KEH.. KEH.. KEH.. TAK DAK DIA TAK DAK LUCU LAK POLITIK MALAYSIA NI.


 

DIA NI PUN SEKOQ LAGI... UMNO SIMPAN LAGI ORANG MACAM NI


 

SIB BAIK KO BERHENTI JADI GURU.... BODO PUN ORANG TAK KATA CIKGU BODO.


 

KENA HENTAM BERDEPAN.. DIAM..

 


Bersatu – parti derita tanpa dana


OLEH: Ghaznawi Muhammad





Ketua penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Tun Aziz mendakwa bahawa Bersatu adalah parti derita dalam Perhimpinan Agung Tahunan Bersatu pada hari Sabtu.


Alasannya, Bersatu lebih muda berbanding parti lain dan tidak berurusan dengan golongan mahakaya seperti parti lain.


Tidak pasti sama ada dakwaan itu bertujuan untuk menganjing atau usaha menjenamakan semula parti tersebut.


Terma “parti derita” pertama kali kedengaran dalam tahun 1998 pada Waktu penubuhan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim – PKR.

Ketika itu Anwar dipecat daripada Umno dan dipenjarakan.


Lebih benar jika dikatakan parti yang mengaku derita sekarang ini adalah kerana akaun dana mereka telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Isu pembekuan akaun dan keperluan mencari dana di peringkat akar umbi dinyatakan oleh bendahari parti, Datuk Seri Rina Harun.


Tampak jelas Bersatu “menderita” hari ini kerana tiada akses kepada dana. Dan dana tersebut dibekukan kerana siasatan ke atas Bersatu oleh SPRM.


Berbalik kepada Tun Faisal, ada satu perkara yang tidak disentuh beliau.

Bersatu adalah serpihan Umno dan ia masih kekal sebagai klon Umno baik dari segi perjuangan sehingga warna yang digunakan.

Yang membezakannya dengan Umno ialah Bersatu mempunyai sayap Bersekutu untuk anggota bukan Melayu sepertimana Pas mempunyai Dewan Himpunan Pendukung Pas.

Penyokong Bersatu boleh mendakwa bahawa ada banyak parti yang merupakan serpihan parti asal. Contohnya AMANAH.

AMANAH bagaimanapun berjaya keluar dari kepompong Pas dengan identitinya yang tersendiri.

Begitu juga dengan PKR walaupun pimpinan pada peringkat awal mempunyai DNA sama dengan Umno.


Ghaznawi Muhammad ialah pembaca Harapan Daily.






DIN COPONG KENA HENTAM DENGAN WARGANET



 Siang malam konon turun bantu mangsa banjir, MB Kelantan dihujani kecaman


Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dihujani kecaman gara-gara ‘bertukar’ profesion menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir.







Dia dikatakan penyokong Perikatan Nasional (PN) kononnya “siang malam turun bantu mangsa banjir” walaupun kediaman Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu sendiri dinaiki air.


Berkongsikan foto aksi Mohd Nassuruddin berbaju hujan duduk di atas bot dengan timbunan bungkusan bantuan, rata-rata mencemuh dan menyindir pemimpin Pas.


Warganet menyifatkan itulah sahaja tahap pemimpin parti komponen PN apabila tidak mampu melaksanakan dasar yang sepatutnya dibuat sebagai seorang Menteri Besar.


“Dah jadi macam rider bawa bot. Baik berhenti jadi MB terus jadi rider.

“Dia buat-buat macam ni semua gaji dan elaun dia masuk akaun bank dia. Ini adalah tanggungjawab dia sebagai pemimpin negeri. Sukarelawan abah kau!

“Masa pemimpin kau buat sukarelawan kau puji melangit, masa pemimpin yang kau tak suka, kaw-kaw kau kecam! Kata tak boleh buat kerja…

“Lebih baik letak je jawatan MB, bukan tugas dia kat bot tu… patut tatakelola hancur,” demikian antara kecaman warga maya terhadap Menteri Besar Kelantan yang ke-19 sejak 15 Ogos 2023 itu.

Terdahulu, tular video memaparkan Nassuruddin, 59, yang berkopiah meredah hujan bagi mengagihkan bantuan banjir kepada penduduk terjejas di Pasir Mas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti sejak tahun 1995 itu dilapor mengemudi sendiri bot membawa pek makanan dan singgah ke pusat pemindahan banjir (PPS).





MAKIN PANAS PENDEDANHAN DAN PEMBONGKARAN! HASSAN KARIM BERSAMA DENGAN BR...



MAKIN PANAS PENDEDANHAN DAN PEMBONGKARAN! HASSAN KARIM BERSAMA DENGAN BR...

MAKIN PANAS! LAPORAN POLIS DAKWAAN WUJUDNYA GERAKAN MEROSAKKAN & MENJATU...


Laporan Polis oleh Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar wujudnya cubaan merosakkan reputasi Ketua Menteri dan menjatuhkan Kerajaan GRS-PH di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur. 29hb November 2024 (Jumaat)






MALUNYA SANUSI BILA LAKONAN DIKANTOIKAN

HABIS MP PAS KENA BALUN KAW KAW OLEH YB SANY HAMZAN AHLI PARLIMEN HULU L...


MP PAS POLITIKUS SAMPAH MASYARAKAT TIDAK HABIS HABIS SEBAR FITNAH DAN GUNA RUJUKAN YANG TIDAK SAHIH! HABIS MP PAS KENA BALUN KAW KAW OLEH YB SANY HAMZAN AHLI PARLIMEN HULU LANGAT!





PI MELINGKUP LA... DUA DUA TAK LEH PAKAI


 

PISANG MENTAH (Hijau) REBUS utk PESAKIT DIABETIS dan yang NAK KURUS




Pisang mentah (hijau) yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%). 


Ia juga bagus untuk sesiapa yang nak ber'diet'@ kurus


Sedap kalau dimakan bersama kelapa parut


Kanji dalam pisang rebus ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat


Ia membantu kawal GULA dalam DARAH dan membuatkan kita rasa kenyang


Pisang mentah yang direbus mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetis


Bahan dalam pisang mentah rebus tingkatkan lendir dalam saluran penghadaman yang boleh bantu cegah ulser. 


Pisang rebus juga melindungi sistem penghadaman dengan kurangkan asid perut. 


Walaubagaimanapun memakan pisang mentah (hijau) yang direbus pada kuantiti tinggi boleh sebabkan kembung perut


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist




Tahniah YB DS Muhammad Sabu.






1. Beliau cadangkan penukaran kembali nama UPM dari PUTRA ke Pertanian. 


2. Tujuannya tidak lain ialah untuk memastikan UPM kembali fokus kepada tujuan penubuhan asal.


3. Selain itu, Pertanian juga semakin penting. Mereka yang pegang sumber makanan adalah RAJA.


4.Namun DYMM Sultan Selangor selaku Chanselor bertitah tidak setuju.


5. YB Mat Sabu, ambil keputusan tidak memanjangkan isu ini. Akur titah Sultan, tanda sayang dan hormat beliau kepada DYMM Raja-Raja Melayu. 


6. Ini sangat berbeza dengan MB Kedah yang hina Sultan, bila disiasat polis, boleh pulak tuduh orang dah plot lama nak tangkap dia.


7. Cadangan Mat Sabu juga bukan baru, hanya pada tahun lepas YB Hassan Karim juga pernah cadangkan benda sama. Tapi tiada kecaman. Rezeki beliau.


8. Sultan Selangor juga maklumkan PUTRA bermaksud Pertanian Untuk Rakyat.


Tanpa Mat Sabu, saya tak tahu maksud PUTRA tu. Mungkin anda pun sama?


9. Maksudnya UPM kekal untuk Pertanian.  Lembaga Universiti perlu pastikan kecenderungan UPM itu selaras dengan maksud PUTRA itu.


10. Sekali lagi tahniah Mat Sabu.


Fairul al Qasas



GURU KOMEN PERKAUMAN DALAM FB

 

Hasnul Zulkarnain



Komen Perkauman daripada  Seorang Guru KPM.






Saya mengenali Zuhairah Zu dan suaminya. Kami pernah berjiran setaman di Kuala Kangsar. Namun kebaikan sebagai rakan kejiranan tidak sepatutnya melanggar tatasusila dalam menjaga kerukunan.


Saya memberi ruang masa kepada beliau untuk menyatakan permohonan maaf atas dasar hubungan persahabatan dgn suaminya. Akta hasutan 3R boleh menyebabkan beliau dikenakan tindakan yang lebih berat dan menjejaskan kerjaya seorang pendidik.


Saya mohon kpd semua rakan2 agar menjaga sensitiviti kaum dalam mengulas sebarang isu terutamanya menyentuh bencana alam. Musibah yg menimpa negara tanpa mengira siapa kalian. Pernah satu masa, banjir besar melanda Pulau Pinang dan Selangor.


Sebagai orang Islam, kita diamanah menjadi khalifah untuk menyebarkan kebaikan Islam yang menghormati orang lain bukan mencemuh dgn caci nista.


#NegaraRahmah



KECEWA.... ELOK PUN BLAH DARI JADI CIKGU

 

RMS


Mesti ada yang kecewa kerana dari pemantauan KPM, semua pelajar menduduki peperiksaan BM Lisan hari ini termasuk bekas cikgu Mohd Fadli Saleh





BANTUAN MANGSA BANJIR

 Sham Ghaz


Esok kita agih ke semua rumah di Pulau Tengah dulu, kampung kami tenggelam habis satu kampung. 




Selesai jiran terdekat, kita bantu kampung lain pula lusa tulat.


InsyaAllah Khamis ni kita masuk berberapa kampung utk habiskan 200 pek makanan bernilai RM100/pek.


Terima kasih kepada hamba Allah sudi membantu mereka yang memerlukan. Jalan terus!



PMX UCAP TAHNIAH KEPADA PETUGAS PERSEKUTUAN DAN NEGEEI.

 

Saya hargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan dan keperluan mangsa banjir ketika ini.


Penat lelah sehingga terpaksa berjauhan serta meninggalkan keluarga mereka, akan dikenang sebagai satu pengorbanan besar yang tidak ternilai kepada rakyat dan negara.


Kepada sektor swasta, ayu







h kita harungi bersama dan semarakkan semangat kebersamaan untuk terlibat dalam misi bantuan membantu rakyat yang memerlukan serta dilanda kesusahan saat ini.








Seharusnya semua pihak harus turun padang dan sama-sama membantu meringankan beban ditanggung sehingga mereka yang terkesan ini dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.


#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama


Foto: Bernama



TAK GUNA

 Sky Reformis. 


Rakyat tengah derita dia pulak seronok2 melepak sini sambil ketawa terbahak bahak...Babi betul..



BILA KARTEL KUASAI PASARAN PADI.


Sham Ghaz


 Kerajaan perlu letak harga syiling beras putih, bukannya letak harga lantai belian padi.



Apa kesannya bila takda harga syiling beras putih tempatan dan import? 


Pengilang akan campurkan beras putih dengan import, sbb harga import lebih mahal.


Jadi mereka akan beli harga padi dengan harga tinggi dalam RM1800-RM2000/tan.


Proses dan jual pada harga beras import, kerana harga lebih tinggi dan tiada syiling.


Bila Kerajaan istihar untuk kuatkuasa harga lantai, pengilang turunkan harga belian. 


Ini hebatnya kartel kuasai pasaran, mrka boleh kawal harga belian dan jualan. 


Jika harga belian naik, pesawah padi suka, tapi pembeli tak suka sbb harga jadi mahal.


Apa peranan kerajaan? Kena ambik pendekatan win win. 


Jika tidak masalah jni tidak akan selesai sampai sudah, terutamanya ketika SSL Padi Negara sekitar 65% +/-, bencana alam seperti kemarau dan banjir tidak bermusim sekarang.