NIE ..SURAT HABAQ PECACAI BUAT-BUAT TANYA PULAK....

Ke mana hilangnya minyak masak?


Peniaga, Akasha Ishaq menunjukkan tanda ‘minyak habis’ di kedainya di Pasar Bayan Baru, Georgetown, semalam.

NAIK GELAK KALAU UTUSAN MELOYA TANYA KE MANA PERGINYA MINYAK MASAK.....JAWABNYA NAK NAIK HARGA LA...NGOKKK











KUALA LUMPUR 4 Jan. – Ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini? Itu persoalan yang bermain di fikiran rakyat apabila krisis bekalan bahan itu semakin menular ke seluruh negara.

Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.

Utusan Malaysia difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, ramai pengguna pula mengesyaki masalah ketiadaan minyak masak di pasaran sebenarnya berpunca daripada pemborong atau peniaga menyorokkan bekalan untuk menaikkan harga.

Ini kerana, mereka dikatakan mahu mengambil kesempatan atas khabar angin mengatakan harga minyak akan dinaikkan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai-kedai dan kebanyakan pasar raya di seluruh negara langsung tidak menjual minyak masak peket.

Sebaliknya, premis perniagaan tersebut cuma mempamer minyak jagung dan soya serta botol berjenama mahal.

Di Melaka, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengakui bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit di negeri itu berkurangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A.Rahim berkata, walaupun berlaku kekurangan tetapi ia tidak dianggap serius memandangkan bekalan minyak masak daripada pemborong mencukupi.

Beliau menambah, selain faktor pembelian panik, satu faktor lagi yang menyebabkan bekalan menjadi kurang adalah kerana tindakan pihak industri membeli minyak masak yang sepatutnya dijual kepada pengguna secara pukal.

“Hasil pemantauan memang wujud kekurangan bekalan minyak masak kepada pengguna yang dijual di pasar raya dan kedai runcit tetapi ini bukan satu situasi yang serius.

“Apa yang berlaku berpunca daripada sikap panik pengguna gara-gara khabar angin mengatakan harga minyak masak akan naik tetapi hakikatnya itu tidak benar.

“Saya minta orang ramai di negeri ini tidak panik kerana bekalan minyak masak daripada pemborong adalah mencukupi. Kekurangan yang terdapat di pasar raya dan kedai runcit akan diatasi segera,” katanya.

Di Pahang pula, masalah bekalan minyak masak di negeri itu dijangka selesai berikutan para pembekal dan pemborong meningkatkan pengedaran mereka dalam minggu ini.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, para pembekal dan pemborong sedang meningkatkan pengeluaran mereka bagi memastikan barangan keperluan itu kembali pulih di pasaran.

Menurutnya, masalah kekurangan itu berlaku disebabkan cuti selama tiga hari termasuk cuti umum menyebabkan para pembekal dan pemborong kurang beroperasi dalam tempoh tersebut.

“Namun terdapat sedikit pembelian panik apabila pengguna membeli lebih minyak masak terbabit menyebabkan ia habis awal di pasaran sejak beberapa hari lalu,” ujar beliau.

Menurut Mohd. A. Aruwan, jumlah keperluan minyak masak di negeri itu adalah 3,000 tan metrik sebulan yang mana pengilang dan pembekal akan melakukan pembungkusan sebelum dihantar ke pasar raya dan kedai runcit.

Dalam pada itu, masalah bekalan minyak masak turut melanda Sarawak dengan minyak masak dalam peket habis dijual sejak seminggu lalu manakala yang dijual dalam botol semakin berkurangan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar Kuching mendapati, keadaan itu menyebabkan para peniaga dan pengguna mengeluh kerana semakin sukar untuk mendapat bekalan.

Seorang penyelia pasar raya, Norkhairulnizam Ali, 29, berkata, pembekal telah mengurangkan bekalan minyak masak dalam peket sehingga separuh daripada jumlah asal sejak bulan lalu.

“Selalunya, kami dibekalkan 100 kotak seminggu yang mengandungi 17 peket minyak masak setiap satu sebelum dikurangkan kepada 50 kotak. Bermula minggu lepas, pembekal langsung tidak datang menyebabkan kami kehabisan bekalan,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan Gelugor di Pulau Pinang pula mendapati kesemua kedai tidak mempunyai bekalan minyak masak termasuk yang peket.

Jika ada pun cuma terdapat minyak masak berkualiti tinggi yang harganya jauh lebih mahal.

Peniaga di Pasar Bayan Baru, Akashia Ishak, 32, berkata, keadaan tersebut sudah dirasai sejak dua minggu lalu dan ia menyukarkannya untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Mereka datang mahukan minyak masak dan bila saya kata tiada, mereka marah-marah sebab sudah dua minggu keadaan ini berlaku. Saya risau kehilangan pelanggan dan keadaan ini memang menyusahkan,” katanya.

SENANG JADI MAHKAMAH....

Kalau lah mahkamah ini boleh bercakap pastinya mahkamah ini akan berkata bahawa senang untuk aku membuat keputusan. Kalau dulu tilam mungkin berkata, "aku pun kena panjat mahkamah" kali ini mahkamh pula bercakap"senang buat keputusan macam ni" siapa pun tak salah......Ha..ha..ha





Keputusan terbuka, punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh

TERKINI @ 05:19:10 PM 05-01-2011
January 05, 2011

SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan “terbuka” sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.

Terdahulu ketika membacakan keputusnnya, Azmil berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia antara 7.15 pagi dan 11.15 pagi pada 16 Julai 2009.

Katanya, ia berdasarkan pada keterangan pakar-pakar patologi.

Azmil juga berkata, adalah jelas Teoh meninggal dunia di koridor servis tingkat lima Plaza Masalam.

Kata beliau, pegawai muda itu mati akibat kecederaan teruk selepas jatuh dari bangunan tinggi.

Malah beliau memberitahu, nota tulisan, yang dipercayai ditulis Teoh, yang dikemukakan sebagai bahan bukti ketika inkues menuju peringkat akhir, juga menimbulkan persoalan.

Meskipun adanya keputusan itu, Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah menyediakan peruntukan kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan koroner membuka semula inkuiri.

Keluarga Teoh menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian Teoh — melihat punca sebenar termasuk kemungkinan dia dipaksa untuk terjun dari bangunan tinggi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.


78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia

78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia

Wong Chin Huat |

Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen. 144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.

Barisan Nasional

Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen. Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)


UMNO
MCA
MIC
SUPP
SAPP
PBB
UPKO
LDP
Parti lain dalam BN
Bebas
(Pro-BN)
BN Jumlah
08/03/2008
77
15
3
6
2
11
4
1
21
0
140
PRK
-1

1
-1






-1
Keluar parti




-2




6
4
01/01/2011
76
15
4
5
0
11
4
1
21
6
143
Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan
Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima
13
6
1
2

1
1
1
0

25
Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Cina tinggi
1
1
2
1






5
Hukuman thdp MP lompat parti









6
6
Bil.kerusi dlm senario terburuk
62
8
1
2

10
3
0
21
0
107
Jadual 1: Kerusi parlimen BN yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan
Daripada 137 kerusi yang dimiliki BN, hanya 25 kerusi yang undi majoritinya di bawah 10% daripada undi diterima. Maknanya, jikalau angin anti-kerajaan bertiup (bukan secara kencang), menyebabkan kira-kira 5% pengundi beralih dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, maka BN akan kehilangan 25 kerusi.

Secara umumnya, pengundi Cina cenderung untuk menyokong PR. Maka, seandainya,
a. Nisbah kaum undi diterima bersamaan nisbah populasi kaum dalam kawasan pengundian (ertinya nisbah kaum pengundi yang keluar mengundi bersamaan dengan nisbah populasi kaum dalam senarai daftar pemilih);
b. PR meningkatkan sokongan pengundi Cina kepada 75% (walaupun undi bukan Cina hanya kekal pada 40%);

maka BN akan kehilangan lima lagi kerusi.

Dalam keadaan di mana angin anti-kerajaan BN bertiup kencang, enam orang ahli parlimen bebas yang pro-BN berkemungkinan gagal mempertahankan kerusinya. Seandainya ramalan dan andaian di atas menjadi kenyataan, maka kerusi yang dikuasai kem BN akan berkurang dari 143 kepada 107 kerusi. Dengan kata lain, BN akan kehilangan majoriti mudah, yang menjurus kepada peralihan kuasa kerajaan persekutuan.

Pakatan Rakyat

Berbanding BN, kebanyakan kerusi yang diperolehi PR terutamanya PKR dan PAS adalah melalui kemenangan dengan majoriti tipis. Jikalau 5% pengundi mengubah kecenderungannya (dari PR kepada BN), maka PR akan kehilangan 34 kerusi.


PKR
PAS
DAP
SAPP
Jumlah pembangkang
08/03/2008
31
23
28

82
PRK
-1
1
1

1
Keluar parti
-5
-1

2
-4
01/01/2011
26
23
29
2
79
Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan
Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima
16
12
6

34
Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Melayu tinggi
1
5


6
Hukuman thdp MP lompat parti



2
2
Bil.kerusi dlm senario terburuk
11
6
23
0
37

Jadual 2: Kerusi parlimen PR yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan

Selain itu, enam kerusi PR mempunyai peratusan pengundi Melayu yang melebihi 78%. Meskipun undi majoritinya melebihi 15% daripada undi diterima, namun seandainya BN berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu terhadapnya kepada 65%, maka enam kerusi ini akan bertukar tangan.

Akhirnya, jikalau pengundi kembali ke pangkuan BN, maka dua kerusi yang dimenangi SAPP bakal dirampas oleh BN. Dengan ini, BN akan memperolehi majoriti 185 kerusi, dan PR sekadar mampu bertahan pada 37 kerusi (dua pertiga daripadanya dimenangi DAP).

Kedua-dua senario yang mungkin di atas sememangnya memberi impak yang berbeza terhadap proses pendemokrasian Malaysia. Sama ada PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, usaha parti politik dan masyarakat sivil pada tahun ini bakal mempengaruhi nasib negara 10 tahun yang akan datang!

Jadual 3: 78 kerusi parlimen yang bakal menentukan nasib pendemokrasian Malaysia

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Analisa statistik ini dipetik, diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 1 Januari 2011.

TERKINI: Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan

Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan

TERKINI @ 03:28:53 PM 05-01-2011
January 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Bekas pegawai polis kanan yang menyiasat insiden mata lebam hari ini mendedahkan beliau ada maklumat wujudnya elemen pemalsuan laporan DNA dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu.

Datuk Mat Zain Ibrahim, ketika itu bekas ketua CID Kuala Lumpur, mendedahkan perkara tersebut dalam surat terbuka terbarunya kepada Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.

“Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian DNA dalam kes berprofil tinggi 1998.

“Sehubungan dengan perkara tajuk, suka cita saya menjemput Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27 Disember 2010, berkaitan isu di atas yang dialamatkan kepada Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada Perdana Menteri Malaysia dan Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga,” kata beliau dalam surat terbuka dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, dalam suratnya bertarikh 27 Disember lalu tu juga telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat berkenaan perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku “bertindih” lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan DNA adalah sama.

“Fokus saya dalam surat rayuan terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu berkaitan dengan penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2011, yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember sebagai menjawab soalan daripada Lim Kit Siang dan berkaitan dengan kenyataan menteri oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14 Disember sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara.

“Saya percaya Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus jemaah menteri kepada Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau percaya Idrus akan bersetuju dengannya jika mengatakan bahawa Hishammuddin dan Nazri mahupun Rais tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan polis ataupun SPRM.

“Mereka juga tidak mempunyai sebarang kuasa penyiasatan seperti mana terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang ‘incidental’ mengenainya sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Hishammuddin dan Nazri secara berasingan itu adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, Mat Zain berkata, beliau percaya Idrus sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar atau yang mengelirukan atau telah dipesongkan.

“Saya juga percaya Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan Hishammuddin dan Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.

“Akibatnya, kedua-dua Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang,” kata beliau lagi.

Mat Zain mengeluarkan surat terbuka ini selepas tiga minggu Nazri memberitahu Parlimen bahawa Gani tidak terlibat dalam pelantikan anggota panel bebas bagi menyiasat salah laku berhubung kes “mata lebam” Anwar kira-kira 12 tahun lepas.

“Dalam kes ini, Peguam Negara merupakan subjek dalam siasatan tersebut dan dengan itu adalah tidak wajar atau adil bagi dirinya untuk melantik ahli panel bebas tersebut,” katanya semasa memberi penjelasan kementerian ekoran dakwaan Mat Zain dalam surat terbukanya sebelum itu.

Nazri berkata dalam keadaan Gani tidak berupaya untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya, Peguam Cara Negara telah mengambil alih kuasa untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.

“Oleh yang demikian, berdasarkan penjelasan di atas, pelantikan ahli panel bebas oleh Peguam Cara Negara adalah sah,” katanya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada 22 November lepas, Mat Zain mempertikai pelantikan anggota panel bebas itu yang ditubuhkan untuk menilai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan salah laku Gani dan Musa dalam kes mata lebam Anwar.

Penjelasan itu juga dibuat Nazri bagi menjawab usul Lim (DAP-Ipoh Timur) untuk memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara pada 9 November lepas atas beberapa isu termasuk dakwaan bahawa Gani memberi keterangan palsu dalam siasatan insiden ‘‘mata lebam’’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu pada tahun 1998.

PERTUBUHAN NGOK MEMBERI CADANGAN

ITULAH DIA ,BILA DISURUH MENGAJI KITAB DAN MENDENGAR SERTA MENGIKUTI HUKUM HAKAM AGAMA TAK MAHU.BILA MEMBUAT TAFSIRAN SENDIRI, MENGIKUT PANDANGAN DAN HUKUM AKAL....APARAAA..







Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

conference of rulers majlis raja rajaJusteru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.