HAMZAH BUAT LAWAK BODOH NAK BAGI RM6000 SETAHUN, ZAMAN PN KENAPA TAK BUA...

LAKSANAKAN DI SG4 DULU. BERJAYA BARU SEMBANG

 

De De

Laksana dulu kat 4 negeri PN tu.. Dan jangn langsung sentuh duit kwsp macam zaman PN sebelumni.. tapi masalahnya PN nak laksana gaji minimum yang ditetapkan kerajaan pada guru PASTI pun tak boleh..siap paksa guru2 pasti terima seadanya saja atas alasan sukarela 😅




KOW-KOW RAFIZI BALUN PAS - TAK PERNAH KEKAL DALAM GABUNGAN | Kini masa u...

Isu Arak Dan MOTAC : AKHIRNYA TIONG KING SING JAWAB DI PARLIMEN!

AKU PUNYA SUKA LA - TIONG BINTULU BALUN AKMAL WAN FAYHSAL | ARAK DI MOTAC

APA MERAPU NI!! - DAH MACAM USTAZ | HAMZAH BALUN PMX - BAJET 2025

TWO HOT INDIVIDUALS ARE CALLED IN & INVESTIGATED BY PDRM! WAIT AGAIN!



Aktivis Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim dan Mythreyar Mutturamalinggam, dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung video tular mereka yang mengecam perobohan Surau al-Karamah di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh Timur, Perak. Menurut Mythreyar, dia dan Rafidah diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya esok (14 Okt) untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Bagaimanapun, katanya, mereka masih belum dimaklumkan di bawah peruntukan undang-undang mana siasatan dijalankan. "Saya dan Rafidah menerima mesej teks daripada pihak polis. Pada awalnya, saya dan Rafidah dipanggil ke IPD Ipoh pada 6 Okt. "Tapi selepas peguam kami berbincang dengan pihak polis, mereka bersetuju kami pergi ke IPD Petaling Jaya. Pegawai dari IPD Ipoh datang ke Petaling Jaya untuk merakam keterangan," kata Mythreyar yang mesra dipanggil sebagai Mike.



JEBAT DERHAKA PERLEKEH ZRA, SUMUD FLOTILLA?

Belanjawan yang sukar di bangkang, tanda-tanda PRU lepas April 2026

"Larut nak naikkan bantuan tunai RM6,000 tapi tak jelaskan caranya." - P...

Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim di International Young Future Leaders S...

HAMZAH BUAT LAWAK BODOH NAK BAGI RM6000 SETAHUN, ZAMAN PN KENAPA TAK BUA...

AWAS KERAJAAN PM ANWAR. JIKA GAGAL KUASAI MESAOA... KERAJAAN AKAN GAGAL.... CARI YANG PERNAH KUASAI SUATU KETIKA DULU...


Man Toba. 


 “Siapa Kuasai Media, Dia Kuasai Rakyat — Jangan Sampai Madani Tersedar Bila Dah Terlambat”






Benda ni akan berulang sampai PRU16 nanti.

Isu “PM Tax” contohnya — bila tanya,


> “Kau kena tax apa? Bagi satu contoh boleh?”

Sampai ke sudah, tak ada siapa mampu jawab.


Tapi peliknya, naratif tu tetap hidup.

Kenapa?

Sebab mesin fitnah depa bergerak 24 jam tanpa henti, guna ratusan akaun palsu.

Kita jawab dengan fakta, depa balas dengan persepsi.

Kita guna kebenaran, depa guna algoritma.


Bila semak profil, semua akaun faked, lock profil, tiada wajah sebenar.

Nak report pun kadang-kadang tak jalan,

sebab sistem media sosial tu sendiri longgar kawalan.


Dan di sinilah silapnya — ruang media kita makin dikuasai pihak lawan.

Kalau tak kawal awal-awal,

persepsi boleh jadi senjata paling tajam dalam politik moden.


Bak kata Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi Jerman (1933–1945):


> “Siapa yang mengawal media, dia mengawal fikiran rakyat.”


Dan siapa kuasai fikiran rakyat,

dialah yang menang dalam peperangan minda.


Sekarang masa untuk kerajaan perkemas strategi komunikasi.

Kena ada pasukan pemantau fitnah,

kena aktif lawan maklumat palsu dengan penjelasan cepat dan tepat.

Bukan nak tuding jari — tapi realitinya,

perang persepsi ni dah bermula lama.


Kalau tak diurus betul,

PRU nanti bukan kalah sebab dasar, tapi sebab kalah dalam medan maklumat.


Zaman sekarang, fitnah bukan lagi cerita rekaan, tapi alat pengaruh.

Siapa tangkas urus media, dialah yang kawal naratif.


👉 Dan tengok contoh paling dekat 

— akaun Jebat Derhaka.

Macam-macam benda mengarut dia cakap,

konten separuh masak, teori tak masuk akal —

tapi dah berminggu-minggu viral tanpa henti.


Persoalannya,

di mana pihak berkuasa?

Berapa lama lagi nak biar fitnah jadi bahan tular sebelum rakyat mula percaya yang palsu,

dan menolak yang benar?





ANWAR BERSAMA ANAK MUDA

 



Hari ini, saya berpeluang bersama ribuan anak muda tempatan dan peserta antarabangsa di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2025, sebuah platform menyerlahkan suara, idea dan aspirasi belia menjadi tumpuan utama.
















Saya sentiasa percaya bahawa masa depan negara ini terletak di tangan anak muda yang sanggup belajar dengan mendalam, berfikir secara kritikal, dan bertindak dengan hati nurani. 


Anak muda inilah yang mampu menentukan sama ada masa depan kita akan dipandu oleh nilai kemanusiaan dan kebebasan, atau dibayangi sikap acuh tidak acuh dan ketidaksamarataan.


Dalam sesi “In Conversation with Prime Minister”, pelbagai topik dibincangkan termasuk pemahaman dan kerjasama serantau, peranan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat keterangkuman dan pemerkasaan, kemajuan teknologi baharu, peluang inklusif untuk belia dalam Belanjawan 2026, serta usaha bersama kerajaan dan anak muda dalam isu kemanusiaan global.


Dialog hari ini bukan sekadar sesi perbincangan, tetapi peringatan bahawa perubahan bermula dengan kesedaran, dan kemajuan bermula dengan tindakan, justeru setiap daripada kita mempunyai peranan untuk membentuk sebuah Malaysia yang adil, inklusif, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




POLIS POLIS DIA NI PATUT KENA TANGKAP - BESAR RAHSIA KO TAHU NIH...POLIS TANGKAP TENGOK...TANGKAP SEKALI ABANG DIA YANG KERJA ASKAR TU...AMBOIII...LALOK CAM AMBIK BARANG TERLARANG JA ??

 


NIK Mardhiah


Entah apalah dia makan… confidence betul. 

Dia kata, kapal flotilla tu sebenarnya berlakon kat perairan Sabah, askar Israel tu pun katanya askar Malaysia yang pakai filter kabur. Siap claim abang dia dalam tentera laut, sebab tu tahu rahsia besar ni kononnya. 😭

Tinggi betul imaginasi dia.






SEMBANG.... BABI PUN BOLEH TERBANG DEPA KATA...TELOQ AYAM HILANG PUN TAK SELESAI.. MINYAK MASAK EKSPORT PUN TAK SELESAI...AYAM 15 SEKILO SAMPAI KERAJAAN JATUH.... LAST MORATORIUM.. KWSP.. LA MENDAPAT HABUAN NAK KENA TANGGUNG HUTANG DUIT KWSP PUN QUYUB... . POOOOODAHHH..





AKAI KEMETOT

 

Alif Jamil


Saya setuju dengan pandangan Pemuda PAS. 






Perogol² tu mmg perlu digantung atau dibuang sekolah kerana jenayah rogol adalah jenayah yg tidak berperikemanusiaan dan bersifat binatang. 


Cuma yg saya tak paham.. 

Pemuda PAS ni tak reti beza ke hukuman jenayah , hukuman disiplin dan hak pendidikan asas manusia ??


Hukuman pentadbiran seperti gantung sekolah, buang sekolah dan public caning tu masih tertakluk dalam bidang kuasa sekolah. 


Kalau nak digantung atau dibuang sekolah tu takde masalah. 


Tapi untuk menyekat 4 tertuduh tu dari ambil SPM itu dah menyalahi hak asasi pendidikan yg dijamin oleh undang² dan konvensyen antarabangsa yg Malaysia sendiri tandatangan. 


Kalau 4 pelajar tu masih berstatus tertuduh, maka mereka masih belum bersalah disisi undang². 


Dan kalau 4 pelajar tu sudah disabitkan bersalah, mereka tetap berhak ambil peperiksaan SPM walaupon dalam penjara. 


Sebab itulah Jabatan Penjara Malaysia wujudkan program rasmi untuk membolehkan pelajar yg bersalah dalam kes jenayah ni ambil SPM dari dalam tahanan.


Jadi kalau nak sekat 4 orang ni dari ambil SPM sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan, itu bukan saja salah dari segi prinsip keadilan, bahkan ia mencerminkan kebebalan otak Pemuda² PAS dalam membezakan antara hak asasi dan undang².


Inilah masalah Pemuda PAS, bila ada je isu yg boleh ditunggang memang laju depa tunggang sampai terlupa nak pakai otak. 


Lain kali kalau nak tunjuk hero pun pastikan faham dulu beza antara hukuman disiplin, hukuman jenayah dan hak pendidikan asas manusia.



JOM DENGAR LAGU MUKA KASUT.



 

KEMBALIKAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT. TERIMA KASIH PMX


 

DIA TAK PAHAM HUKUMAN DAN HAK PENDIDIKAN. BAGI DIA JADI MENTEDI MEMANG KIOK..


 

TEKANAN HIDUP TEKANAN HIDUP... CURI MINYAK MASAK BUAT RAKYAT TERTEKAN HIDUP


 

JOM SEKOLAHKAN WALAUN WALAUNTIT.. BASIC ASAS KEBODOHAN MANUSIA


 

DUNIA SUDAH TERBALIK ATAU MANUSIA YANG TERBALIK?


Che Ibrahim


Banduan yang berjaya dalam peperiksaan disanjung, pelajar yang ditahan kerana disyakki merogol dihentam kerana masih dibenarkan ambil SPM.





MP QAZAF.. TAK NDAK KOMEN KOT KES NI.. KIOK.

 


Ketua Pemuda PAS Pusat Afnan Hamimi kes ni mcmana?





Ustaz ni warden asrama Sekolah Maahad Muhamadi di Kelantan bawah YIK, Kerajaan Kelantan.


Didakwa dan di jatuh hukum kerana 5x kes rogol. 


Kes jadi waktu bini tengah berpantang dan berlaku di rumah. 


Macamana lelaki boleh dilantik jadi warden untuk sekolah 100% pelajar perempuan?


Kes ini telah dah dijatuhkan hukuman ni, terbukti bersalah rogol!



TU DIA AIHH TAR SENIK.. AWAT HANG NIH..


Norshidah Md Daud





Binatang Mokhtar Bin Senik ni wat post bgtau nk bawak budak2 pondok dia ke Riau utk melawat U kt sana

Jadah ape nak bawak budak2 Kemboja tu ke Riau?

Siap mintak sedekah bagai

Walhal mintak sedekah untuk perbelanjaan dia & family dia kat sana nnt utk Konvo PhD yang dia beli tu

Bab membelit no 1 si pendek ni

Sial punya kemetot





Dari Hutang Keliling Pinggang ke Bebas Kewangan - From Zero To Hero!




(Hayati pengalaman sebenar saya membantu seorang staf keluar dari jerat hutang - dari ZERO ke HERO.)


••• 


“Boss, boleh pinjam 10 ringgit nak beli lunch?”


Itu ayat yang saya dah dengar entah berapa kali dari seorang staf, dalam sebulan saya dah tak larat nak kira.


Setiap kali lepas gaji, dia bayar balik semua pinjaman kecil itu.


Masalahnya?


Bukan saya saja dia pinjam tetapi satu pejabat dia pinjam keliling!


Padahal gaji dia RM7,500 sebulan, cukup besar untuk seorang lelaki muda dengan keluarga kecil.


Tapi kerak nasi dia, sangat besar.


Satu hari, saya panggil dia masuk bilik.


“Saya nak bantu awak urus kewangan. Tapi awak kena jujur, declare semua masalah" kata saya. 


Dia tunduk, dan dengan nada tersekat dia jawab,


“Tolong saya Boss, saya dah terlalu stress dengan hutang. Blood Pressure saya pun dah naik.”


Lama dia luahkan segalanya.


Saya dengar sahaja, dan saya simpulkan masalah sebenar dia:


1. 4 kad kredit, setiap satu hutang RM50,000.


2. Hidup dengan gaya “gali sini kambus sana.”


3. Personal loan bank ada RM100,000 kononnya untuk renovate dapur.


4. Dua kereta, dua beban.


5. Makan besar setiap hujung minggu.


6. Isteri tak bekerja.


7. Rugi besar dalam skim cepat kaya.


Saya kata padanya dengan tegas tapi tenang,


“Kalau betul nak berubah, keluarkan semua kad kredit sekarang dan gunting depan saya.”


Dia terdiam.


Saya keluarkan gunting yang saya dah siap letak di atas meja.


Dengan berat hati, dia gunting satu per satu kad itu.


Dari situ, bermulalah perjalanan “Zero to Hero”-nya.


Langkah Demi Langkah Saya Arahkan Dia:


1. Pergi ke AKPK (Bank Negara) untuk minta mereka bantu restructure hutang & hentikan faedah tinggi.


2. Jual satu kereta. Kos RM1,000 sebulan tu menjerut leher dia perlahan-lahan.


3. Stop makan luar. Masak di rumah dan belajar berjimat.


4. Isteri mula bekerja kerana beliau ada degree profesional. Alhamdulillah, akhirnya dapat kerja bergaji RM10,000 sebulan.


5. Setiap bonus tahunan bayar hutang, jangan joli!


Setiap bulan saya semak tahap kewangan beliau dan 'adjust' mana perlu. 


Dan saya sentiasa tiupkan semangat pada beliau untuk lepaskan diri dari belenggu hutang. 


Akhirnya, 3 Tahun Kemudian…


Semua hutang habis dibayar. Tiada lagi panggilan dari bank dan tiada lagi stress darah tinggi.


Saya nasihatkan dia pula bina 'net worth' dengan membeli flat murah di Puncak Alam kemudian jual untuk untung, dan pusing modal beli 2 lagi unit.


Hari ini...


Dia ada 4 buah rumah, dengan aset bersih melebihi hutang.


Dari hidup dikejar bank, kini hidup bebas, tenang dan bermaruah. Dia dah boleh bawa famili bercuti ke luar negara.  


Pengajaran Buat Kita Semua:


•   Disiplin diri adalah kunci.

•   Jangan berhutang untuk gaya hidup.

•   Belajar kawal cash flow sebelum ia kawal hidup anda.

•   Kad kredit bukan kawan tetapi ialah Ah Long moden.

•   Dan yang paling penting, berani buat keputusan pertama iaitu GUNTING KAD KREDIT ANDA.


Kalau anda rasa kisah ini beri inspirasi, tekan Share supaya lebih ramai boleh keluar dari perangkap hutang kad kredit.


Jangan biar hutang jadi tuan dalam hidup kita.


Wallahu a‘lam.


Catatan oleh:

Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar

FB: Zainuddin Omar


* Komodo Dragon




UNTUK APA FITNAH?

 MSO


UNTUK APA FITNAH?








Program ijtimak guru guru pondok anjuran Jakim, Yadim , Nuji dan beberapa institusi agama lain di Kelantan baru baru ini rupa rupanya kurang disenangi oleh pihak kerajaan negeri Kelantan. 


Walaupun pemimpin kerajaan ikut sama hadir sebagai meraikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang hadir merasminya, tetapi dalam hati tidak murni penerimaanya. Masih bersikap mulut manis (.   ) masam lagi.


Kejayaan ijtimak berkenaan dimana ramai masyarakat pondok hadir termasuk beberapa tokoh dan ulama pondok hadir, dicurigai oleh pihak kerajaan negeri. Mungkin mereka merasakan ijtimak atau pendekatan Putrajaya dengan guru dan institusi Pondok mengacam kedudukan dan hegemoni mereka.


Lantas itu ada seorang pemimpin kerajaan negeri Kelantan mula bertindak membasuh para guru guru pondok agar tidak memerut dengan kerajaan Madani. Sekurang kurang dua acara membabitkan pondok diadakan, malangnya dikatakan kurang mendapat sambutan.


Kerana kurang mendapat sambutan itu mungkin strategi menabur fitnah dilakukan. Seorang pemimpin kerajaan, katanya telah memasuk ke sebuah pondok dan memfitnah seorang, kononnya tokoh itu semasa dalam Pas mengambil rasuah menanam pokok kelapa di kawasan pondok berkenaan. 


Perbuatan ini sungguh keji lagi mendukacitakan. Untuk apa orang seperti anda menabur fitnah. Tokoh yang difitnah itu sebenarnya sudah tidak perlu ditakutkan lagi kerana dia bukan apa apa peribadi di Kelantan ketika ini. Dia tidak menjadi persaing anda dan anda tidak layak pun untuk disainginya. 


Mungkin juga pemimpin itu kena damagekan pemimpin yang seorang ini kerana beranggapan kekerapan Anwar Ibrahim ke Kelantan memberi peruntukan disebabkan tokoh ini. Jadi hendak tak hendak dia kena diburukkan dengan meracuni hati guru pondok.


Percayalah kesedaran dan penerimaan guru guru pondok di Kelantan dengan segala rancangan pembangunan dan islah pendidikan yang sedang dilakukan kini disenangi oleh semua orang. Sikap Anwar tidak memilih bulu dan memenuhi apa sahaja yang rakyat Kelantan ingini dipenuhi tanpa ditagih.


Sepatutnya anda dan pihak kerajaan berterima kasih dan bunuh rasa curiga itu. Apabila anda sanggup melakukan fitnah kering, jelas menunjukkan anda takut kepada bayang bayangan kebodohan dan ketidak mampuan anda mentadbir negeri. Trims.




Bendera Isrqel berkibar dinegeri serambi mekah.


Alif Jamil







Pada saya, niat asalnya baik sebab mahu tonjolkan semangat solidariti terhadap rakyat Pqlestin dan sukarelawan misi Sumud Flotilla. 


Tapi apabila gimik ini sampai naik bot bawak bendera Isrqel yg cukup sifat tu, itu bukan satu kreativiti tapi itu satu kebodohan dalam komunikasi..


Kita bukan bercakap soal niat. 

Kita bercakap soal simbol dan sensitiviti umat islam.


Dalam dunia komunikasi dan sosial, simbol visual seperti bendera ni mempunyai makna yg sangat mendalam. 


Bila bendera Isrqel dikibarkan, secara automatiknya ia adalah lambang darah, penindasan dan kezaliman yg  berlaku setiap hari dibumi Gqza.


Apabila penganjur atau individu yg terlibat menggunapakai bendera isrqel yg cukup sifat, maka mesej yg sepatutnya mengutuk telah bertukar jadi pemandangan yg menghina sensitiviti umat Islam.


Walaupon pada asal niatnya baik , tapi apabila niat yg baik tidak diuruskan dgn akal dan tindakan yg waras , maka ia mewujudkan satu tindakan yg tersasar dari hikmah dan tujuan asal. 


Ini bukan hal kecil. 

Ini soal kebijaksanaan dan adab dalam perjuangan.


Kita tidak hanya perlukan pertunjukkan gimik untuk tunjuk semangat solidariti buat saudara disana.. 


Yang lebih kita perlu dan dahulukan adalah kefahaman, kepekaan dan kebijaksanaan dalam sebarang bentuk perjuangan.


Kelantan ni digelar Serambi Mekah..


Tapi malangnya, insiden seperti ini hanya mengundang rasa malu seolah² negeri yg sinonim dgn imej Islam itu gagal membezakan antara gimik perjuangan dan tindakan tanpa pertimbangan yg waras.


Niat nak bersolidariti tu bagus dah. 

Cuma kena bertindak menggunakan akal yg waras.



TENGOK KE NAMA SIFU... OTAK TAK MACAM SIFU. GALAKKAN PUN KO TAK TAHU. BUKAN PAKSAAN.

 





Kalau perasan, muka 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗶𝗻 masa 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 buat pembentangan belanjawan tempohari nampak jelas riak 𝗸𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮. Dia punya kecewa dah tak tertanggung lagi rasanya.


Bukan kecewa sebab 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻. Mahiaddin kaya. Bak kata 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮, Mahiaddin beri UMNO 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 dari dalam bilik untuk tolong UMNO dalam PRN Sabah. Jadi Mahiaddin tan perlu bantuan dalam belanjawan.


Tapi Mahiaddin, dan MP-MP lain dalam PN, kecewa sebab 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝘁𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 untuk dijadikan isu dalam belanjawan kali ini. Jelas MADANI meletakkan 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻. 


Bila yang di atas dah 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗹 nak mainkan isu apa, lagi yang di bawah pun jadi 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴-𝗹𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴, tak tahu arah mana nak dituju. Maka jadilah mereka semua 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸-𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸.


Sebelum ni 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿 kata belanjawan kali ini 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴. Padahal masa PN dulu lumpuh terus. Dan yang ini ada 𝘀𝗲𝗯𝗶𝗷𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸 pula yang melatah tak ketentuan hala. Dia keliru atau sengaja nak mengelirukan?


𝗜𝗻𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗳 RM4,000 untuk kereta yang berusia melebihi 20 tahun tu atas 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Bukan kata mesti pun. Kalau rasa mampu bayar bulanan kereta baru,  ambik. Kalau rasa tak mampu, diam-diam je la.


Ada setengah orang teringin nak beli kereta baru. Tapi tak tahu 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 dengan kereta lama. Nak jual pun tak laku. Ada yang dah beli pun kereta baru. Jadi kereta lama terbiar je. Kan tak cantik tu.


Bila ada inisiatif begini, jadi mereka yang keretanya terbiar tu, boleh ambik insentif ni. Boleh juga berikan kepada anak kereta baru tu kalau dia sendiri tak perlu kereta baru.


Apa yang susah? Benda 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥. Jadi susah sebab hati tu dah 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗷𝗶𝘀. Otaknya 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽𝘀𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀. Sebab tu dia ada 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸. Allah dah tutup pintu hatinya dari melihat kebaikan. Sebab tu dia cuma nampak yang buruk je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



KALAU IYA PUN GIMIK.. KO PI KIBAR TU PA HAL?

 


Cakap bodoh kang marah. Kalau berlakon pun perlu ke buat betul-betul? Kalau berlakon babak rogol, kena rogol betul-betul ke?






Kenapa mesti kibar bendera 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 tak boleh gantikan dengan bendera lain? Bendera 𝙊𝙣𝙚-𝙋𝙞𝙚𝙘𝙚 pun okay lagi daripada bendera zionis.


Tak jaga sensitiviti betul. Tu aku kata PAS ni dari lebai sampai ke walaun semua 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗸. Otaknya 𝘴𝘩𝘰𝘸𝘳𝘰𝘰𝘮 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯. Jarang pakai.


Tapi sebab yang buat ni walaun, keluarlah 1,001 dalil nak 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻. Tapi kalau kumpulan lain buat, laju dia kafirkan orang tu.


Sebab tu aku kata PAS 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸! Guane boh?


 

Raja Gelap II



ISU FIFA.

 



Saya ada dengar video ni di FB YB Rafizi Ramli Isu FIFA vs FAM, dan Isu Kerakyatan.





Beliau sebut berberapa perkara di fb beliau, kita terima secara positiflah. Cuma ada berberapa perkara Saya naik tambah supaya pe dengar ucapan beliau jelas dan ada info tambahan.


Beliau membangkiitkan 2 perkara:


1. Strategi guna pemain import bukan pemain Malaysia - Ada pro dan kontra;  


+ve naikan mutu

-ve tutup peluang pemain tempatan


2. Isu kerakyatan, proses ia dibuat dan babit Kerajaan iaitu; 


i. telah guna kuasa ikut undang2, itu setelah lalui JK dan proses lulus dan akhirnya lulus


Ii. bila FIFA bagi bukti dan hujah: mrka jejaki dokumen Kelahiran. Dilahirkan di belanda bukan di Malaysia


Beliau mencadangkan Datuk Saifuddin Nasution hak dan kuasa nya untuk selesaikan yg berpuluh tahun dapat dipermudahkan


Drpd isu FIFA, skrg dia jadi isu Kerakyatan. Beliau minta ‘move on’ dan tak perlu jawab, katanya susah nak mempertahankan perkara ini.


JAWAPAN.


1. Benar itu Isu berbeza. FIFA vs FAM isu Pemain Warisan, FIFA pertikaikan asal usul pemain dengan syarat yang perlu mereka patuhi. Boleh baca tulisan saya disini, detail saya terangkan; https://www.facebook.com/share/16C3AAV7XG/?mibextid=wwXIfr


2. Untuk dapat kewarganegaraan pula dokumen dan maklumat lain, tidak perlu pun dari mana asal usul nenek moyang mereka. Sudah dijelaskan juga disini: https://www.facebook.com/share/16C3AAV7XG/?mibextid=wwXIfr


3. Yang ketika ni point penting, saya rasa YB Rafizi tidak sempat membaca berita terkini.


Soalan yang dibangkitkan; Kenapa tak permudahkan pemberian kerakyatan warganegara Malaysia yang memohon status warganegara hingga perlu tunggu berpuluh tahun?


Jawapannya: Kementerian Dalam Negeri era Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah mewarisi lebih 50,000 permohonan kerakyataan yang diwarisi sejak berbelas tahun, sejak zaman BN, PH1.0 dan PN.


Dari masuk jadi Menteri Disember 2022 - 2025, 49,000 kerakyataan telah di proses, 43,000 telah diluluskan dapat IC dan masih berbaki 6,000 sahaja dalam proses kelulusan dan penelitian. 


87% telah berjaya diselesaikan dalam masa 3 tahun. Itu kejayaan luar biasa Datuk Saifuddin di KDN yang tidak mampu dibuat oleh Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin.


InsyaAllah Kerajaan Madani, melalui KDN serius untuk selesaikan masalah berbangkit Isu kewarganegaraan dengan mengadakan pelbagai program. Termasuk turun ke kg orang asli, ke luar Negara dan bergerak ke lokasi pendalaman secara berkala bagi memastikan rakyat Malaysia mandapat IC.


Kita lihat sahaja pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan IC, dan pindaan lain. Itu tanda serius REFORM sedang berlaku dalam KDN. Doakan usaha Itu berjaya. Amen


Syam Ghaz



MELAYU HILANG DI MALAYSIA.


 

GIMIK KATANYA.


 

LEBIH KURANG BILA WALAUN NAK KIRA BUDI95

 


KEH KEH KEH... AWAL SANGAT JEBAT DERHAKA CARI PELAPIS. INGAT DIA SPESIS TERAKHIR OTAK SELUT.

 



Kalau orang itu bijak atau orang itu ada rasa malu.. kalau negeri sendiri pun gagal, bayar gaji guru pun RM500 nak komen pasal bajet…malu nak bersuara sebab parti atau kerajaan sendiri lagi teruk. Jangan kata bonus, gaji pun sangkut nak bayar.


Kalau bijak sangat bajet alternatif pun tak mampu wujudkan.Nak komen belanjawan orang lain. Awal sangat Jebat Derhaka cari pelapis. 

Lain kali buktikan kejayaan dinegsri sendiri dulu, baru komen belanjawan national. Ingat tu roh roh roh.... Kiok. 




BANGSAT NI SOH BUDAK ROGOL MENTERI PULAK


 Norman Radzuan


2019 berlaku kejadian yg sama di Sabah 

MENTERI DISURUH  BUDAK BUDAK DIROGOL






Ulasan saya pendek… bahaya jika PN menjadi kerajaan. Oleh kerana mereka tahu daya intelektual pengikut rendah, dgn mudah mereka membentuk masyarakat yg ekstrim… hingga ada yg hendak bunuh Perdana Menteri dan hari ini minta budak merogol Menteri Pendidikan.


Akhlak sudah tiada kerana mereka diajar seperti ala khawarij… darah mereka sahaja yg suci hingga terkorban sahabat2 Nabi. Membunuh dan merogol asalkan musuh politik mereka.


Dalam isu terbaru ini bukan Yb Menteri mempertahankan perogol tersebut hanya kerana membenarkan mereka mengambil peperiksaan SPM.


Kita mesti ingat pada tahun 2019, tujuh pelajar tingkatan lima yang ditahan polis berhubung kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Tawau, masih boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin, berkata walaupun kesal dengan perbuatan kumpulan pelajar terbabit, jabatan itu membenarkan mereka menduduki peperiksaan berkenaan di dlm lokap tahanan reman.


Jadi kita tunggu keputusan mahkamah yg akn tetapkan. Fadhlina tak kata pun ambil SPM dlm Dewan atau sekolah. 


Bila kita dgr pemimpin bebal menghasut dan kita percaya… kita ciduk ayat yg sama org lihat kita ini dungu. Ingat Menteri dan polis tu dungu sgt nak biarkan perogol bawah umur itu ambil SPM dlm dewan yg sama?




BERANI ATAU TIADA IDEA UNTUK. MELAKUKAN BELANJAWAN ALTERNATIF SEBAGAI MANA SEBELUM INI LEBIH AWAL DARI KERAJAAN YANG MEMERINTAH. .

 


BELANJAWAN ALTERNATIF – PERLU ATAU TIDAK?


12 October 2025


Dalam beberapa komen di sejumlah laman media sosial, didapati ramai yang membangkitkan berkenaan belanjawan alternatif daripada blok pembangkang.


Mana belanjawan alternatif PN?


Kenapa PN tidak berani membentangkan belanjawan alternatif sebagaimana PH melakukannya sebelum ini?


Apakah PN tiada idea, maka sebab itu tidak mampu membentangkan belanjawan alternatif?


Jangan asyik tahu kritik dan hentam belanjawan kerajaan saja, buatlah belanjawan alternatif?


Demikianlah antara suara yang dibangkitkan oleh para penyokong kerajaan bila terdapat ada yang mempertikaikan perkara-perkara tertentu dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan semalam?


Perlukah belanjawan alternatif dibentangkan?


Belanjawan alternatif biasanya dibentangkan sehari belum belanjawan kerajaan dibentangkan untuk memperlihatkan blok pembangkang juga ada idea untuk mengurus ekonomi negara.


Belanjawan alternatif adalah belanjawan yang dibentangkan tanpa tanggungjawab, tanpa kuasa dan ketika tiada wang dalam poket untuk menjanjikan membina itu dan ini.


Dengan itu, ia boleh saja dibuat semahunya asalkan sedap didengar, cantik dipandang dan mampu merangsang naluri berahi para penyokong untuk sama-sama ghairah mengejar kuasa.


Tetapi, selepas belanjawan kerajaan dibentangkan, orang tidak lagi bercakap tentang belanjawan alternatif itu.


Ertinya, seburuk mana pun belanjawan kerajaan, ia tidak palsu, bukan fake news dan bukan juga macam ada berlaku kepada maklumat sijil kelahiran yang boleh dipalsukan.


Ini kerana yang menyediakan belanjawan kerajaan adalah kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab mengurus perjalanan kerajaan berdasarkan kedudukan kewangan negara, beban hutang, prestasi ekonomi dan macam-macam hal ini.


Pendek cerita, belanjawan alternatif hanya sembang kosong yang dirangka ketika tiada kuasa dan tidak difahami sedalam-dalamnya fakta sebenar berkaitan ekonomi negara.


Sebab itu, pihak yang jadi pembangkang sebelum ini dan kerap membentangkan belanjawan alternatif, tetapi bila beroleh kuasa, tidak pun belanjawan yang dibentangkan lebih indah daripada beberapa belanjawan alternatif yang pernah dibentangkan sebelum ini.


Hakikatnya, bila berkuasa baru disedari perbezaan semasa jadi pembangkang dengan setelah jadi kerajaan.


Dengan itu, sebenarnya tiada kewajaran langsung untuk blok pembangkang iaitu PN merangka dan membentangkan belanjawan alternatif sebagaimana pembangkang terdahulu suka melakukannya.


Jika PN ada pandangan lain, syor dan apa saja mengenai belanjawan atau berkaitan ekonomi negara, mereka boleh nelakukannya ketika sesi membahaskan belanjawan di Parlimen.


Itu lebih baik dan bertanggungjawab kerana ia dilakukan di dalam Parlimen, berbanding belanjawan alternatif yang boleh dibentangkan di mana-mana premis swasta yang disukai.


Begitu pun, jika pembangkang sekarang ada syor atau yakin mampu merangka belanjawan yang lebih baik, mereka harus simpan dulu idea tersebut dan tunggu untuk melakukannya bila jadi kerajaan nanti.


Sabar sikit jerrr lagi, masa itu semakin hampir nak tiba!! – ShahbudinHusin 12Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/belanjawan-altenatif-perlu-atau-tidak/




AWAT KO INGAT KERAJAAN MADSNI NI BENGGONG MACAM KO CAKAP KE?


 

KEH. KEH.. KEH


 

NI PULAK PASAL MP QAZAF DAN OANDANGAN DIA TENTANG KES ROGOL. DENGAR APA YANG ORANG PERTIKAI ULASAN BODO DIA.


 

PR DIA MEMANG TERBAIK


 

TU DIAAA CAT HIJAU

 Ayahanda Abdul Rani Kulop





Kes rorgol di Melaka. Mungkin PDRM boleh panggil orang yang keluar kenyataan tu..


Kalau ayah jadik menteri, perogol ni ayah botakkan..kendian seluruh badan dia warnakan dengan kaler ijau.. nak lagi sedap pakaikan cawat besi selagi mana dia idop.




BILA BERLAKU DIA TAK BAGI CADANGAN.DIA PERTIKAI PULAK PASAL PESALAH DIBENARKAN AMBIL PERIKSA. DIA MP KAH ?



Abdul Muez






Bila kes rogol ni meletop, saya tak terkejut pun. Sebagai guru kaunseling, dah baaaaaanyak kes seksual ni saya dan kawan-kawan di unit disiplin hadap.


Cuma, rogol itu yang buatkan saya sangat-sangat marah. Biasanya kami jumpa kes suka sama suka saja.


Bila kes ni dah mendonia, banyaklah komen yang muncul. Paling sakit hati saya baca, "apa sekolah buat?"


Fuhhhh panas.


Kalau nak ikut apa sekolah buat, rasanya banyak dah kami buat.


Baik program intervensi, sampailah ke program pencegahan.


Siapa saja yang kami tak jemput untuk datang ke sekolah. PDRM saja rasanya tahun ni dah 3 4 kali mereka datang. Daripada kes ponteng, jalan raya, buli sampailah ke seksual. Semua PDRM tapau. Kami jemput pula pegawai yang bukan kelang-kaleng tau. Bukan pegawai yang jenis baca slide.


Kalau bab dadah pula, AADK pun kami jemput. Kalau bab kesihatan, tak kira kesihatan apa, PKD pun kami jemput.


Senang cerita, banyak dah program kami buat.


Bukan tu saja. Saya sendiri pun dijemput untuk menyampaikan ceramah awal remaja dan seksual. Tak tersenarai dah sekolah dalam Sabak Bernam yang dah jemput saya.


Saya sampaikan ceramah mengikut tahap. Kalau tengok dalam slide nota saya tu, ini untuk murid lelaki menengah atas. Memang saya cerita habis.  Tak sorok-sorok punya.


Baca buku, tengok Youtube. Tambah pula ilmu farmakologi yang saya belajar masa master dulu. Semua saya tumpahkan dalam slide pembentangan.


Tapi kenapa masalah ni masih lagi berlaku?


Tak lain tak bukan, puncanya dari luar.


Kalau nak salah menyalah, memang takkan selesai. Sekolah salahkan mak ayah, mak ayah salahkan sekolah.


Tapi realitinya, semua bermula di luar pagar sekolah.


1. Telefon.


Benda ni paling bahaya. Betul. Banyak laman web lucah dah disekat. Tapi banyak lagi web yang masih lepas. Kalau budak-budak ni pandai, hanya install **n saja, dah boleh buka laman web yang disekat tu. Semudah korek hidung dan calit bawah meja.


Dulu mak ayah risau anak keluar malam. Sekarang, siapa yang ambil tahu apa anak buat dalam bilik?


Duk bervideo call pakwe mak we, mula-mula minta buka tudung. Lepastu minta buka baju. Lepastu buka bra. Kesudahannya video call bogel. Terus buat phone sex.


Mak ayah sedar tak?


2. Kawan-kawan.


Cuba dengar apa ayat anak-anak kita dengan kawan-kawan.


Bab*, anjay, k*mak, bodoh, rog*l, rom*n semua tu dah jadi zikir.


Masa anak main game streaming, bila kawan kat sana mencarut, siapa mak ayah yang jerit bagitahu benda tu salah?


Dari kata-kata tu, membuatkan anak-anak kita tahu lebih. Mana mereka cari? Google sajalah.


3. Filem.


Mak ayah set 16 tahun dekat Netflix. Tapi anak-anak boleh cari dekat Telegram. Apps movie pun ada jual di Saufi.


Mak ayah punyalah set macam-macam. Tapi ingat. Anak kita jauh lebih bijak daripada apa yang kita sangka.


Ni zaman mereka. Kalau kita tak cuba kejar teknologi ni, memang kena kelentonglah dengan anak-anak.


4. Pendedahan awal kepada bahan lucah.


Buka apa-apa saja web, terkeluar iklan bra. Terkeluar iklan spenda. Walaupun tak cari, benda tu tetap keluar. 


Tu tengok tu. Tiba-tiba je saya dapat mesej melalui Telegram. Kalau anak-anak kita dapat macam mana? 


Lepastu belum lagi video dekat YouTube yang ada cium-cium. Video dekat TikTok yang ada peluk-peluk. Video orang pakai skirt sampai pangkal peha.


Ingat benda tu tak buat anak-anak kita rasa ingin tahu ke?


Tengok pula video budak sekolah bagi hadiah dekat awek. Malu-malu. Lepastu ramai-ramai komen cocuwit.


Cocuwit hangguk dia.


Kalau kata mak saya dulu, "spenda pun aku beli. Ada hati nak buat bukan-bukan. Aku terajang muka kau tu karang, tahulah nasib kau."


Hahaha.


5. Mak ayah sendiri.


Siapa yang selalu cek henpon anak-anak?


Siapa yang selalu cek wasap anak-anak?


Siapa yang selalu cek sticker wasap anak-anak?


Siapa yang selalu cek folder gambar anak-anak?


Tak pernah? Hurmmmmm.


Bila kita dah bagi phone dekat anak-anak, takda isitilah peribadi. takda istilah menceroboh peribadi anak-anak.


Kalau anak-anak sembang benda lucah, gambar pula yang bukan-bukan. Ambil gambar pakwe makwe siap peluk-peluk. Peribadi apa jadahnya tu.


Budak tu sekolah lagi dah bercium bagai. Ambil telefon tu, hemp*k je kat muka dia. Harta peribadi konon.


Selagi mana mak ayah bagi duit, takda isitlah harta peribadi dah.


Mak ayah. Sebelum kita tunding jari salahkan sekolah, ingat. 4 jari tunjuk dekat kita.


Mak ayah + sekolah perlu berganding bahu. Benda ni perlu dibanteras keras.


Dah jadi macam ni, apa lagi nak cakap?


Menangis pun dah tak guna.


Begitulah.


*Gambar inspektor paling padu di daerah kami. Dia punya ceramah, saya pun gerun.


TIADA PELACUR DI USA. PESAN BUYA HAMKA.