AKAI KEMETOT

 

Alif Jamil


Saya setuju dengan pandangan Pemuda PAS. 






Perogol² tu mmg perlu digantung atau dibuang sekolah kerana jenayah rogol adalah jenayah yg tidak berperikemanusiaan dan bersifat binatang. 


Cuma yg saya tak paham.. 

Pemuda PAS ni tak reti beza ke hukuman jenayah , hukuman disiplin dan hak pendidikan asas manusia ??


Hukuman pentadbiran seperti gantung sekolah, buang sekolah dan public caning tu masih tertakluk dalam bidang kuasa sekolah. 


Kalau nak digantung atau dibuang sekolah tu takde masalah. 


Tapi untuk menyekat 4 tertuduh tu dari ambil SPM itu dah menyalahi hak asasi pendidikan yg dijamin oleh undang² dan konvensyen antarabangsa yg Malaysia sendiri tandatangan. 


Kalau 4 pelajar tu masih berstatus tertuduh, maka mereka masih belum bersalah disisi undang². 


Dan kalau 4 pelajar tu sudah disabitkan bersalah, mereka tetap berhak ambil peperiksaan SPM walaupon dalam penjara. 


Sebab itulah Jabatan Penjara Malaysia wujudkan program rasmi untuk membolehkan pelajar yg bersalah dalam kes jenayah ni ambil SPM dari dalam tahanan.


Jadi kalau nak sekat 4 orang ni dari ambil SPM sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan, itu bukan saja salah dari segi prinsip keadilan, bahkan ia mencerminkan kebebalan otak Pemuda² PAS dalam membezakan antara hak asasi dan undang².


Inilah masalah Pemuda PAS, bila ada je isu yg boleh ditunggang memang laju depa tunggang sampai terlupa nak pakai otak. 


Lain kali kalau nak tunjuk hero pun pastikan faham dulu beza antara hukuman disiplin, hukuman jenayah dan hak pendidikan asas manusia.



No comments: