PANDAI PULAK NAK TAHAN ORANG NAK JUMPA POLIS...

Pak Samad: Seniman Rakyat 2012

Peredaran zaman dari dari masa ke semasa melahirkan ribuan seniman yang berkarya dalam berbagai genre.  Seniman adalah golongan yang dianugerahkan Allah dengan bakat.  Namun, bakat tidak harus diterima sebagai keistimewaan semata-mata, tetapi adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat.

Sehubungan itu, kami berpendapat tidak memadai bagi seseorang seniman jika hanya berjaya menghasilkan karya-karya seninya demi keuntungan dan laba peribadi dan dalam masa yang sama mengabaikan penderitaan lingkungan.

Seniman seharusnya mengabdikan karya-karya untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas malah menjadi perakam denyut nadi rakyat.

Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen (KKI) mengiktiraf seorang seniman, seorang budayawan yang mengabdi karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.

Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdapan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia.

Seniman rakyat adalah seniman yang berkorban ternaga dan minda, menyumbang bakat dan titik peluh demi kemerdekaan sebuah bangsa dalam erti kata sebenar.

Beliau juga adalah contoh teladan kepada kami para kartunis, para seniman dan rakyat Malaysia umumnya.  Kami dengan ini mengiktiraf A Samad Said sebagai "Seniman Rakyat 2012".

*Zulkiflee Sm Anwar Haq (Zunar) ialah Pemimpin Kumpulan Kartunis Independen.
**Kumpulan Kartunis Independen, ialah sebuah kumpulan kartunis yang memperjuangkan hak kartunis untuk berkarya secara bebas tetapi bertanggungjawab. Kami juga menolak budaya mengampu dan amalan rasuah.  Ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen ialah:

1. Nor Azlin Ngah (Jonos)
2. Azmie Md Taha
3. Johnny Ong
4. Azman Md Noh (AMN)
5. Nor Afendi Ramli (Ronasina)
6. Abdullah Jones
7. Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk)
8. Azhar Saad (Art)
9. Azlan Isa (Orang2)
10. Sham Saimun Ezil (Along)
11. Lili Zam (Haili)
12. Amir Hakim (Ahyat)

(function() { var d = document, w = window; w

BANTUAN DEEPAVALI DARI YB GINIE LIM

  Petang tadi 25 OKTOBER 2021 Ketua Cabang Alor Gajah Ginie Lim turun ke Hutan Percha, Taman Melaka Perdana dan Taman Pengkalan Indah bagi ...