DR SAM CIPTA SEJARAH BARU BUAT PAS
Perlantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN merupakan suatu sejarah baru bagi PAS.
Ini kerana dalam semua gabungan politik yang pernah wujud sebelum ini di mana PAS menyertainya, parti itu tidak pernah diberikan peranan sebagai ketua, walaupun dalam menyediakan pentas ceramah, menggerakkan jentera pilihan raya atau memeriahkan sebarang acara perhimpunan, PASlah penyumbang terbesarnya.
Baik ketika bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat, PAS hanya berperanan sebagai pemimpin kedua.
Kini dengan memiliki jumlah kerusi terbesar di Parlimen, memang sesuai sangatlah PAS memikul peranan mengetuai PN.
Bersama PAS yang mencipta sejarah, perlantikan Ahmad Samsuri atau Dr Sam juga merupakan suatu sejarah kerana beliau adalah pemimpin pertama PAS yang ditakdirkan tercatat dalam sejarah itu.
Lagi pula, dengan Dr Sam diberi peranan tersebut, ia sekaligus memberi gambaran PAS kini sudah sedia untuk menerajui Putrajaya selepas PRU16 akan datang.
Kenapa Dr Sam yang dilantik mengetuai PN, sedangkan kedudukannya banyalah Naib Presiden PAS saja?
Sebelum ini lagi sebenarnya, selain Haji Hadi selaku Presiden PAS menolak untuk dilantik sebagai Pengerusi PN atas faktor keuzuran, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Sanusi Mohd Nor juga menolak jawatan tersrbut.
Masing-masing ada alasan tersendiri menolaknya, manakala hanya Dr Sam yang tampak sedia memikulnya.
Dengan sebab itulah, sesuai dengan ketetapan Muktamar PAS berkaitan hal tersebut, selain parti-parti komponen PN juga setuju sebulat suara memilihnya selepas perletakan jawatan Muhyiddin Yassin disahkan, maka dilantiklah Dr Sam sebagai Pengerusi PN yang baru.
Dalam konteks PN dan parti-parti komponen PN, tiada sebarang isu berkaitan perlantikan Dr Sam.
Yang terasa panas hanyalah parti di luar PN sambil mereka cuba mencipta pelbagai persepsi dan gambaran yang pra-matang seperti belum banyak pengalaman sebagai Ahli Parlimen dan tidak ada pengalaman pentadbiran di peringkat pusat?
Tidak banyak pengalaman sebagai Ahli Parlimen bukan alasan kukuh, yang penting beliau mempunyai pengalaman pentadbiran hampir dua penggal memimpin sebuah negeri.
Realitinya, dengan latar belakang akademiknya yang terbaik, tiada kontroversi, berjaya memimpin Terengganu menuju penggal kedua dengan aman, mempunyai penampilan tenang, tidak gopoh dan tidak terjerit-jerit, apa lagi kerajaan semasa terlalu banyak isu yang bukan saja selesai malah merimaskan rakyat, PN di bawah kepimpinan beliau diyakini mampu menjelmakan kemenangan yang diharap-harapkan.
Cuma sebagai ketua PN, sebuah gabungan yang menjadi sandaran harapan PN, Dr Sam selepas ini haruslah lebih ke depan dalam isu-isu nasional yang melanda negara.
Beliau tentunya memerlukan pasukan penasihat yang baik, yang bukan saja daripada PAS, tetapi juga merangkumi semua parti komponen PN agar segala tindakan atau kenyataannya selari dengan kepentingan gabungan itu.
Oleh kerana beliau sedang memimpin kerajaan Terengganu, tentulah selepas ini beliau perlu bijak membahagikan masanya agar kepentingan negeri yang dipimpinnya dan PN yang diketuainya untuk menawan Putrajaya sama-sama beroleh kejayaan.
Dengan dibantu dan diberi kerjasama oleh banyak pihak, Dr Sam pasti mampu mengemudi PN dengan cemerlang selepas ini.
Harapan umum berdasarkan dapatan di media sosial sendiri boleh dikata positif terhadap kehadirannya sebagai ketua baru PN ini.
Kalau apa pun catatan negatif, ia hanyah daripada kelompok yang bimbang kehilangan kuasa atau mereka yang sedang resah parti mereka akan hilang banyak kerusi pada PRU akan datang.
Secara umum wajah Dr Sam adalah wajah harapan kepada rakyat buat PN untuk menuju kemenangan pada PRU16.
Selain pengundi Melayu/Islam tentunya lebih teruja, kelompok lain seperti pengundi bandar dan profesional serta bukan Melayu juga pasti lebih mudah menerimanya sebagai sosok yang diyakini.
Dengan Dr Sam kini mengetuai PN, yang perlu selepas ini ialah kerja keras, mengekalkan perpaduan dan menyusun “strategi perang” yang berkesan bagi memastikan “tropi kemenangan” yang ingin dikejar benar-benar mampu dihadirkan ke dalam dakapan. - ShahbudinHusin 24Februari2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1222524416537342&id=100063393840098
JANGAN SAMPAI GANGGU HAL PERIBADI DIRUMAH
Saya anti sangat hal peribadi sampai buat content serbu ke rumah hingga ganggu keluarga yang tak berkenaan pun.
Ia akan menganggu mental dan emosi, terutamanya kanak kanak.
Cukup di pejabat dan medsos la jadi medan pergaduhan politaik!
W/pun saya tak berberapa suka cara serangan Rafizi pada Kerajaan Perpaduan, tapi bagi saya ia ‘check n balance’ kepada Kerajaan sekarang dan ia perlu dijawab dengan data, fakta dan maklumat balas.
Andaikata pendedahan beliau konstruktif, jika bukan just abaikan shja.
Dan itu saya cuba bantu Kerajaan Perpaduan dan lakukan sekarang.
Jawab secara konstruktif dan berpolitik secara matang.
Please lah tak perlulah sampai kepada serangan peribadi hingga ke rumah.
Siapa yang amalkan benda mcm tu tak kira mana mana individu atau warna sekalipun, elok tinggalkan lah.
Islam tak ajar mcm tu. Sekian
Lihat jawapan saya berkenaan isu PN terima duit judi. cara mcmni kita kena jawab; https://www.facebook.com/share/r/18JcPeHmUz/?mibextid=wwXIfr
CHECK AND BALANCE DALAM POLITIK PERLU.
RMS
Nak berpolitik, silakan tapi negara ini diera kegemilangan, seluruh dunia mengakui usaha Kjaan Madani berjaya. Peringatan ikhlas untuk semua.
Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan semua indikator dilandasan yang betul, tapi Kjaan Madani dan PMX berjaya melakukan dalam tempoh 3 tahun.
Pertumbuhan ekonomi, kekukuhan Ringgit, Rezab tertinggi dalam tempoh 11 tahun, Pengangguran terendah dalam sejarah, inflasi kekal terkawal, KDNK mengatasi unjuran 4.0 - 4.8% pada 5.2% pada 2025, Malaysia pada ranking BBB+ oleh penarafan antarbangsa yang mengukuhkan kedudukan ekonomi, , kestabilan politik, dan tadbir urus yang kukuh mengatasi risiko hutang
Kerajaan juga berjaya menguruskan defisit fiskal untuk 3 tahun berturut turut, hasil pendapatan kerajaan meningkat 3.1% kepada RM721 billon akhir 2025 sementara jumlah perbelanjaan menurun pada 94.2 billion.
Bukan senang untuk melakukan perubahan jangka pendek dan jangka panjang, samada yang popular atau pun tidak, tetapi Alhamdulilah, Kjaan Madani berjaya melakukannya..
PERFORMACE ANWAR SEBAGAI PM
Kepimpinan nasional masih memerlukan PM yang perform seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1. Pertumbuhan 6.3% pada Suku Ke-4 (S4) 2025 itu bukan calang-calang sebab ia jauh mengatasi jangkaan awal kebanyakan penganalisis. Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengesahkan angka ini didorong oleh beberapa "enjin" utama iaitu permintaan barangan elektrik dan elektronik, kemasukan FDI dan kebijaksanaan kerajaan dalam mengatur perbelanjaan domestik rakyat, rakyat berani berbelanja.
2. Inflasi Malaysia kekal rendah pada Januari 2026 meningkat 1.6 peratus, mengekalkan kadar yang sama seperti bulan sebelumnya. Bermaksud walaupun ekonomi makin kuat, gaji dinaikan harga barang kekal stabil.
3. Kenapa macam tu? Sebab kerajaan fokuskan kepada poket rakyat dengan untuk tingkat kuasa beli rakyat dengan naikan gaji penjawat awam 15% dan tetapkan gaji minimum RM1,700.
4. Kerajaan sekarang tak fokus bangunan tinggi, projek meja tapi jadi perut @kebajikan rakyat dengan naikan SARA dan STR sampai RM15 Billion bagi tahun 2026, paling tinggi dalam sejarah kepada 9 juta penerima.
5. Malah kerajaan sekarang pump duit direct ke IC 5 juta rakyat boleh RM50-200/orang ikut status pendapatan mereka setiap bulan.
6. Malaysia merekodkan lonjakan pelaburan diluluskan yang kukuh bagi 9 bulan pertama 2025 (9B 2025) dengan nilai RM285.2 bilion, meningkat 13.2% berbanding tempoh sama 2024
7. Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 dengan melonjak ke tangga ke-54 daripada 180 negara, setelah mengekalkan kedudukan ke-57 (skor 50/100) pada 2024 dan 2023.
8. Malaysia mencatatkan lonjakan ketara dalam daya saing global bagi tahun 2025, menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) oleh International Institute for Management Development (IMD). Daya Saing Negara (Global) Kedudukan Terkini (2025): Tangga ke-23 daripada 69 ekonomi dunia. Peningkatan: Melonjak 11 anak tangga berbanding kedudukan ke-34 pada tahun 2024.
9. Matawang RM paling stabil di Asia, harini RM3.88 berbanding 1USD. Kini kedua selepas Singapura di ASEAN, ketiga di Asia dan top 5 di dunia era PMX jadi Pengerusi ASEAN keyakinan dunia kepada Malaysia bertambah.
10. Nilai eksport terkini (Januari 2026): RM146.87 bilion. Pertumbuhan Tahunan (y-o-y): meningkat sebanyak 19.6% berbanding Januari 2025. Jumlah dagangan keseluruhan (Januari 2026): RM272.37 bilion (naik 12.6%)
11. Kemasukan FDI tinggi Jumlah Keseluruhan 2025: Bagi keseluruhan tahun 2025, aliran masuk FDI berjumlah RM53.5 bilion, meningkat daripada RM51.5 bilion pada tahun 2024.
12. Ia telah menyebabkan peluang kerja banyak dan pengangguran kurang. Pada tahun 2024, kadar pengangguran Malaysia mencatatkan 3.2 peratus, dan terus menurun kepada 2.9 peratus pada tahun 2025, menunjukkan pemulihan pasaran buruh yang semakin stabil dalam tempoh tersebut.
Data tidak menipu, untuk jadi Perdana Menteri kita perlukan tokoh yang betul betul PERFORM yang boleh REFORM untuk jadikan MALAYSIA LEBIH BAIK.
Jalan terus!
Syam Ghaz
Nota: Data yang ditulis bukannya dibuat oleh orang politik, takda bias dan ia dari badan antarabangsa dan agensi kerajaan Malaysia yang sah.
https://www.facebook.com/share/p/1ayrWKgdy5/?mibextid=wwXIfr
KES PEMBUNUHAN?
Info Kini
Suasana sebelum berbuka puasa tadi di sebuah daerah kecil di Johor tiba-tiba bertukar hening dan pilu. Di sebuah jambatan lama yang sering dilalui penduduk kampung Jambatan Ledang, orang ramai digemparkan dengan satu penemuan yang meruntun hati.
Di bawah jambatan itu, terbaring kaku jasad seorang wanita.
Tubuhnya terdampar di celah batu dan rumput liar. Wajahnya pucat, matanya tertutup rapat seolah-olah masih cuba bermimpi untuk hidup. Di atas jambatan, kelihatan kesan tompokan air berwarna kemerahan, seakan menjadi saksi bisu bahawa sesuatu yang ngeri telah berlaku pada malam sebelumnya.
Wanita itu dianggarkan berusia sekitar 20-an. Pakaian yang dipakainya sederhana. Beg tangannya masih ada, lengkap dengan kad pengenalan, dompet, dan barangan peribadi — seolah-olah dia tidak sempat mempertahankan diri, apatah lagi melarikan harta.
Penduduk sekitar mula berbisik sesama sendiri.
“Kalau rompak… kenapa barang masih ada?”
“Macam dicampak dari atas jambatan…”
“Apa dosa perempuan ni sampai diperlakukan begini?”
Tiada siapa mengenalinya. Namun kehilangan nyawanya dirasai oleh semua.
Malam Terakhir Seorang Anak, Seorang Insan
Tiada siapa tahu, pada malam kejadian, wanita itu mungkin sedang dalam perjalanan pulang. Mungkin dia seorang anak yang ditunggu ibunya di rumah. Mungkin seorang kakak yang berjanji akan pulang awal. Atau mungkin seorang insan biasa yang hanya mahu sampai ke destinasi dengan selamat.
Namun takdir Allah menentukan sebaliknya.
Di atas jambatan itu, hidupnya terhenti.
Tanpa sempat mengucap selamat tinggal.
Tanpa sempat memeluk orang tersayang buat kali terakhir.
Lebih menyayat hati, tiada siapa mendengar jeritannya. Tiada siapa sempat menolong. Malam terus berlalu, meninggalkan tubuhnya keseorangan sehingga fajar menyingsing.
Persoalan Yang Menghantui
Adakah ini kes rompakan yang berakhir dengan pemb*nuhan?
Atau ada faktor lain yang lebih gelap dan kejam?
Kenapa barang peribadi masih bersama mangsa?
Kenapa tubuhnya ditemui di bawah jambatan?
Persoalan demi persoalan bermain di fikiran masyarakat. Namun jawapan sebenar hanya mampu dirungkai oleh pihak berkuasa.
Orang ramai hanya mampu berharap agar keadilan ditegakkan, dan pelaku — siapa pun dia — tidak terlepas daripada hukuman.
Tazkirah & Peringatan
Sesungguhnya, mengambil nyawa tanpa hak adalah dosa yang sangat besar. Nyawa bukan milik manusia. Ia milik Allah.
Seorang wanita ini mungkin tidak dikenali ramai, tetapi dia tetap bernilai di sisi Tuhan. Air mata keluarganya mungkin sedang mengalir, meskipun kita tidak melihatnya.
📌 Setiap kezaliman akan dituntut balas
Jika terlepas di dunia, ia tidak akan terlepas di akhirat.
📌 Jalan gelap, jambatan sunyi, dan malam pekat bukan lesen untuk kejahatan
Allah tetap melihat walaupun manusia tidak.
📌 Jangan biasakan diri dengan berita kematian
Kerana suatu hari nanti, kita juga akan menjadi tajuk yang dibacakan orang lain.
📌 Doa orang dizalimi tiada hijab
Jeritan yang tidak didengari manusia, didengari oleh Tuhan.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang dirahmati Allah.
Dan semoga keluarganya diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Moga juga pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini hingga tuntas, menangkap pelaku, dan mengembalikan rasa aman kepada masyarakat.
Dan buat kita semua —
jangan sampai hati menjadi keras melihat kejahatan,
dan jangan sampai iman kita mati sebelum jasad kita menyusul.
Al-Fatihah buat arwah. 🤲
Semoga keadilan ditegakkan, di dunia dan di akhirat.
DANA JUDI DAN PN: Jawapan Kepada YB Fadhli Shaari, Pasir Mas.
Syam Ghaz
1. Sepanjang 33 bulan pentadbiran Perikatan Nasional, mengapa jumlah cabutan khas nombor ramalan dinaikkan semula daripada 8 kali kepada 22 kali setahun, sedangkan sebelum itu telah dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan?
2. Ketika itu PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Takiyuddin Hassan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), manakala Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri. Jika benar komitmen menentang perjudian begitu tegas, mengapa peningkatan cabutan khas itu berlaku ketika PAS berada dalam Kabinet?
3. Dalam video tular YB Pasir Mas, beliau mendakwa kononnya jawapan YB Rafizi Ramli membuktikan PN tidak menerima dana judi. Hakikatnya beliau memetik soalan Parlimen dan jawapan YB Datuk Seri Azalina Othman Said bertarikh 25 Mei 2023.
4. Jawapan tersebut diberikan sebelum perkembangan besar tangkapan SPRM kepada tauke judi dan duit RM40 juta dibekukan pada 27 Ogos 2023, jelas disebut dalam laporan media:
Sinar Harian melaporkan beberapa VIP dan ahli politik didakwa ditaja syarikat perjudian, manakala akaun individu serta syarikat bernilai kira-kira RM40 juta dibekukan oleh SPRM.
Rujukan
https://www.sinarharian.com.my/article/275923/berita/nasional/dana-syarikat-judi-akaun-individu-syarikat-bernilai-rm40-juta-dibeku
Malaysiakini turut melaporkan bahawa Pengarah Urusan RGB International Bhd ditahan SPRM bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Rujukan
https://www.malaysiakini.com/news/677452
5. RGB International Bhd menjalankan perniagaan dalam bidang gaming machines (EGM), casino equipment, gaming-related parts and components, amusement machines dan aksesori berkaitan.
Istilah EGM merujuk kepada electronic gaming machines, iaitu mesin permainan elektronik berasaskan pertaruhan yang dalam konteks industri lazimnya termasuk mesin slot perjudian.
6. YB Pasir Mas menggambarkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar bercakap mengenai isu judi. Jika benar tuduhan itu tidak berasas, saluran undang-undang terbuka luas. Kenyataan dibuat di luar Dewan Parlimen.
Jika tindakan saman difailkan, maka proses mahkamah akan berjalan secara terbuka, saksi akan dipanggil, dan dokumen berkaitan termasuk yang sebelum ini dilindungi boleh didedahkan mengikut proses perundangan. Pada ketika itu, keseluruhan rekod pentadbiran 33 bulan akan dinilai secara menyeluruh.
7. Kenyataan Perdana Menteri pada 5 Disember 2022 dibuat selepas mesyuarat Kabinet. Beliau menyatakan bahawa sebahagian dana pilihan raya dipercayai datang daripada syarikat perjudian. Pada masa yang sama, kerajaan mengumumkan pengurangan cabutan khas 4D daripada 22 kali kepada 8 kali setahun bermula 2023.
8. Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Malaysia Madani kemudiannya melaksanakan pengurangan tersebut, menjadikan cabutan khas kembali kepada 8 kali setahun. Ini merupakan tindakan dasar yang konkrit, bukan retorik politik.
9. Komitmen menentang perjudian tidak memadai dengan slogan atau retorik agama semata-mata. Ukuran sebenar ialah keputusan dalam mesyuarat Kabinet dan dasar yang dilaksanakan apabila memegang kuasa.
10. Tidak munasabah untuk mendakwa ketidaktahuan dalam kalangan bekas Menteri Kabinet terhadap keputusan dasar sebesar ini. Isu dasar nasional tidak sepatutnya dipermudah menjadi bahan kandungan podcast atau sentimen politik sempit.
Berikan data, maklumat dan fakta yang boleh disemak. Hentikan naratif kabur dan permainan persepsi untuk memburukkan Kerajaan Perpaduan yang secara jelas mengambil langkah mengurangkan cabutan khas dan memperkukuh penguatkuasaan terhadap perjudian haram.
Sokong usaha keras Kerajaan Madani pimpinan PMX Anwar Ibrahim membanteras judi haram secara konsisten dan mengikut seruan Islam.
Jalan terus, REFORM HABIS negara.
Syam Ghaz









