24 Februari 2026
Sebelum ini laman ini ada menulis berkenaan kira-kira 30 jawatankuasa bahagian Bersatu di seluruh negara telah diibubarkan susulan pemecatan Hamzah Zainuddin daripada parti itu.
Artikel berkenaan disiarkan pada 19 Februari 2026 dengan tajuk - MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGiAN BUBAR.
Tetapi perkembangan terbaru setakat 24 Februari 2026, jumlah jawatankuasa bahagian yang dibubarkan telah meningkat kepada 45 bahagian.
Dimaklumkqn lebih banyak lagi jawatankuasa bahagian akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini sebagai tanda hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu sedia ada.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Bahagian Bersatu yang telah dibubarkan beserta tarikh pembubarannya:-
WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Lembah Pantai - 14 Feb
2. Cheras - 23 Feb
KEDAH
1. Pendang - 21 Feb
PERAK
1. Larut - 14 Feb
2. Padang Rengas - 16 Feb
3. Tapah - 16 Feb
4. Gopeng - 17 Feb
5. Bukit Gantang - 18 Feb
6. Bagan Serai - 18 Feb
7. Tg Malim - 18 Feb
8. Pasir Salak - 20 Feb
PULAU PINANG
1. Kepala Batas - 16 Feb
2. Tanjong - 16 Feb
3. Balik Pulau - 15 Feb
SARAWAK
1. Bintulu - 17 Feb
2. Julau - 22 Feb
SELANGOR
1. Sepang - 17 Feb
2. Hulu Selangor - 18 Feb
3. Selayang - 19 Feb
4. Puchong - 20 Feb
5. Subang - 21 Feb
6. Bangi - 22 Feb
JOHOR
1. Pengerang - 17 Feb
2. Simpang Renggam - 18 Feb
3. Sembrong - 18 Feb
4. Mersing - 18 Feb
5. Ledang - 18 Feb
6. Pontian -18 Feb
7. Labis - 18 Feb
8. Johor Bahru - 18 Feb
9. Tanjung Piai - 18 Feb
10. Sri Gading - 18 Feb
11. Pulai - 18 Feb
TERENGGANU
1. Dungun - 18 Feb
SABAH
1. Libaran - 18 Feb
2. Sepanggar - 18 Feb
3. Sipitang - 18 Feb
4. Semporna - 24 Feb
PAHANG
1. Raub - 21 Feb
2. Lipis - 21 Feb
MELAKA
1. Masjid Tanah - 19 Feb
2. Hang Tuah Jaya - 22 Feb
3. Jasin - 22 Feb
4. Tangga Batu - 23 Feb
5. Alor Gajah - 24 Feb
JUMLAH KESELURUHAN - 45 DARIPADA 168 BAHAGIAN.
Paling terbaru mengambil keputusan pembubaran ialah di Melaka.
Yang menarik berkenaan Melaka ini ialah pembubaran turut melibatkan semua sayapnya sekali.
Berikut adalah kenyataan media berkaitan:-
PEMBUBARAN JAWATANKUASA BAHAGIAN, SAYAP ARMADA, SRIKANDI, SRIKANDI MUDA, BERSEKUTU SERTA CAWANGAN-CAWANGAN BERSATU NEGERI MELAKA
Dengan penuh tanggungjawab dan rasa hormat terhadap perjuangan parti, kami merujuk kepada keputusan Mesyuarat Khas Bahagian-Bahagian BERSATU Negeri Melaka yang telah diadakan baru-baru ini.
Setelah meneliti secara menyeluruh perkembangan semasa parti di peringkat pusat serta mengambil kira suara dan aspirasi akar umbi, kami dengan ini mengumumkan bahawa:
Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa ARMADA, SRIKANDI, SRIKANDI MUDA, BERSEKUTU serta seluruh cawangan di bawah pentadbiran Bahagian masing-masing adalah dibubarkan serta-merta.
Keputusan ini dibuat secara sebulat suara, sukarela dan tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak, setelah mengambil kira hakikat bahawa keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi parti semakin terhakis dan tidak lagi dapat dipulihkan.
Kami menegaskan bahawa hilangnya kepercayaan ini berpunca daripada kegagalan kepimpinan Presiden parti, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta barisan Kepimpinan Pusat dalam:
1. Menangani krisis dalaman parti secara tuntas dan berhemah
2. Mengembalikan kestabilan serta kredibiliti organisasi
3. Menyusun strategi politik yang jelas dan meyakinkan
4. Memelihara semangat perjuangan asal parti yang berteraskan integriti, akauntabiliti dan keberanian reformasi
Kami berpandangan bahawa kepimpinan sedia ada tidak lagi mencerminkan aspirasi sebenar ahli di peringkat akar umbi serta telah gagal menunjukkan komitmen serius terhadap pembaharuan menyeluruh yang amat diperlukan ketika ini.
Pembubaran ini melibatkan lima (5) Bahagian utama di Negeri Melaka iaitu:
1. Masjid Tanah
2. Hang Tuah Jaya
3. Tangga Batu
4. Alor Gajah
5. Jasin
Langkah ini merupakan manifestasi pendirian tegas pimpinan dan akar umbi di Melaka yang tidak lagi sanggup berkompromi dengan kepimpinan yang dilihat telah kehilangan legitimasi moral dan politik.
Dalam masa yang sama, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. Kami berharap kepimpinan baharu ini mampu menyuntik nafas segar, memperkukuh kesatuan komponen serta mengemudi Perikatan Nasional ke arah gerak kerja yang lebih tersusun, progresif dan berkesan.
Adalah menjadi harapan kami agar di bawah kepimpinan beliau, Perikatan Nasional dan keseluruhan blok pembangkang akan tampil lebih dinamik, strategik serta diyakini rakyat sebagai alternatif yang kukuh dan berwibawa dalam landskap politik negara.
Sehubungan dengan keputusan besar ini, saya dengan penuh tanggungjawab turut mengumumkan peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sebagai:
1. Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka
2. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
3. Ahli Jawatankuasa Pengukuhan Parti
Keputusan ini dibuat atas prinsip pertanggungjawaban moral dan politik selaras dengan pendirian yang telah dinyatakan dalam kenyataan ini.
Namun demikian, kami menegaskan bahawa perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara tidak akan terhenti. Keputusan ini adalah satu langkah “reset” politik demi membuka ruang kepada pendekatan baharu yang lebih segar, berprinsip dan berintegriti.
Sebarang keputusan serta pengumuman lanjut berkaitan hala tuju politik selepas ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
RESET ~ DEMI SEBUAH PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Yang benar,
TAN SRI PROF. DR. A RAHIM TAMBY CHIK
Mantan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka
Merangkap Mantan Ketua Bahagian BERSATU Alor Gajah
24 Februari 2026

No comments:
Post a Comment