dipenuhi pada harga yang terbaik untuk negara.


Kenyataan Hishamuddin itu mengesahkan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan memberi tender secara rundingan terus itu adalah benar. Jawapan beliau semalam hanyalah menyebut bahawa kontrak itu tidak muktamad kerana masih dirundingkan.


Masalahnya, jika keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Surat Niat tidak dibatalkan segera, kontrak itu masih lagi akan diberikan kepada MA Analytics Sdn Bhd. Yang mungkin berubah hanyalah harga akhir yang dibayar oleh rakyat.


Oleh itu, saya menyambut baik kenyataan Hishamuddin dengan menggesa supaya keputusan melantik MA Analytics Sdn Bhd secara rundingan terus dibatalkan dengan segera. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan hendaklah kembali kepada proses tender terhad seperti yang disarankan oleh Kementerian Pertahanan mengikut spesifikasi persenjataan yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Darat.


Apatah lagi dalam keadaan MA Analytics Sdn Bhd nampaknya didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Ahli Parlimen Tanah Merah ini menang atas tiket UMNO tetapi melompat menyertai BERSATU selepas PRU14.


Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan siasatan ke atas individu-individu terbabit dalam MA Analytics Sdn Bhd menunjukkan pemilikan bersama syarikat-syarikat dengan anak Ikmal Hisham iaitu Ikmal Hadzlan bin Ikmal Hisham dan isteri Ikmal Hisham iaitu Datin Seri Norihan Ayob.


Saya akan menunjukkan bukti-bukti pemilikan bersama yang mengesahkan bahawa MA Analytics Sdn Bhd adalah syarikat kroni berkait dengan Timbalan Menteri Pertahanan esok.


Saya pasti Hishamuddin sedia maklum mengenai perkara ini.


Jika dia benar-benar prihatin mengenai kepentingan pertahanan negara, wajarlah dia mengambil tindakan sebagai Menteri Pertahanan membatalkan Surat Niat kepada MA Analytics Sdn Bhd dengan segera.


Saya juga menunggu maklum balas dari Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai pendedahan ini.


RAFIZI RAMLI


Sepi PAS setelah kata dua UMNO?




 PAS masih berdiam diri berhubung kata dua UMNO yang disampaikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas memberi tiga syarat kepada PAS jika mahu bersama UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) beberapa hari lalu, hari ini Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka memberi kata dua kepada PAS sama ada memilih UMNO atau Perikatan Nasional (PN).

Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur Ahmad Zahid berkata, PAS perlu memutuskan hubungan dengan PN jika mahu bersama UMNO.

PAS juga kata beliau sudah diberi tarikh akhir untuk membuat keputusan jika PAS tidak memenuhi syarat ditetapkan UMNO berhak menghadapi PRU mengikut kaedah sendiri – bergerak solo.

“(Namun) jika mereka mahu bersama UMNO dan BN mereka bebas untuk menggunakan lambang parti mereka. Kita boleh toleransi kebersamaam jentera hadapi PRU,” katanya.

Sebelum itu tiga syarat yang diberikan oleh Presiden UMNO kepada PAS ialah PAS perlu keluar daripada gabungan PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan.

Persoalannya adakah PAS bersedia ‘mengikut telunjuk’ UMNO? Walaupun PAS berkali-kali mengulangi soal penyatuan ummah termasuk yang terbaru hari ini melalui Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang namun kenyataan Ahmad Zahid membuktikan itu bukanlah persoalan utama.

Apa yang lebih penting bagi UMNO ialah PAS perlu masuk ke gelanggang dengan memilih salah satu pilihan yang diberikan oleh Ahmad Zahid bersama UMNO atau terus bersama PN.

Kata dua yang diberikan oleh Ahmad Zahid sudah tentulah meletakkan PAS dalam dilema. Bagaimanapun PAS harus menyalahkan diri sendiri berikutan tindakan Ahmad Zahid itu.

Presiden UMNO tersebut membuat keputusan yang tepat dengan berbuat demikian kerana bukan kata UMNO malah ramai tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian PAS.

Segala kekalutan ini tidak akan berlaku jika PAS terus komited dengan PN kerana mereka adalah anggota rasmi PN. Tetapi PAS dilihat ‘cuba berenang’ di dua kolam dengan menjadikan penyatuan ummah sebagai ‘pelampung’ – itulah persepsi yang wujud.

Walaupun sebagai anggota PN, mereka dilayan dengan begitu baik sekali oleh Bersatu namun PAS masih juga ‘terhengeh-hengeh’ mahu bersama UMNO. Tindakan PAS inilah yang menyebabkan ia mengikis rasa gerun mungkin juga rasa hormat UMNO terhadap PAS sehingga Ahmad Zahid memberi kata dua tersebut.

Oleh itu terserahlah kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada mahu tunduk atau tidak dengan kehendak politik Ahmad Zahid tetapi apa yang pasti jangan sampai ‘jangan dikejar tak dapat, jangan dikendong berciciran’.

Zulkiflee Bakar

Artikel ini pertama kali disiar dalam WartaRakyat pada 4 Oktober 2022. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

APA BEZANYA SEKARANG ???

 

Kalau BN menang PRU15 apa bezanya dengan kerajaan sekarang? Org yang sama dari parti yang sama..dah terbukti 30 bulan GAGAL





KEH..KEH..KENA GAME


MMMS

"tengoklah kalau sempat abang beli susu anak tu, lagipun abang dah lambat nak tengok wayang dengan kawan-kawan abang ini".

Fuh, cenggitu aje kena game.




 

 


Rancangan mengejut Umno untuk mengundi awal BUKAN demi kepentingan rakyat

 

Rakyat biasa tidak sepatutnya menderita kerana ahli politik tertentu yang terdesak untuk mencari jalan keluar dari masalah undang-undang mereka


Massive Klang Valley floods 2021

Aliran terkejut dengan keputusan Umno baru-baru ini di mana mereka mengumumkan hasratnya untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut secepat mungkin tahun ini.

Kami berasa hairan bahawa parti itu membuat pengumuman secara terbuka mengenai hasratnya walaupun perdana menteri belum memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong tentang hasratnya untuk membubarkan Parlimen.

Lebih menggusarkan ialah pengundian awal yang dirancang mungkin berlaku semasa musim tengkujuh, yang sering mengakibatkan banjir dan penderitaan yang meluas kepada masyarakat yang terjejas. Mengadakan pilihan raya umum dalam keadaan ini akan mengalihkan sumber awam yang terhad daripada keperluan berkaitan banjir.

Banjir dan cuaca tidak menentu juga boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi. Ini bermakna keputusan pilihan raya umum tidak akan menjadi gambaran tepat mandat rakyat, yang Umno dakwa mahu kembalikan semula kepada rakyat.

Amat membimbangkan sekiranya peratusan keluar mengundi yang rendah itu sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi Umno untuk mengulangi kemenangan dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor, di mana peratusan keluar mengundi juga rendah.

Rakyat biasa tidak seharusnya menderita kerana keinginan ahli politik tertentu yang tidak pernah puas untuk mendapatkan kuasa dan keuntungan harta benda atau terdesak untuk mencari jalan keluar daripada masalah undang-undang mereka.

Aliran menyeru kerajaan untuk menggunakan baki satu tahun penggal parlimen dengan berkesan: ia harus meneruskan pembaharuan struktur, membaiki ekonomi dan membaiki masyarakat kita yang berpecah-belah.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kami menyeru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk bertindak penuh integriti dalam perkara ini. Apatah lagi, beliau adalah perdana menteri kepada seluruh penduduk Malaysia – bukan hanya Umno, yang hanya menguasai minoriti kecil kerusi di Parlimen.

Aliran yakin Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan kuasa budi bicaranya dengan bijak, demi kepentingan rakyat, berhubung hasrat Umno untuk membubarkan Parlimen dengan tergesa-gesa.

READ MORE:  First ex-PM jailed for corruption

 

Aliran executive committee
Oktober 2022

 

ADOIIIIII....SAKITNYA...TERSEPAK BENDOL PULAK...CILAKA...


 

Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara

 

ika UMNO membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) secara tergesa-gesa semasa rakyat sedang berdepan kesusahan bencana banjir, PKR berjanji akan menyumbat semua pemimpin mereka ke dalam penjara selepas itu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan mengadakan PRU-15 semasa rakyat bergelut dengan bencana banjir hanya akan menyusahkan rakyat dan sekiranya diteruskan juga beliau memberi amaran pemimpin UMNO terpalit kes mahkamah akan disumbat ke penjara jika mereka memenangi pilihan raya nanti.

“Kalau kamu berani panggil pilihan raya masa banjir, kamu panggil.

“Insyaallah kita sumbat semua dalam penjara lepas kami menang. Kita ada masalah besar. Masalah banjir ni satu hal. Jangan ambil mudah soal banjir,” katanya semasa ceramah mega di Taman Melawati semalam.

Spekulasi mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mnugkin membubarkan Parlimen pada bulan Oktober ini, malah tarikh pembentangan Bajet 2023 juga sudah diawalkan tidak seperti kebiasaan.

Untuk rekod, Datuk Seri Najib Razak juga sudah dihukum penjara 12 tahun ekoran sabitan kes rasuahnya dalam SRC International Sdn Bhd sebelum ini.

Dalam pada itu, Rafizi membayangkan sekiranya UMNO masih berdegil untuk meneruskan PRU-15 tanpa menghiraukan kesusahan rakyat, berkemungkinan nasib sama menimpa Parti Republikan dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 2008 akan berulang kepada mereka.

Rafizi berkata, ini menyebabkan Republikan berpuas hati dengan kejayaan mereka menjelang pemilihan presiden AS 2008.

Bagaimanapun, katanya, mereka lupa tahun terakhir presiden Bush itu menyaksikan selatan Amerika dilanda banjir yang tidak pernah berlaku sebelum itu akibat Taufan Katrina.

“Republikan kalah 2008 masa Obama menang adalah kerana rakyat Amerika ni tengok masa orang susah, tenggelam rumah, kamu dengan kuasa kamu sibuk dengan pilihan raya lalu mereka dihukum.

“Saya nak beritahu kepada rakyat Malaysia, kepada PM Ismail Sabri, kepada orang Umno.

“Lagi lama kamu (UMNO) ratib nak masuk pilihan raya, lagi dekat kita nak masuk tengkujuh, lagi besar peluang PKR untuk menang dalam pilihan raya,” katanya lagi.

Menurut Rafizi, jika tidak dapat dihalang PRU-15 terus diadakan oleh UMNO, parti perlu menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir dan bukan masanya untuk berpolitik.

“Banjir tak selesai sampai sekarang. Saya akan bagitau (Presiden PKR) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kalau dia jadi PM ini masa bukan nak berpolitik, ini masa kita gembeleng semua rakyat kita bersedia untuk hadapi yang paling buruk yang kita akan hadapi,” katanya.


SIAPA ROZANA ? DATO ZAHRIN BAKAL BUAT PENDEDAHAN.


 

PH BERJAYA TUNAI 80% JANJI


 

MACAM NI NAK BUAT PILIHANRAYA ? GILA PUNYA KERAJAAN


 

TIADA PILIHANRAYA- KATA DATO ZAHRIN-TAPI KENAPA PEJABAT MENTERI DAH SIAP SEDIA NAK TUTUP?


 

ZAHID HAMIDI TEGUR WARTAWAN MALAYSIAKINI- MACAM MARAH JA...


 

TIADA KRISIS PERLEMBAGAAN JIKA AGONG TOLAK BUBAR PARLIMEN

 

Adakah Krisis Perlembagaan Akan Berlaku Jika Yang di-Pertuan Agong Tolak Permohonan Perdana Menteri Untuk Bubarkan Parlimen?

Jawapannya tidak. Kenapa?

Pertama, jika permohonan Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen ditolak, itu bermakna Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak betul berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 40 (2)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu YDPA boleh bertindak menurut budibicaranya tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Kedua, YDPA sebagai Ketua Negara perlu memikirkan kepentingan negara dan Rakyat yang selalu Baginda sebut berulang kali.

Apa kepentingan negara?

Tentu sekali soal Belanjawan Negara tahun 2023 yang akan dibentangkan mengikuti jadualnya pada jam 4 petang Jumaat 7 Oktober 2022.

Bahagian VII Perlembagaan Persekutuan adalah berkenaan Peruntukan Kewangan.

Di bawah Perkara 99(1) Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas bahawa Yang diPertuan Agong hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi Persekutuan untuk tahun itu.

Hal Belanjawaan 2023 adalah Hal Negara, hal kewangan, Hal ekonomi. Ia bukan Perkara main-main. Ia juga bukan Hal politik kepartian atau Hal kepentingan individu.

YDPA tentu sedar bahawa Belanjawan 2023 yang telah disiapkan dengan rapi oleh Kementerian kewangan amat wajar dibentangkan pada 7 Oktober ini, kemudian dibahaskan dan diluluskan dengan Pengundian di Dewan Rakyat.

Jika Parlimen dibubarkan tergesa-gesa dalam sehari dua ini, apa jadi dengan nasib Rang Undang-undang Belanjawaan 2023 tersebut?

YDPA mungkin akan bertanya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengapa tergesa-gesa hendak bubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya sedangkan urusan Belanjawan Negara yang dibuat atas nama Yang diPertuan Agong tidak diselesaikan?

YDPA juga akan memikirkan nasib Rakyat jelata.Perdana Menteri juga boleh ditanya kenapa hendak diadakan pilihanraya dalam musim monson tengkujuh akan melanda Malaysia dengan kemungkinan banjir besar?

YDPA juga tentu menyedari yang mahu sangat pembubaran Parlimen dengan segera sekarang untuk diadakan pilihanraya umum mengejut hanya Parti Umno terutama Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

YDPA mungkin maklum parti-parti politik lain sama ada Pakatan Harapan, PAS, Perikatan Nasional dan lain-lain kecuali Umno semuanya menolak pembubaran Parlimen mengejut dan pilihanraya umum yang tergesa-gesa.

Malah YDPA boleh mendapatkan kepastian daripada Perdana Menteri Ismail Sabri sama ada Jemaah Menteri telah buat keputusan untuk pembubaran Parlimen seperti yang dikehendaki di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Perdana Menteri mengadap YDPA untuk menasihati Baginda untuk membubarkan Parlimen.

Sebenarnya Umno Dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Umno berada dalam keadaan defensif dan lemah untuk memaksakan kehendaknya terhadap Yang diPertuan Agong supaya segera membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum awal.

Jika YDPA tegas memelihara kuasa budibicaranya demi kepentingan negara dan Rakyat maka institusi Raja Berperlembagaan akan dihormati dan dipandang tinggi oleh Rakyat dan masyarakat dunia antarabangsa.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Rabu 05/10/2022



Islam tak boleh terima menang atas Penipuan-JOM LIHAT DAN DENGAR SIPA JANJI HAPUS PTPTN


 

UCAPAN HADI BUKAN WAHYU-MACAMANA KITA NAK TARIK BANGSA DAN UGAMA ASING JIKA KELAKU PIMPINAN YANG MENGAKU PARTI ISLAM JELIK


 

*PA5 Sekarang Dah Sokong Perlembagaan PENJ4J4H.. Dah Kenapa..??* 🤔🤔 Ma$$$yukk..* #umno #PKR #Amanah #DAP #Refomasi #pru15 #BN #PH #Anuar #Tun #Rosmah #Najib #1MDB #Pas #lawantetaplawan


 

KARTUN TERBUKA UTK YDPA AGONG


 KARTUN TERBUKA UTK YDPA AGONG

Katakan kepada PM: "Rakyat sedang susah hadapi banjir, kenapa harus buat PRU sekarang? Bukankah kamu ada masa sampai Julai 2023 untuk bubar Parlimen?"

SURAT ARAB


 




SURAT ARAB

Dalam mahkamah, bukan semua yang dicakapkan oleh saksi boleh diterima. Saya dah tulih dulu, kredibiliti atau “kebolehpercayaan” saksi itu paling utama.

Saksi yang ada perlu ada bukti dan saksi lain untuk dokong cakapnya. Kalau tiada, the very least, apa yang dia cakap perlu kredibel, tak putar alam jua.

Sama juga hukumnya, kalau bukti dokumen. Dokumen yang dimasukkan sebagai bukti di Mahkamah perlu lah yang boleh kita percaya.

Kalau dokumen fotostat, bukan ori punya, Mahkamah akan letak tepi dahulu. Sehingga orinya ada. Takpun pembuat surat datang jadi saksi untuk sahkan dokumen tersebut.

Ini dipanggil BEST EVIDENCE RULE. Termaktub dalam Seksyen 61 Akta Keterangan 1950.

Kalau setakat dokumen fotostat, ntah siapa2 yang buat, takkan la Mahkamah nak terima saja2. Sedangkan kita dapat surat fotostat pun kita pikir dua kali nak percaya.

Bab derma Arab ni saya nak komen sikit. Dalam kes SRC, Mahkamah melalui 9 hakim yang bijaksana, dah tolak mentah2 surat Putera Arab di bawah. Diputuskan hanya sandiwara.

Kenapa?

1. Surat fotostat jua, orinya mana?

2. Penulis surat tak dibawa ke Mahkamah untuk sahkan kandungan surat.

3. Penulis surat pun kita tak tahu siapa. Mereka kenal pasti sebagai Putera Arab, tapi kalau google namanya, beliau hanya Menteri Dalam Negeri (Minister of Interior) dan bekas Gabenor Madinah. Ntah ya ntah tidak dia yang bagi surat ni. Tiada surat Kerajaan Arab lain yang sahkan.

4. Dia bagi surat peribadi, bukan surat rasmi Kerajaan, walhal katanya derma sampai RM2.3bilion. Takkan la Putera Arab saja2 campak masuk akaun peribadi, walau pun kepada seorang Perdana Menteri.

5. Bukti money trail, duit tu bukan dari Putera Arab tapi dari SRC. Tiada bukti money trail datang dari Arab pun.

Dalam kes 1MDB pula, trick yang sama diguna. Pegawai Bank diminta sahkan itu duit Raja Arab hanya berpandukan surat fotostat macam ni. Yang Ambank minta untuk buka akaun.

Saya taknak komen banyak, sebab kes masih berjalan. Subjudis pula nanti.

Cuma satu, kita kena tahu. Jangan termakan spin dan auta. Selalu semak fakta. Kes di Mahkamah bukan pakai logik akal influencers jembalang. Mahkamah pun ntah2 mereka tak pernah datang.

Ada peraturannya yang perlu diikuti. Kalau tak ikut, ranap la sistem keadilan nanti.

Kalau level ni, boleh diterima sebagai bukti. Lepas ni scammer menipu orang kampung, boleh lepas dengan pakai surat fotostat. Tak ke musibat?

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

PKR BOIKOT PRU-15


SEAN LO



 PKR BOIKOT PRU-15

Sekali lagi pada petang tadi UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba.

Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba.

Saya tidaklah menaruh harapan tinggi ha3 kerana kalau UMNO jenis yang fikirkan perasaan rakyat, skandal 1MDB tidak berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat.

Sama seperti ingatan saya dahulu supaya UMNO mengambil tindakan terhadap Najib Razak dan skandal 1MDB jika tidak mahu dihukum rakyat.

UMNO tidak dengar, rakyat buang UMNO dalam PRU15.

Kalau UMNO masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil tindakan.

Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan banjir, bukan sibuk panggil pilihanraya di bit.ly/TumpuBanjir

Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik. Saya menyeru agar rakyat Malaysia tidak membuang masa melayan tuntutan UMNO ini. Tinggal sahaja di rumah dan jaga keselamatan diri dan keluarga. AYUH BOIKOT PRU-15!

Sdr. Rafizi Ramli

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

 

 

Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT:

 



Dari Rafizi Ramli

4 Oktober 2022

PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT:

PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN

Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera.

Salah satu perolehan besar yang menjadi sebutan dan kontroversi terkini ialah pembelian meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta. SPH ialah meriam artileri yang digunakan oleh Angkatan Tentera Darat dan diukur antaranya dari segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi/pengangkutan.

Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.

Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.

Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai

terbaik

wang rakyat (agar pembida

terbaik

dilantik).

Walau bagaimana pun, permohonan melaksanakan tender terhad oleh Kementerian Pertahanan ini ditolak oleh Kementerian Kewangan, seperti yang dimaklumkan oleh wakil Bahagian Perolehan Kerajaan, Datin Rosni Mohd Yusoff (bagi pihak Kementerian Kewangan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan:

Saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam seperti Datin Rosni dan kakitangan Kementerian Kewangan yang pintar menyatakan secara tersirat bentuk-bentuk campur tangan yang telah berlaku dalam perolehan meriam artileri ini:

1. Menteri Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad, sebaliknya mengarahkan supaya perolehan dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat bernama MA Analytics Sdn Bhd pada harga RM853 juta

2. Syarikat MA Analytics Sdn Bhd telah menulis kepada Perdana Menteri untuk merayu mengenai perkara ini dalam satu surat bertarikh 21 April 2022

Saya lampirkan surat dari MA Analytics kepada Perdana Menteri itu yang merakamkan nota arahan Perdana Menteri yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta ini diberikan kepada MA Analytics:

Surat tersebut memohon agar Perdana Menteri campur tangan untuk menyegerakan keputusan permohonan MA Analytics Sdn Bhd untuk dianugerahkan kontrak membekalkan meriam artileri SPH secara rundingan terus.

Perdana Menteri kemudiannya mencatatkan nota arahannya kepada Menteri Kewangan pada 27 April 2022 seperti berikut:

“... YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [......] ambil tindakan segera”

Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan.

Satu Surat Niat (“Letter of Intent”) telah dikeluarkan yang melantik MA Analytics untuk membekalkan sistem meriam artileri SPH secara rundingan terus, walaupun ini bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad (seperti lazimnya).

Saya juga telah menyemak latar belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan membekal dan menyelia sistem meriam artileri SPH berjumlah RM835 juta ini.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar.

Saya ingin memulakan siri pendedahan perolehan persenjataan dan pertahanan negara (siri meriam artileri) dengan menanyakan soalan-soalan berikut:

1. Siapa di belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang tiada pengalaman ini sehingga Perdana Menteri sendiri yang memberi arahan agar tender dianugerahkan secara rundingan terus?

2. Kenapa kerajaan UMNO – PAS -BERSATU terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod seperti MA Analytics Sdn Bhd ini?

Saya akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH ini setiap hari dalam minggu ini dan minggu depan.

Oleh kerana UMNO nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada UMNO jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini.

Rafizi Ramli

https://www.facebook.com/100044561133929/posts/663683315127034/?sfnsn=mo — at Lunas Kulim Malaysia