JHO LOW ADA DI MALAYSIA

Mengikut laporan sebuah portal berita iaitu The Ant Daily atau Semut Harian, jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low ketika ini sedang berada di Malaysia.

Berdasarkan apa yang dilaporkan, Jho Low  dikatakan tiba dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong yang memulakan perjalanan dari Jepun dan tiba di KLIA lewat petang Khamis lalu.

Beliau yang dikesan memakai baju batik hitam putih menaiki pesawat itu bersama seorang lelaki berpakaian biasa dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki India tinggi lampai di penghubung terminal KLIA pada kira-kira jam 7.43, sebelum tergesa-gesa berlalu pergi.

Ketika isu 1MDB sedang hangat dan menjadi bara dalam hati majoriti rakyat negara ini dan namanya dikaitkan secara langsung dengan kemelut yang berlaku dalam syarikat pelaburan anak emas Najib Razak itu, kepulangan Jho Low tentu saja menimbulkan banyak persoalan serta tanda tanya.

Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? 

Dalam kemelut yang yang melanda 1MDB sehingga ia dianggap skandal kewangan terbesar di era Najib menjadi Perdana Menteri, nama Jho Low telah disebut oleh banyak pihak termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mempersoalkan apakah peranan dan bagaimanakah beliau begitu dipercayai untuk menguruskan pelaburan dana berbilion ringgit milik syarikat tersebut.

Tun Mahathir juga mengaitkan hubungan rapat Jho Low dengan anak tiri Najib, Riza Aziz yang didapati memiliki kekayaan luar biasa dengan kemampuan menerbitkan filem  dengan kos kira-kira RM300 juta di Hollywood serta membeli kondominium mewah di kota metropolitan  New York.

Dalam misteri ke mana perginya RM27 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion, nama Jho Low paling banyak dikaitkan dan beliau dilihat kunci utama untuk merungkai banyak kekusutan yang bermain di fikiran rakyat.

Blog ini dalam postingnya pada 15 April  2015 bertajuk "Tangkap Jho Low, Buka Semula Kes Altantuya...Habis Cerita!!" juga menyarankan agar Jho Low disiasat bagi memperolehi lebih banyak maklumat penting mengenai 1MDB.

Di kalangan pemimpin UMNO, antara yang mahu jutawan playboy itu turut disiasat ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengatakan, spekulasi awam mengenai penglibatannya dalam skandal 1MDB terlalu besar untuk diabaikan.

KJ juga mengukuhkan lagi hujahnya dengan berkata, "apa saja cara anda melihat isu ini, cap jari Jho Low berada pada seluruh tempat dalam 1MDB."

Pendirian KJ itu adalah berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Nur Jazlan Mohamed yang belum melihat keperluan untuk memanggil Jho Low dalam siasatannya bagi mencungkil rahsia pelbagai kekalutan yang timbul dalam 1MDB.

Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama  dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.

Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC.

Jadi, apakah tujuan Jho Low kembali ke Malaysia di saat ini? Apakah beliau mempunyai jadual bertemu dengan Najib Razak atau Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk sesuatu urusan yang juga berkaitan syarikat itu?

Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya "mummy" iaitu Rosmah Mansor?

Atau beliau pulang kerana urusan keluarga dan sekadar ingin melepaskan rindu kepada ibu bapanya di Pulau Pinang saja?

Daripada segi yang lain, munculnya Jho Low di Malaysia diketika isu 1MDB semakin hangat diperbualkan dan namanya sentiasa disebut, ia seolah-olah beliau ingin menunjukkan sikap "jantannya", sedia berdepan dan tidak takut sama sekali dengan sebarang kesalahan yang mungkin dikaitkan terhadap dirinya.

Mungkin terlalu awal untuk mengaitkannya dengan sebarang proses undang-undang, tetapi apakah peluang keemasan untuk menyoal siasat atau mendapatkan maklumat daripada Jho Low yang bagaikan sudah "menyerah diri" dan ada di depan mata ini akan dibiarkan berlalu begitu saja? (SH 30/05/2015)

Ustaz Muhammad Fawwaz | 2 Sebab Allah Uji Orang Beriman...


DENGGI DI TEMERLOH...TANTAWI....."AWAK KAT MANA?"

LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM


Denggi di Temerloh: Tantawi ‘awak kat mana?’

Denggi di Temerloh: Tantawi ‘awak kat mana?’

Bandar Ikan Patin Malaysia, Temerloh diserang wabak denggi sehingga memaksa pihak Majlis Perbandaran Temerloh menutup tapak pasar malam di Taman Temerloh Jaya bagi mengelak wabak tersebut menulari orang ramai.

Bagaimanapun, menurut penduduk, Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Tantawi yang giat berkempen merebut jawatan dalam Muktamar Pemilihan 6 Jun ini tidak kelihatan turun melawat kawasan.

Sepatutnya ahli parlimen adalah orang pertama yang turun selain ADUN. Kalau Termerloh masih di bawah BN, ahli parlimen BN Saifuddin Abdullah tentu awal-awal lagi sudah muncul muka dalam surat khabar melawat mangsa denggi.


surat 


Ahli parlimen PAS kena lebih kerap turun kawasan dan bukannya mengharapkan pegawai pusat khidmat memberi perkhidmatan.


Lebih dikesalkan, blog Tok Usin Ceroi yang mengaku berada di bawah Tantawi ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS tidak pula mahu mengajak bosnya turun padang. Sebaik-baiknya media di bawah Tantawi ini diguna mempromosi aktiviti beliau, bukannya menyerang dan memfitnah pemimpin profesional PAS yang dicap sebagai ‘jebon’.

Jebon-jebon pun pemimpin profesional PAS rajin turun padang. Berapa banyak gambar Dr Hatta Ramli angkat kotak bantuan, kayu, khemah dan lain-lain ketika banjir besar melanda Kuala Krai tahun lalu? Sekarang puak ulama mahu semua pemimpin PAS dari kalangan ulama tetapi kalau kualiti buruk yang diangkat maka maut la PAS PRU nanti.

Profesional PAS disanjung bukan kerana mereka pandai mengaji, baca hadis dan sebagainya tetapi kerana jasa kepada masyarakat. Kalau dijemput ceramah di masjid baru datang maka elok lah jadi penceramah bebas, jangan jadi ahli parlimen atau ADUN.

Kepada perwakilan yang akan bermuktamar 4 Jun nanti jangan fikir dua kali sebelum membuang undi, kerana undi akan diberi kepada puak ulama. Tetapi fikirlah 10 kali, puak mana yang lebih diterima rakyat dan boleh menang pilihan raya.

Kalau nak menang muktamar lepas tu sibuk berpropaganda mengecam BN, generasi PAS 1980an lagi hebat. Siap dengan fatwa kafir mengkafir tapi satu kerajaan negeri pun tak ada.

Kalau perwakilan nak walak membuta tuli, maka lepas Jun nanti siap sedia lah berpolitik gaya lama, duduk kedai kopi hentam BN. Itulah gaya ‘tak produktif’ ahli dan pemimpin PAS 1980an dulu.

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon Presiden Ustaz Ahmad Awang menegaskan, PAS perlu direformasikan bagi membuang saki-baki anasir negatif yang menyusup masuk ke dalam pimpinan parti itu.
“Saya menyahut permintaan rakan-rakan yang sayangkan jemaah PAS (bertanding) bagi meneruskan Perjuangan Islam sebagai parti yang berteraskan prinsip Perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Tambah beliau lagi, di samping melakukan perubahan struktural, PAS mestilah bergerak ke arah tajdid penyatuan ahli dan kepada pihak yang kalah, akan diberikan jawatan dalam kabinet baharu yang akan dibentuk sekiranya beliau terpilih sebagai presiden.
Menurut Ahmad lagi, PAS amat penting sebagai penggerak perubahan massa dan parti itu tidak boleh berpecah atau goyah menjelang PRU 14

“Menjelang piliha raya akan datang, jika PR berpecah dan tidak mencari kata sepakat maka PR akan melalui detik kekalahan akibat tiada jalinan kerjasama dilakukan
“Tahaluf Siyasi tidak perlu dikaji semula kerana PAS tidak terjerumus ke dalam penglibatan konflik yang berlaku antara rakan kompenan PR. Cuma orang yang diberi amanah dalam PAS harus dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki segala kelemahan mereka ketika diberi kuasa untuk mempimpin kelak,” ujarnya.

PAS akan menganjurkan Muktamar Pemilihan ke 61 pada 4 hingga 6 Jun depan di Kuala Selangor. Muktamar kali ini menyaksikan kesemua jawatan parti dipertandingkan.

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding
Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Calon Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau bertanding semata-mata untuk menyahut saranan segelintir perwakilan dan penyokong yang ingin menyelesaikan kemelut dalam PAS sekarang.

Katanya semasa proses penamaan calon, berlaku beberapa ketempangan tadbir urus pejabat agung PAS yang melambatkan proses pengesahan menerima pencalonan beliau. Hal itu, katanya, menunjukkan padang pertandingan kali ini tidak rata sama disebabkan beberapa ahli parti yang tidak bersetuju beliau mencalonkan diri. Namun menurut Ahmad, beliau tetap dengan keputusannya.

“Pemimpin yang diberi amanah (merujuk pemimpin PAS hari ini) wajib melaksanakan amanah dan keputusan yang dibuat haruslah adil,” katanya.

Beliau turut mengulas berkenaan isu ucapan Tuan Guru Datuk Seri Haji Awang yang inginkan PAS bergerak secara bersendirian kerana DAP tidak mengiktiraf perlaksanaan Hudud ketika Muktamar di Batu Pahat, Johor tahun lalu.

Kenyataan tersebut, katanya Ahmad, bukan keputusan Muktamar. Tambahnya, sejak penubuhan PR telah disepakati bersama dalam Muktamar yang berlangsung di Ipoh, Muktamar di Shah Alam dan Kota Baharu bahawa PAS akan kekal bersama PR.
Ahmad Awang pada 2009 pernah mengumumkan penarikan diri daripada apa-apa keterlibatan dalam Pimpinan PAS Pusat dalam Muktamar ke -56 di Shah Alam. Namun pergelutan politik dalaman PAS memaksa beliau kembali aktif menawarkan diri bertanding jawatan nombor 1 dalam parti.


LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM 


“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

 

 LAWATI SUARA PAKATAN DAILY


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata slogan “PAS For All” hanya kekal relevan sekiranya pemimpin yang menang alam Muktamar Pemilihan Jun nanti terdiri daripada campuran muka baru, ulama dan profesional.

Katanya, Muktamar PAS ke – 61 yang bakal berlangsung 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor nanti seharusnya memfokus kepada perancangan strategi memusnahkan BN, bukannya memusnahkan Pakatan Rakyat.

“Strategi kita harus fokus bagaimana untuk membenamkan BN-Umno dan tidak perlu terlalu fikir masalah perbezaan pendapat dalam parti,” tegas Nizar.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, perbezaan pendapat dalam parti perlu diraikan bagi memberi harapan baru kepada perubahan PAS untuk meneruskan perjuangan yang berlandaskan syariat Islam.

“Ahli pimpinan parti perlulah lebih profesional dalam menangani sesuatu isu dan tidak mengeluarkan kenyataan mengapi-ngapikan mana-mana pihak yang bakal mengundang perbalahan sesama ahli parti.

“Kemelut yang melanda PAS ketika ini adalah disebabkan salah faham segelintir ahli PAS yang beranggapan bahawa kritikan pandangan tersebut seolah-olah ingin menjatuhkan Presiden dan Barisan Pimpinan sedia ada,” katanya.

Beliau berharap perbezaan dapat diselenggara dengan berhikmah bagi mengekalkan persefahaman yang lebih akrab seterusnya menguatkan Pakatan bagi memudahkan PAS dan rakan kompenan parti yang lain untuk melangkah menuju Putrajaya .

Forum yang bermula pada jam 9 malam itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH) turut dihadiri Calon Presiden PAS ,Ustaz Ahmad Awang dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib.


Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad: Bab Solat | Tasyahud -riak/ujub