Cap Ayam - Jom Saya Cerita Satu Persatu


Mohd Faisal







1. Saya kenal dan tahu banyak mengenai susur galur keluarga beliau. 


2. Walaupun kita mungkin banyak tidak bersetuju dengan kenyataan2 atau gelagat politik beliau, tetapi kita tidak boleh menafikan kehebatan yang beliau miliki. 


3. Beliau bukan calang2 orang dan bukan jenis cap ayam. 


4. Beliau dilahirkan dari keturunan atau baka yang baik2. Genetik atau DNA beliau bukan biasa2. 


5. Neneknya yang orang kampung panggil Mok Joh,  adalah guru agama yang berdakwah secara sukarela tanpa bayaran apa2 ke kampung2 pada zaman dulu. 


6. Mengajar kaum2 wanita tentang cara solat, cara mandi hadas, cara memasak dan perkara2 lain yang berkaitan wanita. Besar tau jasanya kepada masyarakat. Sampai ke hari ini orang bercakap pasal Mok Joh. 


7. Neneknya anak kepada Tok Selehor, salah seorang ulama terkenal Kelantan satu masa dulu. Tok Selehor adalah rakan sepengajian Tok Kenali. Ulama besar zaman dulu. 


8. Bapanya, Dato Dusuki Ahmad adalah seorang yang berkelulusan syariah dari Al Azhar. Pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat (BN) selama dua penggal. 


9. Zaman kecil2 dulu jika saya bermain di padang permainan kanak2, akan ada kerusi2 batu tertulis sumbangan Dato Ahmad Dusuki - Ahli Parlimen Tumpat. 


10. Itulah serba sedikit susur galur keluarganya.


11. Kata orang Kelantan, kalau moyang elok, nenek elok, ayah pun elok, sudah tentu anaknya juga elok. 


12. Ya benar….


13. Beliau adalah graduan Sarjana Ekonomi dan Kewangan Islam (UIA). 


14. Beliau juga ada PhD dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari sebuah universiti di UK. 


15. Beliau pernah dipilih sebagai Graduan Terbaik UIA dan Graduan Terbaik Kebangsaan pada tahun 2000. 


16. Sebelum masuk politik beliau banyak membangunkan hal2 kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia. 


17. Beliau juga banyak memberi latihan dan hal2 berkaitan kewangan Islam kepada banyak negara2 Timur Tengah, Afrika dan Korea. 


18. Senang ceritalah, Asyraf ini kalau beliau terus dalam kerjayanya, beliau bukan orang biasa2 sekarang. 


19. Jika beliau kerja di Malaysia mungkin beliau telah jadi, paling kurang pun Penolong Gabenor Bank Negara. 


20. Jika beliau kerja di Timur Tengah, berebut institusi kewangan mahukan beliau. Gajinya mungkin beratus ribu dollar sebulan. 


21. Tetapi beliau memilih untuk masuk politik di Malaysia. Ianya tidak kemana. Lepas kalah, kalah lagi. Kemudian kalah lagi. Senator pula dah habis penggal. Nasib tidak menyebelahi dia. 


22. Sebab apa…


23. Bagi saya mudah ja, dia bukan dilahirkan untuk jadi ahli politik. 


24. Allah hantar dia ke dunia ini untuk menyumbang kepada DUNIA, tentang sistem kewangan Islam. Mungkin Allah mahu beliau basmi riba. Saya kata mungkin.


24. Tapi dia berkeras juga untuk kekal dalam politik. 


25. Saya cakap serius ini….bukan saya bergurau atau bernada sarkastik. 


26. Sebenarnya saya telah lama nak tulis perkara ini, tetapi tidak ada waktu yang sesuai. Sebab sekarang ini musim orang bercakap tentang tahap pendidikan pemimpin2 politik, jadi inilah masa yang sesuai. 


27. Saya mengkagumi beliau, saya menyukai beliau, kerana saya tahu siapa beliau. Tambahan pula dia orang kampung saya. Sudah tentu saya bangga. 


28. Tapi saya geram kerana dia mahu terus kekal dalam politik walaupun isyarat untuk dia tidak bagus. 


29. Saya tidak boleh tahan melihat gelagat2 dan kenyataan2 politik beliau dan beliau sering menjadi gelak ketawa orang ramai di media sosial. 


30. Saya tahu benda2 atau gelagat2 politik itu beliau terpaksa lakukan kerana hendak disesuaikan dengan keadaan politik. Ada kala terpaksa membodohkan diri. Kasihan tau…


31. Jika hari ini beliau berada dalam bidangnya, saya yakin namanya akan harum dan beliau akan menjadi sanjungan orang2 hebat seluruh dunia. 


32. Berebut dunia mahukan dia. Tambahan pula beliau dari Malaysia. Sebuah negara yang dikagumi terutama di Timur Tengah. 


33. Itu pandangan saya tentang beliau. Apa pula pandangan anda dan yang anda rasakan. Mohon kongsikan agar perbincangan lebih menarik dan menjadi ilmu kepada orang lain. 


Nota: Esok atau lusa saya akan tuliskan kisah bagaimana seorang ahli politik yang meninggalkan politik dan menjadi orang besar dalam bidangnya.





No comments: