SIAPA YANG MUNGKIN TAK SOKONG USUL PERCAYA MUDAH SAJA DITEKA ORANGNYA

 

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sekarang ialah seramai 148 orang.

Ia merangkumi daripada PH berjumlah 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 2, PBM 1 dan Bebas 1 kerusi.

Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang merupakan blok pembangkang.

Dengan memiliki jumlah sokongan sebanyak 148 daripada 222 kerusi Parlimen keseluruhannya, bermakna Anwar cukup-cukup mencapai garisan dua pertiga majoriti dalam kerajaan yang dipimpinnya.

Jika semua Ahli Parlimen parti-parti yang membentuk kerajaan setia kepada keputusan parti masing-masing, maka undi yang akan diperolehi oleh Anwar dalam usul percaya di Parlimen esok adalah 148.

Pun begitu, dalam proses pembentukan kerajaan selepas PRU15 baru-baru ini, dikatakan seramai 10 Ahli Parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

Dua daripada mereka bagaimanapun telah bertemu dengan Anwar di Pejabat Perdana Menteri, baru-baru ini.

Kedudukan mereka yang selebihnya itu masih misteri ketika ini – sama ada masih menyokong Mahiaddin atau turut akur dengan keputusan UMNO/BN yang memilih bersama PH membentuk kerajaan perpaduan.

Lebihan 20 Ahli Parlimen BN yang lain adalah mereka yang bersama dengan apa juga keputusan parti, setia kepada Ahmad Zahid Hamidi dan pasti akan menyokong usul percaya terhadap Anwar.

Kiranya 10 atau mungkin 8 Ahli Parlimen BN yang sebelum ini menyokong Mahiaddin itu tidak mengundi Anwar dalam usul percaya esok, maka undi yang diperolehinya dalam usul percaya tersebut akan berkurangan kepada sama ada 138 atau 140.

Jumlah kedua-dua itu bagaimanapun masih melepasi garisan 112 iaitu jumlah majoriti paling minima yang diperlukan untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

Ahli Parlimen daripada gabungan parti lain boleh dikatakan tidak diragui kesetiaannya kerana mereka secara umumnya akur, taat dan setia kepada ketetapan parti atau ketua masing-masing.

Apabila parti masing-masing sudah membuat ketetapan menyokong Anwar dan akur terhadap titah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan, mereka biasanya tidak akan berpaling lagi daripada pendirian yang telah dimuktamadkan itu.

Boleh dijamin 100 peratus mereka daripada gabungan selain BN itu akan menyokong Anwar dalam usul percaya yang akan dikemukakan esok.

Jadi, sementara kemenangan memang boleh dikira sudah terjamin buat Anwar, persoalan yang timbul sekarang ialah apakah undi yang diperolehinya berjumlah 148 iaitu melepasi dua pertiga atau kurang daripada itu.

Kalau berjaya 148 undi diperolehi, maka stabillah kerajaan yang terbentuk untuk lima tahun mendatang ini.

Meskipun jika undi yang diperolehi kurang daripada 148 itu tidak menjejaskan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri, risiko lebih besar sebaliknya ialah kepada mereka yang tidak mengundi mengikut ketetapan parti itu.

Kalau pun identiti mereka tidak diketahui oleh semua orang, ketua parti berkenaan tentu boleh mengenalpasti siapa di kalangan Ahli Parlimennya yang tidak mahu akur dan setia kepada keputusan parti itu.

Akhirnya, kalau pun dengan tidak mengundi usul percaya itu tidak menyebabkan kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen tergugur, ketua parti berkenaan tentu lebih arif untuk menguruskan mereka selanjutnya.– ShahbudinHusin 18/12/2022.



TAK TUKAR BAJU BUKTI ANWAR LEBIH UTAMAKAN KERJA, TAK FIKIR PENAMPILAN DIRINYA


 Sebahagian daripada kita tentu sedar Anwar Ibrahim adalah seorang yang kuat bekerja dan seolah-olah tiada istilah penat dalam kamus dirinya.

Ketika musim kempen PRU15 lalu, setiap hari beliau berkempen ke negeri-negeri yang berbeza dengan tujuh hingga lapan program perlu dihadirinya pada setiap hari.

Dalam usia semuda 75 tahun, melakukan rutin begitu setiap hari selama hampir sebulan lamanya bukan calang-calang orang ada kemampuan untuk melakukannya.

Kecuali semasa kempen PRU14 di mana beliau tidak terlibat kerana berada di penjara, ketika PRU13 pada tahun 2013, begitulah juga gigihnya Anwar berkempen ke sana ke mari untuk memenangkan parti.

Berkat usaha gigihnya itu, PH yang terjelepuk dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini, akhirnya berjaya bangkit pada PRU15 baru-baru ini dengan memenangi jumlah kerusi terbanyak sekali berbanding semua pesaingnya yang lain.

Melalui pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, Anwar akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 bagi Malaysia.

Dengan kebiasaan gigih bekerja dan tiada istilah penat dalam dirinya, hari-hari awalnya sebagai Perdana Menteri sekarang sentiasa padat dengan jadual mesyuarat, menghadiri program, memenuhi temujanji dan rutin seharian dengan tugas-tugas pejabat.

Apa yang ketara di sebalik kesibukan Anwar yang lebih mencengkam itu, keutamaannya ialah bekerja dan bukan memikirkan penampilan diri.

Tanpa ingin menyebut nama secara khusus, beberapa Perdana Menteri sebelum ini, di sebalik kesibukan dengan tugas dan program seharian, tetapi mereka dilihat amat mementingkan penampilan diri.

Kalau tiga program dihadiri di mana media dan lensa kamera sedia menanti, biasanya tiga helai baju yang berbeza jugalah yang akan mereka pakai.

Maka, apabila disiarkan di akhbar dan ditonton melalui tv, tiga penampilan yang berbeza jugalah yang ditonton oleh rakyat, orang-orang kampung dan saudara-mara yang tentunya turut berasa bangga.

Sesetengah baju itu pula amat berjemama sehingga menjadi perhatian ramai serta didedahkan sekali harganya.

Tetapi, nampaknya tidak bagi Anwar yang sedar beliau menjadi Perdana Menteri ketika negara sedang bermasalah, banyak kerja perlu diuruskan serta hutang yang menggunung sebagai bebanan.

Selain tidak mengambil gaji untuk memperlihatkan keprihatinan dan simpatinya kepada nasib rakyat, penampilan sehariannya juga amat sederhana.

Beliau kini memperkenalkan pemakaian kot tanpa tali leher sebagai gambaran untuk memperlihatkan gaya sederhana, tidak terlalu terikat dengan protokol, terbuka dan senang diajak berbicara.

Kecuali dalam pertemuan formal, ketika mengadap Agong misalnya, barulah ketika itu beliau mengenakan kot dengan tali leher yang lengkap.

Ketika hari Jumaat, beliau hanya memakai baju Melayu – selalunya biru muda adalah warna pilihannya – dengan samping orang kebanyakan yang dipakai di bahagian dalam bajunya itu.

Ini juga memperlihatkan gaya sederhana, santai dan terbuka yang ingin ditonjolkannya.

Tidak seperti ada pemimpin tertentu, selain suka berpakaian baju Melayu jenis mahal serta lengkap dengan samping macam nak kahwin lagi satu, harga samping yang dipakai pula kadangkala senilai sebuah kereta mahalnya.

Paling menjadi perhatian ialah pada Jumaat lalu, Anwar malah tidak menukar bajunya walau banyak program yang dihadirinya itu turut disilaukan dengan pancaran lampu kamera untuk dirakam dan disiarkan di akhbar dan tv.

Pada tengahari, selepas menunaikan solat Jumaat, beliau menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan parti-parti yang membentuk kerajaan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kemudian bersolat maghrib di Seri Perdana sambil menghadiri majlis ilmu dan meraikan ulama besar daripada luar negara, seterusnya ke Genting Highlands selepas itu untuk meninjau tragedi tanah runtuh yang sehingga ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Ketiga-tiga program tersebut itu dihadiri Anwar dengan tetap memakai baju Melayu biru muda yang sama yang dipakainya sejak pagi.

Ternampak bagi Perdana Menteri, dalam kesibukan bekerja sambil berkejar dengan masa, keutamaannya ialah menunaikan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin, bukan memikirkan soal penampilan dirinya.

Sikapnya yang tidak kisah jika dilihat rakyat dan orang kampung melalui akhbar dan tv hanya memakai baju yang sama dalam tiga program berbeza pada hari yang sama adalah gambaran betapa menjadi Perdana Menteri bukan untuk glamour bagi Anwar.

Keutamaan bagi Anwar adalah bekerja untuk negara dan paparan yang diperlihatkannya itu setidak-tidaknya memberi lebih keyakinan kepada kita sebagai rakyat bahawa cahaya di hujung terowong mungkin lebih cepat membawa sinar daripada jangkaan yang sepatutnya. – ShahbudinHusin 18/12/2022.



KISAH PENGESAHAN PM - DARI SEGI UNDANG UNDANG- MEREKA YANG TERKESAN DENGAN UNDANG UNDANG- MAHIADDIN TAK TERLIBAT.BAWA KE MAHKAMAH PUN TAK BOLEH.


 

DATO JOHARI ABDUL BAKAL JADI SPEAKER


 

BUKAN ULAMAK POLITIK. ULAMAK POLITIK KEJAR DUNIA- TU SEMAK...

 

Kekal bersama ulamak...

Bukan Hanya slogan.. tetapi tindakan... Itulah PMX ..

#kitajagakita #kitakawan #DemiPertiwi #saft #KitaBoleh






UNTUK TATAPAN WALAUN DAN MACAI MUNGGE- ANWAR DAH BAHAS DALAM DEWAN SEJAK LAMA DULU. BUKAN BARU DAN DIA DAH LAKSANAKAN.SOH FIKIR SIKIT SAJA...


 

MASA MOU DENGAN MAIL SABRI- HANG TAK BISING



Ketika Mana PM9 ISMAIL SABRI menandatangani MOU bersama PH tidak pula timbul ISU Diktator atau Halal Haram.. ikut tekak mereka sahaja meletakkan sesuatu HUKUM... Berat diorang ni ...

#kitajagakita #kitakawan #DemiPertiwi #KitaBoleh #saft

 


APA PUNYA TAK MALU MANUSIA BERNAMA SANUSI.APA YANG ANWAR BUAT TU NAK BANTU PETANI LA WOII- HANG YANG TAK BOLEH BUAT MASA JADI KERAJAAN DULU..HANG TAK ADA IDEA NAK BANTU ORANG SUSAH WALAU DEPA YANG BANYAK SOKONG HANG.

 



ANWAR DAH BAHAS SEBELUM DIA JADI PM LAGI. LA HANG NAK MOHONG KE SAPA? MAKNANYA HANG SAJA GAGAL UNTUK MELAKSANAKAN DI KEDAH.




Pulak dah... Itu Hari Anwar Bantu hang dok main isu perkauman..gagalis ke bangang ni....

#kitajagakita #kitakawan #KitaBoleh #DemiPertiwi

 

TU LA..DENGAR PENERANGAN INI -.SURUH HADIR PARLIMEN KAU PONTENG- KAU TAKUT NAK BUAT PENGESAHAN PM, - KAU BUAT DARURAT. DENGAR PENJELASAN INI

 


RINGKASAN SUPAYA WALAUN DAN MACAI BUNGA BOLEH FAHAM DENGAN MUDAH.ALMAKLUM- SEKOLAH SELALU PONTENG. CEPAT KENA BOHONG.PERASUAH SUKA PENGUNDI BODO.


SESEBUAH PARTI MENETAPKAN  BAHAWA PARTI MESTI MENYOKONG PM- TETAPI ADA YANG TAK MAHU MENGUNDI. JADI DIA SECARA AUTOMATIK GUGUR SEBAGAI AHLI PARLIMEN. - JADI INI JELAS DALAM AKTA LOMPAT PARTI.




TAK ADA BERPELEMBAGAAN ? KAU JADI PM DULU KAU TAK BERANI PUN BUKA PARLIMEN DAN PEMBATALAN DARURAT.


 

PANDANGAN BERNAS DARI PAKCIK INI. WAJIB DENGAR BAGAIMANA BELIAU ULAS ISU TERKINI. MUHYIDDIN PUNCA KENAPA SEMUA MOU INI DILAKUKAN.KRISIS EKONOMI BERLAKU DIERA MUHYIDDIN


 

AKHIRNYA DIA BERCAKAP KEMBALI KEPADA KEADAAN SEKARANG.


 

MOU DIGUNA PAKAI ADALAH UNTUK KERAJAAN INI DAPAT MENJALANKAN KERJA PEMBANGGUNAN NEGARA.PRU15 ADALAH PALING KOTOR DALAM NEGARA SEBEGINI BESAR.


 

KERJASAMA KEMENTERIAN KEMENTERIAN BERTANGGUNGJAWAB MEMPERCEPATKAN PROSES BANTUAN MANGSA BENCANA


 

RAKYAT JANGAN SUPPORT LAH PERTUBUHAN NGO MN YANG SEMACAM INI. INI ADALAH GOLONGAN KECEWA YANG TAK ADA TUJUAN DAN HALUAN HALA TUJU


 

HSAIL SIASATAN- DAKWAAN DANA PENYELEWENGAN DANA 92.5 BILLION. YANG DILIHAT 2 KALI GANDA WANG 1MDB

 


DARI SEORANG PENIAGA KEPADA JAGA - ANGKARA PM MAHIADDIN-LAGI TERUK ZAMAN 31 BULAN.MASJID TAK BOLEH MASUK.


 

NI SEKOQ LAGI DOK MEROYAN. ORANG DAH TAMATKAN KONTRAK HANG, PEE LA CARI TEMPAT MANA NAK CERAMAH DAN DAKWAH. LEBIH MELAYU DARI MELAYU DIA NI


 

MEROYAN SAKAN BAB MOU PERPADUAN-YANG DIKTAKTOR IALAH MENUTUP PARLIMEN SEHINGGA DITEGUR DYMM. ISU UEC,ISU DONG ZHONG,ISU JUDI.UNDI PERCAYA MEYAKINKAN PELABUR


 

APA USUL TAK SOKONG PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BOLEH LETAK JAWATAN


 

POKWEE JEBON BERLETER DI PAGI BUTE


 

BERHATI-HATI, LELAKI INI GEMAR MENYAMAR


“Yang Berhormat Anthony Loke, kembali dipilih sebagai Menteri Pengangkutan di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. “Tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan pagi bersama DYMM Sultan Johor.”

PN PERLU BELAJAR JADI PEMBANGKANG, CUKUP MAINKAN POLITIK


SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999-2004?? MASIHKAH KAU INGAT!!! PART 1

 

BOB KELANANG


Tahap KEZALIMAN PAS Yang Hampir Maksima

1. 29 Nov., 1999 - Jam 10.30 malam pintu pagar Wisma Darul Iman dikunci.

2. 01 Dis., 1999 - Mengambil alih dan menyelongkar pejabat Menteri Besar tanpa budi bicara kononnya mencari dokumen yang mereka perlukan tetapi tiada apa kecuali sedikit wang tunai. Namun diumumkan kononnya ada berlori-lori fail salahguna kuasa ditemui.

Kenyataannya menyepi hingga sekarang. Tiba-tiba apa yang ditimbulkan kononnya bertemu wang tunai RM10 juta di pejabat dan di rumah Dato Wan. Fitnah ini disiarkan dalam Harakah (Ruangan English) 16 November 2000.

Setelah disaman oleh Dato Seri Amar Di Raja, Harakah 16 Oktober 2001 menyiarkan kenyataan minta maaf secara terbuka kononnya satu kesilapan. Al-Haq Bil.20 keluaran November 2001 membuat laporan terakhir.

3. BH: 02 Dis., 1999 - Beberapa pejabat di WDI terus ditutup (Semua Pejabat Exco, Studio 305/JK. Kemajuan & Penerangan Agama Negeri dan Berita Darul Iman).Pekerjanya dihimpun di tingkat 8 (Bilik peperiksaan) beberapa hari.

4. HM: 08 Dis., 1999 - Lapan pegawai tinggi Terengganu ditukar (dalam bulan Ramadan).

5. UM 16 Dis., 1999 - Hadi: Anggaplah pertukaran takdir Allah.

6. HM: 17 Dis., 1999 - SUK pencen awal dan kerajaan mahukan SUK baru yang sehaluan.

7. MM: 19 Dis., 1999 - Dato Hj. Cik Mat (SUK) letak jawatan bukan dengan kerelaan hatinya.

8. UM: 16 Dis., 1999 - Dato Haji Azman Muda (Pengarah YPKT) dan Dato Haji Saidi Mohamad (Pengarah YT) ditamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.

9. UM: 23 Dis., 1999 - Dato Safei Daud (Pengarang di Pejabat MB) ditamatkan kontraknya berakhir 18 Disember 1999 yang sepatut berakhir 17 Mei 2000.

10. BH: 30 Dis., 1999 - Terengganu pecat 15 kakitangan Studio 305.

11. BH: 03 Jan., 2000 - Pengarah, 420 pekerja agensi negeri (UPU) dipecat.

12. UM: 05 April 2000 - Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak/double standard.

13. UM: 11 April 2000 - Imam muda (Masjid Marang) buang pekeliling JHEAT.

14. Al-Haq: April 2000 - Roboh kedai Mat Amin Marang tanpa pampasan.

15. Al-Haq: April 2000 - 16,000 orang miskin lewat terima bantuan.

16. Al-Haq: April 2000 - Tabika KEMAS Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, K.Trg. diarah pindah.

17. WDI: 22 Jun 2000 - 3 sahaja lesen pemborong arak (Terengganu) diluluskan.

 

SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999-2004?? MASIHKAH KAU INGAT!!! PART 2


BOB KELANANG



18. WDI: 22 Jun 2000 - 44 pegawai tinggi Terengganu ditukar.

19. Al-Haq: Sept. 2000 - Rebut J/Kuasa Masjid Gelugor Kedai, Marang: Exco PAS kalah terok.

20. Al-Haq: Sept. 2000 - Exco PAS berebut (buat pejabat) di bangunan comel.

21. Al-Haq: Okt., 2000 - Ke mana wang minyak RM432 juta pemberian Februari 2000?

22. Al-Haq: Nov. 2000 - Penyokong PAS gomol balak Terengganu hingga kini 70,000 ekar.

23. Al-Haq: Nov. 2000 - Selepas 1,500 wargatua dipotong bantuan, rampas tanah petani, nelayan.

24. Al-Haq: Dis., 2000 - Keluar pekeliling larang pegawai negeri hadir majlis taklimat Dato Rais.

25. Al-Haq: Dis., 2000 - Pengerusi JSR tampar muka cikgu SK. Mengabang Telipot.

26. Al-Haq: Dis., 2000 - Notis roboh rumah Zakaria Jusoh Setiu, kerana tanah belum jelas lagi.

27. WDI: 08 Dis., 2000 - 420 anggota baru (UPI) dilantik bermula 01 April 2000.

28. WM: 01 Jan., 2001 - Kerajaan PAS Terengganu mungkin muflis?

29. HM: 03 Jan., 2001 - Pagar Tadika KEMAS dikunci di Dungun.

30. Al-Haq: Jan.,2001 - 6 keluarga mangsa banjir yang dizalimi di Kampung La, Besut.

31. WM: 15 Feb.,2001 - Kerajaan PAS Terengganu. jual A&W anak syarikat TDMB, RM170 juta.

32. Al-Haq: Feb.,2001 - Kebun Pak Hassan di Alor Serdang, Setiu ditebang orang PAS.

33. Al-Haq: Feb.,2001 - Pinjaman Pelajaran ke IPT YT dihentikan oleh kerajaan PAS.

34. Al-Haq: Feb.,2001 - Warta Darul Iman (lidah rasmi kerajaan Terengganu) menjadi diperalat parti PAS.

35. Al-Haq: Mac 2001 - YIT tamatkan guru agama/muballigh sejak Januari 2001.

36. Al-Haq: Mac 2001 - Bengkel Belia (Pengadang Baru) kena roboh.

37. Al-Haq: Mac 2001 - Rumah Rusop Mamat, Tanjung Alir, Alor Keladi, Jerteh kena roboh; tetapi rumah pengikut PAS di sebelahnya atas tanah belum jelas juga tidak.

38. Al-Haq: Mac 2001 - Musnah kebun kelapa sawit di Marang tanpa notis.

SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999-2004?? MASIHKAH KAU INGAT!!! PART 3

 BOB KELANANG


39. BH: 20 Mac 2001 - JK Syura Rakyat arah pindah segera tabika KEMAS Bukit Tok Ris, K. Terengganu.

40. Al-Haq: Apr. 2001 - Mesin-mesin jahit KEMAS di Pulau Duyong, K.Terengganu diikat dengan dawai.

41. UM: 19 April 2001 - Imam tidak dipecat tetapi ditamatkan jawatan.

42. HM: 19 April 2001 - Imbuhan hafiz / hafizah ditarik balik sejak Januari 2001.

43. Al-Haq: Mei 2001 - Tiada wang: Bangunan MPKT di Gong Badak disewakan.

44. Al-Haq: Julai 2001- Terengganu rugi RM100 juta (Akibat banyak tukar pegawai).

45. Al-Haq: Julai 2001- Keluhan hafiz buta (kerana elaun hafiz-hafizah dulu) dihentikan.

46. BH: 30 Julai 2001 - Elaun qariah berjasa Hjh. Rogayah Sulong dihentikan.

47. BH: 31 Julai 2001 - 2,048 guru al-Quran ditangguh elaun sejak Januari 2001.

48. Al-Haq:Julai 2001 - 300 kakitangan kerajaan negeri menghadapi tekanan

sertai JKKK.

49. Al-Haq: Julai 2001- Pengerusi JSR marahkan pengetua ) Sekolah Menengah Batu

Tunggal).

50. Al-Haq:Julai 2001 - Hadi tengok sendiri arak bebas dijual di Pulau Perhentian.

51. Al-Haq: Julai 2001 - Hadi tidak layan pemandu lori.

52. Al-Haq Ogos 2001- Mangsa ribut PAS pilih kasih. 3 orang UMNO berdekatan tidak dilayan.

53. Al-Haq: Ogos 2001 - Musnahkan tanaman sayur atas tanah suku ekar di Anak Ikan, Setiu.

54. Al-Haq: Ogos 2001 - Tahan gaji kaki tangan kerajaan negeri kerana terlibat dengan JKKK.

55. Al-Haq: Sept.,2001 - Kebun Ustaz Yong Abdullah Pengkalan Arang, K. Terengganu dimusnah.

56. Al-Haq: Okt., 2001 - Derma mangsa kezaliman PAS (sodok tanaman sayuran baru berbuah).

57. Al-Haq: Okt., 2001 - Premium tanah naik 700%.

58. Al-Haq: Okt., 2001 - Exco PAS ternak ayam dalam surau hasil derma orang ramai.

59. Al-Haq: Okt., 2001 - Siapakah salahguna kuasa (Mercedes TT3 dalam kebun YB .Tun Salleh).

60. BH: 29 Okt., 2001 - Terengganu musnah hutan simpan kekal di Besol, Dungun.

61. BH: 30 Okt., 2001 - PAS akui lulus 4,000 hektar hutan simpan Sungai Paka, Besol, Dungun.

62. Al-Haq: Nov.,2001 - 10,000 ekar balak simpan kekal dibahagikan kepada kroni PAS di KL.

63.JHEAT:01.11. 2001- Imam Kg. Pujuk, Manir ditamatkan khidmat (umurnya baru 58 tahun).

64. Al-Haq: Nov.,2001 - Rampas kuasa di masjid, PAS ala militan.

65. Al-Haq: Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.

66. Al-Haq: Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu.

67. UM: 13 Dis., 2001 - Penduduk dilarang berbuka puasa dalam masjid (Tempinis).

68. BH: 31 Dis., 2001 - Terengganu pecat (no22wotis 24 jam) pegawai (TATI) enggan serah wang ihsan.

69. BH: 01 Jan., 2002 - Dedah Penyelewengan: TATI pecat pengurus besar.

70. HM: 02 Jan., 2002 - Perpustakaan (Terengganu) kurang bahan bacaan.

71. UM: 02 Jan., 2002 - Isu berpanjangan rugikan rakyat Terengganu, Dato Senara Muda.

72. BH: 02 Jan., 2002 - Cukai pintu: Terengganu kurang hasil RM5.4 juta (setahun).

 

 

SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999-2004?? MASIHKAH KAU INGAT!!! PART 4


73. UM: 04 Jan., 2002 - ASDI tidak mampu bayar dividen bagi tahun 2001.

74. Al-Haq: Jan.,2002 - 41,000 ekar hutan simpan kekal (bslak) di Tembat (kawasan Empangan Kenyir) ditawarkan dalam tender tertutup (Untuk Kroni PAS di KL).

75. Al-Haq: Jan.,2002 - Selamatkan harta rakyat Terengganu (Dari dirompak oleh Kerajaan PAS).

Haji Mohamad Bin Jusoh Perbohongan Pas Yang Nyata

1. HR: 20 Dis., 1999 - Pembohongan yang paling besar dan tidak boleh dinafikan buktinya ialah setelah PAS memerintah sendiri, hukum haram dan kafir tidak dipakai lagi. Kini erat kerjasama dengan DAP sehingga YAB. Haji Hadi rela berpelukan mesra dengan Lim Kit Siang di Pejabat MB, Tingkat 16 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dahulu (Ogos 1963) PAS hukum KAFIR atau HARAM jikalau orang Islam bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara. Buktinya jelas tertera dalam Kertas Puteh Kerajaan Malaysia 08 November 1984 mengenai ancaman mempolitikkan agama.

Akibat daripada fatwa mengkafirkan itulah umat Islam di Terengganu tidak mahu ikut sembahyang di belakang imam lantikan kerajaan BN.

 

 

Dengan itu berlakulah 39 buah kampung sembahyang Jumaat berlawan (Hingga November 1999). Pada sebulan Ramadan Jun-Julai 1982 berlaku peristiwa sembahyang Tarawih 2 imam dan jumaat bergilir dalam masjid Kg. Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang.

Demi politik pilihanraya 1999 PAS rela bekerjasama dengan DAP yang menentang penubuhan negara Islam. Inilah jadinya kalau hukum politik cari makan Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi... dua.

2. WDI: 01 Jun 2000 - Warta Darul Iman keluaran sulong (01 Jun 2000) telah diperalatkan untuk membela AMANAT Haji Abd. Hadi.

3. UM: 06 Jan., 2000 - 606 Ketua Kampung dipecat dan JKKK diharamkan kerana hanya mahu iktiraf JSR yang PAS lantik. Kini bermaharajalela mengganas, membalas dendam. Pemerintahan PAS berdasarkan puak (Asobiah).

4. BH: 14 Jan., 2000 - DUA orang isteri pemimpin PAS dilantik menjadi ahli lembaga YPKT.

5. Hingga Jan., 2002 - Patong sotong & udang di simpang lampu isyarat bandar Marang tegak berdiri tidak dirobohkan. Apakah kerana ada janggut macam orang kita? Penyu tembaga di Hotel Park Royal terus bergayutan dengan megah.

 

MMMMMM......


 

KALAU ZAHID HAMIDI SERTAI PN PUN SAMA JUGA KEDUDUKAN BELIAU-KALAU UMNO BERADA DALAM PN- UMNO MAMPOIH TERUS SEBAB NAK BERTANDING DIKAWASAN MANA ?PAS ATAU BERSATU?


 

PERJANJIAN BUKAN DIKTAKTOR LA BODOH


 

HAAA...DAH PULAK -AZWANDIN BAWA KES


 

DIA TAK PERNAH BERUBAH SEBELUM ATAU SELEPAS.


 

SUKA SANGAT MENGANJING


 

MEMBANTU TU BAGUS , TAPI JANGAN POLITIKKAN. TAK SEPATUTNYA BERLAKU.


 

DAH DIBERI KHIDMAT SEHARI-BILA PIHAK BERKUASA TAK BENARKAN- MAKA MULA LAH. ORANG LAIN PUN BANTU-TAK KECOH PUN.


 

PELABUR MULA MEMBUKA MATA DAN MASUK KE MALAYSIA


 

YB HANNA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA DBKL MEMBENARKAN BAS PERCUMA KEPADA PENDUDUK SEGAMBUT


 

MUHYIDDIN ADALAH DIKTAKTOR- MENUTUP PARLIMEN - MENGUMUMKAN HANYA MELALUI MEDIA- TIADA SIDANG PARLIMEN TANPA PERBAHASAN-TIDAK BERANI MAHU MEMBUAT UNDI PERCAYA


 

INISIATIF BUKAN POLISI KKM

 


NORMAN RADZUAN



Serangan troll mengatasi niat yg baik

INISIATIF BUKAN POLISI KKM

Hari ini teruk Menteri Kesihatan, Dr Zaliha di troll. Ini adalah usaha berterusan Cybertrooper menyerang kerajaan Perpaduan. Setiap apa yg dilakukan kerajaan semua di troll utk melahirkan perpesi negatif kpd kerajaan.

Saya tidak hairan Dr Zaliha akn dikecam begitu teruk. Selepas Fahmi Fadzil, Mat Sabu kini giliran Dr Zaliha.

Pemberian tuala wanita secara percuma itu hanya inisiatif dan bukannya polisi atau perancangan besar dari KKM.

Niat itu sgt baik dan boleh sahaja menyarankan KKM segerakan pemberian percuma itu sekolah dan IPTA seluruh negara. Ia hanya sekadar percubaan awal. Bagi salah tak bagi salah… cubalah bagi cadangan dan bukan kritikan.

Sdgkan Dr Zaliha dlm masa yg sama melancarkan penggunaan teknologi 'Body Camera' dlm pelaksanaan tugas penguatkuasaan utk memelihara integriti dan meningkatkan imej kementerian.

Bab ini tidak mahu mereka perkatakan… nampak sgt niat mereka utk troll cerita utk melahirkan persepsi negatif bukan sahaja kpd Dr Zaliha tetapi kpd pimpinan PH.

Hari ini juga fitnah jahat yg cuba ditroll oleh Cybertrooper lawan apabila dipaparkan gambar telur berharga RM 20 sepapan. Sdgkan ia sebenar harga telur Omega yg sebelum ini berharga RM 24 sepapan… jahat sungguh.

Cara mereka menyerang kerajaan ini seolah olah bulan hadapan nak PRU16. Dari kasut Anwar, kereta Anwar, pemakaian Anwar dan bermacam mcm lagi yg langsung tidak membawa makna utk membantu ekonomi negara atau menjadi pembang yg baik.

Buat Dr Zaliha jgn pedulikan sgt suara2 sumbang. Teruskan kerja anda dgn amanah… terlalu awal utk menilai dlm tempoh 10 hari . Saya sendiri akn memantau 100 hari tentang polisi dan perancangan yg ingin Dr Zaliha lakukan utk KKM lebih efisen .

 

AKHIRNA MAHATHIR LIHAT JUA ANWAR JADI PM 10

 

Mahathir pernah kata kat Anwar, " Nak jadi PM? Pegi balik lahh".

Last2 dia yg balik dulu....hahaha..





 

NAK CUBA JUGA- WALAU DAH TAK LEH SAMPAI- DAHH CUKUP..KAMI DAH CUKUP JUMLAH

 

Humangai... Sampai tahap macam ni sekali?

Betul punya terdesak PAS/PN ni. Sampai hasut MP buat PRK. Padahal dulu Hadi juga tak setuju kalau sengaja adakan PRK. Membazir katanya.

Tapi PRK bukan risiko terburuk. Jika berlaku, bukan setakat PRK, sebaliknya keadaan politik kembali jadi terumbang-ambing. Tak stabil.

Diikuti dengan ekonomi kembali menjadi muram. Pelabur yang baru mula nak yakin, akan lari semula dan rakyat terbanyak akan terima kesannya.

Singkat betul pemikiran orang ini. Entah kenapa dia boleh terpilih jadi pemimpin partinya. Orang yang tak mampu fikirkan kebajikan rakyat dan hanya pentingkan diri sendiri tak layak jadi pemimpin.

Cukup-cukuplah wahai manusia. Buang sifat tamak kuasa tu. Terima kekalahan dan buatlah kerja yang mampu beri faedah kepada rakyat. Guane boh?

Raja Gelap