Najib, Zahid dan Hisham jelaskan skandal LCS, gesa Anwar


Skandal projek kapal tempur persisir (LCS) tidak boleh ditutup dengan mudah, sebaliknya pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan, kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Anwar turut menggesa bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pembabitan mereka dalam skandal tersebut. Menerusi video di Facebook miliknya, Anwar berkata menteri kanan pertahanan Hishamuddin Hussein perlu memberi maklum balas mengenai siapa yang terlibat dalam isu ini.



KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI KERAJAAN TELUS ISU LITTORAL COMBAT SHIP (LCS), ARAH SIASATAN DISEGERAKAN



KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI KERAJAAN TELUS ISU LITTORAL COMBAT SHIP (LCS), ARAH SIASATAN DISEGERAKAN

 Kerajaan memandang serius isu Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perkara ini dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini. Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan. Saya telah memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat. Dalam masa yang sama, mesyuarat membuat keputusan agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum. Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan (declassify). Namun, proses ini perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

 Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan menggangu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April 2022. Kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Saya bagi pihak Kerajaan, memberi jaminan bahawa siasatan berhubung isu ini dijalankan dengan telus dan Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAA

DAH NAK MASUK SG BULOH DOK MERAPU LAGI


 

PULANGLAH WAHAI SAJAT- KINI ANDA BOLEH JUAL DAN BERNIAGA SEMULA DI MALAYSIA...


 

MALAYSIAKU- PEGUAMBELA "UGUT" KERAJAAN JANGAN TERUSKAN KES SEBAB TAK BERSEDIA...NAMPAK GAYANYA NAJIB TERUS MASUL JEL LAH...APA SUSAH..

 


Pasukan peguam baharu Najib akan tarik diri jika rayuan diterus pada 15 Ogos





Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk
 mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk
 mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42
 juta dana SRC International.

PUTRAJAYA: Pasukan peguam baharu dilantik mewakili Najib Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini, memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu, minggu depan.

Media difahamkan, peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia untuk meneruskan rayuan berkenaan kerana ia melibatkan isu penting dan memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa.

Oleh itu, jika mahkamah tetap mahu prosiding rayuan utama diteruskan, pada Isnin ini, peguam terlibat tidak mempunyai pilihan, selain menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yusoff dan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes di hadapan mereka yang dijalankan secara dalam talian, hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul bertindak bagi pihak responden (Pendakwa Raya), manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M Rueben mewakili Najib (perayu).

Pada 26 Jul, Najib telah memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya dalam rayuan sabitan dan hukuman membabitkan RM42 juta dana SRC International. Bagaimanapun, Najib berkata, bekas peguamnya, Shafee Abdullah akan terus bertindak sebagai peguam cara dalam kes lain yang dihadapinya di mahkamah.

Najib kemudian melantik Hisyam daripada Tetuan Hisyam Teh sebagai peguam utamanya, manakala rakan kongsi ZIST, Liew dan Rueben sebagai peguam baharunya.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Hari ini, media juga dimaklumkan bahawa pendengaran usul untuk mengemukakan bukti baharu akan didengar terlebih dahulu pada Isnin dan jika usul itu ditolak, mahkamah akan terus mendengar rayuan utama.

Bagaimanapun, media diberitahu bahawa peguam Najib akan membuat permohonan lisan di mahkamah untuk menangguhkan rayuan utama selepas selesai hujah bagi usul bagi memasukkan bukti baharu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Pada Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapatinya bersalah menyalahgunakan RM42 juta daripada dana SRC.

Kes itu di peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lalu, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu.


INI SAJA ALASAN AHMAD NAZIM- KALAU GINI LA GAYANYA TABUNG LTAT WAL HASIL QUYUB

 

LIEW CHIN TONG






Saya amat terkejut membaca kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman.

Sekiranya ingin berpolitik semacam Datuk Seri Najib Razak, lebih baik Nazim Rahman undur dari tugas menjaga LTAT dan masuk arena politik.

𝟭. 𝗛𝘂𝗹𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗮𝘂𝗵

Nazim Rahman kata, “Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.”

Aspek yang paling penting untuk sebuah kapal adalah reka bentuk. Apa gunanya ada rangka atau badan kapal yang besar tanpa pendawaian, senjata dan peralatan?

Malangnya, detailed design LCS yang patut disiapkan pada November 2016 tetap kekal di tahap lebih kurang 80% pada tahun 2022.

Pembinaan kapal perang bukan seperti membuat kapal Lego.

Kapal sebesar LCS mempunyai sistem pendawaian dan paip yang panjang sekurang-kurangnya 300 kilometer. Di mana paip dipasang dan di mana pendawaian disambung, dan banyak lagi butiran yang perlu ditentukan dan dibina. Pembinaan kapal perang bukan sahaja ‘hull’ yang boleh dinampak dari laut berhampiran pulau Pangkor.

𝟮. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗸𝗮𝗹 (𝗯𝘂𝗹𝗸 𝗼𝗿𝗱𝗲𝗿)

Nazim Rahman juga berkata, “RM 6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir ke-semua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.”

Teori pembelian pukal ini satu lagi penipuan.

Dalam prosiding pada 1 Disember 2020, Tan Sri Ambrin Buang telah memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) bahawa:

“...what is glaring is pada keadaan biasa, sepatutnya kita sudah finalized the design before you sign the contract. You cannot sign the contract when you do not know what is the design. Itu menjadi masalah sehinggakan berpusing-pusing isu ini.” (Laporan PAC, mukasurat 15)

Kenapa beli peralatan sebelum reka bentuk dimuktamadkan?

Ini bukan main Lego, boleh pasang dan buka suka hati.

Lebih-lebih lagi, 15% daripada peralatan yang dibeli secara pukal ini telah lapuk dan obsolete.

Ini adalah pembaziran yang terlampau besar kerana pembelian peralatan dibuat sebelum reka bentuk dipersetujui oleh design authority iaitu Naval Group. Sekiranya reka bentuk diubahsuai atau ditukar oleh design authority dalam proses pengesahan, maka peralatan dan wang yang diguna untuk membeli peralatan memang dibazirkan.

𝟯. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗽𝘂𝗸

Menurut Nazim Rahman, “Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada Syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi. Pengambilan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk Syarikat PSC ini. Maklumat ada dalam laporan PAC.”

Kenyataan Nazim Rahman ini yang paling memeranjatkan, dan ia membuktikan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Eksekutif LTAT.

Macam mana beliau boleh setuju bahawa penggunaan dana LCS yang disonglap untuk ‘bailout’ projek New Generation Patrol Vessel (NGPV) adalah sesuatu yang wajar dan boleh diterima?

Satu hari nanti, takkan dana LTAT juga boleh disonglap untuk ‘bailout’ projek-projek yang lain. Salah guna dana adalah jenayah dan tidak boleh diketepikan.

Kenyataan Nazim Rahman di Facebook semalam adalah kenyataan yang paling mengejutkan kerana menunjukkan bahawa beliau langsung tidak faham proses pembinaan kapal perang dan juga gagal dalam peranan beliau sebagai Ketua Eksekutif LTAT.

 



KAH....KAH.....


 

NAMA PENERIMA DALAM PERBICARAAN GUAN ENG

 




Kes rasuah LGE. Cuba tengok nama tersenarai. Yang beri dan terima rasuah semua Melayu. Yang senyum je Cina. Adoi la. Pemimpin Melayu makan rasuah macam makan sambal tempoyak je ni. Yang pakai tanjak tu tak rasa terhina ke? Takde ke rasa nak bela maruah Melayu? Guane boh?

Raja Gelap

 

APA PUN PENYELEWENGAN DAH BERLAKU

 Penjelasan yang bagus.

Ini yang kita mahukan👍👍
LCS
1. Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama MINDEF dan TLDM baru-baru ini. Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.
2. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.
3. Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina 1, deliver 1. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan 6 kapal sekali harung.
4. RM6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.
5. Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.
6. RM9 bilion untuk 6 kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion. Egypt membelanjakan hampir RM1.9b untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9b satu LCS. US bina LCS mereka pada harga RM2.4b sebiji sebab lebih canggih.
7. Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.
8. Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC.
9. Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 engineers, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.
10. Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira 3 opsyen. 3 opsyen termasuk pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk JK Kabinet yang mengambil masa selama 8 bulan.

HEBAT KERAJAAN MELAYU ISLE

 

MOHD AFFENDI ABAS



Kerajaan Melayu-Isle BN - PN bebaskan tertuduh dari pendakwaan atas tuduhan menghabiskan wang rakyat untuk beli 6 jam tangan mewah bernilai RM 50.4 juta?

Alasannya tiada lagi mempunyai bukti utama yang terlibat dalam pertuduhan itu.

Dulu semasa dakwa tu ada bukti! Sekarang bukti Jam dibeli tu hilang?

Salah siapa?

#PNipu

#BNgsat

 

IQ LEBAI....AUMMMM