THAILAND DAH TUKAR NAMA...MALAYSIA. ???


 


Thailand dah tukar nama, Malaysia khabarnya mau tukar juga...

Please share

Support @ wwe.zunar.my

#rasuah

(LIVE) Anwar Ibrahim: Majlis Pengumuman Calon Keadilan Zon Timur & Tenga...

PENGKHIANAT HENTAM PENYAMUN


 

KESIAN EBIT LEW 😭 RUPANYA INI YANG SEBENARNYA BERLAKU ⁉️

KALAU BERSEKONGKOL,DIAM TIDAK MENEGUR PEMIMPIN RASUAH , BAGAIMANA PULA HADI ?



Hadi beri peringatan, Allah laknat pemberi, penerima dan rakyat yang mengundi pemimpin rasuah


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah mustahil untuk negara menghapuskan budaya rasuah jika pemimpinnya masih lagi mengamalkan politik wang.

Beliau menyifatkan langkah untuk mengekang aktiviti korupsi ketika ini hanyalah seperti menampar nyamuk di kawasan longkang yang terdedah sehingga membiakkan nyamuk berkali ganda banyaknya.

Justeru beliau mengingatkan, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang yang berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya.


“Allah swt melaknat pelaku, penerima, pemberi dan semua yang terlibat dengan kegiatan rasuah, termasuklah rakyat yang melantik atau mengundi pemimpin dengan rasuah dan memilih yang mengamalkan rasuah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hadi beri peringatan, Allah laknat pemberi, penerima dan rakyat yang mengundi pemimpin rasuah

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam menunjukkan pendekatan politiknya dengan meletakkan rukun kehidupan manusia itu mengikut tertib maqasid al-syari‘ah iaitu memelihara agama, akal, keturunan, maruah dan harta.

Pada masa yang sama, meletakkan syarat integriti syakhsiah berprinsipkan aqidah agama, akhlak dan ilmu bermanfaat menjadi konsep tanpa mendahului harta, ujarnya.

“Hal ini demikian kerana, harta tanpa syakhsiah yang berintegriti tidak akan mampu menguruskan harta dan masyarakatnya. Akan tetapi, harta boleh dihasilkan dengan kemampuan ilmu dan syakhsiah yang berintegriti.

“Harta kekayaan sahaja tanpa integriti boleh merosakkan dan menghabiskan harta dengan sia-sia. Ilmu tanpa integriti menjadikan seseorang itu penipu, semuanya akan merosakkan diri, masyarakat dan negara,” katanya lagi

 

TIBER...FAHMI REZA KENA

 

MOHD SHAH RIM

Tengku Razaleigh Hamzah cakap PAS parti pelacur, tak ada tindakan, Mahiaddin Yassin cakap PAS parti ajaran sesat, tiada tindakan, Fahmi Reza kena tindakan..??



PN AKAN MENENTUKAN NASIB BN DI PRN JOHOR

 


Oleh KHALID ABD SAMAD

Semasa PRN Melaka, BN telah mendapat hanya 38% undi popular namun memperolehi majoriti 2/3 kerusi di DUN Melaka. Keadaan ini mungkin dianggap pelik, namun itulah hakikatnya. Ianya berlaku kerana undi yang menolak BN telah berpecah di antara PH, yang mendapat 37% dan PN, yang mendapat 25% undi popular.

Memecahkan ‘undi menolak BN’ adalah peranan yang dimainkan oleh PN dan inilah apa yang diharapkan oleh para strategis BN. Dan inilah apa yang telah berlaku. Apabila ‘undi menolak BN’ berpecah, maka BN akan menang walaupun tidak popular di kalangan majoriti pengundi.

Di Melaka 62% pengundi menolak BN, namun hasil strategi pecah dan perintah ini, BN muncul sebagai pemenang dengan penuh bergaya. BN menang dengan mencapai 2/3 majoriti di Dewan Undangan Negeri Melaka!

Sebenarnya strategi yang sama telah diusahakan BN semasa PRU 14. Pada masa itu PAS digunakan sebagai alat pecah dan perintah dengan dipujuk dan dipikat BN untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR). Harapan BN adalah, dengan itu PR akan kalah di Pantai Barat kerana PR akan kehilangan undi PAS. Sambil itu, PAS akan kalah di Pantai Timur kerana kehilangan undi PR.

Strategi ini gagal apabila pembentukan PH bersama Tun dan PPBM telah berjaya dilakukan. Akibatnya, di Pantai Barat, undi BN sendiri telah berjaya dikurangkan apabila sebahagian pengundi BN mengundi PH dan undi PH melebihi undi BN walaupun PH telah kehilangan undi PAS.

Sebagai contoh, di Shah Alam, undi BN telah berkurangan dari 38,000 semasa PRU 13 ke hanya 22,000 pada PRU 14. Maka, walaupun PH telah kehilangan 15,000 undi PAS, namun PH mendapat undi tambahan sebanyak 16,000, iaitu dari pengundi yang telah undi BN pada PRU 13.

Di Pantai Timur, strategi ini telah gagal juga kerana pengundi PH mampu membaca strategi BN. Kebanyakan dari mereka telah memutuskan untuk tidak mengundi PH pada PRU 14 kerana kalau itu dilakukan maka BN akan menang. Secara sedar, mereka mengundi PAS kerana pada ketika itu PAS tetap dianggap lebih baik dan kurang mudaratnya berbanding BN. Oleh itu ‘undi tolak BN’ berjaya disatukan di Pantai Timur menghasilkan kemenangan PAS. Namun demikian, malangnya, PAS setelah menang lupa daratan dan sanggup terus diperalatkan BN sehingga digelar sebagai sekadar ‘Bohsia’ dan 'Pelacur' oleh pimpinan BN.

Dalam suasana dan realiti sebegini, PN sebenarnya memegang kunci kepada kekalahan BN di Johor. Setelah puas digunakan oleh BN, PAS dan PPBM sekarang ini ingin dibuang oleh BN. Ini jelas berlaku di Melaka di mana selepas PRN Melaka, dua ADUN PPBM diabaikan BN dan mereka duduk bersama pembangkang yang diketuai YB Adly Zahari. PN terus dihina BN dengan gelaran-gelaran memalukan dan diperlakukan sebagai kumpulan yang tiada nilai dan tidak bermaruah. Ini dilakukan walaupun BN masih memerlukan sokongan PN di Putrajaya. Hina sungguh PN dilakukan sedemikian rupa oleh BN namun BN yakin PN tidak akan bertindak balas kerana perkara yang amat sangat disayangi mereka sedang dipegang kemas oleh BN.

Mereka tidak mampu melawan balik, selain mengeluarkan kata-kata manja memujuk dan merayu…

Namun, sepertimana saya sebutkan tadi, sebenarnya PN memegang kunci kepada kekalahan BN di Johor. Sekiranya PN tidak lagi sanggup diperalatkan sebagai pemecah ‘undi menolak BN’ maka BN akan dapat dikalahkan di Johor!

PN kena akui, peranan yang dimainkan mereka di Melaka akan berulang di Johor. Sepertimana di Melaka, PN tidak mampu mengatasi undi BN dan PH. Akhirnya BN juga akan menang kerana PN bertindak sekadar pemecah ‘undi menolak BN’. Dan dengan kemenangan BN itu, PN akan terus dihina dan diperlekehkan serta nilai yang ada pada PN tidak akan disedari atau dihargai. Dan seterusnya, begitu jugalah kisahnya pada PRU 15 kelak!

PRU 15 mungkin terhasil apabila PN tidak lagi tahan dengan penghinaan dan jolokan pemimpin-pemimpin BN dan menarik sokongan mereka terhadap kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri. Atau apabila BN sendiri menganggap ianya sesuai diadakan setelah PN terus berpaut untuk bersama walaupun dihina dan diperlekeh setiap hari dan ketika. Pada PRU 15 itu, akan berulang kembali suasana yang sama dan PN akan kalah sekali lagi dan dipinggirkan seperti di Melaka dan juga semestinya, di Johor.

Oleh itu saya harap PN memahami betapa mereka telah dan sedang digunakan oleh BN untuk memuaskan nafsu BN untuk berkuasa bersendirian. Dengan itu PN perlu hentikan dirinya dipergunakan sebegitu rupa dan menzahirkan diri sebagai parti yang bermaruah dan mempunyai harga diri. Hentikan diri dari digunakan sebagai pemecah ‘undi menolak BN’ dengan tidak bertanding dalam PRN Johor. BN akan kalah dan dengan kekalahan ini BN akan kembali merayu dan memujuk PN untuk bersama dalam PRU 15. Baru akan terzahir nilai tambah yang dibawa PN.

Mungkin apa yang dicadangkan akan dilihat agak ekstrim oleh sebahagian pimpinan PN. Namun ini sahaja caranya untuk mengajar BN yang telah puas memperalatkan PN dari sejak ‘Langkah Sheraton’. Perlu diperakui kelicikan BN. Menyokong PN pada awalnya hanya untuk muncul sebagai juara akhirnya.

Pepatah Melayu menyebut, “sokong membawa rebah” dan inilah nasib PN di tangan BN. Disokong pada awalnya supaya PH dijatuhkan dan akhirnya dijatuhkan pula PN dengan penuh hina dan nista.

Saya ulangi, PN pegang kunci kepada kekalahan BN di Johor. Kalau PN boycott PRN Johor, ‘undi tolak BN’ akan menyatu dan BN akan dikalahkan. Baru BN tahu langit tinggi atau rendah dan datang melutut kepada PN untuk bersama dalam menghadapi PH semasa PRU 15.

 

NAK SOKONG LAGI UMNNO ?






Busuk Punya Game

Pelbagai 'move' dan 'game' UMNO buat. Macam-macam strategi dan kaedah digunapakai demi memastikan Johor jadi milik UMNO. Ramai sangat pakar yang menawarkan diri untuk jadi hero. Ada lebih dari 4 team yang sedang bergerak di Johor. Masing-masing cuba membuktikan bahawa idea dan strategi team mereka yang paling baik.

'Game' yang paling busuk ialah ambil pelakon murahan. Pakaikan lebai, angkat banner dan bunting lepas tu mengaku ahli PAS. Suruh pelakon laungkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan PAS Nasional kerana memilih Perikatan Nasional bukan Muafakat Nasional. Maka terpekik terlolong la pelakon seolah-olah baru hafal skrip semalam. Nampak sangat busuknya.

Gerakan seumpama ini hanya terfikir oleh orang-orang tua dan lama je (oldskol). Sekarang orang dah tak buat kerja-kerja bodoh gini. Kalau la sebelum dapat kuasa dah menipu, selepas berkuasa lagi la kuat tipu rakyat. Lagipun dah tentu PAS kenal ahli-ahli mereka. Rakyat tak nak yang berhormat, rakyat nak seseorang yang jadi wakil rakyat. Berkhidmat untuk rakyat. So kalau dah menang dengan cara tipu, korang rasa mereka ni akan lahirkan pemimpin yang baik ke.

Sebenarnya UMNO 'desperate'' untuk menang. Momentum kemenangan Melaka mungkin tak mampu dibawa ke Johor. Sebab itu mereka terpaksa guna pelbagai kaedah demi memastikan kemenangan. Jika Johor tersungkur, imej UMNO akan jatuh, reputasi akan hilang. Kepercayaan rakyat terhadap penguasaan UMNO akan pudar.

Hari ini rakyat sedar bahawa UMNO tidak lagi relevan untuk menjadi pemerintah. Bukan kerana partinya tetapi kerana pimpinannya yang masih mengamalkan sistem dan cara lama. "No Money No Talk". Duit tarak, keje pun tak jalan. Ada duit kami sayang, tak ada duit tak payah sembang.

So korang masih rasa UMNO layak memerintah?

 

LAIN KALI BAWA JA ANAK KE SEKOLAH LAIN ATAU KE SEKOLAH SWASTA...IBU MENGAMUK DAN "WARNING" GURU

 Ibu mengamuk cikgu denda anak cuci longkang


Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan, mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp, lapor OhBulan!

Selain ibu bapa, guru juga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan mengajar kita tentang erti kehidupan. Tanggungjawab guru sebenarnya sangat berat, kalau mereka menegur atau beri hukuman untuk anak muridnya ia hanyalah untuk beri pengajaran. Bukannya niat lain.

Macam kisah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna di Twitter ni, seorang ibu/bapa kepada seorang murid menghantar mesej (Whatsapp) kepada guru.

Dia ingin tahu mengapa anaknya seperti tiada perkembangan dalam pelajaran, kenapa kena denda cuci longkang dan sebagainya. Ini respon guru tersebut..

Tiada adab dan tanpa soal selidik, guru dipersalahkan di atas masalah tersebut sehingga tergamak si ibu memberi guru itu amaran kerana mendenda anaknya mencuci longkang.

Cikgu Dhiya, ‘diserang’ oleh ibu pelajar Tingkatan 4 bernama Hazril Faizul, melalui applikasi WhatsApp.
“Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam pelajar.

‘Apa yang cikgu ajar anak saya?’

Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu, Hazril Faizul, juga kerap ponteng kelas menyebabkan guru bernama Dhiya tiada pilihan lalu mendendanya mencuci longkang.

“Saya dengar anak saya didenda oleh cikgu yang mengarahkannya mencuci longkang. Apa salah dia sampai didenda sebegitu? Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!” tegas wanita itu tanpa bertanya terlebih dahulu.

‘Saya warning cikgu’

Ekoran tiada sifat hormat pada guru, Cikgu Dhiya mendedahkan perangai anak wanita itu yang sememangnya bermasalah.

Perbualan WhatsApp di antara si ibu dan guru berkenaan kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengkritik tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya dengan cara yang biadab.

“Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah,” kata netizen.

Enggan beralah dan berterusan dipersalahkan, Cikgu Dhiya membuat pilihan untuk menjawab dan menjelaskan kepada si ibu tentang perangai anaknya di sekolah.

‘Saya tak boleh dah nak menegur nanti mak ayah serang report polis..’

“Anak puan memang bermasalah. Class Biology saya hanya 3 atau 4 kali sahaja dia hadir dalam sebulan. Datang sekolah, tetapi kelas saya, dia tak masuk.

“Datang ke sekolah, siap bawa handphone. Tetapi homework yang diberikan tidak pernah nak disiapkan. Salah ke saya denda cuci longkang surau sebagai pengajaran?

“Saya tak sentuh pun anak puan. Kalau saya sebagai pendidik tidak boleh mendidik anak puan, lebih baik puan sajalah yang mendidiknya. SAya tak boleh dah nak menegur, nanti mak dan ayahnya serang, lapor polis dan sebagainya. Saya didik murid saya mengikut cara saya. Kalau tak puan tak suka, maafkan saya,” jelasnya.

Tambah Cikgu Dhiya lagi, dia hanyalah manusia biasa yang banyak kekurangan. Namun dia telah cuba sedaya upaya mendidik anak muridnya menjadi yang terbaik.

“Saya sayangkan anak-anak murid saya. Saya tidak mahu mereka rosak disebabkan fikiran kolot ibu bapa mereka. Puan sepatutnya hormat saya sebagai guru, bukan main terjah saya,” katanya.

Cikgu Dhiya juga turut menasihatkan wanita terbabit untuk duduk berbincang dengan anaknya itu bagi mengetahui apa masalahnya yang sebenarnya.

Hasilnya? Mungkin si ibu sedang menanam kepalanya di dalam tanah. Mungkin?

Mujahid alu-alukan Rafizi aktif semula dalam politik

 

Mujahid alu-alukan Rafizi aktif semula dalam politik


Di sebalik tanggapannya bahawa ada pihak yang akan tidak senang dengan kemunculan semula dalam politik, Amanah bahkan mengalu-alukan Rafizi Ramli untuk berbuat demikian.

Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata siapa sahaja yang meyakini bahawa negara ini perlu ke hadapan dan membentuk kerajaan yang kuat dan berintegriti, mereka sentiasa dialu-alukan.

“Cita-cita Amanah amat jelas iaitu untuk melihat Malaysia yang bebas daripada rasuah dan berintegriti, bebas sentimen perkauman dan kebencian agama.

“Justeru sesiapa sahaja yang boleh mencapai hasrat tersebut, termasuklah Rafizi, mereka sangat-sangat kita alu-alukan.

“Kita juga tahu, Rafizi telah membuktikan komitmen dia dan Amanah yakin dengan idea-idea yang ada pada dia dapat membantu apa yang telah dibina selama ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengenai isu dalaman PKR – jika timbul – pula, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Amanah menganggap mereka tidak berhak untuk campur tangan.

Katanya Amanah melihat dari suduh siapa yang boleh memperkukuh objektif Pakatan Harapan (PH) dan ia memang perlukan pembaharuan dari semasa ke semasa.

Jika Rafizi dapat membantu cita-cita tersebut, katanya, maka tidak ada sebab untuk Amanah menolak langkah tersebut.

Mujahid berkata demikian mengulas kemungkinan kepulangan semula bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli ke dalam politik secara aktif.

Kemungkinan Rafizi membuat kemunculan semula itu berlaku ketika PKR kian menghampiri proses pemilihan parti.

Rugi kalau sisihkan diri

Untuk rekod, PKR akan mengadakan pemilihan pada April tahun ini.

Sebelum berundur sepenuhnya daripada politik pada penghujung 2019, Rafizi merupakan watak yang berpengaruh dalam PKR dan dianggap salah seorang penasihat yang paling diyakini presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, turut mengalu-alukan kemungkinan tersebut.

Kata Mahfuz, adalah satu kerugian pada negara ini jika ada pihak yang cuba menyisihkan diri dalam politik negara.

“Kami sangat mengalu-alukan untuk Rafizi kembali, sebab bagi saya setiap rakyat Malaysia mesti mengambil bahagian dalam politik.

“Mereka tidak boleh menyisihkan diri, sebab jika pada akhirnya jika ia kita menyisihkan diri, yang akan rosak ialah negara ini kerana kita membiarkan ia diurus oleh pihak yang tidak betul.

“Jadi, kalau Rafizi berhasrat untuk kembali itu satu yang wajar dan itu sangat dialu-alukan.

“Kami di Amanah tidak ada apa-apa masalah,” katanya.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi Amanah juga sedia mengalu-alukan pandangan radikal sama ada daripada Rafizi atau pihak lain yang mahu melakukan perubahan.

Katanya apa yang penting ialah sesuatu pemikiran itu perlu kreatif dan perlu diwacanakan bersama bagi mendapatkan keputusan terbaik.

Turut mengalu-alukan kemungkinan kepulangan Rafizi dalam politik ialah Ketua Pemuda Amanah Nasional, Hasbie Muda.

“Kami tidak campur hal dalaman parti-parti komponen PH. Kita serah kepada ahli-ahli PKR untuk tentukan yang terbaik bagi mereka,” tambahnya.

TAK BERMARUAH JUGA RUPANYA

 

ZUNAR FANS CLUB


Putera Charles disiasat polis kerana jual gelaran SIR!

Bagaimana jika di BOLEHLAND?

Apa Komen Anda?


KAH..KAH..MAKCIK PEKAN YANG CERDIK

 


Ada lagi rakyat tertipu sampai gadai gelang emas nak tolong Najib jamin kes rasuahnya punya pasal. Rupa²nya aset Najib lebih AS$681 juta (RM2.9 bilion).

Undi BN rakyat senang..

 

MUDA HANYA SEPERTI TERATAI, LEBIH BAIK PH PUTUSKAN SAJA HUBUNGAN DENGANNYA

 

Apa yang sepatutnya harus dilakukan kepada Muda berikutan kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberi amaran kepada PKR bahawa akan berlaku pertembungan antara kedua-dua parti jika rundingan pembahagian kerusi menemui kegagalan?

Meskipun banyak pihak dalam PKR telah bersuara menyanggah keceluparan Syed Saddiq itu, tetapi pendirian PH dan parti rakan yang lain seolah-olah langsung tidak kedengaran.

Bukankah PKR adalah anggota PH, jadi kenapa bila ia dikecam, rakan-rakan lain jadi diam?

Walaupun enam kerusi yang diberi laluan kepada Muda sebelum ini adalah daripada kouta Amanah dan DAP, tetapi bukankah ia masih dalam lingkungan persetujuan yang dibenarkan oleh PH sendiri?

Dengan itu, sebenarnya, selain PH sendiri harus bersuara, DAP dan Amanah juga tidak harus sekadar berdiam diri saja melihat keceluparan Muda terhadap PKR itu?

Apakah Muda yang bukan anggota PH mahu lebih dijaga hatinya oleh Amanah dan DAP berbanding PKR yang merupakan komponen PH sendiri?

Sebagai bukan anggota PH dan hanya mahu menumpang pembahagian kerusi dengan PH, kelakuan Muda dalam tuntutan kerusinya terhadap PKR adalah sesuatu yang boleh dianggap kurang ajar dan keterlaluan.

Ia bukan saja kerana Muda merupakan parti anak-anak muda yang semestinya mereka harus beradab dan hormat kepada parti yang lebih tua, lebih daripada itu, Muda juga masih terlalu mudanya usianya.

Orang muda apa kalau belum apa-apa lagi sudah berani mencabar dan meminta kerusi yang bukan-bukan, bahkan mengugut jika kehendak mereka tidak dipenuhi?

Lagi pun, begitukah gaya Muda berpolitik – minta kerusi yang bukan-bukan dan jika tidak diberi lalu disusuli cabaran dan ugutan?

Sedarlah Syed Saddiq, zaman manja kamu dan semua kemahuan kamu perlu dipenuhi sebagaimana ketika memimpin Armada Bersatu dulu sudah lama berakhir?

Kalau mahu berpakat dan bekerjasama, belajarlah untuk merendah diri dan beradab selalu dalam segala tingkah laku.

Jika tidak, kamu tidak bernilai apa-apa dalam masyarakat kerana ramai lagi yang lebih baik ada di mana-mana di negara ini.

Tolong jangan perasan lebih-lebih!!

Kepada PH, mereka juga mesti ada ketegasan sebagai sebuah gabungan yang memang menawarkan diri sebagai kerajaan masa depan kepada rakyat.

Muda bukanlah segala-galanya untuk menarik undi golongan muda kerana setiap parti sebenarnya telah sedia ada sayap pemuda masing-masing sejak sekian lama.

Adalah lebih baik diperkemaskan sayap pemuda masing-masing dengan lebih agresif daripada bergantung kepada Muda yang hanya gah pada nama dan dilihat cantik macam teratai yang akarnya tak menjejak bumi, tetapi belum tentu mampu memberi sumbangan bermakna dalam bentuk undi dan juga sokongan.

Jika semua itu mampu diperkemaskan, bukan saja Muda tidak lagi diperkukan, malah tidak takut juga untuk memutuskan hubungan.

Kecuali jika PH ingin terus digambarkan sebagai tidak bermaya, malah seperti sudah putus idea, maka pilihlah untuk terus menumpang nama glamor Muda, sambil sedia selama-lamanya menanggung lara tertekan jiwa dan raga. – ShahbudinHusin 19/02/2022.



ANWAR LANCAR INSTITUT PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL(GAMBAR GAMBAR)




Bersama YAB Menteri Besar Selangor melancarkan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil dan Kursi Siddiq Fadzil di UNISEL hari ini.

Institut dan Kursi ini akan berperanan menjalankan kajian dan kegiatan untuk membumikan pemikiran Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dalam bidang agama, sastera, kemasyarakatan dan kepemimpinan.

Saya merasa senang dengan keprihatinan Kerajaan Negeri, UNISEL, IDE dan WADAH dalam menjayakan ikhtiar yang nyata bukan sekadar suatu penghargaan kepada keluarga waris Almarhum, tetapi juga demi manfaat rakyat terbanyak.

Sesungguhnya mana-mana negara atau peradaban, tidak kira walau maju mana sekalipun, tidaklah akan bermakna apa-apa tanpa budaya dan jati diri bangsa yang kukuh.

 

 

Syaitan pun kagum, Mahiaddin beri Umno semula kuasa




Mohd Affendi Abas

fu09uitc51sholia  · 

Syaitan pun kagum, Mahiaddin beri Umno semula kuasa

Mahiaddin dilaporkan berkata suatu ketika Zahid datang dengan fail bertimbun minta pertolongan selesaikan kes mahkamah yang dihadapi. Bukan setakat Zahid, kata Mahiaddin, Najib juga minta supaya Gopal Sri Ram digugurkan daripada pasukan pendakwaan.

Walau bagaimanapun kata Mahiaddin lagi, semua permintaan tidak dilayan menyebabkan kerajaan yang beliau tubuh dan pimpinan bersama Umno yang di dalamnya ada Zahid dan Najib mula goyang dan akhirnya ditumbangkan oleh Umno.

Mahiaddin ini tidak pernah nampak cerdik walau pun bercakap nak bagi orang tengok dia cerdik.

Mahiaddin sendiri jatuhkan PH yang sebelum itu bersama dia jatuhkan Umno.

Dia dikeluarkan dari Umno bukan kerana dia bersih tetapi dia tidak setuju dengan Zahid dan Najib. Dia datang kepada PH bersama partinya Bersatu menjatuhkan BN dan Umno.

Kemudian dia sendiri jatuhkan PH yang bersama dia jatuhkan Umno untuk kepentingan diri dia menjadi PM. Dia yang berikan kuasa dan nyawa semula kepada Umno yang sudah ditolak oleh pengundi.

Pengundi tahu Umno jahat sebab itu pengundi tolak Umno tetapi Mahiaddin lagi jahat kerana tolak keputusan pengundi dan berikan semula kuasa kepada Umno.

Sekarang Mahiaddin nak beritahu Umno jahat?

Setan pun kagum dengan Mahiaddin ni. Dia jahat dan dia kata orang lain jahat dari dia.

Tidak ada yang lebih jahat dan khianat di Malaysia ini selain Mahiaddin, Zahid dan Najib. BNgsat.

#PRNJohor

#AbahCow

 

ABANG BESAR DAH BERSUARA

 




MMS

Hari itu adik ratib DAP dan LTTE, kini abang busat pula ratib DAP dan Muda.

Demikianlah penunggang, kedua-dua bersembunyi di balik lebai dan jubah.

Benar kata ibnu Qayyim "lidah seseorang itu dapat menggambarkan hatinya"

 

RATIB DAP LEGA



MMMS

"Asri also said the Perlis religious authorities were not aware that the Kuala Lumpur High Court had granted Loh full custody of her children in March 2021. At the time, the children were in Perlis.

The Perlis mufti denied any wrongdoings on his part, instead accused “DAP, activists and the media” of playing up the issue."

What a sloppy job.

Demikianlah DAP.....

(Rasa lega dapat ratib DAP)

 

 

ADAKAH GAMBARAN YANG DIBERIKAN INI BETUL ?







 NOR ASHA


Gulai kari sayur peria

Duduk bersimpuh si anak dara

master mind muda itulah dia

Memecah belah PH MUDA sebagai perantara


RUU ANTI LOMPAT PARTI MESTI DILULUS SESI PARLIMEN MAC

 RUU Anti Lompat Parti mesti dilulus sesi Parlimen Mac

KLSCAH SEDIAKAN BAS PERCUMA RAKYAT JOHOR BALIK MENGUNDI


Siasat kluster mahkamah cuba selesaikan kes - Anwar



Dakwaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiddin Yassin bahawa terdapat pemimpin Umno kluster mahkamah bertemu beliau untuk membantu mempengaruhi atau menyelesaikan kes mahkamah perlu disiasat.

Ketua Pembangkang Parlimen malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mempengaruhi perjalanan mahkamah menyalahi undang undang dan menghilangkan kepercayaan rakyat serta pelabur terhadap sistem kehakiman negara.

"Tan Sri Muhyiddin menyebut mantan TPM dan Presiden Umno ada menemui beliau mohon kerjasama bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah.

"Andai kata kenyataan ini benar dia harus disiasat kerana ada usaha untuk campurtangan isu mahkamah. Sekiranya benar ia melambangkan satu sistem yang rosak dalam badan kehakiman, iaitu ada lagi andaian PM boleh campurtangan.

"Kita tahu ini pernah berlaku dan ini juga disebut dalam beberapa laporan termasuk Suruhanjaya Diraja mengenai kenyataan VK Linggam pada masa itu," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu kerajaan menjelaskan hal berkenaan secara tegas dan melakukan siasatan.

"Ikut pengalaman kita, itu (campurtangan) berlaku selama ini dan ini satu kesalahan besar sebab itu kita juga ingin satu penjelasan, ketegasan bahawa tidak mungkin ada campurtangan, kedua duanya dari PM sekarang dan badan kehakiman," katanya lagi.

Terdahulu, Mahiaddin mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi pernah bertemu beliau membawa fail fail kes mohon pertolongan.

"Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan)," kata Presiden Bersatu itu dipetik.

Selain Zahid, katanya, Najib Razak juga bertemu beliau untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwaraya kes berkaitan 1MDB.

 

(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...