MANGSA KEBAKARAN MENDAPAT BANTUAN YANG SEWAJARNYA.YB HAMDAN BERSAMA QARIAH MASJID SAMPAIKAN BANTUAN



PERMATANG PAUH 13 MEI- YB Hamdan sekalil lagi menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran baru-baru ini. Wartawan melaporkan pada hari Ahad baru-baru ini bahawa satu kebakaran yang berlaku dan kini dengan usaha YB Hamdan bantuan segera telah berjaya di perolehi melalui tabung bantuan TYT(TUAN YANG TERUTAMA YG DIPERTUA NEGERI PP) sebanyak RM3000 bagi tuan punya rumah dan RM 500 bagi penyewa.Buat permulaan, bantuan sebanyak RM 500 di sampaikan semalam bersama dengan Pengerusi Masjid Kampong Pengkalan Tambang.

EN UMAR BIN AHMAD 82 tuan punya rumah dimana penyewanya En Mohd Nasir Norwawi yang menyewa rumahnya telah mengalami kebakaran rumah baru-baru ini , telah diberi bantuan melalui tabung TYT negeri. turut menyampaikan bantuan ialah pengerusi masjid kampong Pengkalan Tambang.

Baru-baru ini satu kebakaran yang berlaku di kampong Pengkalan Tambang yang membabitkan bekas anggota polis yang telah menyebabkan kerugian hampir RM50000 telah mendapat simpatisme YB Hamdan , dan bantuan kini telah di sampaikan kepada nya di masjid kampung Pengkalan Tambang .
En Mohd Nasir Norwawi yang terharu dengan kesungguhan YB Hamdan ,telah menerima bantuan turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana YB Hamdan tidak jemu berusaha mendapatkan bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung nya.
"Ini adalah bantuan kali ke 2 yang saya terima. Kali pertama selepas kebakaran dan kali ke 2 malam ini apabila tabung TYT yang diusahakan oleh YB Hamdan diberi kepada saya.Walau saya menyewa, namun saya juga diberi bantuan yang sewajarnya. terima kasih YB Hamdan". katanya lagi