BERGAMBAR : ANWAR BERTEMU KM PENANG ISU NELAYAN DAN TAMBAKAN 3 PULAU





Pertemuan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow bagi membincangkan isu berkaitan projek tambakan laut di selatan Pulau Pinang.

Dari awal saya tekankan bahawa saya tidak memihak, dan mendukung sepenuhnya dialog antara kedua-dua pihak.

Saya menyifatkan pertemuan ini berhasil dan akan menyokong usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri.


Ia penting bagi membolehkan kerajaan negeri mengkaji semula saiz dan skala projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri ini yang bertujuan membentuk tiga buah pulau buatan.

Kita juga melahirkan kebimbangan sekiranya projek mega ini akan mengesankan kampung-kampung nelayan yang akhirnya kelak menerima akibat dan dipindahkan jauh ke pedalaman.

Dalam masa sama saya menghargai kesediaan Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk mengkaji semula saiz dan skala projek tambak laut itu, sekali gus mengambil kira keluhan masyarakat khususnya golongan nelayan.

ANWAR IBRAHIM



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja dan dalaman

BERGAMBAR : ANWAR DI WACANA REFORMASI



Hadir ke majlis wacana yang menyentuh soal reformasi dan tantangannya dalam mewujudkan tatanan baharu negara yang dianjur dan dikendalikan oleh ASLI di @SunwayU pagi tadi. Turut hadir Pengerusi ASLI @JeffreyCheahFDN.


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, dalaman

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut

LEMAN RAJA LAWAK SAMAN STESEN TV

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: teksSulaiman Ibrahim
Atas Nasihat Peguam sy bagi membuka fail kes saman malu..report polis telah dibuat..
Pada jam 6.40 petang pada tarikh 24 july 2019 Saya telah membaca satu berita dengan tajuk utamanya ialah " bekas peserta raja lawak cabul pekerja" Sy ingin membuat laporan polis berkenaan kesilapan fakta dari berita tersebut.
Atas penulisan tajuk mengatakan sy mencabul pekerja dan bekas pekerja sy adalah sama sekali tidak benar . Bekas pekerja dan staff saya sekarang menjadi tertekan atas kesebaran tajuk utama berita tersebut sedangkan berita tersebut berkenaan individu lain yang membuat report palsu keatas saya.
Dengan ini sy tampil membuat laporan polis untuk mengambil tindakan saman malu kerana menjejaskan reputasi saya serta pekerja dan bekas pekerja sy terhadap media yang terlibat kerana menyebarkan berita tanpa ketepatan kes.
Penyebaran berita tersebut telah juga menjejaskan reputasi dan perniagaan syarikat saya.


KUASA POLIS ATAU PEGUAM NEGARA TAHAN SESEORANG?


Berkatalah Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador bahawa Peguam Negara yang akan memutuskan sekiranya Azmin Ali perlu ditahan selepas menerima kertas siasatan polis berhubung skandal video seks yang melibatkan menteri itu.
“Perkara ini dikendalikan oleh pasukan penyiasat polis. Biarkan mereka lakukan tugas mereka,” kata beliau.
Dengan kenyataan Abdul Hamid ini, ramailah yang sebenarnya jadi keliru dan mula pening-pening kepala dibuatnya.
Kata mereka, sejak bila Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk menahan seseorang?
Bukankah tugas Peguam Negara hanya melakukan pendakwaan?
Tidakkah sebenarnya kerja menyiasat dan menahan seseorang untuk siasatan adalah tugas pihak polis?
Kalau tahanan seseorang perlu diputuskan oleh Peguam Negara, bagaimana dengan penahanan reman Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Farhash Wafa Salvador yang juga Setiausaha Politik Anwar Ibrahim sebelum ini?
Adakah ia diputuskan dan dirujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu atau ia suatu keputusan pihak polis?
Atau kata putus oleh Peguam Negara ini hanya dalam kes video seks Azmin saja? (Shahbudindotcom 24/07/2019)

TUN M BOLEH DAMAIKAN KRISIS ANWAR – AZMIN – AHLI AKADEMIK

FARHASH TUNTUT POLIS TAHAN AZMIN, HILMAN

ANWAR PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 ??


oleh Hamsina Hamzah



Berkata Imam As Syafie; Kamu carilah pemimpin yang banyak ' Panah Fitnah ' menuju kepadanya...maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu...kerana dia sedang berjuang di LANDASAN YANG BENAR.
Berikut adalah senari FITNAH yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim.
01. Difitnah agen CIA.
02. Dfitnah agen FBI.
03. Difitnah agen Amerika Syarikat.
04. Difitnah agen Yahudi.
05. Difitnah agen Israel.
06. Difitnah agen China.
07. Difitnah agen India
08. Difitnah agen Kristian.
09. Difitnah agen George Soros.
10. Difitnah agen Asing.
11. Difitnah proxy Yahudi.
12. Difitnah Perasuah.
13. Difitnah pengamal LGBT.
14. Difitnah main bini orang.
15. Difitnah Peliwat.
16. Difitnah main depan belakang.
17. Difitnah Islam sesat.
18. Difitnah Islam Liberal.
19. Difitnah ada RM 3 Bilion.
20. Difitnah hanya mahu jadi PM
21. Difitnah memiliki Ladang IOI.
22. Dfitnah bertanggungjawab bawa Umno ke Sabah.
23. Difitnah menjatuhkan PBS.
24. Difitnah beri IC kepada PTI.
25. Difitnah rayu undi kepada Nur Misuari.
26. Difitnah DALANG pencerobohan Lahad Datu.
27. Difitnah budak suruhan IMF.
28. Difitnah Wahabi kerana rapat dengan Raja Saudi.
29. Difitnah menjatuhkan Tun Mustapha Datuk Harun.
30. Difitnah gila kuasa.
31. Difitnah memaksa minta tanah di Sabah.
32. Difitnah kali langgan pelacur.
33. Difitnah memberi muka dan berlembut dengan masyarakat China.
34. Difitnah Boneka Amerika Syarikat.
35. Difitnah melencap.
36. Difitnah kaki penipu besar.
37. Difitnah kaki sandiwara.
38. Difitnah berakhlak rendah.
39. Difitnah mata lebam tumbuk sendiri.
40. Difitnah tidak bermoral.
41. Difitnah agen Komunis.
42. Difitnah seorang Gay.
43. Difitnah tidak sabar mahu jadi PM.
44. Difitnah cakap barua kepada Azmin Ali.
45. Difitnah terburu-buru mahu jadi PM.
46. Difitnah terlalu gairah jadi PM
47. Difitnah mahu menjatuhkan Tun sedangkan ada perjanjian.
48.Difitnah melakukan Liwat di Singapura.
49. Difitnah ada bebarapa akaun di luar negara tetapi telah dinafikan Wikileaks.
50. Difitnah jadi barua Dap.
51. Difitnah Freemason.
52. Difitnah sebagai dalang dibelakang video seks Haziq.
ADAKAH ANWAR PEMIMPIN YG SEDANG BERJUANG DI LANDASAN YG BENAR SEPERTI YG DIUNGKAP OLEH IMAM AS SYAFEI??
Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno dan berpolitik pada tahun 1982 telah berjaya mencipta dan melakar sejarah sebagai ' Pendakwah dan Cendekiawan Muslim ' yang dihormati dikalangan negara-negara Islam dan Barat.
Sejak Dato Seri memasuki Umno dan berpolitik sehingga hari ini Dato Seri tetap konsisten menggunakan ' Pendekatan Islam ' dalam politik dan seluruh dunia Islam dan barat mengenali Dato Seri sebagai ' Muslim Democrats.'
Sehingga hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kekal dan Istiqomah terus ' Berdakwah dijalur Politik dan Berpolitik dijalur Dakwah.'
Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang,dari Gurunya ia itu Tuan Guru Haji Salleh Othman Al-Makki.
Adakah Anwar Ibrahim termasuk dalam golongan pemimpin yang dimaksudkan oleh Imam As Syafie?
Fitnah direka oleh pembenci dan pendengki, disebar oleh orang yang berkepentingan dan dipercayai oleh orang yang tidak mengkaji. Sebab itu fitnah wajib dihalang.
Abdul Rauf Hj.Jainullah

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PAS




YB Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS
Ahli Parlimen Marang
23 Julai 2019
Tuan,
TEGURAN SUCI BUAT HADI
Bismillahirrahmaanirrahim.
Segala puji bagi Allah, hanya kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan, dan memohon keampunan. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan peribadi dan keburukan amalan kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Malam kelmarin telah berlaku suatu kejadian yang amat memalukan dan sangat menjatuhkan imej Islam di mata umum, berlaku di Durian Tunggal Melaka; sekumpulan orang PAS telah menceroboh ke dalam masjid untuk menghalang kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ji Wan Husin. Ini adalah suatu tragedi kepada Agama Islam dan umat Islam di Malaysia. Lagak mereka tidak ubah seperti musuh Islam yang jahat yang mahu memerangi Islam.
Dalam Qur’an surah al-Anfal ayat 47, Allah berfirman tentang kedatangan pasukan Musyrikin Quraish ke Badar, maksudnya : “Dengan rasa angkuh dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalang orang-orang dari jalan Allah”.
Mereka mendatangi masjid dengan kasar, tidak beradab sama sekali, sangat buruk akhlak mereka, membuat kecoh dan riuh-rendah bising bbangor sekali dengan suara maki-hamun kata-kata kesat mencela umat Islam yang baru lepas mengerjakan solat berjemaah dan sedang mendengar kuliah agama. Mereka yang datang menyerang itu solat di mana? Sudah solat ke belum?
Tuan tidak boleh menafikan penglibatan PAS dalam insiden yang jelek ini. Sebahagian daripada mereka dengan jelas memakai baju PAS, bahkan telah tersebar satu surat rasmi dengan kepala surat berlogo Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyeru orang-orang PAS pergi ke masjid dan membantah kuliah agama oleh Ustaz Wan Ji. Tuan juga tidak boleh berbohong mengatakan Tuan tidak tahu-menahu atau di luar pengetahuan Tuan, kerana Tuan sendiri ada keluarkan kenyataan selepas kejadian itu, yang semua orang memahami perkataan itu Tuan maksudkan kepada Ustaz Wanji, di mana Tuan melabelkannya sebagai pendakwah jahil murakkab dan tentera syaitan.
Tuan,
Mustahil Tuan tidak tahu apa itu masjid. Masjid adalah tempat suci, tempat ibadat orang Islam, biasa disebut masjid sebagai Rumah Allah. Dalam nahu bahasa Arab, perkataan masjid ialah isim makan. Asal dari perkataan sujud, dasar kata sa ja da. Jadi dari segi bahasa, masjid bermaksud tempat sujud. Menurut istilah syarak, masjid adalah tempat solat.
Agama mengajar kita akan adab-adab yang perlu dipatuhi ketika datang dan memasuki masjid. Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah, tidak ada niat yang lain. Mereka yang merempuh masjid dengan kasar untuk menghalang orang beriman nak dengar kuliah agama, itu niat kerana apa? Itu masjid, rumah Allah, mereka mahu tunjuk biadab dengan siapa sebenarnya?
Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, maksudnya : “Hai anak Adam. Pakailah pakaian mu yang indah setiap kali memasuki masjid.”
Maksudnya memasuki masjid untuk solat, kena pakai pakaian yang lawa. Mereka itu merempuh masjid bukan untuk solat, bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, dan baju hijau ada lambang PAS yang mereka pakai bukannya lawa pun, dan tidak termasuk dalam kategori pakaian yang bagus untuk dipakai kalau memasuki masjid.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, dari Abu-Qatadah al-Ansari dia berkata : “Ketika kami sedang solat bersama Nabi SAW, tiba-tiba terdengar suara riuh-rendah beberapa orang. Selepas solat Nabi SAW bersabda : “Apa yang terjadi pada kamu?” Mereka menjawab : “Kami tergesa-gesa menuju solat.” Nabi SAW menegur mereka : “Janganlah kamuan lakukan hal itu. Apabila kamu mendatangi solat maka hendaklah berjalan dengan tenang, dan rakaat yang kamu sempat solatlah dan rakaat yang terlewat sempurnakanlah”
Tuan, bila cerita bab mendatangi masjid, tidak ada tujuan lain selain solat. Kuliah agama yang diadakan di masjid Durian Tunggal itu diadakan selepas solat berjemaah. Kalau datang ke masjid secara tergesa-gesa atau terkejar-kejar untuk solat pun nabi larang, adakah Tuan fikir agama membenarkan kumpulan yang mendatangi masjid untuk tujuan lain selain solat dengan merempuh ke dalam masjid secara kasar dan tidak beradab? Tidak, demi Allah! Perbuatan itu sangat jelas haramnya.
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim : “Jika salah seorang dari kamu masuk masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum dia duduk”. Biasa disebut sebagai solat tahiyatul masjid.
Begitu, cara kita menghormati masjid sebagai rumah suci tempat ibadat orang Islam. Bukan datang dengan angkuh dan ganas sambil memaki-hamun, jauh sekali nak solat tahiyatul masjid. Jahil jenis apakah ini, wahai Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang?
Tidak sepatutnya seorang muslim masuk ke dalam masjid untuk suatu kepentingan duniawi tanpa mengerjakan solat dua rakaat. Nabi SAW bersabda, ”Di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah seseorang memasuki masjid namun tidak mengerjakan solat dua rakaat di dalamnya dan seseorang tidak memberikan salam kecuali kepada orang yang dikenalnya)” [Hadis riwayat At-Thabrani dalam al-Kaabir jilid IX halaman 9489 dari Ibnu Mas’ud dan dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami, no.5896]
Dalam masjid kena bercakap benda yang baik-baik saja. Ucapan yang suci dan terpuji saja. Tidak boleh bertengkar, berteriak-teriak, atau melantunkan syair yang tidak baik di masjid. Begitu juga dilarang berjual beli di dalam masjid dan mengumumkan barang yang hilang. Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di masjid maka katakanlah, ‘Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual beli mu!’ Dan apabila kamu melihat ada orang yang menguatkan suara di dalam masjid untuk mencari barang yang hilang, katakanlah, ‘Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada mu’. [Sahih Sunan at-Tirmizi].
Dalam hadis yang lain, Nabi SAW melarang membaca Qur’an dengan suara yang nyaring dalam masjid. Kalau baca Qur’an atau berzikir dengan suara yang kuat pun dilarang, apatah lagi mereka yang datang untuk membuat bising dan memasuki masjid dengan kasar.
Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah, kamu semua sedang bermunajat kepada Allah, maka janganlah saling mengganggu satu sama lain. Janganlah kamu menguatkan suara dalam membaca Quran. Atau baginda berkata, “dalam solat” [Hadis riwayat Abu Dawud no. 1332 dan Ahmad no. 430 dan dinilai sahih oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Nata-ijul Afkar jilid 2 hlm 16]
Tuan,
Tidakkah Tuan takut akan larangan Nabi SAW terhadap orang-orang yang berkumpul di dalam masjid untuk kepentingan dunia semata-mata? Bukankah Nabi SAW pernah bersabda : “Akan datang suatu masa kepada sekelompok orang, di mana mereka melingkar di dalam masjid untuk berkumpul dan mereka tidak mempunyai kepentingan kecuali hal dunia dan tidak ada bagi kepentingan apapun pada mereka maka janganlah duduk bersama mereka”
Akhir sekali, tolong bacakan sabda Nabi SAW tentang adab memasuki masjid dan keluar dari masjid, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis dari Abu Usaid, atau Abu Humaid, dia berkata, Nabi SAW bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu masuk masjid, maka hendaknya dia membaca, “Allahummaftahli abwaaba rahmatika” (Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu). Dan apabila keluar, hendaknya dia mengucapkan, “Allahumma inni as-aluka min fadhlika (Ya Allah, aku meminta kurnia-Mu)”, hendaklah melangkah kaki kanan ketika masuk dan melangkah kaki kiri ketika keluar.
Tuan,
Sebagai Presiden PAS, saya mengira Tuan akan menafikan penglibatan PAS dalam kejadian itu, atau Tuan akan mengaku akan keterlibatan PAS Durian Tunggal dan memohon maaf atas kejadian itu; tetapi rupa-rupanya Tuan mengambil peluang itu untuk menghina Ustaz Wanji sehina-hinanya dengan membuat tuduhan yang amat berat, Tuan menggelarnya sebagai pendakwah jahil murakkab dan tentera syaitan. Mokhtar Senik selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang merangkap Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Ahli Majlis Syura Ulama PAS pula menggelarkan Ustaz Wanji sebagai bekas banduan, seperti murai tercabut ekor. Akhlak apakah ini wahai Tuan Presiden?
Tuan menghina seorang ilmuan Islam yang sedang menyampaikan kuliah agama dalam masjid, tanpa sebarang hujah dan dalil, adakah Tuan sedar kalau tuduhan yang Tuan lemparkan itu tidak benar sama sekali? Apa alasan Tuan melabelkan Ustaz Wanji sebagai jahil murakkab? Kalau betul dia jahil murakkab, nescaya semua orang PAS dalam dunia ni jahil murakkab belaka, termasuk Tuan.
Islam adalah agama wahyu. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 116, maksudnya : “Janganlah kamu berkata-kata menurut dusta yang diucapkan oleh lidah-lidah kamu: Ini halal dan ini haram, kerana (dengan itu) kamu berdusta atas nama Allah.”
Tuan dikultuskan sebagai ulamak oleh pengikut PAS. Apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Tuan dianggap sebagai fatwa agama. Tuan tidak sepatutnya bercakap tentang agama dengan sewenang-wenangnya menurut hawa nafsu Tuan. Menuduh orang beriman yang tidak pernah diketahui apa dosanya kepada Allah sebagai tentera syaitan, itu satu tuduhan yang amat berat. Apa alasan Tuan sehingga menuduh dia sebagai tentera syaitan? Tidakah Tuan terfikir kalau di sisi Allah dia bukan tentera syaitan, maka siapa tentera syaitan yang sebenarnya?
Tidak cukup lagikah selama ini Tuan melabelkan orang lain yang tidak sependapat dengan Tuan sebagai biawak, anjing, babi, monyet, munafik, musuh Islam, musuh Allah, dan seumpamanya?
Tidakkah Tuan pernah membaca firman Allah dalam Qur’an surah an-Nisa’ ayat 59, maksudnya : “Jika kamu bertengkar di sesuatu urusan, hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Rasul jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
Katanya dasar PAS ialah Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qiyas, tetapi Tuan sendiri bila bertengkar tidak pernah kembali kepada Qur’an dan Hadis, tetapi hanya bercakap menurut hawa nafsu semata-mata, sedangkan orang-orang jahil dari kalangan pengikut PAS yang walak kepada Tuan akan menganggapnya sebagai fatwa agama. Sangat besar kesalahan Tuan. Tidak sedikit orang PAS yang sesat kerana mengikut Tuan.
Sekian teguran suci dari saya. Semoga bermanfa'at. Wa billahi tauifiq wal hidayah, assalamu'alaikum warahmatullah.
.
Abe Awang Malaya

ANDA KENAL ORANG INI

Image result for SIAPA DIA



1. Dia tidak bersetuju dengan penubuhan PH

2. Dia tidak mahu menolak Pas dari kerajaan negeri selangor selepas kerajaan ph telah ditubuhkan.

3. Dia menolak untuk tidak hadir mesyuarat ph

4. Dia menolak untuk menanguh mesyuarat ph bilamana dia menjadi pengerusi ph negeri

5. Dia menjadikan pertandingan 3 penjuru dengan DAP di pilihanraya negeri Sarawak

6.Dia sabotaj pilihanraya  kecil kuala kangsar dan sg besar .

7. Dia halang cadangan pilihanraya majlis negeri di penang

8. Dia sabotaj pilihan MB  selangor dengan sokongan Pas.

9. Dia merancang menentang presiden parti bilamana Anwar di dalam penjara.

10. Dia tidak bersetuju Tun menjadi PM ,Wan Azizah TPM , dan Anwar bakal PM.

11. Dia melepaskan jawatan sebagai MB yang di sailang  kepada kroni beliau sebelum beliau ke Putrajaya.

12. Dia mensabotaj konvensyen PH  dengan tidak membenarkan penggunaan dewan selama 11 jam.

13. Kini dia mencuba ke tahap tertinggi bagi menghalang Anwar dari menjadi PM.(sebagaimana yang dipersetujui dan janji dalam pru 14)

KENAPA ANWAR SELALU DIKHIANATI?


Ketika Tun Mahathir Mohamad mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah pada 2016 yang menandakan berdamainya kedua-dua pemimpin itu sejak bermusuhan pada 1998, tidak ada yang meragui atau mempertikaikan keperluan beliau dikunjungi.

Ketika hubungan Tun Mahathir bertambah mesra dengan keluarga Anwar, khususnya dengan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah, sementara Anwar sunyi sendiri di penjara, rata-rata yang gembira dan mengucap syukur bukan kepalang jumlahnya.

Ketika nama Anwar dinamakan secara konsensus oleh PH sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir yang kemudian secara terbuka menyebut beliau hanya perlu dua tahun memegang jawatan itu, tidak kedengaran sesiapa bersuara membantahnya.

Ketika Anwar dibebaskan dan keampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong dipohon buatnya, juga tidak ada yang melihatnya sebagai tidak wajar atau tindakan tergesa-gesa oleh sebuah kerajaan yang baru berkuasa.

Tetapi, sebaik saja beliau memutuskan bertanding di Port Dickson untuk kembali menjadi Ahli Parlimen dan menjelang setahun Tun Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri sebelum sepatutnya melakukan peralihan kuasa pada Mei 2020, entah kenapa, tiba-tiba saja macam-macam suara kedengaran tanpa disangka.

Anwar bukan saja dipertikaikan kerana dilihat gopoh mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, malah kedengaran pula suara yang mahu Tun Mahathir berkhidmat sampai tamat penggal PRU14 iaitu sehingga tahun 2023.

Kemudian, suara yang bercampur-campur itu berkembang lagi dengan dakwaan menuduhnya tidak layak menjadi Perdana Menteri atas pelbagai cerita yang direka-reka serta kononnya gagal mendamaikan parti sendiri.

Semakin dekat detik Anwar mahu diberikan janji mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang sudah dimetrai, terlihat semakin ramai juga yang mahu menolak dan mengasaknya ke tepi.

Pendek kata, selain musuh yang nyata yang ingin menolaknya, satu demi satu rakan dan mereka yang pernah bekerja dengannya turut sama mahu mengkhianatinya.

Kenapa semua ini berlaku?

Apa yang mereka tidak suka bila Anwar jadi Perdana Menteri?

Dan apa yang mereka tiba-tiba jadi suka kepada Perdana Menteri sedia ada?

Seiiring dengan itu, mengimbas detik-detik lalu, ini bukanlah kali pertama sebenarnya Anwar dikhianati sebaik makin dekat kakinya menggapai kerusi Perdana Menteri.

Ketika dalam UMNO, walaupun sudah berjawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu serta hanya selangkah lagi untuk menjadi pengganti, beliau tiba-tiba dikhianati oleh mereka yang sebahagiannya adalah rakan-rakannya sendiri dengan pelbagai fitnah yang mengaibkan sehingga dipecat, dipukul setengah mati dan akhirnya dipenjara.

Dalam era reformasi kemudiannya di mana ramai yang berjanji, tidak kurang sebahagian besarnya telah mungkir janji dan lari meninggalkannya seorang diri.

Yang lari dan mungkir janji itu rata-ratanya adalah mereka yang pernah ditolong dan dijadikannya kaya raya, bukan yang miskin atau daripada kalangan kais pagi makan pagi.

Namun, dengan sokongan mereka yang setia dan percaya kepada perjuangan reformasi, walaupun pada suatu ketika PKR hanya tinggal satu kerusi iaitu Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya, Anwar tidak pernah patah hati dengan semua yang menimpanya.

Sehinggalah beliau kemudian dibebaskan pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan liwat pertama, bersama kelemahan pentadbiran Tun Abdullah Badawi, gerakan kempennya pada PRU 2008 nyata membuahkan hasil apabila BN hilang majoriti dua pertiga serta lima negeri jatuh ke tangan PR.

Berbekalkan arus perubahan itu, PRU 2013 adalah medan yang sangat terbuka untuk Anwar memimpin PR menumbangkan BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, menjelang hari-hari terakhir sebelum hari mengundi, beliau tiba-tiba dikhianati oleh Pas yang menolaknya sebagai calon Perdana Menteri.

Pas sebaliknya mahu mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket BN sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Anwar tidak pernah patah semangat dengan pengkhianatan itu dan meneruskan perjuangan menghadapi PRU 2013 sehingga akhirnya, walaupun BN gagal ditumbangkan, jumlah kerusi PR bertambah tujuh kerusi berbanding PRU 2008 serta menang dari segi undi popular.

Hanya ketika di dalam penjara barangkali beliau agak kurang dikhianati, meskipun di waktu itu ramai juga yang keluar meninggalkan PKR kerana banyak ditawarkan sesuatu yang menarik hati.

Kini, setelah setahun PH berkuasa dan sepatutnya laluan beliau menjadi pengganti Tun Mahathir semakin mudah serta tiada masalah kerana asas pemilihannya sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah konsensus PH, sekali lagi bertimpa-timpa muncul mereka yang cuba mengkhianatinya.

Daripada rakan parti, kawan dalam gabungan, mereka yang pernah bekerja serta makan semeja dengannya dan pelbagai kelompok lainnya, tak termasuk musuh lamanya, ternampak tidak henti-henti percubaan mahu menyekat daripada menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi mereka ini mahu agaknya?

Tidak bolehkah semua orang menerima Anwar seadanya, bukan saja kerana sudah ada konsensus memilihnya yang telah dipersetujui sebelum PRU14 lagi, tetapi juga mengambil kira pengorbanan, derita dan jasanya mewujudkan gabungan parti-parti untuk melawan BN sejak 20 tahun lalu?

Lagi pun, selain Anwar, siapakah lagi yang lebih layak dan diterima oleh semua parti dalam PH sebagal bakal Perdana Menteri ke-8?

Dan kalau bukan Anwar, mereka mahu siapa sebenarnya untuk jadi pengganti Tun Mahathir? (Shahbudindotcom 25/07/2019)


Bantah usul isytihar harta: Pembangkang tak mahu Malaysia bersih dari rasuah



Semalam, Dewan Negara telah mengikut langkah Dewan Rakyat dan meluluskan usul menggesa ahli dewan tersebut untuk mengisytiharkan harta mereka dengan 34 senator yang menyokong usul berkenaan dan 23 senator membantah.
Sekali lagi kita dapat lihat satu pertunjukan sikap oportunistik, tidak bertanggungjawab dan keburukan politik klepto-teokrasi yang cuba menggagalkan usaha pembinaan satu Malaysia yang Baharu yang berteraskan perpaduan, kecemerlangan, keadilan, kebebasan, dan integriti seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan. 
Pendokong klepto-teokrasi mahu negara ini kembali menjunam ke arah sebuah negara kleptokratik yang gagal dan mereka berkerja keras untuk mencapai cita-cita buruk ini dengan menanam syak wasangka dan kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 
Kesemua senator UMNO, PAS, MCA dan MIC berkerjasama sebagai satu blok politik untuk menentang usul semalam di Dewan Negara — memberikan rakyat Malaysia peluang untuk melihat sejauh mana pendokong klepto-teokrasi ini sanggup pergi untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah negara yang bersih dan bebas daripada rasuah. 
Saya fikirkan, setelah lebih daripada 14 bulan sejak daripada mereka ditendang keluar oleh rakyat Malaysia dalam pilihan raya bersejarah 9 Mei, mereka akan bertungkus-lumus untuk menjauhkan diri mereka daripada skandal 1MDB dan cuba untuk menunjukkan yang mereka menyokong idea sebuah kerajaan yang bersih dan bebas rasuah. 
Namun begitu, sebaliknya yang berlaku. Bukan sahaja mereka tidak menunjukkan rasa kesal langsung kerana memberikan sokongan kepada rejim kleptokratik sebelum ini, mereka kelihatan seakan-akan berbangga dengan sejarah kleptokratik mereka dengan menolak usul ini. 
Pada bulan September 2018, pendokong ajaran klepto-teokrasi ini berjaya merasakan kuasa buat kali pertama dengan menolak rang undang-undang pemansuhan Akta Antiberita Tidak benar yang diluluskan oleh kerajaan kleptokratik Datuk Seri Najib Razak untuk menutup mulut pengkritik dan mereka yang berani mempersoalkan skandal 1MDB. 
Sebelum Barisan Nasional dihumban keluar oleh rakyat pada 9 Mei yang lepas, 1MDB dikategorikan sebagai berita palsu walaupun selalu menjadi tajuk berita akhbar antarabangsa. 
Pada Januari 2017, apabila saya taipkan “1MDB” dalam carian Google, saya dapat 225 ribu hasil carian dalam masa 0.42 saat. Sekarang, jika saya taipkan “1MDB” dalam carian Google, saya dapati 6.62 juta hasil carian dalam masa 0.34 saat!
Itulah “berita palsu” yang dikatakan oleh pendokong klepto-teokrasi!
Berapa lama lagikah pendokong klepto-teokrasi ini semua akan cuba untuk menolak agenda perubahan ke arah integriti?
Mereka mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan untuk berpecah dalam beberapa bulan supaya mereka dapat mengekalkan tempat mereka dalam Dewan Negara. 
Namun begitu, beberapa ahli Dewan Negara telah terjaga daripada ilusi mereka dan kini menyedari dan menerima hakikat yang kerajaan Pakatan Harapan akan terus mentadbir sepenuhnya untuk penggal ini dan boleh memenangi Pilihan raya Umum ke-15 juga. 
Jumlah pendukung klepto-teokrasi di dalam Dewan Negara hanya akan berkurangan dan tidak lama lagi, mereka hanya akan menjadi satu minoriti yang tidak lagi relevan! – Roketkini.com
*Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Gelang Patah pada hari Selasa 23 Julai 2019.

VIDEO :IGP REPORT POLIS ATAS LOKMAN : LOKMAN ADAM DEDAH SATU LAGI BUKTI PENIPUAN IGP