POLITIK AGAMA DI MALAYSIA DAN DI INDONESIA..


 

PELABUR CHINA NAK LARI DAH

 



The Greater Kedah yang dilancarkan hari ini tidak bercanggah dengan penubuhan 'State Goverment 4' (SG4) pada September lalu.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan The Greater Kedah adalah kesinambungan kepada perancangan dalam SG4 untuk memajukan empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis.


Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



TEKNIK DAJAL DAN PERMAINAN PERSWPSI. PDRM TOLONG SIASAT... MANA DIORANG NI DAPAT MAKLUMAT DAN BUKTI.

 


Inilah permainan sentimen mereka sekarang. Usaha untuk menakutkan rakyat. Ini yang aku kata 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 ni. Dia cipta kebimbangan supaya dia boleh 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗲𝗿𝗼.




Ada satu lagi video di 𝘱𝘢𝘨𝘦 𝗥𝗮𝘁𝘂 𝗡𝗮𝗴𝗮. Aku 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 ke menteri. Malas nak 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵. Nak perbetulkan fakta ni pun malas. 𝘙𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵 pun sama je. 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀-𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 ni masih lagi bebas menghasut.


Para iblis dan syaitan ni seolahnya 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 untuk buat hasutan kebencian begini. Jadi benda dah ada lesen guys. Kita biarkan je la. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NAK KENA AMBIL CHINA DAH

 Abdullah Zawawi


Besarnya bendera cina

Kelate dah nak di ambil orang dah




PERGUNA BANGSA LAIN DAN JAJA AGAMA... DOKTRIN CEPAT LAKU...


Gino Marvela. 


 Setiap kali kes mahkamah dan siasatan di mulakan oleh PDRM & SPRM, saban kali itulah "Melayu & Islam" di permainkan oleh bangsa Melayu sendiri. Jalan mudah utk nak mainkan sentimen ialah pergunakan bangsa lain (Cina & India) sebelum doktrin candu Melayu & Agama ambil alih.


Setiap tahun Malaysia tak pernah reda dgn doktrin permainan bangsa & ketuanan Islam. Sampai bila ?


Apakah sampai jadi pertumpahan darah antara bangsa majmuk dlm negara ni baru nak sedar? Kemudian dakwa Islam & Melayu menang ? Kononnya bangsa Cina Malaysia rampas tanah Melayu ? Sampai bangsa Melayu itu sendiri puas hati ?


Dah beri 33 bulan hasil tebuk atap, tak memerintah dgn betul. Satu habuk pun tak buat apa!


Ada projek kerajaan "Janawibawa" di beri kpd apek kedai cina perabut. Ratus juta duit cukai rakyat masuk akaun parti sendiri, hasil songlap RM6 juta masuk akaun peribadi sendiri, Clare Rewcastle Brown di bayar oleh Hadi Awang sebanyak RM1.4 juta penyelesaian luar mahkamah yg terkait isu RM90 juta... 🤣


Itu belum lagi kes songlap berbilion pengairan dan penebatan banjir yg berjaya di selamatkan oleh PMX yg di buat sewaktu tuan Man tuan Ibharim jadi menteri tebuk atap. Belum lagi Deris sagon nak selesaikan semua masalah dlm negara hanya 5 hari. Pas juga yg janji dlm manifesto nak hapus hutang ptptn, dah malu tuding ke org lain. 😂


Ok, apa teknik yg puak pelampau lebai kelarah & perikanan nasional pernah buat...


- Kononnya ada lambang salib di setiap bumbung rumah yg di cat putih. Tingkap cermin pun katanya ada lambang salib.

- Mad Sabu di katakan sbg Syiah sedangkan Hadi Awang setiap tahun pergi Iran siap jadi ajk syiah lg. 

- Permainan bendera cina di kaitkan komunis, tapi tutup bendera negara lain yg datang sekali ke Malaysia.


Lepas ni, apa lagi ? 


Ceritanya begini, selagi Hadi Awang tak jadi PM, selagi si Mahiaddin Yasin tu tak naik jadi PM kali ke 2, selagi Deris Sagon...tuan man tuan Ibharim & lebai man kastam tak dapat jadi MB & lebai Tesla Jasin tu tak dapat jadi Ketua Menteri...selagi itulah pihak pas dan perikanan nasional akan pergunakan penyokong lebai bawahan ini (walaun+untit)  pergunakan Melayu & Agama sbg candu muslihat mereka.


Bukan nak uruskan ekonomi & masalah negara sangat pun! Masakan pergi Iran jumpa syiah sihat bugar tapi balik Malaysia bertongkat. Cakap degar2 ketika PMX tiada dlm dewan, bila PMX dah suruh hadir ke dewan...masing2 kelu gigi dan keluar dewan. 😂


Salahkan Cina, tapi beri tanah beribu ekar di Kelantan tanam musang king kpd soqang cina dari tanah besar. Nak buat stesen bas pun keluar arahan agar beri projek pembinaan sykt cina tanah besar.


Dalam diam ketika Perikanan Nasional + Muafakat Nasional (Pas) memerintah, setiap lesen pelabuhan dalam negara nak di serahkan kpd China. (Tambak/Design & built/mengurus). Ada beberapa yg dah di serahkan, tapi berjaya di rundingkan semula dan selamatkan!


Hah...ni puak lebai awat senyap ? Tertelan kapur barus ? Sapa punya tangan, bukankah waktu 33 bulan kalian tebuk atap yg memerintah ?


Nasib baiklah Anthony Loke sbg menteri pengangkutan terima arahan dari PMX utk selamatkan aset negara dari terlepas ke tangan asing (China). 


Pabila cakap isu keperluan barang, paket minyak sawit pun anak Hamzah Zainudin sorokkan. Ini fakta, bil jilid mahkamah itu ada. 


Beberapa hari lepas berlaku kejadian 18700 paket minyak sawit hampir lolos seludup ke siam. Nasib baiklah lori terbabas. Lalu dalam sempadan daerah Kelantan itu sendiri. Pegawai2 kastam yg terlibat sedang di teliti. Persoalannya, mengapa kerajaan lebai pas Kelantan boleh sensitif sempadan minyak di tengah laut tapi tak sensitif sempadan di darat antara Kelantan & Siam ?


Itu maknanya, kes seludup puluhan tahun di bayangi sendiri oleh parti lebai itu sendiri. Yang di lepaskan seludup, minyak petrol & diesel...minyak sawit paket. Hat yg bawa masuk dari Siam, pil kuda! ✌️


Itulah...dah kata, satu habuk pun lebai pas & perikanan nasional ni tak boleh pakai. Jadi kerajaan pun hasil tebuk atap. Dah dapat jadi kerajaan, serupa lembu kenyang. Paling sadis, tutup parlimen dan langgar arahan YDP Agong.


Hah, lepas isu bendera...apa lg nak di kaitkan. Nak hapuskan semua huruf (T) ? Betui juga, perkataan Pasti bila di buang T, jadi Pasi. Bagi elaun RM600 pd hat bawahan, buleh lagi pekerja pasti backup rezeki tu cukup dan berkah. 


Cuba puak hampa bagi gaji pd lebai pas RM600 sebulan, titm dapat RM600...deris sagon dapat RM600, si lebai Tesla Jasin tu bagi elaun RM600... Bagi penceramah di masjid pun cukup RM50 ja, takyah banyak-banyak...apa kata depa! 


Takda makian, pasti di celakakan. Paling hebat, di Animal Planet kan...😂🤣



SOKONG KERANA AMBIL DARI YANG TIDAK SEPATUTNYA DAPAT

 



1. Saya sokong subsidi bersasar dalam apa jua sektor, apatah lagi pemansuhannya terhadap warga asing. 


2. Pengumuman penarikan subsidi RON95 dan subsidi pendidikan terhadap golongan T15 sangat merunsingkan ketika mana pengkelasannya tidak jelas dan ramai yang cenderung untuk merujuk jadual pembahagian pendapatan yang sedia ada.


3. Semalam YB Rafizi Ramli mengatakan bahawa pengkelasan pendapatan akan disemak semula supaya ia lebih ada, dengan mengambilkira pendapatan bersih atau pendapatan boleh guna isi rumah. Ini berita yang agak melegakan. PADU tak berbunyi lagi setakat ini. Benarkah padu sistemnya? 


4. Kerajaan Perpaduan harus sangat berhati-hati dengan pengkelasan T15 kerana pada masa ini ia berada dalam julat RM13500-RM15000 sebulan, pendapatan isi rumah. Bermaksud ia adalah jumlah pendapatan sepasang suami isteri pegawai kerajaan bergred 44-52. Mereka ini kebanyakannya berada dalam fasa membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga, bukan berjoli katak. 


5. Ini bermakna beratus ribu penjawat awam akan terkesan dengan penyasaran subsidi ini. Atau setidak-tidaknya, 400,000 guru akan terasa keperitannya, sedangkan mereka bukanlah termasuk dalam golongan 'Maha Kaya' yang sedang digempur oleh kerajaan ini. Bersediakah kerajaan berhadapan dengan golongan ini yang bakal berduka cita dan barangkali menterjemahkan isi hati mereka di kertas undi nanti? Mengapa tidak dalam peringkat awal ini, sasarkan warga asing sahaja dulu? 


6. Apa yang kayanya mereka ini? Keretanya sekadar Avanza, Estima recond, X70, Camry 9 tahun, Cross, Honda HRV, atau Alza baharu. Tak ada yang bergaya dengan Audi atau BMW. Kalau ada pun kereta second hand atau mereka itu ada bisnes sampingan lain. Makannya bukan di 'coffee house' hotel atau restoran 'fine dining'. Paling mewah pun mereka ini waktu keraian, sesekali makan Me'nate atau  bawa anak-anak ke Kenny Roger's. Melancongnya pun sendiri-sendiri, paling kuat secara bajet ke Thailand, Vietnam atau Indonesia. Nak ke umrah pun himpun duit bertahun-tahun. Bukan ikut suka hati bak pergi bila-bila masa. Beli pakaian pun menunggu masa-masa perayaan supaya dapat diskaun. 


7. Sikap dan pendekatan kerajaan tidak mesra kepada golongan ini yang setiap kali belanjawan dibentangkan, merupakan segmen paling terabai. Sedangkan merekalah faktor utama bagi menerus dan menjana ekonomi bawahan dalam negara ini. Kalau 'maha kaya', mereka berbelanja di luar, barangan pun pakai import-importan.


8. Ramai juga yang berhujah, kerajaan ini tidak populis dan rela kehilangan undi demi masa depan negara. Eh, bukankah kuasa diperlukan untuk melakukan perubahan dan kebaikan? Jika anda jatuh nanti, siapa yang nak meneruskan banyak lagi agenda reformasi yang diimpikan? Takkanlah nak lari tinggalkan separuh jalan?


9. Jika dalam tempoh dua tahun pun banyak yang sudah dipulihkan, maka gabungan kerajaan ini wajar terus berfungsi. Tetapi jika dasarnya terlalu 'bermusuhan' dengan golongan menengah yang menjadi pengundinya, bagaimana nak terus berkhidmat dan mengangkat martabat negara ini?


10. Harapnya kerajaan perpaduan ini bertindak bijak dan berfikir jauh. Yang dlgempur dan disindir itu juga adalah warga Malaysia yang berkorban demi negara ini. Biarlah segala tindakan kerajaan ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berserak.


#shmkritiksosial


-Sahul HM-



STANDING ONDER DOK JAJA MINYAK MURAH ZAMAN PKP.... JOM BACA SUPAYA MUDAH FAHAM.


MMMS- MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF



 Saya sengaja tunggu hansard nak tengok apa sebenarnya yang dia cakap. Dia cakap ramai yang menanti harga minyak Ron95 tanpa subsidi serendah RM1.35 macam zaman Din PDF jadi Perdana Menteri. Baca tang "tanpa subsidi" tu, pekat juga dia ni.


Harga Ron95 tanpa subsidi adalah dalam RM2.76 yang mana harga runcit adalah 2.05. ini bermakna untuk setiap liter, kerajaan kena topup 71 sen, ini dengan harga minyak mentah Brent dalam USD 73 per tong.


Masa harga Ron95 RM1.35 seliter, harga Brent dalam USD 20 setong. Harga minyak berdasarkan permintaan dan pengeluaran, jadi masa April 2020 PKP pertama baru mula, orang tak boleh keluar rumah. Isi motor RM15 pun cukup sebulan because literally tak ada orang boleh keluar rumah. Jadi minyak murah kalau tak boleh keluar rumah nak buat apa? Tolong jawap sikit. Itu belum masuk bab rakyat sengsara sampai terpaksa kibar bendera putih sampai parlimen tu kena tutup. 


Jadi bila supply minyak banyak , demand tak ada, memanglah minyak murah. Bila dia kata ramai yang menanti harga minyak tu, mungkin dia imply kepada Un sahaja, sebab saya tak nak zaman PKP, nak keluar pergi solat Jumaat pun tak boleh. Kasihan juga penduduk kawasan yang dapat AP macam ini, padan Ching Peng pun dia boleh bedal sepupu. 


Btw, kalau harga minyak USD 20 per tong untuk tahun 2024, berapa banyak dividen yang terpaksa Petronas kurangkan kepada kerajaan?


Jadi anda tahu dari mana Un dapat kecerdikan mereka, ini mungkin salah satu contoh kecerdikan tiruan yang mereka duk jaja.



BUAT RAZMAN. PADAN MUKA HANG... KALI NI KENA SAMAN NAK AMBIK DUIT MANA? AKU DENGAR KOR MING NAK SAMAN HANG 10 JUTA...


W. FAUZDIN


 *padan muka*


🔻🔻🔻🔻🔻


PAS tgh gelabah sebab Razman dah kantoi teruk.


1. Dia dapat info orang DAP kibar bendera China.

- Kantoi. warga China yg buat.


2. Dia dapat info Nga Kor Ming rasmi event tu.

- Kantoi. Menteri ada kat KL.


3. Dia acah kenapa takde tindakan.

- Kantoi. Polis SUDAH panggil penganjur dan 16 warga China tu.


4. Razman buat demo ucapan racist semalam.

- Kantoi. Takde permit dan Polis akan siasat ucapan.


Razman bakal kena saman. Bakal kena kutip.

Duit dah takde. Bersatu tak bagi sign MOU. GISBH dah frozen. Safehouse pon kantoi.


No wonder lah PAS gelabah teruk 😂.


C&P



DIA NAK JADI HERO LA KONONNYA... NANTI SAMPAI PILIHANRAYA NAMA TAK NAIK HANG JANGAN MENGAMUK PULAK


 

NAK JADI AHLI PARLIMEN KA NAK JADI LEBAI


 

DENGAR DAN HADAM BETUL BETUL ISU SUBSIDI PETROL 95..JANGAN DENGAN MUAR.. SEBAB DIA DULU PUN RAMAL BAB AYAM.... TAK GUNA PUNYA RAMALAN.


 

WALAUN.. MATEMATIK TAK LULUS MANA NAK FAHAM BAB SYER DAN JUGA %

 


RAFIZI SEKOLAHKAN SADDIQ ! "STANDARD APA BEKAS MENTERI TERMUDA INI" ?

MP MAHU BERBAHAS TETAPI DIGANGGU OLEHMP ARAU YANG TIDAK HABIS TUNJUK KEB...

BERGETAR SUARA MP PAS BERTANYA SOALAN DAN PANTUN PUN TERGANTUNG APA PUN ...

TUTUH RAPAT.! LAWAK SANUSI TERJEMAH a.i "KEPANDAIAN TIRUAN. HADI BAPAK P...



SANUSI MAD NOOR. Menterjemah Maksud AI. Mengikut Nafsu Beliau Menampakkan Beliau Tidak Tahu Maksud Dalam Bahasa English. Sangat Memalukan Apabila Menjadi Pemimoin Dizaman 2024 Berteknologi Ini Tidak Mengetahui Bahasa English. Kedua Hadi Awang Hilang dari Radar Parlimen Apabila Beliau Sebagai Wakil Rakyat di Parlimen Sangat Kerap Ponteng dari Kehadiran Ke Parlimen. Beliau sudah Puluhan Tahun Menjadi Wakil Rakyat, Akan Tetapi Beliau Tidak Membawa Suara Kesusahan Rakyat Di Parlimen Beliau. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Video Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.





NAK KIBAR BENDERA ASING MESTI ADA SEBAB YANG KUKUH – MCA



27 October 2024

MCA mencabar mana-mana pihak yang boleh menyebut atau menyatakan kalau ada mana-mana negara lain yang membenarkan kibaran bendera lain di negara mereka.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, sudahlah perhimpunan yang dianjurkan di tempat awam adalah perhimpunan haram, ditambah lagi mengibarkan bendera asing asing di bumi Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan, sekiranya betul mereka yang kibarkan bendera asing tu adalah dalam kalangan warga asing sekali pun, kenapa tidak kelihatan bendera Malaysia yang turut dikibarkan bersama oleh pihak penganjur yang diyakini adalah warga Malaysia.

“Siapa penganjur? Bukankah Teluk Intan itu di Malaysia? Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab dan hasrat setiap warga Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi di kawasan-kawasan pelancongan kita sendiri?

“Fikir-fikirkanlah. Ini bukan isu politik atau isu perkauman. Tetapi ini adalah isu kedaulatan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan tanggunjawab kita untuk menjunjung martabat dan mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri. Malaysia, tanah tumpahnya darahku,” katanya dalam satu kenyataan di ini.

Jelas beliau, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia agar taat setia kepada negara seiring prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Malah, setiap warga negara Malaysia perlu memiliki jati diri dan semangat cintakan negara Malaysia.

“Bersusah payah nenek moyang kita berjuang bersama-sama memerdekakan negara daripada kuasa penjajah, kenapa pula hari ini kita hendak mengagung-agungkan negara lain selain negara sendiri?

“Hormat dan semangat setiakawan pun ada batasannya. Jangan sampai kita menggadai maruah dan kedaulatan negara sendiri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” tegasnya lagi.

Menjawab persoalan mengapa boleh mengibarkan bendera Palestin tetapi tidak pada bendera China, Choo Seong berkata, ini adalah isu antarabangsa.

Penindasan tentera zionis dan solidariti masyarakat dunia ke atas serangan kejam hingga membunuh ramai kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Bahkan, terbukti jenayah perang ini turut mendapat reaksi dan tentangan banyak negara melalui resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah isu antarabangsa.

Katanya, mengibarkan bendera Palestin kerana dua perkara di atas adalah sangat berbeza dengan tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera asing yang lain tanpa bersebab.

“Saya tidak kata langsung tidak boleh mengibarkan bendera negara asing, tetapi ia perlulah memiliki sebab yang kukuh. Misalnya di kejohanan sukan antarabangsa, sudah tentu ada bendera negara asing yang dikibarkan, atas sebab penyertaan negara tersebut.

“Begitu juga dengan peristiwa atau hari-hari penting yang diraikan seperti ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Sudah tentu kita dapat melihat bendera kedua-dua negara dikibarkan secara bersama sebagai simbolik hubungan akrab kedua-dua negara.

Justeru timbul persoalan, apa sebab dan motif mengibarkan bendera negara China di dalam sekolah di Malaysia dan terbaharu, di tempat awam di Teluk Intan?

“Siapakah penganjur program tersebut ??


SOALAN PADU DARI MP PENYOKONG MADANI MEMBEZAKAN STANDARD AHLI PARLIMEN P...

BERTANYA KHABAR


 Dalam perjalanan menuju ke program ketiga di Perak, saya singgah sebentar di gerai buah-buahan di Ipoh. 



Sempat bertanya khabar terutama tentang keadaan perniagaan di situ, sebelum membeli buah kelapa, mangga, pisang dan dokong. Semoga perniagaan saudara terus dilimpahkan rezeki, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#ApaKhabarOrangKampung



SOALAN PADU DARI MP PENYOKONG MADANI MEMBEZAKAN STANDARD AHLI PARLIMEN P...

PEMILIHAN DIPERCEPAT... MASA NI HANGPA KENA KUAT BUAT KERJA. LEPAS NI MELENGKAQ MACAM ULAQ SAWA.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.



Beliau yang juga Presiden PKR berkata pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



NAK TUNJUK ALIM.


W. Faudzin


 Masjid dekat je kat situ...tapi punyalah nk tunjuk islam terancam dgn bendera china...walaun sanggup buat benda gini. 🤣



AKHIRNYA INI JAWAPAN PM DS AWNAR ISU KENAPA TIDAK AMBIL GAJI YANG DIPERS...

DIA NI MEMANG CAKAP BANYAK KISAH DIDIKTV XAN BUKU KAFA BELUM LAGI CERITA PANJANG LEBAR.

 


Aku ada tengok satu video tadi. 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗝𝗶𝗱𝗶𝗻 kena 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗶 dengan 𝗠𝗣 𝗝𝗲𝗹𝗲𝗯𝘂, tak silap aku. Niat Radzi kononnya nak sindir kerajaan tentang peruntukan. Sekali kena ke dia balik. 𝗦𝗲𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗽𝗮𝗽 jatuh atas muka dia.


Cerita MP Jelebu, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗹𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶𝗮𝘀 bercakap tentang sekolah daif, sekolah agama yang dinding dan lantai dibuat daripada kayu. Tapi ada penyaman udara yang 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Tiba-tiba Radzi Jidin menyampuk. Katanya, penyaman udara tu disumbangkan dengan duit peruntukan. Kalau pembangkang dapat peruntukan, 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮.


Tapi jawapan MP Jelebu memang kelas. Katanya, dia sebagai ahli parlimen dapat gaji dan elaun. Penyaman udara tu baru RM2,400. "𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝙞𝙣𝙛𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝘨𝘢𝘫𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢." Fuh! Berdesing!


Kalau Radzi Jidin tu orang beriman, dia patut berasa malu. Nampak sangat dia dan MP Pembangkang yang lain 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗶𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗯 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Tak dapat peruntukan pun, gaji dan elaun tetap ada.


Tak. Gaji untuk dia pakai sorang. Untuk rakyat mesti kena tunggu dapat peruntukan kerajaan. Sanggup dia 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵 dengan alasan untuk membantu rakyat tapi duit gaji dia, langsung tak nak usik. 


Sebab tu dia timbulkan isu 𝗣𝗠 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗴𝗮𝗷𝗶. Sebab pembangkang jenis tamak dan kedekut dengan rakyat.


Berpuluh tahun Keadilan dan PH jadi pembangkang dulu tak dapat peruntukan pun. Rafizi sampai buat 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗳 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 sebab nak elak kos sewa pejabat. Tapi pembangkang sekarang...


Takpe la. Mereka tu 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘆𝘂. Tak mampu  berfikiran kreatif untuk membantu rakyat. Yang penting, jadi MP dapat elaun. Duit banyak boleh kahwin dua. Rakyat tu boleh salahkan kerajaan pusat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.