TERBAIK...BAGUS SEKALI.

 

Aman Muhamad




Hari tu dah kena saman dengan Menteri KDN.

Kalah.

Sekarang peringkat rayuan.


Kali ini kena saman lagi dengan Menteir KPKM pula.


Sembang berjuang Islam.

Tapi kuat memfitnah.

PAS dan fitnah berpisah tiada.


;)





AKHLAK ANAK ANAK PARTI JALANG.

 

Che Ibrahim


Semoga Allah selamatkan negara ini dari dipimpin oleh pemimpin yang ada penyokong penyokong seperti ini. 



Kesopanan dan kesusilaan yang menjadi teras Rukun Negara, apalagi akhlak Islam telah dicabuli sewenangnya demi politik kebencian.





UMNO kau jangan derhaka!.








SERI PADUKA BAGINDA


Secara protokol, semua Raja dan Sultan Negeri memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia. Cuma bagi membezakan kedudukan Yang di-Pertuan Agong kita. Gelaran khas “Seri Paduka Baginda” digunakan.
Hanya Baginda seorang sahaja yang boleh gunakan gelaran ini dalam negara. Sultan lain tidak dibenarkan, hinggalah sampai giliran.
Sistem Beraja di Malaysia ini unik. Kita antara negara yang punya paling ramai Raja dalam negara. 9 orang kesemuanya. Mereka bergilir menjadi YDPA setiap 5 tahun.
Sultan Johor kini yang menjadi Agong kita, sudah lebih 2.5 tahun memerintah. Baginda besar kemungkinan akan diganti oleh Sultan Perak dalam tak sampai 2 tahun setengah. Tempoh Baginda tamat pada 30 Januari 2029. Tak lama dah.
*******
Lama tak lama, cabaran beliau memayungi negara amat terserlah. Bila mana dunia politik sedikit haru biru. Kita nampak peranannya di situ.
Baginda took an active role. Dalam menangani gejala rasuah, it’s an open secret Baginda ada peranan bersihkan MINDEF. Sampai Pemimpin Tinggi Tentera dipecat dan ditahan. Sukar terjadi kalau Baginda sendiri tak campur tangan.
Saya percaya, salah satu sebab indeks persepsi rasuah kita tambah baik tahun lepas. Kerana Ketua ATM pun kita berkas. Jarang berlaku di mana-mana negara. Akan tercatat dalam sejarah, bukan sahaja bekas PM kita masuk penjara. Panglima Tentera pun kita dakwa.
Minggu ini, Baginda dipuji lagi. Laungan “Daulat Tuanku” berkumandang di media sosial. Sebaik sahaja permohonan pengampunan DS Najib Razak ditangguh.
Menunjukkan DYMM Seri Paduka Baginda faham sentimen rakyat biasa yang tidak berparti. Yang tidak fanatik pemimpin. Kes kleptokrasi terteruk dalam dunia, nak diampun kena berhati-hati. Impaknya kepada maruah negara besar nanti.
*******
Minggu ini juga, The Straits Times dedahkan. Baginda sudah ambil berat apa yang terjadi di Negeri Sembilan. Ini yang ramai Rakyat harapkan.
Bila ada yang nak menurunkan takhta Raja secara tidak berperlembagaan. Tiada alasan yang kukuh dan langsung tiada perbicaraan, makanya kita harapkan seluruh Raja-Raja Melayu campur tangan.
Kena juga kita tegaskan. Alasan penurunan takhta Raja (deposition) lebih kurang sama di setiap negeri. Kena ada alasan solid.
Sama ada sakit, kurang waras, buat jenayah, atau langgar Perlembagaan. Itu semua perlu dinyatakan. Dan Baginda akan diberi peluang bela diri. Kalau nak buang pekerja pun kita buat full inquiry. Inikan pula Raja Melayu sendiri.
Hatta selepas keputusan penurunan takhta dibuat, ia tidak terhenti di situ. Raja sendiri perlu mengumumkan pelepasan takhta Baginda (abdication) mengikut aturan yang ditetapkan.
Maknanya, ada satu lagi lapisan yang perlu disempurnakan sebelum sebuah pemerintahan Raja itu ditamatkan.
Dalam Perlembagaan kebanyakan negeri, inilah intipatinya. Nak buang Raja kena ikut alasan dan prosedur tertentu. Janganlah buat secara koboi takut seluruh negara haru biru.
Yang kita khuatir, kalau sudah buat duluan di Negeri Sembilan, nanti senang-senang pula institusi Diraja yang lain dijatuhkan.
Alasan tidak diumum, full inquiry seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan juga tidak dibuat. Orang politik pula masuk campur. Jangan lah dibenarkan begitu.
*******
Kita harapkan juga team Baginda YDPA jangan termakan dengan propaganda dan cytro di Facebook. Mereka cuba menormalisasikan derhaka Raja.
Mereka langgar sahaja aturan yang ada. Turun dan tabal Raja dibuat di resort semata. Apa fungsi pegawai tertinggi Kerajaan dan pegawai protokol Istana? Nescaya, caca-merba ini kalau tidak ditolak, akan terjadi lagi di hari muka.
Saya percaya Seri Paduka Baginda will be the saviour. Membantu his own Royal Brethren daripada diderhaka begitu.
Kerana akhirnya, kalau mereka boleh buat pada Raja yang satu. Pada masa depan mereka boleh buat kembali. Kalau ini terjadi, daulat dan hormat kepada Institusi Raja akan jatuh merudum.
Ironinya, pelopor gerakan ini bukanlah orang bukan Melayu. Orang kita juga.
Dan dalam sejarah dunia tunjukkan, yang meruntuhkan Institusi Raja bukan orang luar ya. Orang yang berada dekat sekeliling raja. Sang Bangsawan dan Pembesar Negara.
Makanya, we put our trust to Agong kita.
Rakyat percaya Seri Paduka Baginda bijaksana.
Salam hormat,
Liyana Marzuki







SIAPA PEMEGANG SAHAM TNB ?

 


Ahmad Faizuddin




TNB untung berbilion setiap tahun. Siapa pemegang saham terbesar TNB?. KWSP, Khazanah, KWAP, PNB. Majoriti dipegang institusi milik rakyat dan kerajaan.



Pernah borak dengan bekas CEO GLC kerajaan.

Isu mengurangkan beban rakyat. Beliau bagi pandangan, salah satu kos hidup rakyat yang boleh kita bantu adalah dengan mengurangkan kos tenaga.
Bil letrik.
Kalau dapat cari satu mekanisme mengurangkan bil elektrik, rakyat akan gembira. Saya tanya, apa mekanisme terbaik?.
Kerajaan propose satu polisi; hadkan keuntungan tahunan syarikat penyedia asas kepada rakyat.
Contoh TNB.
Contoh hadkan siling keuntungan tahunan TNB hanya RM1 bilion sahaja setahun. Supaya beban rakyat dikurangkan. Bil akan jadi lebih rendah.
Menarik idea ni.
Tapi KWSP adalah pemegang saham terbesar TNB. Kalau keuntungan TNB dihadkan, bermaksud keuntungan KWSP juga akan sedikit terhad.
Dividen tahunan KWSP juga akan jadi sedikit rendah.
Persoalan; rakyat happy tengok bil bulanan lebih rendah setiap bulan. Tapi mula rasa sedikit tak puas hati sebab keuntungan dividen KWSP tidak sebaik sebelum.
Dilema di sini:
Bil bulanan lebih murah?.
Pulangan tahunan KWSP lebih rendah?.
Ekonomi adalah kitaran. Ianya adalah game of wealth redistribution. Bagaimana mengagihkan kekayaan di antara kita semua.
3 mekanisme:
a. Mahal sedikit kerana guna sistem AFA. TNB untung. TNB bayar untung kepada KWSP. KWSP share keuntungan kepada kita semua.
b. Had kan keuntungan TNB. Dapat jimatkan bil letrik bulanan rakyat. Tapi dividen kepada KWSP akan sedikit berkurang. Dividen kepada rakyat juga akan sedikit kurang.
c. Kerajaan subsidikan harga letrik kepada rakyat. Tapi subsidikan, perlu belanja lebih. Perlu cari pendapatan lebih. Cukai perlu dikutip dengan lebih meluas.
Pilih. Polisi yang mana terbaik untuk kita semua.





GURU BALIK DARI INDIA----Pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali mencerminkan kedudukan Malaysia



















 Menutup tirai lawatan ke India dengan mengadakan sidang media bersama media Malaysia. Alhamdulillah, lawatan ini melakar kejayaan penting buat Malaysia di pentas antarabangsa dengan suara dan pendirian yang tegas serta kekuatan ekonomi yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan dunia.

Di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, Malaysia tampil membawa suara negara-negara Selatan Global yang menuntut tatanan dunia lebih adil dan saksama. Kita juga terus tegas mempertahankan nasib rakyat Palestin serta menolak penjajahan, keganasan dan sikap membisu terhadap kezaliman.
Pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati tatkala kita mampu berbicara dan bekerjasama dengan pelbagai kuasa berdasarkan prinsip, kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Keyakinan terhadap Malaysia turut diterjemahkan melalui minat syarikat-syarikat utama India untuk menjalin kerjasama dalam sektor automotif, kejuruteraan, kecerdasan buatan dan pembuatan termaju.
Matlamatnya jelas, iaitu membawa masuk pelaburan, mengembangkan bakat tempatan serta mencipta lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat.
Di Kerala, hubungan sejarah dan peradaban yang terjalin sejak sekian lama digerakkan ke arah kerjasama ekonomi yang lebih kukuh. Pertemuan bersama pimpinan negeri serta pemain industri dari India, Malaysia dan Negara Teluk membuka peluang dalam ekonomi digital, kesihatan, pendidikan, pelancongan, logistik dan industri halal.
Kunjungan ke Markazu Saquafathi Sunniyya pula memperlihatkan peranan Malaysia dalam wacana ilmu dan pemikiran Islam. Kami bicarakan keperluan membentuk pendekatan kecerdasan buatan berteraskan nilai agar teknologi dimanfaatkan tanpa mengorbankan akhlak, kebebasan akal dan kemanusiaan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan India atas sambutan mesra dan layanan baik sepanjang keberadaan kami di New Delhi dan Kerala. Terima kasih juga kepada seluruh petugas Kedutaan Besar Malaysia di India, anggota delegasi, rakan media serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan dan melancarkan lawatan ini.
Terima kasih India. Saya teruskan misi Diplomasi MADANI di Maldives!
धन्यवाद, भारत। फिर मिलेंगे!
🇲🇾 🤝 🇮🇳

ADUAN BUAT KAKI NGULAR KERJA

 

Cecilia Robbie Cee





Ekoran pendedahan RCI TH, sudah 5 individu didakwa. Biarkan mereka bersilat dengan mahkamah pula...

 



Ekoran pendedahan RCI TH, sudah 5 individu didakwa. Biarkan mereka bersilat dengan mahkamah pula...

Serahkan kepada pendakwaraya dan peguam berhujah, kemudian Hakim yang akan putuskan. Kita yang tak tahu undang undang dan tak tahu fakta kes, IP pun tak pernah tengok, usah berlagak pandai untuk ulas kes.




KEH KEH KEH...WALAUN PARTI JALANG BAKAL KENA SAMAN


 


 Nak bersuara, tak ada masalah.

Tapi kalau dah sampai menuduh tanpa bukti, buat sangkaan jahat - itu dah cerita lain.
Saya dah minta peguam hantar Notis Tuntutan kepada pemilik akaun berkenaan serta pemilik akaun-akaun lain yang dikenal pasti membuat perkara yang sama.
Media sosial memberi ruang untuk bersuara, tetapi setiap kenyataan tetap datang dengan tanggungjawab.






Malaysia-India Digesa Perkukuh Sinergi Semikonduktor, E&E – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

KERALAM, 15 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara.

Beliau berkata, Malaysia sedang meletakkan dirinya sebagai pemain utama dalam sektor E&E serta semikonduktor di Asia Tenggara, manakala India juga mempunyai kekuatan yang besar dalam bidang berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

“Malaysia ialah sebuah ekonomi sedang pesat membangun dan kini semakin memberikan tumpuan kepada sektor E&E dan semikonduktor di Asia Tenggara, manakala dari segi ekonomi tenaga, kita mungkin antara yang terbesar ketika ini, termasuk dalam eksport ke Amerika Syarikat.”

“Dengan kekuatan India dalam E&E dan semikonduktor, bayangkan sekiranya sinergi itu diperkukuh bagi meningkatkan keupayaan kita dan memastikan kita saling mendapat manfaat. Saya fikir perkara ini penting,” kata Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

 

Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi minum petang bersama Gabenor Kerala, Menteri Industri dan Perdagangan serta pemimpin perniagaan terkemuka India di Calicut di sini pada Isnin.

Kira-kira 30 syarikat dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk menyertai sesi berkenaan, mewakili sektor termasuk perubatan dan penjagaan kesihatan, semikonduktor, pembinaan, kecerdasan buatan (AI), teknologi digital, teknologi maklumat, kejuruteraan, peruncitan, tenaga boleh baharu dan pengangkutan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata sesi itu menyediakan peluang untuk memperkukuh hubungan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) serta meneroka kerjasama lebih luas dalam sektor bernilai tinggi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata India merupakan sebuah ekonomi sedang pesat membangun yang penting dan Malaysia perlu terus mempelbagaikan hubungan perdagangan dan pelaburannya, di samping mengekalkan hubungan kukuh dengan rakan ekonomi utama sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

Hubungan diplomatik moden antara Putrajaya dan New Delhi terjalin pada 1957, tidak lama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, dan India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah US$18.55 bilion (RM79.33 bilion) pada 2025.

Anwar turut menekankan hubungan sejarah antara Keralam dan Asia Tenggara, khususnya menerusi Pantai Malabar yang disifatkannya sebagai bahagian penting dalam sejarah budaya, agama dan intelektual rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

Beliau berkata hubungan sejarah Keralam dengan Asia Tenggara perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh lagi kerjasama antara Malaysia dan Keralam, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Anwar berkata Malaysia perlu menggalakkan peningkatan pelaburan dua hala, termasuk aliran modal dari Malaysia ke Keralam serta dari Keralam dan negeri-negeri jiran di India ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, Kuasa Usaha merangkap Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Sharifah Ezneeda Wafa dan Konsul Jeneral Malaysia ke India Selatan K. Saravana Kumar.

Anwar kemudian berlepas dari Keralam untuk lawatan rasmi ke Maldives selepas mengakhiri lawatan kerja lima hari beliau ke India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO

Pesawat yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut di sini pada 7.26 malam waktu tempatan (9.56 malam waktu Malaysia) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di Malé. – Bernama




@thekapitanMY HIDUP DENGAN MEMFITNAH DAN AIBKAN


 

MELAYU NI SAMPAI KE BAJA PUN BOLEH SAPU JUAL---Selepas pengarah syarikat direman, siasatan baja MADA mula menghala ke peringkat atas?

 


Penahanan seorang pengarah urusan syarikat pembekal Baja Padi 3 membuka persoalan sama ada siasatan SPRM berhubung kelewatan bekalan baja kepada pesawah MADA kini akan bergerak ke peringkat lebih tinggi dalam Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pengarah urusan sebuah syarikat pembekal berusia lingkungan 30-an ditahan SPRM Kedah pada 12 September sebelum direman empat hari. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Siasatan awal mendapati syarikat yang dilantik KPKM sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja bagi Musim 1 2026. Namun sehingga September, hanya 333,655 beg dibekalkan, meninggalkan kekurangan sebanyak 282,360 beg.

Persoalan kini bukan sahaja tertumpu kepada kegagalan syarikat memenuhi tanggungjawabnya, tetapi bagaimana proses tender, kelulusan dan pelaksanaan kontrak berkenaan dilakukan.

Ini kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman sendiri telah mengarahkan siasatan menyeluruh meliputi semua pihak yang mempunyai kaitan dengan aspek dasar, pelaksanaan serta proses tender.

Boleh dipanggil

Lebih menarik, Abd Halim secara terbuka menyebut bahawa siasatan tidak semestinya berhenti pada pegawai pelaksana. Menurut beliau, KSU malah menteri berkaitan juga boleh dipanggil sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.

Pada masa sama, sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut memberitahu Pentas Negara bahawa perhatian kini turut diberikan kepada peranan pegawai kanan kementerian dalam urusan berkaitan kontrak berkenaan.

Bagaimanapun, Pentas Negara belum dapat mengesahkan secara bebas dakwaan tersebut dan setakat ini SPRM juga belum mengumumkan bahawa mana-mana KSU merupakan suspek atau melakukan sebarang kesalahan.

Apa yang sudah pasti, SPRM sedang meneliti lebih daripada sekadar kelewatan penghantaran baja. Siasatan menjurus kepada Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berkaitan tuntutan palsu, selain analisis kewangan terhadap akaun syarikat serta penelitian terhadap aspek tatakelola.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pula menyatakan beliau dan kementeriannya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan menegaskan tiada apa yang perlu disembunyikan. Setakat kenyataannya pada 11 September, beliau belum dipanggil SPRM.

Dengan pengarah syarikat sudah direman dan SPRM sendiri membuka ruang untuk menyiasat sehingga ke peringkat tertinggi kementerian, persoalan selepas ini semakin jelas: siapakah yang akan dipanggil selepas ini, dan sejauh mana rantaian keputusan dalam kontrak Baja Padi 3 akan diperiksa SPRM?