KAWAN KOT....AMBOIII LEBAI MANA MENGGATAI LAK..OSTAT KAN...

 


Keakraban Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dengan seorang wanita dikenali sebagai Dak Nor mencuri perhatian netizen apabila satu perkongsian mesej tular di media sosial baru-baru ini.


https://www.kosmo.com.my/2025/12/20/hanya-dak-nor-yang-berani-hawaukan-yb-helmy/





PTPTN... SEMUA JANJI... TAPI PAS YAKIN POTONG PTPTN

 




𝗛𝗔𝗣𝗨𝗦 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗧𝗣𝗧𝗡: 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜, 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗕𝗨𝗔𝗧


✍️ Ahmad Mursi 


1.  Hampir semua pemimpin parti kecuali BN, pernah kata nak hapuskan PTPTN, tapi waktu pegang kerajaan, tak mampu nak laksanakan.


2.  Apa yang diucapkan dalam ceramah, tidak semestinya masuk dalam janji manifesto.


3.  Jadi lebih tepat ceramah itu dianggap hasrat, angan-angan, cita-cita, retorik politik atau idealisme, bukanlah komitmen rasmi.


4.  Apatah lagi, jika yang berceramah itu budak mentah, pelajar universiti seperti Adam Adli dulu.


5.  Pada PRU14, PAS masukkan dalam manifesto untuk hapus hutang, PH janji hanya tangguh, BN tiada janji.


6.  Ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Ibrahim yang selepas itu jadi Menteri Tebok Atap, tapi gagal laksanakan.


7.  Kadang-kadang waktu ceramah dibuat, keadaan kewangan negara masih ada ruang untuk laksana.


8.  Tapi keadaan itu boleh berubah-ubah, menyebabkan pelaksanaan idea itu boleh jadi bencana kepada negara dan dianggap tidak bertanggungjawab.


9.  Janji manifesto pula, tidak sama dari PRU ke PRU mengikut keadaan kewangan negara dan keperluan semasa. Jadi pelik jika kita tuntut hal-hal zaman dulu kala.


10.  PTPTN ini revolving fund, duit bayaran balik peminjam lama digunakan untuk dana pinjaman pelajar baharu.


11.  Dengannya, rakyat ada akses kepada pendidikan tinggi, tapi bukan percuma.


12.  Hapus PTPTN, maka tiadalah kemudahan pinjaman untuk generasi berikutnya bayar yuran universiti.


13.  Tentulah saya juga ada angan-angan nak tengok 100% pendidikan negara kita percuma. Benda percuma, siapa tak nak kan.


14.  Tapi di negara berpendidikan percuma, cukai yang dibayar rakyatnya juga tinggi. Kita sanggup ke?


15.  Misalnya di Finland, gaji €5,000 sebulan boleh dipotong hampir separuh, sekitar €2,200 termasuk cukai dan caruman sosial. Di Malaysia pula, gaji RM5,000 biasanya dipotong sekitar RM700 sahaja termasuk KWSP dan cukai.




PAS MANA BUAT APA APA PAS HANYA MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PARTI TUNGGANG AGAMA DAN FITNAH


Rafizi Ramli


 Kalau ada parti yang berharap menang hanya kerana rakyat “menyampah” pada parti lain, itu strategi yang rapuh. Sejarah politik kita sendiri menunjukkan: ketika pihak lawan nampak bermasalah, itu bukan tiket percuma untuk sesiapa.






Dalam era digital, pengundi mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Pengundi atas pagar mudah berubah menjadi "swing voters", dan mereka tidak mengundi semata-mata kerana marah atau ikut “arahan” parti.


Mereka mencari satu perkara: apa yang parti ini tawarkan untuk masa depan, sesuatu yang memberikan mereka harapan, bukan sekadar rasa “yang ini kurang teruk.”


Untuk menang dengan sebenar-benarnya, perlu ada naratif yang meyakinkan tentang bagaimana keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini.


Tonton ulasan penuh saya berkenaan siapa bakal pemenang PRU16 di Podcast YBM Episod 27:

 https://www.youtube.com/live/W5gI93CKvl0?si=kSuIpT-DvL8Fn786




BANYAK BALIK AL AZHAR TAK JADI USTAZ TAPI PANGGEE USTAZ


Che Ibrahim


 Taufiq tak praktis HO tak layak guna title doctor?,

Bakpo wat tak lulus Al Azhar belambak lambak boleh guna title ustaz/tok guru?? 


Dua dua tu perawat, doktor rawat sakit fizikal/luaran, ustaz rawat penyakit rohani/dalaman.




BAIK PILIH CINA JA JAGA KEDAH


Mohd Asri Abu Bakar


 Banyaknyer la masa2 dia untuk beriadah (bukan beribadah)?. Hmmmm, tu pasal la aku cakap... elok jer lantik MB Kedah tu dari kalangan org Cina, sbb mereka (cina) ni, dia fokus & sentiasa berfikir dlm usaha2 utk mengembangkan ekonomi dan pandai pula menguruskan pentadbiran negeri..(cam KM Penang laaa). 




Katalah Syarat utama utk menjadi MB adalah seorg Islam...maka tak salahlah jika kita ambil @ lantik org2 Cina yg beragama Islam. Tapi keturunan Cina cam nusi tu...kureng sikit. 


Lagi satu, saja la nak habaq kat hangpa...Islam pun sangat2 terbela di Penang. Malahan, dlm satu kajian oleh The Muslims report... mendapati, org2 Melayu di Penang adalah "bangsa Melayu yg paling bahagia di Malaysia". Nusi & Kedah ada? Takdak apa pun!!!. 🤭🤣🤣🤣. Sebab tu la aku keberatan dah nak balik ka Sik @ Kedah. Malu sgt2....




DUA EKOQ NI DA TOLONG MELAYU DAK?





 

WOII PAKCIK..TANAH HANG CINA AMBIK BANYAK MANA DAH

 


DULU PECAHBELAHKAN UMMAT ISLAM DENGAN DALIL SOLAT DUA IMAM..NIKAH TAK SAH DAN BANYAK LAGI...DI AKHIR HAYAT..BEETAUBATLAH HADI AWANG

 


PAS DAH KELUAR DALIL BARU...BERTAUBATLAH HADI AWANG... 


Dosa bersangka buruk, putarbelit tak tentu hala dan memfitnah segala apa berkait kerajaan amat besar, gara-gara PAS berebut kuasa dan kedudukan... 






Selesaikan dulu perpecahan kronik korang, jangan terjebak fitnah semata-mata untuk alihkan perhatian daripada masalah korang...


Selesaikan dulu pergeseran antara Bersatu dan PAS berhubung soal "siapa harus jadi Pengerusi PN, siapa harus jadi calon PM."


Mohon maaf dulu atas putarbelit lampau dalam isu URA, isu Kg Sg Baru, isu kedaulatan negara, dan isu rombakan kabinet, antara lain.


Mohon maaf juga atas retorik beracun bersempadankan perkauman ekstrimis yang disembur, khususnya dalam isu URA dan rombakan Kabinet, yang mampu menyesatkan ummah, termasuk penta'asub..


Lepas itu baru cerita...


RJ Rithaudeen




BAKPO MARAH KE ULARMAK.... KANG MASUK NERAKA MUNG...

 


Ramai marah arini sebab banyak jalan bandar Kuala Terengganu byk kena tutup. PAS dok rok cetong. 


Undang kemarahan orang ramai. Rakyat Terengganu bukannya semua walaun..Bangkit Rakyat Terengganu. Wajib tolak PAS dalam PRU akan datang..










HIDUP DAP....



 KENYATAAN MEDIA






DAP Melaka memandang serius satu surat yang ditularkan di media sosial yang menunjukkan bahawa JAIM mengarahkan supaya tiada hiasan Krismas dibenarkan di hotel dan premis makanan yang diperakui halal di negeri perlancongan Melaka.


Isu ini telah menimbulkan kebimbangan kerana ia memberi kesan negatif kepada para usahawan serta menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan. Melaka menerima pelbagai pelawat dari dalam dan luar negara, dan adalah amalan biasa bagi hotel-hotel dan premis makanan di Malaysia untuk mempamerkan ucapan serta hiasan mengikut musim perayaan termasuk Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. 


Hiasan perayaan tidak sepatutnya menjadi isu kerana Malaysia ialah sebuah negara majmuk. Amalan meraikan kepelbagaian budaya serta hari perayaan telah lama menjadi asas keharmonian dan perpaduan negara.


Merujuk kepada insiden pada tahun 2023 di mana JAKIM menjelaskan bahawa tiada halangan bagi mana-mana kedai kek bersijil halal menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan Merry Christmas pada kek atau seumpamanya, DAP Melaka menyeru JAIM supaya mengambil pendirian yang selari dengan semangat keputusan tersebut bagi meraikan kepelbagaian masyarakat di Malaysia khususnya di negeri Melaka. 


DAP Melaka menyeru Ketua Menteri Melaka untuk menjelaskan perkara ini dengan segera serta mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat, keyakinan pelabur dan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.


DAP Melaka

19 Disember 2025


———


马六甲民主行动党

19 Disember 2025




PENDEDAHAN SALAHGUNA DUIT MAHATHIT KETIKA ZAMAN PEMERINTAHANYA


 

PAPAGOMO DIDAKWA TERIMA SUMBAMGAN BAYAR SAMAN ANWAR TANPA KEMAS KINI PERNIAGAAN






Papagomo didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan perubahan butiran perniagaan kepada pihak berkuasa berkaitan penerimaan sumbangan orang awam bagi membayar saman yang dikenakan terhadapnya dalam kes saman fitnah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai Papagomo, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.


Dia didakwa, selaku individu yang bertanggungjawab bagi perniagaan Invoice Solutions, iaitu perniagaan perkhidmatan dan pengurusan majlis, gagal mengemukakan perubahan terhadap butir-butir berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman, kes bernombor 23NCVC-37-03/2013.


Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 24 Oktober 2017 hingga 30 November 2017 yang didakwa mengikut kesalahan di bawah Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Anas Mahadzir memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.


Bagaimanapun, peguam Muhammad Amirul Ar-Rasyid memohon jaminan yang lebih rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan sedang berhadapan dengan beberapa kes saman lain di mahkamah.


Mahkamah kemudiannya membenarkan Papagomo diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes. - Sumber Bernama.



UPAH RM150 TAK BERBALOI, POLIS NASIHAT B49 HENTI SELUDUP MIGRAN







Polis Kelantan menasihatkan orang ramai, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40), supaya menghentikan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan dan melindungi migran kerana berdepan hukuman berat yang tidak setimpal dengan upah diterima.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kebanyakan individu yang terlibat sebagai tekong, pelindung atau pengangkut migran terdiri daripada golongan B40 yang terpedaya dengan upah rendah antara RM150 hingga RM500 bagi setiap perjalanan.


Menurut beliau, di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, khususnya Seksyen 26A dan 26J, sebanyak 50 kertas siasatan telah dibuka melibatkan tangkapan 70 tekong dan 332 migran.


"Dalam tempoh itu, polis turut merampas 39 kenderaan termasuk kereta, bas dan motosikal yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan.


"Hukuman bagi kesalahan ini amat berat, termasuk penjara sehingga 20 tahun serta denda yang tinggi. Ia langsung tidak berbaloi dengan upah kecil yang diterima," katanya semasa sidang akhbar hari ini.




TERUS TERANG CAKAP. KALAU NAK BANDING DENGAN 33 BULAN DULU.. IANYA LEBIH BAIK... DENGAN FIKIRSN YANG WARAS.


 Ini adalah kedudukan tiga parti utama dalam kerajaan bersama jawatan menteri dan timbalan menteri yang masing-masing miliki.


Apakah kuantiti menggambarkan kualiti atau yang penting ialah kuantiti (jumlah kementerian), bukan kualiti (berkuasanya kementerian itu)?








CERPEN

 

Kata Hati


Malam semakin larut. Di balik tingkap pejabat yang sunyi, Anwar Ibrahim termenung lama. Lampu kota berkelip-kelip, seakan menyampaikan denyut nadi rakyat yang tidak pernah berhenti berharap. Di saat inilah, fikirannya paling jujur berbicara.





“Aku tidak pernah mengimpikan kemegahan ini,” bisik hatinya. Jawatan hanyalah amanah, bukan mahkota.


 Setiap keputusan yang dibuat terasa berat, kerana di hujungnya ada wajah-wajah biasa—petani yang resah tentang harga hasil, pekerja yang mengira baki hujung bulan, ibu bapa yang mengharap masa depan anak-anak lebih terjamin.


Kadang-kadang, sunyi ini menuntut ketabahan. Kritikan datang bertalu-talu, prasangka berlegar tanpa henti. Namun Anwar tahu, jika dirinya goyah, goyah juga harapan ramai. Lalu dia memilih untuk bertahan, bukan demi nama, tetapi demi makna.


“Aku tidak mengingini kepentingan sendiri,” tekadnya perlahan. Yang diharap hanyalah senyuman kecil di wajah rakyat—apabila harga berpatutan, peluang terbuka, dan keadilan terasa dekat. Kebahagiaan mereka itulah doa yang paling panjang.


Dia bangkit, menghela nafas, dan menutup lampu. Esok akan datang dengan cabarannya sendiri. Namun selagi amanah ini dipikul, satu perkara tetap utuh di dada: bahagia rakyat jelata, itulah tujuan. Dan untuk itu, dia akan terus melangkah.



OAS YANG JANJI. KIOK LA BESUT


 

SIARAN POTCAST UNTUK TERUS TERANG


 

TAK PERNAH CAMPURTANGAN. PEMUDSHCARA... CAM PEMBANGKANG KAT MALAYSIA... TAK ADA ISU.. LEMH TENAGA BATIN


 

KEH KEH KEH.. KALAU TAK BENGGONG MEMANG PN LA.

 


BAGI TENGOK? WOIII KALAU BAGI, MELINGKUP LA...4 NEGERI YANG PEGANG, TAK DA APA HANGPA BUAT


 

Bodoh Sejak Dalam Perut.


Djebat Cannel





Ramai yg menggelejat bila Adam Adli dilantik Tim Menteri Pengajian Tinggi selepas Rombakan Kabinet baru2 ini. Komen yg popular meminta Adam Adli menghapuskan hutang PTPTN seperti yg pernah dia janjikan semasa dia bergulimg2 dulu.


 Aku Tak salahkan Adam Adli. Dia tu memang banggang Sejak Dalam perut lagi. Mulut dia lebih laju Dari otak dia. Yg kowang percaya Cakap budak kemarin sore yg tak habis belajar tu dah kenapa?


Cadangan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu adalah cadangan banggang namun sentiasa mendapat sambutan hangat. Ia mudah difahami, cepat mendapat sokongan, dan kedengaran mesra rakyat.


Siapa yg tidak mahu sistem pendidikan tinggi tanpa hutang. Namun dalam dasar awam, idea yg popular tidak semestinya mampan.

Soalan yg jarang ditanya ialah, jika PTPTN dimansuhkan, siapa sebenarnya yg akan membayar kos pendidikan tinggi dan apakah kesannya kepada pembangunan bakat negara dalam jangka panjang.


Pendidikan tinggi bukan sekadar soal membantu individu keluar dari kesempitan kewangan. Ia merupakan instrumen penting pembangunan bakat dan daya saing ekonomi negara.


Institusi pengajian tinggi (IPT) berperanan melahirkan tenaga kerja berkemahiran, menyokong inovasi, meningkatkan produktiviti, dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.


Dalam kajian pendidikan tinggi, pembiayaan universiti dilihat sebagai pelaburan jangka panjang negara, bukan perbelanjaan kebajikan semata2. Oleh itu, perbahasan tentang PTPTN tidak seharusnya terperangkap dalam isu hutang semata2, tetapi perlu dinilai sebagai persoalan pelaburan negara.


Selain itu, hakikat yg sering diketepikan dalam wacana pendidikan percuma ialah kos sebenar pendidikan.


Tenaga pengajar, kemudahan kampus, penyelidikan, subsidi dan pentadbiran semuanya memerlukan pembiayaan berterusan. Memansuhkan PTPTN tidak menghapuskan kos tersebut.


Sebaliknya ia hanya memindahkan kos berkenaan kepada pembayar cukai.

Persoalannya ialah sama ada struktur fiskal dan percukaian Malaysia hari ini benar2 mampu menampung peralihan beban tersebut atau tidak.


Setakat 30 Sept lalu seramai 4.18 juta peminjam telah menerima kemudahan pinjaman PTPTN dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM76.67 bilion.


Angka itu mencerminkan peranan besar PTPTN dalam memperluas akses kepada pendidikan tinggi selama lebih dua dekad.


Namun data yg sama turut mendedahkan cabaran serius dari segi kemampanan sistem.

Seramai 1.2 juta peminjam direkodkan sebagai culas membayar balik pinjaman, manakala 359,000 daripadanya langsung tidak pernah membuat sebarang bayaran selepas menamatkan pengajian.


Jumlah tunggakan pinjaman PTPTN kini mencecah RM11.18 bilion.


Angka2 itu menunjukkan bahawa masalah utama PTPTN bukan sekadar kewujudan hutang pendidikan, tetapi kelemahan struktur bayaran balik, tingkah laku peminjam, ketidaksepadanan antara kos pendidikan dan kebolehpasaran graduan serta isu kebertanggungjawaban.


Perbincangan ini menjadi lebih kritikal apabila dilihat dalam konteks percukaian negara.

Malaysia mempunyai asas cukai yg rendah. Hakikatnya, hanya sekitar 15 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia membayar cukai pendapatan. Majoriti rakyat berada di bawah ambang percukaian atau menikmati pelbagai pelepasan.


Pada masa yg sama, cukai penggunaan pula terhad dan sering menjadi isu sensitif.

Jika PTPTN dimansuhkan, kerajaan hanya mempunyai dua pilihan yg realistik. 


Sama ada menaikkan cukai secara langsung atau tidak langsung, atau mengurangkan peruntukan sektor awam lain seperti kesihatan, pengangkutan awam dan kebajikan sosial.

Kedua2 pilihan tadi membawa implikasi besar kepada kesejahteraan rakyat keseluruhan.


Di sinilah timbul persoalan keadilan dasar. Graduan universiti – secara purata – menikmati pulangan pendapatan yg lebih tinggi sepanjang hayat berbanding bukan graduan.

Memansuhkan PTPTN secara menyeluruh bermakna kos pembangunan bakat graduan akan ditanggung oleh semua rakyat, termasuk golongan berpendapatan rendah, lepasan TVET, dan pekerja yg tidak pernah berpeluang ke universiti.


Persoalan yg wajar ditanya ialah sama ada adil golongan yg tidak menerima manfaat langsung daripada pendidikan tinggi menanggung kos tersebut melalui cukai.


Pada masa yg sama, adalah penting untuk ditegaskan bahawa hujah ini bukanlah penolakan terhadap bantuan pendidikan. Malah, pendekatan bersasar sudah mula diterapkan.


Dalam Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan inisiatif pendidikan percuma PTPTN yg melibatkan kira kira 5,800 anak keluarga miskin yg mengikuti pengajian di IPT awam dengan peruntukan sekitar RM120 juta setahun.


Langkah berkenaan menunjukkan bahawa isu sebenar bukan sama ada bantuan perlu diberikan atau tidak, tetapi bagaimana ia disasarkan dengan tepat kepada golongan yg benar2 memerlukan tanpa membebankan kewangan awam secara menyeluruh.

Pada asalnya, PTPTN diwujudkan sebagai mekanisme perkongsian kos dan tanggungjawab.


Negara menyediakan akses awal kepada pendidikan tinggi, manakala individu membayar balik pinjaman setelah memperoleh manfaat ekonomi daripada kelayakan tersebut selepas mereka bekerja.


Prinsip ini selari dengan pendekatan banyak negara yg melihat pendidikan tinggi sebagai pelaburan bersama antara negara dan individu.

Masalah yg wujud pada hari ini lebih terkait dengan pelaksanaan, termasuk struktur bayaran balik yg kurang fleksibel dan kelemahan penguatkuasaan.


Sebagai dasar pembangunan bakat, pendidikan memerlukan pembiayaan yg mampan dan berakauntabiliti. Pemansuhan PTPTN tanpa alternatif yg jelas berisiko melemahkan disiplin fiskal dan menghakis rasa tanggungjawab bersama dalam sistem pendidikan tinggi.


Lebih membimbangkan, pendekatan ini boleh menggalakkan persepsi bahawa pendidikan ialah hak tanpa komitmen, sedangkan pelaburan yg baik memerlukan pulangan dan pengurusan yg berhemah.


Perbahasan mengenai PTPTN seharusnya tidak terperangkap antara dua pilihan ekstrem, sama ada memansuhkan sepenuhnya atau mengekalkan sistem sedia ada tanpa pembaharuan.


Banyak negara menunjukkan bahawa pinjaman pendidikan boleh berfungsi secara lebih adil dan efisien jika direka dengan betul. Australia dan United Kingdom, misalnya, mengamalkan sistem bayaran balik pinjaman pendidikan berasaskan pendapatan.


Melalui pendekatan itu graduan hanya mula membayar balik pinjaman apabila pendapatan mereka melepasi paras minimum tertentu. Bayaran pula dibuat secara automatik melalui sistem percukaian bagi mengurangkan tunggakan serta masalah pematuhan.


Pendekatan yg hampir sama turut dilaksanakan di New Zealand. Di negara itu pinjaman pendidikan disepadukan dengan sistem cukai dan potongan gaji, dengan kadar faedah yg rendah dan struktur bayaran balik yg mudah.


Model tersebut menunjukkan bahawa keberkesanan sistem pembiayaan pendidikan tidak terletak pada pemansuhan hutang, tetapi pada reka bentuk institusi yg memudahkan bayaran balik dan mengekalkan kebertanggungjawaban.


Sebaliknya, negara2 yg menawarkan pendidikan tinggi percuma secara total – seperti di Scandinavia – hanya mampu berbuat demikian kerana struktur cukai mereka yg tinggi dan meluas. Ia adalah keadaan yg belum wujud di Malaysia.


Mengimport model pendidikan percuma mutlak tanpa membincangkan asas percukaian yg menyokongnya bukan sahaja tidak realistik, malah berisiko menekan kewangan awam dan mengorbankan perbelanjaan penting lain.


Dalam konteks Malaysia, persoalan sebenar bukanlah sama ada memansuhkan PTPTN itu popular atau tidak, tetapi apakah sistem pembiayaan pendidikan kita selari dengan realiti fiskal dan matlamat pembangunan bakat negara.


Jika pendidikan tinggi benar2 ingin dilihat sebagai pelaburan negara, maka penyelesaiannya ialah membaiki struktur PTPTN agar lebih adil, lebih cekap, dan lebih berakauntabiliti, bukannya memansuhkannya.

Populariti dasar mungkin memenangi sokongan massa untuk jangka pendek, tetapi hanya kemampanan yg mampu menjamin masa depan pendidikan dan pembangunan bakat Malaysia.



DAPATKAH NAJIB TAHANAN RUMAH 22 DISEMBER INI?



19 December 2025


Kes semakan kehakiman berkaitan titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan rumah akan diputuskan Mahkamah Tinggi pada Isnin, 22 Disember ini.


Kemelut titah adendum itu telah melalui jalan yang berliku-liku sebelum sampai ke tahap yang dinanti-nantikan ini, terutama buat penyokong-penyokong Najib.


Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pada mulanya menetapkan 5 Januari 2026 bagi memberikan keputusan selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.


Bagaimanapun tarikh itu diawalkan kepada 22 Disember.


Menjelang detik yang dinanti-nantikan itu, peguam Naiib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, jika keputusan Mahkamah Tinggi Isinin nanti memihak kepada bekas Perdana Menteri itu, keputusan tahanan rumah mesti dilaksanakan serta-merta.


“Saya ingin menegaskan jika keputusan memihak kepada kami, beliau mesti menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan serta-merta,” katanya dalam satu sidang media semalam.


Bagaimanapun, menurut Muhammad Shafee, beliau memahami beberapa prosedur perlu dibuat sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan keluar dari Penjara Kajang.


“Isu yang akan timbul ialah di rumah mana anak guam kami akan ditempatkan, siapa yang akan mengawal di lokasi berkenaan.


“Saya faham persiapan perlu dibuat di kediaman yang akan dipilih, namun saya percaya anak guam kami mesti dibenarkan pulang tanpa berlengah lagi,” tambah beliau.


Ditanya mengenai kemungkinan Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan (jika keputusan mahkamah berpihak kepada Najib), Muhammad Shafee berkata ia tidak akan menjejaskan perlaksanaan keputusan mahkamah itu.


Katanya, ia juga tidak akan mempengaruhi keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang akan diputuskan mahkamah pada Jumaat, 26 Disember depan.


“Jangan campur-adukkan kes 1MDB dengan titah adendum membabitkan kes SRC International Sdn Bhd.


“Kes ini melibatkan pembebasannya, yang mana Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya pada tahun 2022,” tegasnya.


Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.


Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.


Persoalan yang dinanti-nantikan sekarang ialah apakah keputusan mahkamah Isnin ini akan memihak kepada Najib yang membolehkannya menjalani tahanan rumah atau beliau akan terus menjadi penghuni Penjara Kajang? –ShahbudinHusin 19Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/dapatkah-najib-tahanan-rumah-22-disember-ini/




Cap Ayam - Jom Saya Cerita Satu Persatu


Mohd Faisal







1. Saya kenal dan tahu banyak mengenai susur galur keluarga beliau. 


2. Walaupun kita mungkin banyak tidak bersetuju dengan kenyataan2 atau gelagat politik beliau, tetapi kita tidak boleh menafikan kehebatan yang beliau miliki. 


3. Beliau bukan calang2 orang dan bukan jenis cap ayam. 


4. Beliau dilahirkan dari keturunan atau baka yang baik2. Genetik atau DNA beliau bukan biasa2. 


5. Neneknya yang orang kampung panggil Mok Joh,  adalah guru agama yang berdakwah secara sukarela tanpa bayaran apa2 ke kampung2 pada zaman dulu. 


6. Mengajar kaum2 wanita tentang cara solat, cara mandi hadas, cara memasak dan perkara2 lain yang berkaitan wanita. Besar tau jasanya kepada masyarakat. Sampai ke hari ini orang bercakap pasal Mok Joh. 


7. Neneknya anak kepada Tok Selehor, salah seorang ulama terkenal Kelantan satu masa dulu. Tok Selehor adalah rakan sepengajian Tok Kenali. Ulama besar zaman dulu. 


8. Bapanya, Dato Dusuki Ahmad adalah seorang yang berkelulusan syariah dari Al Azhar. Pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat (BN) selama dua penggal. 


9. Zaman kecil2 dulu jika saya bermain di padang permainan kanak2, akan ada kerusi2 batu tertulis sumbangan Dato Ahmad Dusuki - Ahli Parlimen Tumpat. 


10. Itulah serba sedikit susur galur keluarganya.


11. Kata orang Kelantan, kalau moyang elok, nenek elok, ayah pun elok, sudah tentu anaknya juga elok. 


12. Ya benar….


13. Beliau adalah graduan Sarjana Ekonomi dan Kewangan Islam (UIA). 


14. Beliau juga ada PhD dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari sebuah universiti di UK. 


15. Beliau pernah dipilih sebagai Graduan Terbaik UIA dan Graduan Terbaik Kebangsaan pada tahun 2000. 


16. Sebelum masuk politik beliau banyak membangunkan hal2 kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia. 


17. Beliau juga banyak memberi latihan dan hal2 berkaitan kewangan Islam kepada banyak negara2 Timur Tengah, Afrika dan Korea. 


18. Senang ceritalah, Asyraf ini kalau beliau terus dalam kerjayanya, beliau bukan orang biasa2 sekarang. 


19. Jika beliau kerja di Malaysia mungkin beliau telah jadi, paling kurang pun Penolong Gabenor Bank Negara. 


20. Jika beliau kerja di Timur Tengah, berebut institusi kewangan mahukan beliau. Gajinya mungkin beratus ribu dollar sebulan. 


21. Tetapi beliau memilih untuk masuk politik di Malaysia. Ianya tidak kemana. Lepas kalah, kalah lagi. Kemudian kalah lagi. Senator pula dah habis penggal. Nasib tidak menyebelahi dia. 


22. Sebab apa…


23. Bagi saya mudah ja, dia bukan dilahirkan untuk jadi ahli politik. 


24. Allah hantar dia ke dunia ini untuk menyumbang kepada DUNIA, tentang sistem kewangan Islam. Mungkin Allah mahu beliau basmi riba. Saya kata mungkin.


24. Tapi dia berkeras juga untuk kekal dalam politik. 


25. Saya cakap serius ini….bukan saya bergurau atau bernada sarkastik. 


26. Sebenarnya saya telah lama nak tulis perkara ini, tetapi tidak ada waktu yang sesuai. Sebab sekarang ini musim orang bercakap tentang tahap pendidikan pemimpin2 politik, jadi inilah masa yang sesuai. 


27. Saya mengkagumi beliau, saya menyukai beliau, kerana saya tahu siapa beliau. Tambahan pula dia orang kampung saya. Sudah tentu saya bangga. 


28. Tapi saya geram kerana dia mahu terus kekal dalam politik walaupun isyarat untuk dia tidak bagus. 


29. Saya tidak boleh tahan melihat gelagat2 dan kenyataan2 politik beliau dan beliau sering menjadi gelak ketawa orang ramai di media sosial. 


30. Saya tahu benda2 atau gelagat2 politik itu beliau terpaksa lakukan kerana hendak disesuaikan dengan keadaan politik. Ada kala terpaksa membodohkan diri. Kasihan tau…


31. Jika hari ini beliau berada dalam bidangnya, saya yakin namanya akan harum dan beliau akan menjadi sanjungan orang2 hebat seluruh dunia. 


32. Berebut dunia mahukan dia. Tambahan pula beliau dari Malaysia. Sebuah negara yang dikagumi terutama di Timur Tengah. 


33. Itu pandangan saya tentang beliau. Apa pula pandangan anda dan yang anda rasakan. Mohon kongsikan agar perbincangan lebih menarik dan menjadi ilmu kepada orang lain. 


Nota: Esok atau lusa saya akan tuliskan kisah bagaimana seorang ahli politik yang meninggalkan politik dan menjadi orang besar dalam bidangnya.





Mereka yang mengenali saya tahu



 Mereka yang mengenali saya tahu —

setiap kali saya berbahas di Parlimen, saya tidak pernah gagal menyebut tentang Anak Menantu Pagoh.


Ada yang bertanya,

“Kenapa asyik kejar isu ini? Bukankah ia tidak ada kena-mengena dengan anda?”


Jawapan saya mudah.





Kerana wang yang terlibat ialah wang negara. Wang rakyat.


Anak menantu Pagoh, Adlan Berhan, dikehendaki oleh SPRM dan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan pecah amanah jenayah dan rasuah, namun sehingga hari ini telah berada di luar negara lebih dua tahun.


Sepanjang tempoh itu, Adlan Berhan dilaporkan hidup mewah —

keluar masuk negara Timur Tengah, melancong ke beberapa negara, bermain golf di Thailand dan mengunjungi lapang sasar.


Pada 17 Mei 2023, Adlan terbang ke New Zealand, ketika bapa mertuanya - bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.

Empat hari kemudian, peguamnya pula terbang ke Jakarta.

Walaupun kenyataan dikeluarkan menafikan melarikan diri, hakikatnya sehingga hari ini mereka masih belum pulang ke Malaysia.


Sejak 7 Ogos 2023, SPRM mengesan mereka bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan projek pendaftaran dan pengambilan pekerja asing serta penyimpanan biometrik, bernilai RM595 juta, di mana hampir RM50 juta didakwa disalah guna.


Ini bukan soal politik semata-mata.

Ini soal akauntabiliti, keadilan dan amanah terhadap rakyat.


Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk terus bertanya, terus mendesak,

dan tidak membiarkan isu ini senyap begitu sahaja.



#P138KotaMelaka

#KhooPoayTiong