BERITA DARI KAMPUS USM

http://greenportal.usm.my/beritakampus/poll.php?lng=my
undian ini dianjurkan oleh Berita Kampus USM


berita: *Akta Universiti APEX: USM rancang ganti AUKU*


Universiti Sains Malaysia (USM) merancang untuk menggubal satu akta khasiaitu Akta Universiti APEX yang akan memberikan autonomi sepenuhnya kepadauniversiti untuk bergerak bagi diguna pakai di USM, sekaligus menggantikanAkta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, AUKUtidak akan diguna pakai lagi oleh USM sekiranya Akta Universiti APEXdilaksanakan kerana akta tersebut akan menjadi undang-undang tertinggi diuniversiti yang merangkumi segala hal ehwal universiti termasuklahpengurusan dan pentadbiran, hak-hak pelajar dan pengurusan kewangan.
Katanya lagi, antara matlamat utama Akta Universiti APEX adalah untukmemberikan ruang yang lebih besar kepada warga universiti iaitu pengurusanuniversiti, pelajar dan kakitangan sejajar dengan misi universiti bagimemenuhi agenda APEX.


“Akta tersebut akan meliputi ruang lingkup yang besar iaitu bukan sahajamemperuntukkan hak-hak pelajar, tetapi juga berkaitan dengan perancanganpengurusan universiti. Justeru itu, akta ini adalah amat penting kepadauniversiti kerana AUKU yang dilaksanakan di universiti di Malaysia pada hariini dilihat membataskan universiti dalam beberapa perkara yang signifikan.
“Sebagai contoh, dalam klausa AUKU menyatakan bahawa universiti di Malaysiatidak boleh terlibat atau menjalankan sebarang aktiviti perniagaan. Klausaini boleh menghalang USM untuk bergerak maju ke depan dan seterusnyabersaing dengan universiti terkemuka di dunia kerana salah satu KPI (KeyPerformance Indicator) universiti di dunia adalah penjanaan pendapatan.
Jadi, universiti tidak mampu untuk memenuhi KPI itu kerana limitasi untukterlibat dengan aktiviti perniagaan sebagaimana termaktub di dalam AUKU.


“Begitu juga, universiti tersekat dalam usaha untuk mempertingkatkankuantiti dan kualiti penyelidikan termasuklah melantik sarjana dari luarnegara untuk berkhidmat di universiti dan seterusnya menjalinkan kerjasamadengan penyelidik tempatan bagi menghasilkan produk penyelidikan. Ini keranaundang-undang yang termaktub dalam AUKU menyatakan bahawa pelantikan bagisesuatu jawatan adalah berdasarkan kekosongan jawatan yang sedia ada dantidak boleh melebihi tangga gaji yang telah ditetapkan. Jadi, universitimahu keluar dari kepompong AUKU supaya dapat menarik minat penyelidik hebatdari luar untuk menyertai universiti bagi meneruskan kesinambungan legasikejayaan universiti,” katanya.
Menurut beliau, perbincangan awal bagi perancangan Akta Universiti APEX itusudah dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang akanmemberikan kata putus sama ada akta tersebut boleh dilaksanakan atau tidak.


“Akta yang akan memberikan kesan yang besar kepada universiti itu memerlukanperundingan mendalam dengan kementerian kerana ia adalah satu proses yangmelibatkan perundangan di universiti. Pihak KPTM perlu mengambil kira semuaaspek sebelum memberikan kelulusan kepada USM untuk menggunapakai aktatersebut.


“Walau bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan bahawa respon daripadakementerian adalah positif untuk berbincang. Pihak pengurusan berharaprespon tersebut memberikan petanda baik agar harapan untuk melihat aktatersebut dilaksanakan di USM menjadi realiti,” ujarnya.


Tambahnya, perancangan yang lebih serius tidak dapat dilakukan lagi buatmasa ini kerana ia perlu menunggu perlembagaan baru universiti yang digubalselesai sepenuhnya dan seterusnya digazetkan.


“Sekiranya perlembagaan universiti sudah selesai dan digazetkan, barulahpihak pengurusan boleh memulakan fasa perancangan pelaksanaan AktaUniversiti APEX seterusnya diusulkan kepada kementerian untuk pertimbangan,”katanya.
Menurut Dzulkifli lagi, akta itu hanya akan digunapakai oleh universitiberstatus APEX dan sekiranya akta tersebut diluluskan oleh KPTM, inibermakna USM akan menjadi universiti pertama yang menggunapakai akta itu.
Beliau juga berkata, idea perancangan Akta Universiti APEX bukan keranadesakan pihak-pihak tertentu yang menentang pelaksanaan AUKU di universiti,sebaliknya ia adalah bagi memenuhi hasrat Perdana Menteri yang ingin melihatuniversiti di Malaysia mempunyai autonomi yang lebih luas.


“Idea perancangan akta tersebut juga adalah amat penting bagi memenuhikeperluan universiti untuk menjalankan misi dan visi yang digariskan dalamagenda APEX apabila ia akan memberikan lebih fleksibiliti kepada universitiuntuk mencorakkan perancangan tertentu tanpa terikat lagi dengan AUKU.


“Pengurusan USM mempunyai keyakinan kementerian boleh mempertimbangkan danmeluluskan cadangan Akta Universiti APEX itu dengan memastikan terma-termadi dalam akta tersebut adalah rasional. Universiti juga perlu membuktikankemampuan sekiranya ingin melaksanakan akta tersebut dan kepercayaan yangdiberikan itu perlu diikuti dengan tanggungjawab bagi meningkatkankecemerlangan universiti di mata dunia,” katanya.



http://greenportal.usm.my/beritakampus/articles.php?lng=my&pg=45
-- Khaw Seng Hean 许承贤016-4045348facebook : carlitokhaw@gmail.commsn : khaw_hean@hotmail.com

(function() { var d = document, w = window; w

KERAJAAN GAGAL..KAU SEMBANG BAB BIJIK

  Orang sibuk pasal tak boleh beraya kat Kg angkara kegagalan kerajaan tebuk atap, ko plak sibuk sembang pasal bijik....