TNB untung berbilion setiap tahun. Siapa pemegang saham terbesar TNB?. KWSP, Khazanah, KWAP, PNB. Majoriti dipegang institusi milik rakyat dan kerajaan.
Pernah borak dengan bekas CEO GLC kerajaan.
Isu mengurangkan beban rakyat. Beliau bagi pandangan, salah satu kos hidup rakyat yang boleh kita bantu adalah dengan mengurangkan kos tenaga.
Bil letrik.
Kalau dapat cari satu mekanisme mengurangkan bil elektrik, rakyat akan gembira. Saya tanya, apa mekanisme terbaik?.
Kerajaan propose satu polisi; hadkan keuntungan tahunan syarikat penyedia asas kepada rakyat.
—
Contoh TNB.
Contoh hadkan siling keuntungan tahunan TNB hanya RM1 bilion sahaja setahun. Supaya beban rakyat dikurangkan. Bil akan jadi lebih rendah.
Menarik idea ni.
Tapi KWSP adalah pemegang saham terbesar TNB. Kalau keuntungan TNB dihadkan, bermaksud keuntungan KWSP juga akan sedikit terhad.
Dividen tahunan KWSP juga akan jadi sedikit rendah.
Persoalan; rakyat happy tengok bil bulanan lebih rendah setiap bulan. Tapi mula rasa sedikit tak puas hati sebab keuntungan dividen KWSP tidak sebaik sebelum.
Dilema di sini:
Bil bulanan lebih murah?.
Pulangan tahunan KWSP lebih rendah?.
—
Ekonomi adalah kitaran. Ianya adalah game of wealth redistribution. Bagaimana mengagihkan kekayaan di antara kita semua.
3 mekanisme:
a. Mahal sedikit kerana guna sistem AFA. TNB untung. TNB bayar untung kepada KWSP. KWSP share keuntungan kepada kita semua.
b. Had kan keuntungan TNB. Dapat jimatkan bil letrik bulanan rakyat. Tapi dividen kepada KWSP akan sedikit berkurang. Dividen kepada rakyat juga akan sedikit kurang.
c. Kerajaan subsidikan harga letrik kepada rakyat. Tapi subsidikan, perlu belanja lebih. Perlu cari pendapatan lebih. Cukai perlu dikutip dengan lebih meluas.
—
Pilih. Polisi yang mana terbaik untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment