MOU AKHIRNYA AKAN DIPUTUSKAN- MAIL SABRI JUGA DALAM BAHAYA

 


PM, PH capai kata sepakat akhiri MoU, akan maklum dalam tempoh terdekat





Kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept tahun lepas memeterai MoU bagi membentuk kerjasama dwipartisan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai kata sepakat berhubung tarikh akhir memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai 13 Sept tahun lalu.

Ketua Whip PKR, Johari Abdul, berkata keputusan dicapai dengan perdana menteri itu bukan sahaja membabitkan PKR, namun meliputi PH secara keseluruhan.

Bagaimanapun, katanya, perincian kesepakatan yang dicapai itu belum didedahkan oleh pimpinan PH, dan dijangka dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Keputusan yang dicapai ialah dalam PH, bukan keputusan PKR sahaja. Yang kita faham ialah apa juga keputusan itu membabitkan pimpinan PH dengan perdana menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya difahamkan sudah ada kata sepakat antara pimpinan PH dengan perdana menteri, yang tidak dimaklumkan kepada kami lagi buat masa ini. Besar kemungkinan, sebaik sahaja PH buat keputusan, ia akan diumumkan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini MoU antara kerajaan-pembangkang, susulan terdapat percanggahan mengenai tarikh luput MoU.

Sebelum ini, pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, pula dilaporkan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tidak akan melanjutkan MOU terbabit, selepas 31 Jul.

Berdasarkan semakan, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik menjelaskan dokumen itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen ke-14.

Dokumen itu juga menjelaskan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Jul.

TIKTOK-KISAH WALAUN KENA HANCING-DENGAR ORANG MUNAFIK BOHONG AHLI


 

ULASAN MAMAT INI BAIK UNTUK DIDENGAR


 

DIA CAKAP BENDA LAMA PUNYA...KAH...KAH



 

TIKTOK HASSAN KARIM...NAJIB PATUT DIPENJARA SEBELUM KE MAHKAMAH RAYUAN -UNDANG UNDANG 2 DARJAT


 

Tidak Sahih ,Cuti itu masih dalam kajian .lagipun sajat belum mohon. harap maklong ....KEH ..KEH


ADI PAREY





 

NAJIB PECAT SHAFEE, LANTIK ZAID IBRAHIM TENTUKAN NASIBNYA DI RAYUAN AKHIR KES SRC

 

Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Bekas perdana menteri itu yang memberhentikan Tetuan Shafee & Co yang mewakilinya dalam kes SRC International sejak 4 Julai 2018, semalam dengan serta-merta, melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam, yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta-merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.

Menerusi surat yang sama, firma itu menyatakan bahawa Najib memaklumkan yang beliau melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.

“Sehubungan itu, pihak kami sedang berusaha melengkapkan proses penyerahan dokumen secara fizikal dan digital kepada ZIST, yang dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hari ini,” kata surat itu.

Firma guaman Tetuan Shafee & Co dilantik mewakili Najib sejak beliau dituduh dalam kes SRC International pada 4 Julai 2018.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen’s Counsel (QC) atau Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir kes berkenaan.

Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara, memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom. 

Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu, bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana. SRC International.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannyaberhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan Jho Low menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Rayuan akhir itu dijadualkan didengar selama 10 hari bermula pada 15 Ogos ini.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/07/980364/najib-pecat-shafie-lantik-firma-zaid-ibrahim-kendali-kes-rasuah-src

Sementara itu, Najib Razak yakin pelantikan barisan peguam baharu akan memberikan perspektif berbeza dalam pembelaan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan negara, SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penukaran barisan peguam itu dilakukan selepas Queen’s Counsel (peguam kanan dari United Kingdom),Jonathan Laidlow tidak diterima masuk untuk mewakilinya dan selepas berunding dengan peguam di Singapura dan peguam bela kanan India berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Pekan itu mengesahkan pelantikan Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguamcara dan Kaunsel (peguam), Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama serta Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.

“Pelantikan itu berkuat kuasa semalam. Peguam cara terdahulu iaitu Shafee & Co dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus bertindak sebagai peguam cara dan peguam dalam semua kes lain membabitkan di mahkamah.

“Saya ingin merakamkan sokongan dan penghargaan kepada seluruh pasukan guaman atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil.

“Adalah tidak adil bagi media untuk membuat kesimpulan atau melaporkan bahawa Shafee & Co disingkirkan daripada kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber –



IBUBAPA DOK KACAU GURU-GURU...TEKANAN GURU BESAR DAN PENGETUA..JABATAN PULA MINTA MACAM MACAM PROSEDUR...SEMUA CIKGU KENA BUAT...PALING BANGANG SEKALI BAHAGIAN ASET...LANTIK LA KAKITANGAN LAIN SELAIN GURU

 


648 guru di Melaka dikesan alami tekanan, sebahagian bersara awal



Shuhada Abdul Kadir
648 guru di Melaka dikesan alami tekanan, sebahagian bersara awal
648 guru di Melaka dikesan alami tekanan, sebahagian bersara awal. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Seramai 648 daripada 13,976 guru di Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan sepanjang berkhidmat sehingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.
Perkara itu dimaklumkan pada hari kedua Persidangan Ketiga Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, angka itu dikesan selepas saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang dilakukan secara sukarela dibuat melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.
Katanya, daripada jumlah itu juga, 28 atau 4.32 peratus guru berada pada tahap kemurungan dan beberapa tindakan diambil untuk memulihkan keadaan itu seperti kaunseling, melaksanakan Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak) kepada semua warga Jabatan Pendidikan negeri.
“Saringan yang dikendalikan Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan negeri adalah untuk mengukur tahap tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru di negeri ini.
“Selain itu, Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI), antaranya Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Program Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif COVID-19 turut dilaksanakan kearah melahirkan guru yang seimbang dari setiap aspek," katanya.
Muhamad Akmal (BN-Merlinau) terdahulu menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) mengenai punca kebanyakan guru mengambil tindakan bersara awal di negeri ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) mengenai peruntukan untuk menaik taraf dan pembaikan sekolah di Melaka, Muhamad Akmal berkata, pembinaan sekolah baharu akan dibina sekiranya sekolah sedia ada sudah mencapai bilangan bilik darjah fizikal 36 bagi sekolah rendah dan 42 bilik darjah bagi sekolah menengah.
"Mengikut rekod, permohonan projek baharu yang akan diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah Pusat Tingkatan Enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau, diikuti menaik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok, Jasin.
"Turut diberi tumpuan, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek," katanya.

TAHNIAH ZAMAN PH BERJAYA MENYELAMATKAN TH DARI LINGKUP...KITA TAK BELI BARANG DI LUAR NEGARA MACAM SEKARANG TANPA PENYATA LENGKAP


MOHD SHAH RIM


Tahniah Mantan Menteri Agama, Yb Mujahid Rawa, Pengurusan TH era PH dan Kjaan PAKATAN HARAPAN. Laporan audit negara mengesahkan usaha menyelamatkan TH ketika PH jadi kerajaan. Tahniah Mantan Menteri Agama, Yb Mujahid Rawa, Pengurusan TH era PH dan Kerajaan PAKATAN HARAPAN. Laporan audit negara mengesahkan usaha menyelamatkan TH ketika PH jadi kerajaan.




 




TAHUKAH ANDA ???

*Ketua Audit Negara sahkan kerajaan PH telah selamatkan Tabung Haji*

Ini adalah Sijil Ketua Audit Negara tentang Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk 2019.

Diperakui ikut MFRS (Malaysian Finance Reporting Standard) dan IFRS (International Finance Reporting Standard) dan patuh Akta TH.

Diperakui pd 23 Dis 2020. Akaun 2019 penting bukti kejayaan yang kami usahakan.

Syabas pasukan pemulihan!

#TerimaKasihALLAH



NAJIB GUNA PEGUAM DAP AKHIRNYA



LIYANA MARZUKI


Hari ni tetiba kita dimaklumkan Najib nak tukar lawyer. Dia pecat TS Shafee yang wakil dia sejak mula kes.

Tetiba dia lantik Zaid Ibrahim dan seorang lawyer dari Singapura.

Kes Najib nak jalan lagi 2 minggu lagi. Jangan buat akai nak tunda kes pulak. Sat lagi dia cakap la, lawyer baru dia perlu masa nak kaji kes bagai2.

Ni semua trick lama yang kita dah muak.

Sebelum ni dia dah buang masa mahkamah. Dia

masukkan permohonan untuk dapatkan Queen Counsel dr UK.

Ditolak oleh Mahkamah sebab isu undang2nya boleh je lawyer tempatan handle. Takyah omputih pun. La ni datang pulak stunt baru.

Teringat dulu, geng Wanita UMNO menjerit2 depan Mahkamah. Pertahankan Bosslu. Berang kenapa AG bukan Melayu dan tambah si TT ni peguam DAP pula.

Alih2 sekarang Peguam Omputih jugak yang dia cari.

Tak dapat Peguam Omputih, Peguam DAP juga yang Najib ambil. Zahid Ibrahim ni masih lagi ahli DAP ya? Dengan geng DAP jugak dia nak mintak tolong. Dah takde Peguam UMNO ka?

Tak cukup dengan itu, lantik pulak Peguam Singapura. Takde ke Peguam Malaysia?

Tu sebab propa Najib pasal kes dia ni jangan la kita terima. Nampaknya makin terdesak jua.

https://www.utusan.com.my/.../najib-pecat-shafee-lantik.../


FAHMI REZA BAKAL KENA LAGI




Pengampu istana dah buat police report! Description: 😂

Kepada pegawai polis yang bakal buka kertas siasatan, kita jumpa di Dang Wangi. You have my number, apa-apa roger.

Pengampu istana dah buat police report! Description: 😂

Kepada pegawai polis yang bakal buka kertas siasatan, kita jumpa di Dang Wangi. You have my number, apa-apa roger.

Pengampu istana dah buat police report! Description: 😂

Kepada pegawai polis yang bakal buka kertas siasatan, kita jumpa di Dang Wangi. You have my number, apa-apa roger.

 

SUATU KETIKA DAHULU DIA NI MEMANG MUSIBAT SUNGGUH. AKHIRNYA BUAT RAYUAN PUALK.

 


Jamal rayu keputusan bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok




Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos berkata rayuannya akan menumpukan berhubung semakan terhadap kesahihan dokumen dikatakan ‘Terhad’ Akta Rahsia Rasmi (AAR) 1972.

PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkannya membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, hari ini.

Katanya, rayuan terbabit akan dibuat memandangkan perjalanan kes itu tidak mematuhi prosedur ditetapkan kerana hakim perbicaraan menolak permohonannya membuat semakan terhadap dokumen utama perbicaraan kes yang dikatakan berklasifikasi ‘Terhad’ mengikut Akta Rahsia Rasmi (ARR) 1972.

“Pihak plaintif, sebelum perbicaraan dijalankan, pada saat-saat akhir telah menyerahkan surat bantahan untuk membantah dokumen-dokumen yang telah difailkan terlebih dahulu oleh peguam saya sejak lebih 18 bulan yang lalu. Plaintif memberi alasan bahawa dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai ‘terhad’ di bawah ARR 1972.

“Justeru, saya telah memohon untuk penangguhan penuh perbicaraan kes tersebut kerana saya memerlukan sedikit masa bagi melantik peguam baharu yang saya yakini lebih berpengalaman mengendalikan kes seumpama ini bagi pihak diri saya. Bagaimanapun, Yang Arif hakim telah menafikan hak saya untuk melantik peguam yang baharu,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Jamal berkata, susulan daripada keputusan itu, beliau tidak dapat mengemukakan pemeriksaan balas, malah tidak memanggil saksi pada perbicaraan kes.

“Oleh sebab itu, saya telah melantik peguam baharu untuk memfailkan rayuan keputusan ini ke Mahkamah Rayuan kerana saya berpandangan bahawa keputusan hakim yang menolak permohonan saya untuk membuat semakan terhadap kesahihan dokumen yang dikatakan ‘Terhad’ ARR 1972, adalah salah,” katanya.

Kok memfailkan saman fitnah pada 2017 selepas Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.

Jamal ketika mengulas lanjut, berkata semakan terhadap dokumen tersebut perlu dilaksanakan bagi mengesahkan sama ada ia benar-benar berstatus “Terhad” ARR 1972.

Beliau berkata, peguam baharu yang dilantiknya kini berada di London, United Kingdom, dan proses memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat.

Pada Jun, Jamal memecat peguamnya dan berkata, beliau berhasrat untuk mewakili dirinya. Bagaimanapun, beliau kemudian memohon perbicaraan ditangguhkan supaya beliau dapat mencari peguam baharu.

Bagaimanapun, hakim perbicaraan menolak permohonannya dengan berkata, perbicaraan ini telah berlarutan sejak 2017.

DEMO TURUN SEGERA DISIASAT, REPORT POLIS KE NAJIB BILA LAGI?


Najib pecat Shafee, lantik firma Zaid sebagai peguam rayuan kes SRC


Peguam Muhammad Shafee Abdullah dan firmanya Shafee & Co tidak lagi mewakili Najib Razak dalam rayuan akhir bekas perdana menteri itu membabitkan kes rasuah SRC International. Firma itu menambah bahawa Najib telah melantik firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguamcara baru.

Saya rasa YB Pagoh ada 'selective' amnesia - Khalid Samad



Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keputusan untuk batalkan SOSMA ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri (PH). "Saya rasa Pagoh ada 'selective' amnesia...," celah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad .

MENTOR MANTE PENYANGAK...KEH..KEH


 Zunar cartoonist fan club.


OWHHH RASANYA BARU SEKARANG ORANG FAHAM....KENAPA NO ANWAR

 NORMAN RADZUAN






Sekarang faham kenapa NO ANWAR..

ANGGAPLAH UKSB, PTPTN ORG POLITIK

Nama2 yg disebut menerima wang dari UKSB berjuta ringgit.

1)Zahid Hamidi(UMNO BN)

2)Muhyiddin Yasin(PPBM PN)

3)Hishamuddin (UMNO BN)

4)Khairy J(UMNO BN)

5)Reezal M(UMNO BN)

6)Shafie Apdal(Warisan)

7)Anifah Aman(dulu BN)

8)Mahathir (Pejuang)

9)Shahril Hamdan(UMNO)

10)Ong Ka Chuan (MCA)

11) Chan Kong Choy(MCA)

Skg faham kenapa "NO ANWAR"? Mereka cipta pelbagai isu seperti liwat, kemaruk jadi PM, tak sabar jadi PM, sudah tua dan bermacam mcm lagi utk menidakkan Anwar jadi PM.

Sebenarnya mereka takut Anwar jadi PM terbongkar segala kerakusan mereka. Sebab itu mereka pakat sama2 mereka walau apa jadi sekalipun kita sama2 kena halang Anwar. Mereka juga pakat makan sorang sikit.

Jika benar apa didakwa UKSB kesian org Melayu percaya scammer politik ini. Akhirnya merekalah yg terpaksa nenanggung kehidupan mewah pemimpin2 yg tidak pernah cukup. Tragedi…

 

TERINGAT KENAGAN LAMA BERSAMA FAEKAH BUKAN SESUATU YANG MUDAH DILUPAKAN. DULU TERKENAL..KINI FB SUKA SEKAT ORANG...SAMPAIKAN ORANG EMOJI SENYUM PUN DIA SEKAT...APA PUNYA MUSIBAT USTAZ..

 RAMZAN AHMAD

Sereyes aku tak paham dgn apa statement si ustaz ni...ada sesapa bulih tolng aku tak bab2 nak bagi paham yg yg dia tulih ni???dia penung kot dgn bab2 HUDUD ni yg puak2 dia laa yg dok canang dulu...last2 rhuyubbb mcmtu jaaa...dia lupa pulak kot yg puak2 dia yg jadi KERAjann skrg nimmm...

#MinioritiKontrolMajorityKononn




 

TAKUT GAJI KENA POTONG KA BHAI ??

 

"Don't play politics!" selar Annuar Musa bila ada yang mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi menghadapi inflasi. Menurutnya, memotong gaji menteri tak cukup membantu. Berapa sangat pun.

Aku tak nafikan. Kalau gaji semua menteri dipotong, tak banyak mana pun penjimatan dapat dibuat. Tapi tak banyak pun, setidaknya ada juga penjimatan. Kan? Dan kita bukan cakap soal 36 orang menteri sahaja.

Selain 36 menteri, ada berpuluh-puluh lagi timbalan menteri. Selain itu ada juga jawatan duta khas dan penasihat khas. Kemudian ada dibentuk jawatan kuasa atau pasukan khas lain yang biasanya semua berelaun.

Rasanya tak kurang ada 100 jawatan yang boleh dipertimbang untuk dipotong gajinya. Selain gaji, para menteri juga mewah dengan pelbagai elaun. Jadi sebenarnya banyak yang boleh dijimatkan kalau ianya dibuat.

Kerajaan juga boleh tutup beberapa kementerian dengan menggabungkan fungsinya. Contohnya seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli boleh digabungkan dengan Kementerian Air dan Alam sekitar.

Bayangkan kalau dibuat, berapa banyak lagi dana negara dapat diselamatkan. Tapi tak usah haraplah. Tak mungkin Isnail berani buat kerana kedudukan dia sebagai PM amat bergantung kepada sokongan mereka yang dilantik ini.

Cuma satu saja aku nak semua rakyat sedar. Bila ada pihak cadangkan agar gaji menteri dipotong, bukan main melompat lagi si Annuar ni. Tapi dia tak melompat sikit pun bila subsidi untuk rakyat ditarik balik atau dikurangkan.

Penarikan subsidi itu sebenarnya tak jauh bezanya dengan pemotongan gaji. Kalau dulu RM100 cukup untuk belanja seminggu, sekarang hanya untuk tiga hari. Gaji jadi tak cukup. Sama ertinya dengan gaji dipotong.

Inilah bukti jelas mereka hanya pentingkan diri. Tak wujud pun kebajikan rakyat dalam fikiran mereka. Rakyat nak miskin, lantak koranglah. Janji gaji aku tak kurang. Janji aku dapat pakai jam mewah dan baju mahal.

Yang bermati-matian mempertahankan mereka ini, tanyalah diri sendiri. Sedang kamu terhimpit kini, mereka seronok bermewah-mewah dengan gaji yang kamu sendiri bayar mereka. Berbaloikah? Guane boh?

Raja Gelap