KEH KEH....

 

JAMZURI ARDANI


Perpaduan Melayu ... tukar calon PRU tanda ukhuwwah 😂😂😂




KASIHAN LANCHANG-PENYOKONG BN TURUNKAN KHEMAH BN/UMNO PEKAN KOBOI AKAN BERTUKAR KEPADA PKR










 

MASUK KOT MANA PUN AKAN DAPAT KATAK JUGA

 

MMMS


 Undi PN dapat katak BN,

448
26 shares
Like
Comment
Share

undi BN dapat katak PN.

 

Tapi undi PH dapat kestabilan yang sebenarnya. Nak tengok siapa yang masuk mahkamah kes LCS, dan macam-macam skandal kewangan yang buat negara kita miskin, wajib undi PH.

#UndiHarapan


HANTAQ KE SUNGAI BULOH NAK TAMATKAN KERJAYA POLITIK KJ DENGAN CARA TERHORMA

 

SAYA tak dapat tidak sekali lagi nak bercakap mengenai KJ di Sungai Buloh ini.

Seperti yang kita tahu, Sungai Buloh ni kubu kuat PKR. Kalau sebelum ini parlimen ini diwakili peguam terkenal, R. Sivarasa, kali ini PKR diwakili jurutera lulusan dari Australia yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR sendiri, R, Ramanan. Ramanan juga bekas orang kuat MIC di Sungai Buloh, jadi segala mak nenek pasal BN dalam kepala dia.

Meletakkan KJ di Sungai Buloh atas kertas ibarat nak bunuh karier politik Menteri Kesihatan itu sekaligus nak melenyapkan terus dia dari peta UMNO. Ingat, BN kalah lebih 26,000 undi di sini dalam PRU lepas.

Memang kerja gila nak dapat balik undi berpuluh ribu yang hilang itu dan memenangi balik kerusi tersebut.

Namun KJ adalah KJ. Permainan politiknya sukar diduga. Walaupun dia popular dalam masyarakat, tetapi di dalam UMNO dia 'sangat nakal' hingga suatu ketika dulu pernah diboo dengan teruk dalam Dewan Merdeka PWTC.

Tetapi ia langsung tidak meninggalkan kudis baginya. Walau kena boo sampai bergema dewan itu, dia tetap steady, makin teguh pulak branding dia, makin hebat pulak resumenya sebagai ahli Parlimen dan Menteri dalam kerajaan.

Kali ini, walau kena beralah dan serahkan Rembau pada Datuk Mat Hassan, walau kena campak pulak ke kubu lawan di Sungai Buloh, KJ sahut cabaran itu dengan penuh gentlemen, pergh!

Bukan calang-calang ahli politik, baik parti lawan atau kawan, yang ada kualiti macam tu, semua kalau boleh nak kerusi selamat, nak kerusi selesa, nak playsafe. Ada yang sanggup lari dari timur ke utara sebab takut kalah dan hanya nak menang bergaya.

Dalam hal ni, KJ awal-awal lagi dah menang 1-0 di Sungai Buloh. KJ tahu kekuatan dan kelemahannya, sebab itu dia takdak goyang langsung nampaknya bro.

Betul la kata-kata Sun Tzu dalam buku Art Of War yang terkenal itu;

“Know yourself, know your enemy. A hundred battles, a hundred victories!”

Lain maciammm...

#KJ4SB

 AKU MASUKKAN JUGA LA MAMAT NI PUJI KJ. TAPI KALAU DIA PENYOKONG KJ SEKALI PUN , DIA PATUT FAHAM YANG UMNO TAK MAU DAH KJ NI . SEBAB TU HANTAQ LAWAN DI SG BULOH.....



KEH..KEH...DEGREE PALESU KE ??? TANYA AJE




SIJIL

Saya dapat CV ni ada satu brader bagi. CV Calon BN di Kubang Kerian. Timbalan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Bukan kaleng2.

CV yang saya terima ini banyak benda saya sangsi:

1. Saya tak pernah dengar nama Universiti yang tertera masa saya belajar di London. Saya tanya kawan2 pun ramai tak pernah dengar. Bila kami semak, ada catatan Wikipedia ia merupakan degree mill atau Universiti yang hasilkan sijil palsu.

2. Foundation in Finance and ACCOUNTANT? Errrr Adakah salah grammar di situ? Atau Foundation ini memang wujud di KDU? Saya tak jumpa cari pula. Orang yang pernah masuk KDU boleh confirmkan.

3. Kenapa dah habis foundation kena ambil diploma? Bukan ke boleh terus ke Degree. Itu yang saya tahu. Tak tahu pula Universiti ini macam mana.

Jadi kita perlukan penjelasan daripada pihak tuan punya badan sama ada:

1. Pihak dia yang keluarkan poster ini, atau ia black ops pihak lawan?

2. Kalau maklumat dan fakta salah/ fitnah, mungkin boleh perjelaskan apa latar belakang pendidikan Datuk sebenarnya?

Bukan apa, pengundi sekarang tengok calon dulu baru parti. Dan banyak antara mereka ini tergolong dalam Persatuan Bawang Rangers Malaysia. Jadi kena hati2.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

SEMUA RAKYAT DAH TAHU DALAM PN ADA SEMUA SEGALA SAMPAH DAN KATAK BERLONGGOK...JIKA TIDAK MAHU ULANGI LAGI HARGA MINYAK AYAM DAN TELOQ TAK ADA DALAM PASARAN, HARGA BARANGAN MENINGKAT NAIK TANPA SEMPADAN, ANDA JANGAN LAGI UNDI PARTI MENYIMPAN KATAK INI

 

PN terima mana-mana calon boleh menang, kata Hadi.




Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang berkata, nama calon boleh
 boleh berubah sebelum hari penamaan calon.

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyokong dan menyertai gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga presiden PAS berkata memandangkan politik di negara ini bersifat dinamik, maka PN terbuka menerima bakal calon yang dijangka mampu memenangi kerusi serta dapat merealisasikan tema gabungan itu iaitu ‘Bersih dan Stabil’.

“Ia (pengumuman bakal calon) boleh berubah sepanjang masa, jadi percaturan (terakhir) adalah pada hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Calon Parlimen PRU15 PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa PN belum menamakan bakal calonnya di Parlimen Arau dilihat bagi memberi laluan kepada penyandang kerusi itu Shahidan Kassim dari Barisan Nasional (BN) untuk mewakili gabungan PN pada PRU15.

Semalam, Pengerusi PN Perlis Mohd Syukri Ramli dilaporkan berkata beliau telah memaklumkan kepada pucuk pimpinan PAS dan PN pusat mengenai hasrat Shahidan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Ditanya mengenai keyakinan bagi menghadapi PRU15, Abdul Hadi, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Marang, berkata: “Keyakinan kita (PN) tinggi, kemenangan tidak mustahil namun tidak mudah dan sangat mencabar.”

PN mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen melibatkan Bersatu sebanyak 74 kerusi, PAS (64 kerusi), Gerakan (20 kerusi) dan Bersekutu (11 kerusi).

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, PN akan bertanding di 116 kerusi di Pahang, Perak serta Perlis melibatkan PAS sebanyak 57 kerusi, Gerakan (14 kerusi), Bersatu (41 kerusi) dan Bersekutu (empat kerusi).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

WALAUN MAIN SAMBAR MAT JARGON NI JADI CALON. DULU MAMAT NI LAH YANG HENTAM DEPA...




 

GRIK MENGAMUK- TU DIA AIHHHHH- ISHHHH NO.....


 

AKHIRNYA DIA TAK DICALONKAN....HA.HA...NAK LOMPAT PULAK KE ?


 

LEPAS TUDUH PH ADA UNSUR KOMENEH- DIA TUDUH UMNO PULA MENGECILKAN KEMENANGAN SUPAYA UMNO JOIN PH.




 

WOIII PEJA....HANG NI BUKAN SAJA GAGAL MASA JADI MB...NAK TUDUH ORANG PUN TAK CERDIK

 





Azmin dakwa Guan Eng potong peruntukan untuk ekonomi bumiputera sebanyak RM400 juta. Yang kelakarnya, Peja tanya kenapa DS Anwar diam.

Kenapa kelakar? Pertamanya, kenapa Peja tanya DS Anwar pula sedangkan waktu itu DS Anwar tiada dalam kabinet? DS Anwar cuma MP biasa.

Kenapa tak tanya Mahathir sendiri yang jadi kepala kerajaan waktu itu? Atau tanya Azmin sendiri sebab dia pegang portfolio Menteri Ekonomi masa tu.

Atau kenapa tak tanya Mahiaddin sebab Mahiaddin pun salah seorang menteri dalam kabinet Mahathir. Atau bagi Peja Mahiaddin jenis menteri tunggul?

Keduanya, setelah lebih 30 bulan mandat rakyat dicuri melalui Langkah Sheraton, baru Azmin nak bangkitkan hal ini? Takkan Azmin baru tersedar?

Berita sehangat ini, kalau benar, tentu dari awal dia dah gunakan untuk lemahkan PH. Bukan baru hari ini Azmin bermusuhan dengan PH. Takkan Azmin sengaja nak lepaskan peluang belasah PH selama 30 bulan ini.

Sedangkan soal Covid yang tiada kena mengena dengan PH pun Azmin kaitkan dengan PH. Takkan isu sebesar ini Azmin nak simpan pula. Kan?

Nampak macam ketandusan isu sangat Peja ni. Aku ingat dapat lawan sehebat DS Anwar dia cuba jadi cerdik sikit. Tapi nampaknya tetap malah makin bebal. Nasib ko la Peja... Guane boh?

Raja Gelap

 

DARI RAFIZI : LATIFF AHMAD ADALAH KENALAN PERNIAGAAN JAYA SUDHIR YANG PERNAH TERBABIT DALAM PELBAGAI KONTROVERSI SKANDAL BESAR

 



3 November 2022

LATIFF AHMAD ADALAH KENALAN PERNIAGAAN JAYA SUDHIR YANG PERNAH TERBABIT DALAM PELBAGAI KONTROVERSI SKANDAL BESAR

Selasa lalu, saya telah memfokuskan kepada sebuah syarikat bernama JSD Corporation Pte. Ltd. yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik sebagai syarikat yang menerima bayaran untuk khidmat teknikal untuk projek-projek pertahanan laut negara.

Audit dalaman BHIC (anak syarikat Boustead yang dilantik menjadi kontraktor utama projek LCS) menunjukkan bahawa bayaran dibuat kepada JSD Corporation Pte. Ltd. sedangkan tiada bukti khidmat berlaku.

Apatah lagi, Laporan Audit Forensik juga merumuskan bahawa latar belakang syarikat ini menunjukkan ia tidak ada kena mengena dengan kepakaran untuk membina kapal perang.

Satu nama yang sering disebut-sebut oleh pimpinan kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pemberi maklumat (yang terlibat di dalam peringkat awal perancangan projek LCS) sebagai salah satu watak yang turut mendapat laba dari projek LCS ialah seorang ahli perniagaan Malaysia yang bernama Jaya Sudhir Jayaram.

Jaya Sudhir bukanlah nama yang asing bagi mereka yang pernah berurusan dengan kontrak-kontrak besar negara. Rekodnya menunjukkan dia ada hubungan dengan ahli-ahli politik di Malaysia dan Sri Lanka; serta pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Contohnya, carian di internet menunjukkan dia pernah dikaitkan dengan skandal-skandal berikut:

1. Jaya Sudhir pernah ditangkap di Sri Lanka kerana cuba menyeludup keluar wang berjumlah USD100,000 (bersama-sama anaknya) yang melanggar undang-undang Sri Lanka

Sumber:

https://www.newsfirst.lk/.../jaya-sudir-jayaram-sri.../

2. Akibat dari kegiatan perniagaannya dengan tokoh-tokoh berprofil tinggi di Sri Lanka, pihak media di sana telah menjalankan pelbagai siasatan, termasuk mendedahkan penglibatannya di dalam skandal jual beli minyak mentah dengan Iraq di bawah sekatan perdagangan PBB (dikenali sebagai oil for food).

Sumber: Sunday Times, Sri Lanka (24 Disember 2017)

https://www.pressreader.com/.../20171224/281509341553525

Siasatan Sunday Times dan media antarabangsa mengenai peranan Jaya Sudhir Jayaram di dalam skandal jual beli minyak dengan merasuah Kerajaan Iraq dan melanggar undang-undang Malaysia mendedahkan perkara-perkara berikut:

- Jaya Sudhir dan dua lagi rakan perniagaannya yang dinamakan di dalam siasatan Jawatankuasa Siasatan Bebas (The Independent Inquiry Committee into the United Oil-for-Food Programme) telah dituduh merasuah rejim Saddam Hussein sehingga USD10 juta untuk mendapat kontrak membeli minyak mentah dari Iraq di bawah skim itu

- Dua lagi rakan perniagaannya yang dinamakan itu adalah pemilik Mastek Sdn Bhd (syarikat yang didedahkan terlibat dalam skim merasuah rejim Saddam Hussin) adalah Noor Aishah Mahmood (adik ipar Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri) dan Faek Ahmad Sharef (bekas suami Noor Aishah)

- Modus operandi Jaya Sudhir dalam skim-skim seperti ini termasuklah mewujudkan syarikat-syarikat palsu (shell company) seperti Keppel Oil

3. Dalam kontroversi terkini, Jaya Sudhir juga dinamakan sebagai watak utama yang cuba mendapatkan konsesi Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan aplikasi MySejahtera.

Laporan di portal Code Blue (https://codeblue.galencentre.org/.../mysj-to-get.../), sebuah portal berkenaan isu-isu kesihatan telah menamakan Jaya Sudhir dan anak-anaknya seperti berikut:

- Syarikat yang dikawal Jaya Sudhir (melalui dua anaknya iaitu Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory Jaya Sudhir) iaitu P2 Aset Management Sdn Bhd adalah salah satu pemegang saham dalam MySejahtera Sdn Bhd.

- MySejahtera Sdn Bhd adalah syarikat yang akan mengambil alih aplikasi MySejahtera dari pembangun asalnya. Setelah pengambil alihan, MySejahtera bebas memasuki perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan lagi penggunaan aplikasi MySejahtera (sama ada dibayar oleh Kerajaan Malaysia atau dikomersialkan).

- Sebagai salah satu pemegang saham dalam MySejahtera, P2 Aset Management Sdn Bhd yang dikawal oleh Jaya Sudhir telah menyaman pemegang-pemegang saham lain dalam pertelingkahan korporat (corporate dispute)

- Jaya Sudhir juga dilantik sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan (Chief Business Development Officer) MySejahtera yang sudah tentu akan merundingkan sebarang konsesi dan perjanjian dengan Kerajaan Malaysia

Oleh sebab-sebab inilah saya berminat untuk menyiasat penglibatan Jaya Sudhir di dalam skandal LCS kerana nama beliau disebut-sebut sebagai salah satu orang penting oleh pegawai-pegawai tertinggi TLDM.

Satu syarikat yang disebut dikaitkan dengan Jaya Sudhir adalah JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan sebagai penerima bayaran khidmat teknikal oleh BNS bagi khidmat yang tidak wujud.

Apatah lagi nama syarikat JSD adalah tepat dengan akronim nama Jaya Sudhir.

Semakan dengan pendaftar syarikat di Singapura menunjukkan nama Jaya Sudhir tidak ada dalam daftar pemegang saham atau pengarah, iaitu modus operandi yang diketahui telah digunakan sebelum ini dalam skandal-skandal lain.

Oleh itu, walau pun nama Jaya Sudhir tidak ada secara rasmi di dalam JSD Corporation Pte Ltd, saya beranggapan perkara ini perlu disiasat dengan lebih mendalam oleh pihak berkuasa memandangkan rekodnya yang terbabit dalam banyak skandal besar negara dan modus operandi yang licik sebelum ini.

Apatah lagi, apabila ada bukti bahawa Jaya Sudhir rapat dengan Latiff Ahmad melalui pegangan mereka di dalam sebuah syarikat yang turut dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS iaitu Mega P Asia Sdn Bhd.

Latiff Ahmad merupakan pemegang saham asal di dalam syarikat ini yang mendapat pelbagai kontrak-kontrak pertahanan laut dari anak-anak syarikat Boustead, termasuk untuk membekalkan tenaga kerja kepada projek-projek di bawah Boustead.

Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bagaimana kedua-dua anak Jaya Sudhir iaitu Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory Jaya Sudhir telah menggantikan Latiff Ahmad dan adiknya Abdul Aziz Ahmad sebagai pengarah-pengarah di dalam Mega P Asia Sdn Bhd pada 10 March 2020 (iaitu sekitar tarikh selepas berlakunya Sheraton Move dan Latiff menyertai Jemaah Menteri).

(semak carian SSM yang dilampirkan bersama)

https://drive.google.com/.../1nhHRnfKmhXAQUC9zz8n.../view...

Berdasarkan bukti-bukti ini, ia jelas menunjukkan talian hubungan di antara tokoh-tokoh politik dan ahli perniagaan yang mempunyai rekod buruk seperti Jaya Sudhir.

Hakikat bahawa Jaya Sudhir terkait di dalam tiga skandal besar negara setiap satu dekad (2000 – 2010 semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi, 2010 – 2020 di dalam skandal LCS dan kini 2020 – 2030 di dalam skandal MySejahtera) menunjukkan bagaimana berpengaruhnya kroni-kroni di belakang tabir seperti ini.

Dengan pendedahan ini, saya menunggu:

1. Maklum balas Latiff Ahmad setelah bukti demi bukti ditunjukkan bagaimana dia adalah watak penting di dalam skandal LCS melalui hubungan perniagaan dengan Alizes Marine Ltd dan kini Jaya Sudhir

2. Maklum balas dari Jaya Sudhir mengenai pendedahan ini

RAFIZI RAMLI