TAK TAHU BUAT KERJA : Panas! NGO hantar memorandum pada Agong, desak Timbalan Menteri Pas dipecat

 Panas! NGO hantar memorandum pada Agong, desak Timbalan Menteri Pas dipecat

Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin.

Memorandum tersebut merupakan sembah hasrat daripada rakyat bagi menzahirkan sokongan padu kepada Raja-Raja Melayu termasuk mempertahankan integriti institusi agama seperti Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Jurucakap NGO tersebut, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali berkata, memorandum itu susulan daripada kenyataan yang didakwa mengelirukan, dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Menurutnya, timbalan menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut di Dewan Negara pada 28 Mac lepas berkaitan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI ke-117 pada tahun 2020 yang dipersetujui semua Mufti.

“Justeru, lebih 100 NGO, mewakili suara rakyat marhaen yang prihatin mendesak agar Timbalan Menteri Agama digantikan.

“Ini kerana beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang membelakangkan bidang kuasa Raja-Raja sebagai Ketua-Ketua Agama Islam sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau juga menunjukkan sikap biadab dan tidak matang serta memudaratkan pentadbiran baik dan kedaulatan undang-undang semata-mata kerana mendahulukan pendirian sempit peribadi sehingga mengelirukan orang ramai terhadap keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI yang dianggotai oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia,” katanya.

Engku Ahmad Fadzil berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut di hadapan Istana Negara pada Isnin.

Menurutnya, memorandum sama juga akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari sama.

Sultan Sharafuddin sebelum ini bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Menurut kenyataan Istana Alam Shah pada 9 April lepas, ini kerana keputusan-keputusan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.

Sehubungan dengan itu, Sultan Selangor bertitah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Timbalannya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah.


“Peguam tu nak publisiti jer, dialah yang nak rompak duit saya RM900K” – Nabila Huda dedah watak sebenar peguam Siti Bainun

 

“Peguam tu nak publisiti jer, dialah yang nak rompak duit saya RM900K” – Nabila Huda dedah watak sebenar peguam Siti Bainun


Baru-baru ini, heboh di laman sosial mengenai ‘peguam’ yang dikatakan menyiarkan beberapa maklumat ‘isu dalaman’ berkaitan salah satu kes yang sedang hebat diperkatakan.

Peguam itu juga merupakan salah seorang wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman ramai lebih-lebih lagi tindakannya membuat beberapa kenyataan di laman sosial dan dipercayai ‘koyak’ selepas dihentam netizen.

Berikutan wajahnya yang kerap ‘lalu lalang’ hampir di semua laman sosial, selebriti terkenal, Nabila Huda Suhaimi tampil membuka cerita mengenai dirinya yang pernah ‘berurusan’ dengan peguam wanita tersebut.

Menerusi luahannya di laman Twitter, pengacara Melodi itu mendakwa peguam itu merupakan individu yang mahu menyamannya sehingga RM900,000 beberapa bulan lalu.


Tak tahu kena saman, tapi media dah tahu. Rupa-rupanya…

Tambah Nabila lagi, pada masa itu dia tidak mengenali peguam tersebut dan hanya mengetahui dirinya akan disaman melalui media.

Menurutnya, dia hairan mengapa pihak media mengetahui lebih awal berbanding dirinya memandangkan dia adalah individu yang mahu disaman.

Rupanya, peguam terbabit dipercayai memilih untuk menghantar kenyataan kepada media terlebih dahulu daripada mengirimkan surat saman kepada Nabila.

Terus tanya pihak media

Anak kepada Amy Search itu turut mendedahkan bukti mesej yang dihantar kepada pihak media untuk mengetahui siapa yang membuat kenyataan mengenai isu saman menyaman kerana dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Bukan nak burukkan keadaan, cuma rimas balik2 muka dia

Bagaimanapun, Nabila sama sekali tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan, dia sekadar meluahkan rasa ‘rimas’ apabila wajah peguam itu kerap kali muncul di timeline laman sosialnya.

Tambahnya, dia trauma dengan episod hitam yang dilalui tempoh hari kerana merasakan individu itu cuba menabur pasir ke dalam periuk nasinya dan mahu ‘merompak’ hasil penat lelahnya dengan melayangkan saman secara tiba-tiba.

Dah2 la cari publisiti

Justeru itu, Nabila Huda sempat berpesan agar berhenti mencari populariti dengan cara murahan memandangkan menjadi popular bukanlah sesuatu yang mudah.

Dia turut menegaskan sekali lagi yang pendedahan tersebut bukan bertujuan untuk menambah beban ke atas peguam itu sebaliknya menasihati untuk bermuhasabah diri agar tidak mengejar kehidupan mewah dengan cara mudah.

Dia memang suka publisiti kot

Di ruangan komen, rata-rata nertizen mengakui perasan akan sosok peguam tersebut. Mereka juga menyuarakan pendapat masing-masing dan ramai yang perasan bahawa peguam terbabit memang selalu mengambil kes berkaitan dengan selebriti dan kontroversi.

Dia turut aktif di laman sosial berkongsi mengenai kes yang sedang dikendali dan baru-baru ini dilihat agak ‘koyak’ selepas ramai pihak mengecam aksinya bergambar bersama OKT.



Rasa curiga pengundi Melayu luar bandar terhadap DAP masih tebal, kata Anwar

 


Anwar Ibrahim mengakui turut mengalami sedikit hakisan sokongan
 daripada pengundi Melayu selepas mengambil pendirian untuk terus
 bersama DAP.

PETALING JAYA: Tahap kecurigaan pengundi Melayu, khususnya di kawasan luar bandar, terhadap DAP masih menebal, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, walaupun ada permintaan memutuskan hubungan dengan DAP susulan hakisan sokongan orang Melayu, PKR tetap komited bersama DAP atas sebab prinsip.

“Saya pernah luahkan pendapat saya kepada DAP (dan DAP) cuba sedaya upaya juga (untuk meyakinkan Melayu di luar bandar kerana tertanam (ketidakpercayaan terhadap DAP) begitu tebal.

“Seperti mana juga orang Melayu fikir Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu-satunya dasar penyelamat orang Melayu. Jadi, saya komited dengan persahabatan bersama DAP,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Anwar turut mengakui sokongan orang Melayu kepada dirinya sedikit terhakis kerana bekerjasama dengan DAP.

“(Malah), sokongan orang Melayu kepada saya juga sedikit terhakis. Ada yang menanyakan kalau Datuk Seri boleh putuskan (hubungan dengan DAP itu lebih baik). Jadi (atas) sebab itu, kita kena terangkan kepada mereka (prinsip PKR untuk bersama DAP),” katanya.

Ketua pembangkang itu berkata, bagi menangani isu itu, PKR mengambil pendekatan berbincang secara terbuka untuk meningkatkan kefahaman berhubung prinsip parti itu.

“Bukan Melayu, khususnya Cina, majoriti besar menyokong DAP. Jadi, kalau kita mahu negara ini selamat, bersatu dan maju ke depan, kita harus terima kenyataan kita mesti merangkul kelompok yang dapat dokongan majoriti.”

Tak semestinya tanpa MoU, PRU15 akan diadakan, kata Anwar

 



Anwar Ibrahim menegaskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik
 dimeterai antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob,
 bukannya Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan kerajaan akan cuba dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga 31 Julai ini.

Beliau berkata, PH terbuka untuk berbincang dengan Putrajaya, jika terdapat hasrat untuk meneruskan itu.Katanya, walaupun tanpa MoU itu, tidak semestinya bermakna pilihan raya umum (PRU) akan diadakan.

“MoU saya jelaskan, kita akan pastikan sehingga akhir Julai dan berunding kalau ingin diteruskan.

“Belum pasti kalau dengan tidak adanya (MoU) itu akan ada pilihan raya. Ini terpulang pendirian parti kerajaan dengan parti pembangkang, apakah keutamaan kita,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Beliau menegaskan MoU itu antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bukannya Umno.

“Perundingan itu dengan perdana menteri dan pasukan dia. Umno boleh bagi pendapat dia. Cuma Umno dengan 40 kerusi BN itu, dia anggap dia sebagai (parti) pemerintah, dia tentukan semua.

“Saya nak nasihatkan mereka bahawa dalam mana-mana kerajaan, kita perlu lihat kekuatan kita dan harus terima kenyataan rundingan itu antara PH dengan PM.”

Beliau menjawab keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 14 April yang memutuskan MoU kerajaan dan PH tidak akan dilanjutkan selepas tamat pada 31 Julai ini.

Susulan itu, Ismail dilaporkan berkata, beliau akur dengan keputusan MKT Umno untuk tidak meneruskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik selepas tamat tempohnya.

Calon PM

Anwar berkata, soal calon perdana menteri untuk PRU ke-15 bukan keutamaan PH.

Presiden PKR itu berkata, keutamaan PH ketika ini adalah mendekati dan membantu rakyat.

“Walaupun pada umumnya PKR sudah tahu calonnya, DAP juga sudah umumkan dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam perbualannya dengan saya setakat ini tidak ada perubahan (calon perdana menteri).

“Tetapi saya fikir ia bukan satu kewajaran atau keutamaan sekarang ini,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada 14 April lalu, MKT Umno mengumumkan ia mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi PRU15.

SPIDERMAN JUAI PETAI


 Walau apa pun pakaiannya..ianya viral di salah satu lampu isyarat di Temerloh. 

Penjual petai ini membuatkan pemandu ingin membeli petai yang beliau jual.

Usaha ini patut dipuji kerana kretiviti beliau dan usaha beliau walau pun dengan menggunakan kostum spiderman ini panas, namun itulah kreativiti yang beliau lakukan demi mencari pendapatan.

Ramai yang membeli petai yang beliau jual kerana pakaian beliau itu..Spiderman jual petai.

Kanak kanak terhibur dengan cara beliau ini. Apa pun syabas..usaha dengan titik peluh dan bukan merompak atau mencuri.


CERITA PERMAINAN GENG KARTEL DALAM PARTI PKR/KENAPA RAFIZI BUAT PASUKAN?

‘Pakai khemah apa pun terbang semua’, Rafizi tolak cadangan pembangkang




Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli menolak sebarang cadangan supaya PKR dan Pakatan Harapan (PH) menggunakan pendekatan khemah besar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Kes Bella | Rina sedia menghadap Tunku Mahkota Johor



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun sedia menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi mempersembahkan status perbicaraan kes penderaan Bella. Katanya, beliau akan mempersembahkan tindakan yang telah disusuli pihak kementerian dalam membantu perbicaraan kes itu.




BELUM PUN MENANG, RAFIZI SUDAH BERJAYA LONJAKKAN NAMA ANWAR

 

Debat antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak akhirnya ditetapkan pada 12 Mei depan.

Ia akan dilangsungkan pada jam 9.00 malam di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Debat itu nanti akan merangkumi tiga segmen – isu Sapura Energy, hala tuju negara dan sesi soal dan jawab.

Apa yang diharapkan kini ialah program debat itu nanti benar-benar akan menjadi kenyataan dan tidak muncul alasan tertentu seperti keselamatan misalnya di saat-saat akhir bagi tujuan membatalkannya.

Juga diharapkan tidak berlaku tiba-tiba sakit atau masuk hospital menjelang sehari dua sebelum tarikh debat yang telah ditetapkan.

Bagi yang biasa, berdebat tentulah tidak menjadi masalah, tetapi bagi mereka yang pertama kali mencubanya, jangankan berpeluh dingin, silap-silap boleh basah seluar dibuatnya.

Walaupun isu debat ini bermula daripada mulut calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika beliau ditanya mengenai kesediannya jika dianjurkan berdebat dengan Najib, tidak menjadi masalah pun sebenarnya yang menjadi kenyataan akhirnya ialah Anwar yang berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu.

Hakikat yang nyata, ini secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana Rafizi sebenarnya adalah gandingan yang paling sesuai dengan Anwar.

Belum pun menang dengan jawatan yang ditandinginya, Rafizi telah pun berjaya melonjakkan nama Anwar dengan sewajarnya dan meletakkan Presiden PKR itu kekal relevan untuk mendepani cabaran masa depan bagi kepentingan rakyat dan negara.

Bayangkan jika Rafizi tidak menyebut mengenai kesediaannya berdebat dengan Najib sebelum ini?

Bayangkan juga bagaimana gandingan Anwar - Rafizi dalam PKR selepas ini?

Dalam hal ini, Rafizi telah berjaya menghantar bola kepada Najib yang kemudian Anwar berperanan melibasnya.

Begitu pun, debat ini juga pasti memperlihatkan berterusannya lagi kerjasama Rafizi dengan Anwar.

Dengan latar belakang dunia korporat yang dimilikinya, selain beberapa tulisannya mengenai Sapura Energy dalam berbalas kenyataan dengan Najib sebelum ini, mahu tidak mahu, Anwar amat memerlukan Rafizi untuk membekalkan maklumat, fakta dan angka kepadanya dalam debat itu nanti.

Di sebalik hanya berperanan di belakang tabir dalam debat Anwar dengan Najib itu, penglibatan Rafizi adalah penting dan tidak boleh diabaikan, khususnya dalam segmen berkaitan Sapura Energy.

Dalam dua segmen lain iaitu tentang hala tuju negara dan soal jawab, rasanya Anwar tidak ada masalah untuk mematahkan lidah Najib. – ShahbudinHusin 17/04/2022.

 

HANYA DI MALAYSIA

 

ZUWAIRI MOHD YUSOF







Hanya di Malaysia banduan terkenal dan bekas perdana menteri sebuah negara telah di jatuhi hukuman penjara 12 tahun masih bebas ke sana sini buat onar sesuka hati lagi sedangkan rakyat biasa yg 2 kali di lepaskan mahkamah sebelum ini tiba2 di jatuhkan hukuman penjara 6 tahun lamanya kerana dia terlanggar budak2 basikal lajak ketika dalam keadaan mabuk tetapi memandu secare perlahan.Ini menunjukkan BN UMNO tidak boleh di harapkan untuk membela nasib rakyat dengan undang2 yg tiada pilih kasih dan adil untuk semua.Kos mengerjakan haji pun 2 kali lebih mahal dari di Indonesia menunjukkan ade kartel haji dan umrah yg kenyang sesame mereka melibatkan jemaah kabinet.Tanpa rasuah dan salah guna kuasa tidak mungkin kos itu 2 kali lebih mahal di kenekan kepada kamu semua.

Ape guna sempadan dan semua sektor ekonomi kembali di buka bila untuk pulang ke kampung halaman masing2 pun tambang bas ekspress naik sehingga 10-20% sempena Aidilfitri.Tambang penerbangan sehala pun naik sampai 1000% seperti yg Bung Mukhtar BN UMNO bising2 ape cerita.Kenapa Bung tak bising bantah depan Ismail Sabri dan jemaah kabinet yg ada?Rohana yg dapat banyak manfaat skandal 1MDB ciptaan Najib Razak tiba2 mahu pulangkan semua aset2 haram di milikinya melalui ugutan.Apekah kerajaan BN UMNO akan bebas dan lepaskan Rohana begitu sahaja tanpa di tangkap di tuduh di mahkamah dan di hukum nanti?PAS pun diam tak berbunyi isu kos haji yg jauh lebih tinggi berbanding zaman 22 bulan PH perintah.

Walaupun MKT UMNO telah tetapkan Ismail calon BN UMNO untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia 10 lepas PRU15 itu bukan bermakna dia akan di angkat ke kerusi panas itu.Lihat ape jadi bila mereka letak Hasni MB Johor semula tetapi bila menang majoriti 2/3 dun budak mentah level macai2 Najib pula di angkat ke kerusi MB Johor.Jadi anda semua jgn tertipu dengan pencalonan MKT UMNO konon Ismail akan jadi PM10 kerana dia hanya akan jadi PM sementara boneka yg akan di gantikan oleh Zahid komedi atau Najib Kleptokrat semula jika kamu benarkan BN menang 2/3 kerusi parlimen.Silap2 GST pun kembali di buat jika anda membiarkan ianya terjadi tidak mahu ramai2 turun mengundi.Suka tak suka hanya PH mampu hantar Najib,Zahid,Maslan dan rakan2 ke penjara bukan PN,bukan GPS / bekas BN SARAWAK,bukan MUDA,WARISAN,PEJUANG Mahathir punya plan jahat,licik,jelik,keji.

 

KES BELLA : TAK DENGAR PUN SUARA MACAI DAN WALAUN HENTAM.


 ZUWAIRI MOHD YUSOF


Mana suara UMNO tentang penderaan adik Bella?Kenapa tak segarang masa mereka membela kematian Adib?Masa Adib haritu, habis di soundnya kaum India.Jangan pijak Melayu lah,jangan naik kepala lah.Ini, bila Melayu dera Melayu diam je pemimpin UMNO dan macai mereka.Munafik.Macam tak nampak komen orang² UMNO pasal kes nie ke aku yg tak perasan?Selalu kalau kes yg viral nie cepat jer semua nak komen & tumpang publisiti sekali.

Ape yg terjadi pada SAM KER TING dan BELLA boleh menimpa kalian juga jika kamu masih beri undi menangkan calon2 BN UMNO,PN PPBM,PAS dan bekas BN SARAWAK iaitu GPS.Jadi pastikan calon2 PH sahaja kamu undi menangkan PRU15 di 222 parlimen atau berdepan ini terjadi
1.Najib,Zahid,Maslan dan rakan2 bebas dan lepas kes mahkamah masing2 di angkat jadi PM10 dan anggota jemaah kabinet kerajaan
2.GST kembali di paksa ke atas kamu
3.Harga barangan melampau tidak di kawal sepanjang masa
4.Jurang kekayaan semakin meluas
5.Warga asing di utamakan orang tempatan di anaktirikan peluang pekerjaan
6.Taraf hidup kekal tak meningkat dan bergantung harap pada memerintah sebagai hamba abdi zaman baru mengharapkan bantuan tak seberapa macam BRIM,BPN,BPR.
Sebab SAM KER TING bukan geng BN UMNO dia di gari tetapi SITI BAINUN tak di gari langsung sebab dia di bela di julang di tatang bagai minyak yg penuh ingat tu rakyat,pengundi2 Malaysia baik MELAYU,CINA,INDIA,ASLI,KADAZAN,MELANAU,IBAN dan lain2.Ini baru 2 kes terbongkar banyak lagi kes2 seperti ini bakal terdedah dengan izin ALLAH SWT bagi membuka mata,hati,telinga kalian yg taksub kepada puak penunggang ABATA AGAMA,BANGSA,TANAH AIR

JANGAN DIULANG PENGKHIANATAN LALU: KALAU SERIUS, SERTAILAH PH DAN BUKAN SEKADAR TUMPANG BERNAUNG MELALUI KHEMAH BESAR

 

Selagi tidak ada kata putus yang muktamad, isu khemah besar akan terus menjadi perdebatan yang terbuka dan menghangatkan dalam blok pembangkang.

Pihak yang mahu kepada idea khemah besar akan terus dengan hujah-hujah mereka, begitu juga mereka yang tidak setuju dengannya akan terus melontarkan sanggahan fakta.

Sementara ada kelompok pimpinan PH sendiri terlihat seperti akur dengan idea itu, tetapi jika dilihat di media sosial misalnya, ramai yang meluahkan rasa tidak setuju dengan pendekatan khemah besar itu.

Di kalangan pimpinan, sejak mengumumkan kembali ke pentas politik, hanya Rafizi Ramli yang begitu lantang menolak idea khemah besar tersebut.

Sebaliknya, bagi beliau, untuk menang dan mendapat undi dalam pilihan raya, PH perlu kembali menyantuni serta mendekati rakyat dengan memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka.

Malah, beliau juga memperkenalkan Ayuh Malaysia bagi menarik minat sukarelawan dan merangsang pengundi atas pagar untuk mengambil bahagian dalam PRU15 akan datang.

Rafizi juga agresif dalam isu rasuah di mana beliau bukan saja menentang amalan tersebut, malah menyerang mereka yang terlibat dan pelakunya yang terkait dengan amalan tersebut.

Barangkali apa yang dilakukan Rafizi ini berbeza dengan sesetengah pihak dalam PKR dan PH sendiri di mana walaupun mereka juga menentang amalan rasuah, tetapi dilihat tidak pernah mengusik pelaku yang dikaitkan dengan rasuah seperti Najib Razak misalnya.

Seharusnya rasuah bukan saja mesti ditentang amalannya, bahkan pelakunya hendaklah juga lebih agresif ditentang kerana kadang-kadang pelaku itu pandai berlagak suci seperti Robin Hood yang kononnya berjuang membela orang miskin.

Pokoknya perlukah PH kepada khemah besar?

Jika dilihat secara teliti, semua parti yang ingin diajak bernaung di bawah khemah besar oleh PH itu adalah mereka lebih awal terlibat dengan pengkhinatan sebelum Langkah Sheraton lagi iaitu bersekongkol dengan usaha memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Jika dulu janji peralihan kuasa benar-benar dipatuhi dan tidak ada cubaan memungkirinya, pasti Langkah Sheraton tidak berlaku.

Dalam hal ini, kalau parti-parti tertentu dalam PH boleh menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana terlibat dalam peristiwa pengkhianatan Langkah Sheraton dan tikam belakang, kenapa pula mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang lebih dulu pernah berlaku khianat?

Secara jujurnya, kalau demi untuk menang pilihan raya semata-mata maka kita sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja, termasuk mereka yang pernah bersikap khianat, lebih baik sejak awal lagi pergi bersama dan bersekongkol dengan mereka.

Tidakkah dengan bekerjasama semula dengan mereka yang pernah khianat itu akan menjadikan PH kelihatan sama-sama kotor di mata rakyat?

Lebih-lebih lagi jika melalui khemah besar itu hanya sekadar dalam bentuk kerjasama yang longgar saja.

Apa jaminan, setelah menang melalui naungan khemah besar yang ditawarkan oleh PH itu nanti, mereka tidak bersikap onar?

Begitu pun, dalam politik, semua kita sedar, tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi, tetapi setidak-setidaknya kalau pun ingin menawarkan kerjasama, ia bukanlah semata-mata untuk memberi mereka tempat bernaung.

Jika parti-parti di luar PH benar-benar serius mahu bekerjasama, sepatutnya bukan melalui pendekatan khemah besar, tetapi dengan memilih menyertai PH dan menerima Anwar sebagai pemimpinnya.

Pemimpin-pemimpin PH sendiri yang ketika ini dilihat galak dengan idea khemah besar itu seharusnya lebih agresif mempelawa, mengajak dan mempengaruhi semua parti-parti itu untuk menyertai PH secara rasmi daripada semata-mata bekerjasama secara longgar.

Khemah besar, tapi mereka bukan menjadi komponen PH, hanya mendedahkan kemungkinan berulangnya pengkhianatan. - ShahbudinHusin 18/04/2022.

 

JAGA-JAGA BANG MAT....ATOK KEPALA PENGKHIANAT- TAKUT BANG MAT MELAYANG KERUSI SAJA...

 

‘Khemah besar’ PH tak termasuk Bersatu, PAS, kata Mat Sabu




Golongan pengkhianat adalah mereka yang melompat untuk bersama
 Bersatu dan Perikatan Nasional atas sebab tawaran yang dibuat,
 menurut Mohamad Sabu.

PETALING JAYA: Pendekatan “khemah besar” tidak termasuk parti Bersatu dan PAS kerana tidak mungkin Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas mengkhianati amanah serta mandat rakyat, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) atas sebab tawaran-tawaran yang dibuat pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bagaimanapun berkata, tidak wajar untuk menganggap PKR sebagai pengkhianat meskipun timbalan presidennya ketika itu Mohamad Azmin Ali termasuk ahli Parlimen itu melompat parti melalui Langkah Sheraton.

Selain itu katanya, parti Pejuang, Warisan dan Muda juga tidak wajar diberi gelaran sama atas sebab pengkhianatan Muhyiddin Yassin dan Bersatu.

“Tidak wajar kita menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat.

“Sebagai parti politik yang ingin menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan mengusahakan kemenangan dalam PRU ke-15, persoalan menyatukan pembangkang adalah amat perlu,” katanya.

Kenyataan itu hadir selepas DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu yang didakwanya bersikap “tikam belakang”.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng turut menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Mohamad turut merujuk kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bahawa PH perlu sedia untuk tewas dalam dua lagi pilihan raya umum (PRU) sebelum kembali menguasai Putrajaya.

“Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU15 tidak akan dimenangi, usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah adalah jauh lebih mudah daripada berjuang untuk menang,” katanya.

BAIK JADI RETIS DARI JADI MENTERI KALAU NAK PUBLISITI- APA PUNYA NGOK LA DIA NI


Rina didakwa ‘cari publisiti’ selepas kes Bella tarik perhatian TMJ







Rina Harun hanya melibatkan diri selepas kes penderaan Bella menarik
 perhatian TMJ, dakwa aktivis.

PETALING JAYA: Rina Harun dikecam selepas melawat seorang remaja Sindrom Down dalam kes dera, Bella, bersama media baru-baru ini, dengan aktivis mendakwa menteri pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat itu “mencari publisiti”.

Pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin, berkata menteri itu hanya melibatkan diri selepas kes penderaan remaja 13 tahun itu menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

“Saya tidak tahu apa motifnya, tetapi pastinya nampak seperti berlumba-lumba untuk menunjukkan bahawa beliau melakukan sesuatu dalam kes penderaan Bella,” katanya di Twitter.

Hartini berkata Rina telah hilang kebolehpercayaan sebagai seorang menteri yang menjaga kebajikan kanak-kanak rentan kerana langkah itu dilihat “kurang ikhlas” dan “hipokrit”, dan meminta beliau “berhenti bergambar”.

Katanya, Rina “tidak sensitif dan tidak tahu mengenai perlindungan kanak-kanak”.

Rina menjadi sasaran kritikan orang ramai yang menonton video oleh Sinar Harian memaparkan menteri itu melawat Beela di sebuah hospital, ditemani wartawan dan jurugambar.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati bagi kes Bella, anak angkat di sebuah rumah kebajikan, Rumah Bonda.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Rina mengalu-alukan tawaran Tunku Ismail itu dan berkata beliau akan memberi taklimat kepada TMJ mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kementerian berhubung perbicaraan itu.

“Kes Bella menjadi tumpuan sejak Julai 2021, sudah sembilan bulan. Apa yang kamu buat ketika itu?” kata seorang warganet.

“Ia bukan hanya Bella, adakah kamu faham? Kamu mempunyai kuasa untuk memastikan kanak-kanak selamat, adakah kamu melakukan apa-apa?” kata seorang lagi pengguna.