VIDEO : LAPORAN HARI KE 5 PERKEMBANGAN ANALISA PAKAR FORENSIC INDONESIA TERHADAP VIDEO SEKS LUAR TABII AZMIN-HAZIQ OLEH LOKMAN ADAM













LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Oleh: ISHAM JALIL

Semalam Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen.

Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100% bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pelaku tidak dapat disahkan.

Sebenarnya, dalam mana-mana teknologi identiti digital menggunakan muka, memang ianya tidak digunakan untuk mengesahkan identiti namun hanya untuk mengecam identiti untuk siasatan lanjut.

Teknologi pengecaman muka ini sudah ada sejak tahun 1964 dan digunakan oleh kerajaan seluruh dunia untuk mengecam penjenayah dan pengganas dan kini oleh sektor komersial.

Dan mana-mana perisian mengecam muka yang digunakan jarang sekali memberikan 100% ketepatan, sebab terdapat beribu titik perbandingan digunakan yang mana muka orang yang sama tidak 100% sama setiap hari.

Contohnya semalam muka bersih, hari ini ada jerawat; semalam ada jambang, hari ini cukur bersih; semalam rambut panjang, hari potong pendek dan sebagainya.

Perisian mengecam muka iPhone Face ID pun mempunyai 30,000 titik perbandingan muka dan tidak memerlukan kesemuanya sama untuk mengesahkan identiti pengguna dengan standard yang tinggi.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, sekiranya ketepatan identiti pelaku dalam video itu didapati bukan 100%, berapa peratuskah yang perisian Cybersecurity itu kata yang pelaku itu adalah Azmin?

Cybersecurity bukan satu-satunya agensi yang mempunyai teknologi pengecaman muka digital.

Pihak polis boleh periksa dengan agensi-agensi lain dalam kerajaan yang mempunyai teknologi tersebut dan membuat perbandingan.

Jika ketepatan pengecaman adalah tinggi e.g. melebihi 70%, ia boleh digunakan untuk langkah seterusnya iaitu pengesahan identiti dengan mencari bukti fizikal dan saksi-saksi bahawa pelaku memang ada di tempat kejadian untuk menjawab persoalan berikut:

1. Adakah Azmin berada di Sandakan pada malam kejadian? YA

2. Adakah Azmin berada di Hotel Sheraton Fourpoint pada malam kejadian? YA

3. Adakah ada saksi-saksi yang nampak Azmin di Sandakan dan di Hotel Sheraton pada malam kejadian? YA

4. Adakah Azmin 'checked in' dan menginap di bilik kejadian pada malam kejadian? YA/TIDAK?

5. Adakah ada saksi-saksi termasuk pekerja-pekerja hotel yang lihat Azmin checked in dan menginap di hotel dan bilik kejadian? YA/TIDAK?

6. Adakah ada rakaman CCTV yang menunjukkan Azmin checked in dan menginap di hotel dan keluar masuk bilik kejadian? YA/TIDAK?

7. Adakah rakaman CCTV dan saksi ada nampak pelanduk dua serupa yang mungkin menyamar sebagai Azmin di hotel berkenaan? YA/TIDAK?

8. Adakah saksi yang mengatakan pelaku itu Azmin? YA

Saya pasti pihak polis sudah tahu semua jawapan dan hasil kepada siasatan-siasatan seperti di atas. Polis Malaysia memang cekap dan bukan bodoh.

Namun harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau bersubahat menidakkan kemungkaran atas apa-apa kepentingan.

Sebab jika Allah SWT murka kerana umatnya bersubahat melakukan dan menggalakkan kemungkaran seperti yang berlaku semasa zaman nabi Lut dahulu, bala yang turun bukan hanya kena kepada orang yang melakukan dosa tersebut sahaja, malah orang yang bersubahat atau menutup sebelah mata dan rakyat yang tidak berdosa juga akan terkesan dengan bala itu juga.

Semoga Allah mengampunkan kita semua dan menjauhkan kita dari bala bencana.

ISHAM JALIL
19 Julai 2019

TETAPKAN SEGERA TARIKH ANWAR JADI PM, PASTI KRISIS PKR AKAN BERAKHIR



Kalau kita imbas kembali detik awal bagaimana bermulanya krisis antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali sehingga ke tahap yang ada sekarang ini, ia sebenarnya berpunca daripada Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Semuanya bermula apabila Tun Mahathir melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ekonomi sebaik PH berjaya menubuhkan kerajaan pada 10 Mei 2018 yang lalu, sedangkan beliau ketika itu sudah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

Di tambah dengan bidang kuasa kementerian yang diterajuinya itu diperbesarkan lagi berbanding sebelum ini yang hanya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, sudah tentu tumpuan kepada beliau juga turut meninggi.

Di sinilah sebenarnya bermula krisis Azmin dengan Anwar kerana Timbalan Presiden PKR itu merasakan beliau adalah “anak emas” kepada Perdana Menteri dan sedang dilorongkan untuk menaik lebih tinggi dalam karier politiknya.
Selari dengan Azmin merasakan bintangnya semakin bercahaya, pendokong Tun Mahathir pula mula mendendangkan pelbagai irama lagu yang menampakkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu adalah pengganti Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dalam banyak hal seterusnya, Tun Mahathir terus menonjolkan Azmin dengan melantiknya sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, badan pelaburan utama kerajaan dan ini menjadikan spekulasi mengenai masa depannya tambah berkembang menjadi bualan.

Ia jugalah kemudiannya yang mendorong Rafizi Ramli mencabar Azmin dalam pemilihan PKR beberapa bulan selepas itu dengan tujuan agar proses peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar tidak terganggu.

Dengan tegas Rafizi menyatakan beliau mahu menjadi Timbalan Presiden PKR adalah agar Anwar benar-benar dapat menjadi Perdana Menteri ke-8 sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dalam hal ini tidak dipastikan apakah tujuan sebenar Tun Mahathir melantik Azmin sebagai menteri, sama ada mahu meningkatkan lagi karier politiknya, bertujuan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8 atau mahu menjadikan PKR berpecah kerana masih ada dendam lama, tetapi hakikatnya di situlah bermula segala-galanya krisis dalam PKR sebagaimana kelihatan semakin parah sekarang ini.

Jika hari ini Azmin masih Menteri Besar Selangor dan tidak dijadikan menteri yang kanan di peringkat pusat oleh Tun Mahathir, tidak mungkin apa yang terjadi sekarang akan berlaku dalam PKR.

Hari ini juga, walaupun berdepan dengan isu video seks yang pantas ditafsirkan palsu oleh Tun Mahathir, meskipun akhirnya disahkan ianya adalah rakaman tulen, yang nyata krisis dalam PKR sudah terlalu sukar untuk dibendung.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Ahad ini misalnya, di samping Azmin Ali mengadakan majlis doa selamat serta kesyukuran kerana berasakan namanya sudah dibersihkan oleh IGP, Abdul Hamid Bador apabila memaklumkan pelaku video seks itu tidak dapat dikenalpasti, Anwar juga pada hari dan waktu yang sama turut mengadakan majlis pelancaran zikir serta selawat Nurul Anwar di rumahnya di Bukit Segambut.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Pertembungan ini, selain masing-masing kelompok tampil menyatakan sokongan sama ada kepada Anwar atau Azmin, sebenarnya ini adalah sesuatu yang tidak sihat buat PKR sebagai parti yang memiliki kerusi paling banyak dalam PH.

Mahu tidak mahu, jika keadaan ini berterusan atau mungkin bertambah parah selepas ini, kesannya tentu akan turut menimpa kepada PH.

Maka, bagaimanakah mahu menghentikannya?
Pepatah selalu menyebut, jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

Dalam hal ini oleh kerana Tun Mahathir yang menjadi punca krisis, keretakan dan perbalahan dalam PKR, adalah menjadi tanggungjawab beliau juga untuk tampil menyelamatkannya.

Tun Mahathir harus sedar kini tindakannya melantik Azmin sebagai menteri adalah suatu kesilapan yang kini menjerumuskan PKR dan PH ke ambang perpecahan yang tidak tidak pernah berlaku sebelum ini.

Oleh itu, atas nama tanggungjawab dan demi masa depan PH, beliau mesti segera menetapkan tarikh pengundurannya untuk Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Jika tempohnya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sebagaimana yang ditetapkannya pada awal dulu, tarikh itu sepatutnya ialah Mei 2020 akan datang.

Dengan segera menetapkan tarikh berundur dan Anwar ada kepastian yang benar-benar pasti akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perbalahan dalam PKR akan berjaya ditamatkan dan seterusnya PH dapat diselamatkan.

Apabila ada tarikh peralihan kuasa, tidak akan wujud lagi kelompok penentang dalam PKR, sesuai dengan ketetapan PH sendiri bahawa Anwar adalah Perdana Menteri ke-8 yang sudah dipersetujui.

Selagi tarikh tidak ditetapkan, perbalahan Anwar dengan Azmin pasti akan berterusan, malah akan bertambah besar yang sekaligus berisiko mengancam kedudukan PH itu sendiri.

Malah, lebih baik untuk membendung perpecahan dalam PKR ini jika Tun Mahathir dapat mengawalkan lagi tarikh pengundurannya itu. (Shahbudindotcom 19/07/2019

ADAKAH AKIBAT GILA "RATING" MEDIA SUKA MELAGAKAN PH ?



Permainan tajuk media akhir-akhir ini.. Semuanya ke arah nak menjahanamkan PH..



Agak-agak  berapa juta nak tarik "rating" pembaca?Yang nipis dan tohor mungkin percaya..

Padahal gambaran tak sbgaimana yang berlaku..Adakah ianya benar ?

SIKIT-SIKIT BUBAR PARLIMEN, PAS BILA NAK BUBAR PULAK ?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksImej mungkin mengandungi: 1 orang, teks



Oleh NizamAKA


Kalau nak layan otak  lebai kelarah dan dan lebai serba salah ni, tiap-tiap tahun ada pru..Sapa menang bubar parlimen..

-Parti pas tu bila nak bubar?Dah cukup syarat untuk bubar Pas..Bukankah syarat untuk bubar parti pas ialah bila pas bergabung umno?  bubarlah....

PELIK SUNGGUH, VIDEO DISAHKAN TULEN TAPI PELAKU TAK DAPAT DIKENALI


Kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang mengesahkan video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali adalah tulen, tetapi pelakunya tidak dapat dikenali, hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kepala rakyat jelata.
Dalam kenyataannya, Abdul Hamid berkata, ketulenan video itu adalah hasil analisis CyberSecurity.
“Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi.
“Hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan,” kata Abdul Hamid dalam satu kenyataan, petang semalam.
Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum ini mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar itu, sambil mendakwa pasangannya adalah Azmin.
Haziq kini sudah diberhentikan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama serta dipecat daripada PKR. Jawatannya ketika dipecat ialah Ketua AMK Santubong, Sarawak.
Berdasarkan perbualan rakyat dan respon di media sosial, ramai yang tidak dapat menerima apa yang dinyatakan Abdul Hamid itu.
Kata mereka, bagaimana video itu boleh disahkan tulen, tetapi dalam masa yang sama pelakunya tidak dikenalpasti?
Bukankah kedua-duanya saling berkaitan dan tidakkah polis ingin menjalankan siasatan lebih mendalam?
Apakah kenyataan IGP ini tidak lebih hanya bertujuan melindungi seseorang dan kerana adanya arahan daripada pihak atasan?
Kata mereka, adalah pelik apabila pihak berkuasa yang memiliki segala peralatan canggih masih gagal mengesan pelaku video tersebut, sedangkan mata rakyat biasa pun tidaklah sukar mana menelah siapa pelakunya.
Persoalan lain yang ditimbulkan ialah apakah kedua-dua pelaku dalam video itu gagal dikenalpasti atau salah seorang daripadanya saja yang tidak diketahui?
Jika kedua-duanya tidak dapat dikenalpasti, apakah kes ini akan ditutup begitu saja selepas ini?
Atau jika salah seorang daripada dapat dikenalpasti dan seorang lagi tidak, maka apakah pelaku yang dikenalpasti itu akan didakwa di mahkamah dan yang seorang lagi akan bebas begitu saja?
Kalau ini yang berlaku, di manakah keadilan, walhal hubungan seks mesti melibatkan perlakuan dua orang manusia?
Dalam waktu yang sama, tidak kurang yang mempertikaikan bahawa sekiranya pihak polis gagal mengesan pelaku dalam video yang berbentuk HD, bagaimanakah selama ini mereka menangkap penjenayah yang hanya dirakam melalui CCTV yang lebih kabur gambarnya?
Apakah mencari penjenayah yang dirakam melalui CCTV yang kabur lebih mudah berbanding mengenalpasti pelaku dalam video berbentuk HD?
Apa pun, di sebalik kenyataan IGP semalam, selain ia menimbulkan lebih banyak tanda tanda, tidak kurang yang melihatnya sebagai satu lagi lawak jenaka Malaysia Baru. (Shahbudindotcom 19/07/2019)

PENGENALAN SEMULA PPSMI MENGEJAR KEPANTASAN INTERNET ??? – CHAN MING KAI

Kita jumpa di mahkamah, kata Kit Siang pada Apandi


Rakyat Malaysia akhirnya akan mendapat peluang untuk mendengar sendiri jawapan daripada bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali tentang mengapa beliau ‘tidak aktif’ bertindak terhadap skandal 1MDB meskipun selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menfailkan saman pelucutan hak berhubung kes itu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata demikian sebagai respons terhadap saman yang difailkan Apandi terhadapnya.

“Saya akan cabar saman Apandi.

“Tetapi ia sesuatu yang amat melegakan rakyat Malaysia apabila mereka kini akan berpeluang untuk mendapat jawapan mengapa Apandi tidak aktif sama sekali sebagai peguam negara selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak kleptokratik terbesar (AS$1.7 bilion daripada AS$4.5 bilion aset berkaitan 1MDB) berhubung skandal 1MDB,” kata pemimpin veteran DAP itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Kit Siang turut membangkitkan beberapa peristiwa sejak minggu lalu yang menurutnya membangkitkan persoalan tentang ketiadaan tindakan daripada pihak Apandi selaku peguam negara semasa skandal 1MDB meledak. 

“Semua tiga peristiwa sejak lima hari lalu membangkitkan persoalan yang sama, mengapa Apandi tidak bertindak terhadap skandal 1MDB semasa beliau masih peguam negara. 

Beliau antara lain memetik laporan Bloomberg bahawa pengasas bersama Red Granite Pictures, Joey McFarland memulangkan beberapa hadiah yang diterima daripada anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana 1MDB yang dicuri.

Untuk rekod, Riza Aziz turut mengasaskan Red Granite Pictures bersama McFarland. 

Tambahnya lagi, Yayasan Rahah juga, cuba mencari penyelesaian dengan kerajaan Malaysia selepas ia disenarai sebagai satu daripada 41 badan yang mendapat dana dari 1MDB.

Kit Siang juga memetik keputusan DoJ untuk menyiasat Deutsche Bank mengenai pembabitan bank berpangkalan di Jerman itu dalam skandal 1MDB.

ZAID IBRAHIM PELIK DENGAN SIASATAN POLIS?

RUU IPCMC wajar lalui proses rundingan awam sebelum diluluskan



Saya merujuk kepada laporan media bahawa Kerajaan Malaysia telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2019.
Saya menyambut baik langkah ini yang membuktikan iltizam politik Kerajaan Malaysia untuk akhirnya menjadikan penubuhan IPCMC suatu realiti selepas 14 tahun ianya disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

RUU IPCMC yang dibentangkan nampaknya telah mengguna pakai hampir kesemua syor-syor Suruhanjaya Diraja tersebut berkenaan dengan badan pemantau polis, termasuklah berkenaan dengan keanggotaan dan kuasa badan tersebut. Namun demikian, adalah terlalu awal untuk menentukan sama ada RUU tersebut menepati keperluan sebuah badan pemantau bebas yang benar-benar berkesan.

Oleh kerana RUU tersebut dibentangkan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, ia memberi peluang kepada rakyat, masyarakat madani dan pemegang taruh lain untuk memberi maklum balas mereka terhadap RUU tersebut. Kerajaan wajar mengadakan sesi rundingan awam dan maklum balas mengenai RUU tersebut, dan bersedia untuk mempertimbangkan apa-apa kritikan atau cadangan penambahbaikan ke atas RUU itu. 

Saya percaya bahawa RUU IPCMC ini seharusnya melalui proses rundingan awam ini supaya ia dapat mewujudkan sebuah badan yang benar-benar bebas dan dapat memantau tindakan dan keputusan pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Saya juga ingin menggesa Kerajaan Malaysia supaya memperhalusi syor-syor Suruhanjaya Diraja tersebut berkenaan dengan kebajikan anggota polis bagi menentukan sama ada syor-syor tersebut telah dilaksanakan dalam masa 14 tahun sejak ia diketengahkan.

Antara syor-syor yang dibuat adalah berkenaan dengan tempat kediaman polis, kenderaan polis, elaun khas kehidupan di bandar-bandar besar dan merangka perancangan karier bagi semua anggota polis.

Sebelum ini juga, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah menzahirkan hasrat untuk memastikan kebajikan anggota polis yang kebanyakan berpendapatan sederhana diberi perhatian oleh Kerajaan, setimpal dengan pengorbanan pasukan keselamatan itu.

Dalam kita memberi tumpuan kepada IPCMC, kita juga tidak harus melupakan tentang isu kebajikan pihak polis. Ini dapat mewujudkan suatu pasukan polis yang unggul dan menghormati hak asasi manusia, dan menjalankan tugas mereka dalam keadaan kebajikan mereka terjaga.

*Syahredzan Johan adalah Setiusaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri