BAIK DENGAN SIAPA PUN OK...TAPI UMNO KENA INGAT...PAS DAH KENCING SEMUA PARTI YANG MEREKA SERTAI.



 KENYATAAN MEDIA


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 bersamaan 15 Rabiulawal 1448H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:


1. UMNO menegaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang (Rule of Law) mesti sentiasa dihormati dan dijunjung. Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan kesalahannya oleh mahkamah yang berbidang kuasa.


2. Sebarang tindakan untuk memalukan atau mengaibkan seseorang, termasuk membentuk persepsi seolah-olah individu yang baru ditahan bagi tujuan siasatan telah pun bersalah, adalah bertentangan dengan prinsip keadilan, anggapan tidak bersalah (Presumption of Innocence) serta semangat kedaulatan undang-undang.


3. UMNO konsisten bahawa parti tidak akan pernah mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan, penyimpangan yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti yang wajib dihadapkan ke muka pengadilan melalui proses undang-undang.


4. UMNO mengambil maklum pelbagai dapatan kajian empirikal yang dilakukan oleh pelbagai agensi dan penyelidik di kalangan ahli akademik yang menjurus kepada sentimen rakyat terutamanya orang Melayu yang mengharapkan penyatuan ummah dapat direalisasikan dan kepentingan keindukan Melayu menjadi teras kepada kestabilan politik negara. 


5. Bersetuju untuk kepimpinan UMNO Negeri melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama dalam menghadapi Pilihanraya akan datang. 


6. Sebarang perundingan dengan mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan.  


7. Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada 9 hingga 12 September akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal pada hari Selasa, 8 September iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif. Ketiga-tiga program ini terbuka untuk kehadiran orang awam.


8. Mesyuarat turut bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026, sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS.


9. Mesyuarat malam ini juga telah menyaksikan pelantikan dan upacara angkat sumpah YAB Datuk Ismail bin Lasim sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI

28 OGOS 2026




KAH..KAH..KAH...KOYAK

 


Betapa koyaknya dia layan budak2. Haha