KENANGAN ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ MENDOAKAN ANWAR IBRAHIM

4 AHLI PARLIMEN SOKONG AZMIN LOMPAT KEPADA ANWAR?


Anwar punya cukup majoriti tanpa perlu bubar Parlimen

 

Anwar punya cukup majoriti tanpa perlu bubar Parlimen


LEPAS 20 MINIT PENGGUMUMAN DSAI MENGADAP YTP AGONG..BURSA MALAYSIA MELONJAK






MAKLUMAT COVID 19 HARI INI

  Berikut antara kawasan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar PKPB di Mukim Klang. @501Awani #AWANInews






Anwar menghadap Agong Selasa depan, minta rakyat bertenang

PAKATAN HARAPAN - APA YANG DICARI DAN DIHINDARI?

KES COVID-19 MELONJAK, PEMIMPIN TEBUK ATAP DISALAHKAN

Penularan Covid-19 di penjara: Mana Menteri Dalam Negeri?

 

Oleh Liew Chin Tong

(Ahli Dewan Rakyat, Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik DAP)

Pada 6 Oktober 2020, terdapat 8.3 peratus kes aktif positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan banduan dan pegawai penjara, iaitu 1,126 kes daripada 13,504 kes keseluruhan.  Dalam tempoh sehari, iaitu 6 Oktober, kes positif Covid-19 di dalam penjara meningkat kepada 435 kes. Ini adalah satu petanda yang amat buruk.

Jika kita jangkakan kes di Sabah bermula daripada penularan dalam penjara, dianggarkan sebanyak 20 peratus atau 2,738 kes daripada 13,504 keseluruhan boleh dikaitkan dengan penjara Tawau dan Lahad Datu. Jumlah ini tidak termasuk kes daripada Sabah yang merebak ke negeri lain selepas pilihan raya mengejut.

Kini, enam buah penjara telah dijangkiti Covid-19, iaitu Tawau, Alor Star, Pokok Sena, Pulau Pinang, Pusat Tahanan Sementara Kemunting dan Penjara Wanita Kajang. Daripada 1,126 kes positif Covid-19 di penjara, 39 kes melibatkan pegawai penjara.

Saya khuatir akan apa yang mungkin berlaku selepas ini, sekiranya penularan wabak berlaku di penjara yang mempunyai jumlah banduan yang ramai seperti Sungai Buloh, Kluang dan Sungai Udang.

Saya bersolidariti dengan pegawai dan kakitangan penjara yang mudah terdedah dengan wabak ini. Ketika saya bertemu beberapa orang pegawai penjara semasa menjadi ahli pentadbiran, mereka secara peribadi menzahirkan rasa bimbang kepada saya mengenai penularan jangkitan batuk kering (tuberculosis) di penjara yang kian mengancam nyawa pegawai dan kakitangan penjara. Ini merupakan situasi pada tahun 2019.

Saya memahami kebimbangan pegawai dan kakitangan penjara mengenai Covid-19 yang berbahaya. 

Masih banyak komuniti yang mempunyai tanggapan yang salah dan tidak melahirkan rasa bimbang sekiranya Covid-19 merebak di penjara. Tanggapan ini tidak betul.

Virus Covid-19 tidak memilih antara mereka yang mempunyai kuasa tertinggi seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan berjuta pekerja asing mahupun banduan. 

Tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan, penjara akan menjadi perangkap maut untuk Covid-19, kadar jangkitan akan meningkat kerana kesukaran melakukan penjarakan fizikal.  Malah, jangkitan tidak hanya merebak di penjara sahaja, tetapi ia juga akan mengancam masyarakat secara besar-besaran.  

Kita perlukan pandangan baharu dan sedar bahawa setiap banduan, pegawai/kakitangan penjara dan keluarga mereka, berhak untuk dilindungi daripada penularan Covid-19.

Ini adalah krisis yang teruk dan telah meletakkan setiap orang dalam masyarakat dalam keadaan  bahaya – daripada mereka yang lemah dan terpinggir sehingga mereka yang berkuasa dan mempunyai kedudukan. Kerajaan perlu segera  campur tangan dan melakukan koordinasi, dengan melaksanakan pendekatan menyeluruh kerajaan. 

Di manakah Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri? Kita telah menyaksikan betapa aktifnya Hamzah sebagai ahli politik, tetapi kita masih belum mendengar sebarang penjelasan dan sepatah perkataan daripada Menteri Dalam Negeri berkenaan isu ini.

Untuk sistem penjara dan kesemua sistem keadilan jenayah yang terlibat dalam usaha menangani Covid-19, ia memerlukan iltizam politik pihak atasan untuk mengubah sistem penjara dan pusat tahanan, termasuk pentadbiran dan keadilan jenayah, 

Saya begitu bimbang mengenai sistem penjara kita dan secara terbuka, saya telah menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan mengurangkan jumlah banduan daripada 70,000 orang banduan kepada jumlah yang kita mampu, iaitu sebanyak 52,000 orang banduan.

Dalam jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri kepada saya, sehingga 17 Ogos, terdapat 68,730 banduan di penjara seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 39,846 adalah banduan sabitan, 24,578 adalah banduan reman, 2,758 adalah tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Manakala 1,548 adalah penghuni Sekolah Henry Gurney. 

Saya mengalu-alukan kenyataan Pengarah Jabatan Penjara semalam, yang telah menggariskan langkah-langkah pencegahan khusus bagi mengatasi penularan kes Covid-19 di penjara, seperti:

–     11,018 orang banduan dengan hukuman di bawah setahun yang baki hukumannya kurang dari 3 bulan akan dibebaskan dibawah Pelaksanaan Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) (berdasarkan Akta Penjara 1995, tahanan yang melanggar syarat akan ditarik balik keputusan pembebasnanya)

–   2.800 orang pesalah kecil dadah akan dipindahkan ke penjara sementara yang telah diwartakan di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pendekatan ini amat penting kerana isu kesesakan penjara telah berlaku sebelum krisis Covid-19 bermula. Memenjarakan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan SOP akan memburukkan lagi masalah kesesakan penjara dan akan meningkatkan risiko jangkitan di kawasan penjara.

Jabatan Penjara tidak mampu mencegah penularan Covid-19 di penjara dan pegawai yang mempunyai kontak rapat dengan orang awam secara sendiri. 

Perlu ada tindakan tegas di peringkat nasional daripada Kementerian Dalam Negeri dalam mengatasi masalah kesesakan penjara dan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian, termasuk badan kehakiman untuk mencari hukuman bukan penjara atau alternatif.

Dalam peperangan untuk menjaga keselamatan masyarakat kita dari Covid-19, keselamatan penjara dan pusat tahanan tidak boleh dipinggirkan. Tahanan yang disabitkan kesalahan selayaknya menerima hukuman setimpal dibawah undang-undang, tetapi tidak seharusnya dibiarkan menjadi mangsa Covid-19. 

WALAU PUN DIA DIKATAKAN KENA STROKE, TAPI DIA MASIH PUNYA BUSUK HATI PADA ANWAR...

 

2tS gpotnhsrnoareesdgh
 
ANWAR IBRAHIM BERHAK MENGADAP KDYMM AGUNG TAPI DIA TIADA SOKONGAN YANG MENCUKUPI!!
Saya tetap mempertahankan anwar ibrahim ‘kaki kelentong’ dan tidak mempunyai jumlah sokongan untuk menyokong dia jadi perdana menteri!!
Hanya orang bodoh, sewel dan gila saja yang akan menyokong ‘manusia berpenyakit’ ini untuk jadi perdana menteri ke sembilan!!
Sesiapa saja berhak untuk mengadap KDYMM Agung sekiranya baginda memperkenankan majlis mengadap tersebut!!
Yakinlah anwar ibrahim akan mengadap KDYMM Agung secara ‘omong omong kosong’ saja kerana senarai nama ahli-ahli parlimen yang kononnya menyokong untuk jadi PM9 hanyalah berdasarkan ‘tangkap muat’ saja!!
Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya pada hari selasa depan bagi mengesahkan kenyataan saya ini!!
Perbuatan anwar ibrahim yang bermotifkan untuk menrealisasikan agenda politik rakus peribadinya itu harus dikenakan tindakan tegas seandainya dia terbukti menipu KDYMM Agung!!
Pihak penguatkuasa undang-undang harus bertindak tegas keatas anwar ibrahim selepas hari selasa ini jika dia sahih menipu!!
Ini amat penting untuk dijadikan satu teladan di masa akan datang agar mana-mana pemimpin politik yang rakus kuasa tidak secara sewenang-wenangnya mengganggu-gugat kestabilan politik mahupun ekonomi negara!!

HUJAH BALAS MENGENAI MENTERI AGAMA

 

FAIZ ABD

 

Semuanya dah ketentuan Allah s.w.t. Dah tertulis.. serta saya yang sedang berhujah ni. juga dah ketentuan NYA. Dia hanya manusia biasa dan hamba Allah yang naif. Sentiasa menundukkan muka dan tidak mendongak ke langit. Dia bukan kes index dia adalah mangsa yang terkena jangkitan. Adakah sekiranya dia patuh SOP bermakna dia tidak akan terkena jangkitan covid19 ni. Kalau dah tertulis kita pun tidak dapat lari daripada ketentuan NYA walau pun kita menyorok dan berkurung. Siapa kita untuk mempertikaikan ketentuan NYA. Sama-sama lah kita muhasabah diri. Kita kena ingat, akhir zaman ni, Allah ambik nyawa orang yang baik-baik dan para alim ulamak sebagai tanda kiamat semakin dekat...wallahualam...

------

Jawapan kepada tulisan di atas

-------

Oleh sebab apa yang akan terjadi itu kita sebagai manusia tak tahu, jadi di situlah kita kena berusaha dan dan berikhtiar.

1. Sebab itulah Rasulullah bersabda, jangan masuk ke tempat yang merebaknya wabak dan bagi yang sudah berada dalam kawasan wabak, jngan keluuar dari kawasan wabak.

2. Bila terkena apa-apa penyakit, wabak atau bukan wabak, kita disuruh berusaha untuk berubat. Kita berubat tapi Allah yang menyembuhkan.

Rasulullah bersabda, tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati (sbb mati bukan penyakit).

3. Dalam hadis dan Al-Quran, Umat Islam diajar untuk berdoa kepada Allah untuk mohon....

Sentiasa sihat...

Jauh daripada penyakit.....

Disembuhkan dari penyakit.....

Di atas tu semuanya menunjukkan kita disuruh berusaha dan berikhtiar, bukan berserah bulat-bulat kepada Allah TANPA berikhtiar.

Beberapa persoalan untuk difikir...... 

Kenapa Nabi Muhammad terus menerus berusaha berdakwah dan menyeru bapa saudaranya Abu Talib supaya menerima Islam dan beriman sehingga penghujung umur Abu Talib?

Kenapa Baginda berhijrah ke Madinah? . Ya.... Allah Suruh. Kenapa Allah suruh berhijrah?

Kenapa baginda terus berdakwah malah sehingga berperang dengan kaum kafir?

Kenapa baginda membuat perjanjian Hudaibiyyah dengan pihak Kafir Quraisy?

Kenapa baginda membuat perjanjian dengan beberapa puak atau kaum Yahudi?

Semuanya itu adalah ikhtiar dan usaha.

Kenapa Baginda tak menyerah saja kepada Allah, sebelum baginda berusaha?

Sebab kita tak tahu apa yang SUDAH TERTULIS....

 



Politik Malaysia: Muhyiddin dalam keadaan tidak selamat

 

Oleh Liew Chin Tong

(Ahli Dewan Negara, Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik DAP)

Ada semacam kegelisahan dalam politik Malaysia pada ketika ini. Pada akhirnya nanti, status quo tidak akan kekal.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniti tebing-tebing politik sejak Langkah Sheraton Februari lalu, dan keadaan nampaknya kian sukar, terutamanya selepas pertembungan antara Bersatu dan UMNO pasca pilihan raya Sabah tentang pilihan Ketua Menteri.

Populariti Muhyiddin dalam kalangan rakyat juga nampaknya merosot secara mendadak dalam  minggu ini kerana penularan wabak Covid-19 yang tinggi dan juga tanggapan “double standard” atau dua darjat dimana pak menteri dapat layanan berlainan daripada rakyat. Perutusan TV Muhyiddin pada 6hb Oktober dikecam oleh ramai.   

Jika keadaan antara Bersatu dan UMNO tidak mampu bertahan, kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan tidak boleh disangkal.

Rampasan kuasa Sheraton dicetus akibat kegagalan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Anwar Ibrahim untuk bekerjasama, dengan didorong oleh perpecahan antara Anwar dan anak didik beliau di PKR, Azmin Ali. Terutamanya selepas rakaman video hubungan sejenis yang didakwa melibatkan Azmin menular pada Jun 2019. Perseteruan antara Mahathir dan Muhyiddin yang berakar daripada perkelahian berikutan perubahan Menteri Besar Johor pada April 2019 turut memainkan peranan.

Dan tentunya, cita-cita besar Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri turut mempercepatkan rampasan kuasa tersebut.

Sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan, api perkauman ditiup terhadap DAP dari sisi Melayu, manakala kemarahan bukan-Melayu dihangatkan terhadap Dr Mahathir dan Bersatu.

Alasan utama rampasan kuasa tersebut adalah untuk membentuk sebuah kerajaan Melayu, tanpa DAP yang hampir semuanya bukan-Melayu.

Rampasan itu berjaya dilakukan kerana kumpulan Muhyiddin daripada Bersatu dan kumpulan Azmin daripada PKR, dengan 31 kerusi, telah berpakat dengan musuh sementara mereka; UMNO (39 kerusi, 42 jika ditambah sekutu bukan-Melayu mereka, MCA dan MIC) dan PAS (18 kerusi), yang kemudian disokong GPS (18 kerusi) serta beberapa Ahli Parlimen dari Sabah.

Dr Mahathir dan lima Ahli Parlimen yang ketika itu dalam Bersatu enggan terlibat dalam rampasan kuasa terbabit. Paling penting, Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika itu dan 10 lagi dalam kumpulannya turut enggan terlibat.

PKR yang memihak Anwar mempunyai 38 kerusi, DAP 42 manakala Amanah 11.

Ini membawa kepada angka 113 berbanding 109 dalam komposisi 222 kerusi di Parlimen. Muhyiddin mendapat kuasa dengan majoriti empat kerusi. Walaupun pihak pembangkang mempunyai 109 kerusi, rundingan sejak Mac hingga Jun gagal mengumpulkan parti-parti untuk menyokong seorang calon perdana menteri.

Namun, meski mereka memegang kuasa, perikatan Melayu ketiga-tiga parti – Bersatu, UMNO dan PAS – yang berlawan sesama sendiri dalam pilihan raya 2018 adalah secara fitrahnya tidak boleh berkekalan.

Bersatu dan UMNO masing-masing mahu mendominasi. Keresahan utama UMNO ialah walaupun ia mempunyai 39 kerusi berbanding 31 kerusi Bersatu, portfolio kementerian yang paling penting diberikan kepada parti Muhyiddin.

Satu lagi punca konflik antara Bersatu dan UMNO ialah, daripada 31 kerusi Muhyiddin, hanya enam dimenangi Bersatu dalam PRU 2018; 15 lagi datang daripada Ahli Parlimen UMNO yang lompat, manakala 10 lagi daripada kumpulan Azmin. UMNO mempunyai alasan kukuh untuk terus bertanding di kerusi-kerusi yang ia hilang akibat mereka yang lompat.

PRN Sabah pada 26 September adalah sesuatu gangguan perhatian yang tidak diperlukan oleh Muhyiddin. Ia berlaku hanya kerana rancangan Muhyiddin untuk menumbangkan kerajaan negeri Sabah pimpinan Shafie memakan diri apabila Shafie secara tegas bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sabah mungkin merupakan penyebab perpecahan gabungan longgar Muhyiddin. Perikatan Nasional Muhyiddin dan Barisan Nasional pimpinan UMNO bertembung di 17 kerusi DUN dalam PRN Sabah; dan apabila menyedari bahawa gabungan kerusi-kerusi menang itu membentuk majoriti yang besar, kedua-dua Bersatu dan UMNO berbalah pula tentang siapa yang patut diberikan jawatan Ketua Menteri.

Ironinya, mantan ketua menteri Sabah Shafie Apdal kini bebas terlibat dalam politik di peringkat persekutuan, dan beliau muncul sebagai tokoh kebangsaan dengan mesej perpaduan yang diolah sepanjang tempoh dua minggu berkempen. Malah pada bulan Jun, ketika kebuntuan melanda antara Mahathir dan Anwar sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang, nama Shafie diajukan sebagai satu alternatif.

Pada 23 September, Anwar mengumumkan bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, dan tanpa bergantung kepada 18 Ahli Parlimen yang bersekutu dengan Mahathir dan Shafie. Pun begitu, pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan bilangan majoriti tersebut ditangguhkan kerana Baginda gering. Baginda kini sedang berehat dan masih belum memperkenankan Anwar menghadap.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa pihak parti tidak akan bekerjasama dengan UMNO, yang dipimpin mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kedua-duanya sedang berdepan perbicaraan rasuah, manakala Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke telah menyatakan kebimbangan apabila pihak parti tidak dimaklumkan oleh Anwar tentang identiti mereka yang lompat dan memberi kelebihan majoriti kepada beliau.

Tiada siapa tahu ke mana arahnya semua ini. Tetapi sejarah mungkin boleh memberi sedikit panduan: cukup nombor atau tidak, dakwaan Anwar telah melemahkan kedudukan Muhyiddin. Pada 16 September 2008, Anwar juga pernah mendakwa mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan baharu.

Walaupun itu tidak berlaku, Abdullah Badawi yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, terkesan teruk akibat dakwaan Anwar. Seteru-seteru Abdullah dalam UMNO, iaitu Najib dan Muhyiddin, berkonfrontasi dengan beliau pada 17 September dan memaksa beliau menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepada Najib. Selepas kejayaan awal, Najib dan Muhyiddin sekali lagi bertemu Abdullah pada 25 September bagi menggesa beliau bersara, yang kemudiannya berlaku pada April 2009. Abdullah dikalahkan oleh Najib dan Muhyiddin, selepas Anwar melemahkannya di kaca mata umum.

Anwar mungkin atau mungkin sahaja tidak mempunyai bilangan yang mencukupi kali ini, tetapi Muhyiddin kini semakin lemah memandangkan UMNO nampaknya sedang bersedia membantu Anwar menjalankan operasinya.

Tidak mungkin bagi DAP dan Amanah untuk bersetuju bekerjasama dengan UMNO yang dipimpin Najib dan Zahid jika mereka lah yang membentuk majoriti misteri Anwar. Adalah juga tidak mungkin bagi kelompok arus perdana UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan DAP setelah memomokkan parti ini secara bersangatan, terutamanya sepanjang 12 tahun lalu sejak 2008.

Namun demikian, UMNO sendiri bukanlah satu pasukan yang berpadu. Ahli-ahli Parlimen UMNO terpecah antara puak Najib dan Zahid, dengan puak minoriti Menteri Luar Hishammuddin Hussein. Begitu juga Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan (yang tidak mempunyai kerusi Parlimen), Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin-pemimpin lain yang masing-masing mempunyai pengaruh tetapi tidak berpihak.

Malah Mohamad Hassan telah secara terbuka menyeru supaya Zahid mengeluarkan UMNO daripada pakatan Muhyiddin.

Muhyiddin sebenarnya boleh memerintah dengan sebuah kerajaan minoriti sekiranya beliau mampu memecahkan UMNO; namun dengan syarat semua pihak lawannya tidak boleh bersepakat. Sebaliknya, Muhyiddin boleh memilih untuk terus bersetuju dengan UMNO, contohnya dengan melantik seorang pimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun ini berisiko menjadikannya tawanan tanpa jalan keluar.

Nampaknya juga, parti Islamis PAS kini turut bergayut kepada Muhyiddin, dan ini menjengkelkan UMNO. Masuk akal bagi PAS untuk memihak kepada Muhyiddin yang semakin lemah kerana objektif PAS ialah untuk mendapat kawalan mutlak ke atas kerusi-kerusi Kelantan, Terengganu dan Kedah Utara. Dan ini boleh dicapai jika ia memihak Muhyiddin dan bukan UMNO. Malah UMNO sebenarnya adalah lawan PAS sepanjang enam dekad lalu.

Satu lagi ‘wild card’ dalam permainan ini adalah GPS, sekutu Muhyiddin di Sarawak. Mereka inilah sebenarnya ‘king maker’. Ia mampu menunaikan atau menjahanamkan impian mana-mana pihak.

Lapis-lapis parut lama dan pengkhianatan, perpecahan dalaman, serta prospek masa depan menjadikan situasi sekarang begitu rumit dan tidak stabil. Dan Oktober mungkin menjadi tempoh penentu. Parlimen akan bersidang untuk pembentangan Belanjawan bermula 2 November. Kegagalan untuk meluluskan Belanjawan bererti tumbangnya kerajaan Muhyiddin.

Kecuali sekiranya Perdana Menteri boleh mencari jalan untuk berkompromi dengan UMNO atau dengan pihak pembangkang, atau memecahkan UMNO; sepertimana tiada yang boleh menolak kemungkinan pilihan raya mengejut, tiada siapa boleh meramalkan kesudahannya.

Apa pun keadaan, status quo tidak akan kekal. 

(function() { var d = document, w = window; w

'Tak hormat institusi raja' - Dewan kecoh Anwar baca kenyataan Istana

Laungan ‘derhaka’, ‘letak jawatan’ ketika Anwar baca kenyataan Agong Anwar Ibrahim berkata, negara bukan sahaja menghadapi krisis Perlembaga...