PYAN HABIB DAN YANG PERTAMA!


Oleh: Zunar


Pemergian seniman/penyair Pyan Habib merupakan sebuah kesedihan besar di kalangan teman-teman kerana Almarhum sangat rapat dan mesra dengan siapa saja. Menyorot kisah lalu, perkenalan saya dengan Almarhum bermula cukup lama.


 Kira-kira 30 tahun lalu, saya didatangi oleh seniman kurus berambut panjang ini di pejabat Creative Enterprise (penerbit Majalah Gila-Gila yang cukup popular pada masa itu) yang terletak di Bangsar Baru. Di situlah mula saya kenal beliau. Pyan yang ketika itu bekerja di Utusan berkata mahu wawancara saya. 


Masa itu, saya adalah kartunis yang baru mencari tempat serta nama dan belum ada media yang mahu mendapatkan padangan atau berita mengenai saya. Jadi Pyan adalah yang PERTAMA wawancara saya. Masa berlalu, ketika era reformasi (tahun 1999) saya ditangkap. Dalam perjalanan ke balai polis, Pyan adalah orang yang PERTAMA menghubungi saya, bertanya khabar dan saya katakan saya dalam kereta polis dan akan di bawa ke Balai Tun HS Lee dekat Stadium Negara.


 Selepas bermalam beberapa hari di lokap, saya pun dbebaskan. Sebaik saja melangkah keluar kira-kira jam 8 malam, teman-teman mengajak saya untuk menjadi salah seorang penceramah di AU2, Keramat. Belum pun pulang ke rumah, badan masih berbau lokap saya pun ke sana. Ceramah malam itu cukup besar dengan kehadiran ribuan orang. Selesai ceramah, kerana orang terlalu ramai, saya tak dapat berjumpa dengan orang yang membawa saya awal tadi. 


Dalam tercari-cari kalau-kalau ada wajah yang saya kenal, entah macam mana, orang PERTAMA yang saya nampak ialah Pyan Habib! Da menegur dan lalu dia mengajak ke rumah dia yang tak jauh dari situ. Makan, berbual dan mandi. Selepas itu barulah teman saya, Nazri datang dan membawa saya menaiki motorsikal untuk pulang ke rumah di Taman Melati. 


Masa beredar, saya dan Almarhum terus berhubungan dan dia sentiasa memberi sokongan kepada saya, terutama ketika sokongan sangat diperlukan iaitu masa buku-buku kartun saya diharamkan dan saya dikejar penguasa dan ditangkap berkali-kali di era Altantuya/1MDB. Kesimpulannya banyak sekali kebersamaan PERTAMA antara saya dengan almarhum. Kali terakhir saya bertemu Pyan adalah pada majlis berbuka puasa Ramadan yang lalu. Sehinggalah pada 4 Jun, jam 9 malam, saya dihubungi oleh seorang teman lama yang juga jiran dia, iaitu Zainur Zaman memaklumkan bahawa Pyan sudah tiada. Al Fatihah, semoga roh Almarhum dicucuri rahmatNya dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. 


Kepada keluarga beliau, terutama isteri, Kak Erin, pesan saya: Tabahlah, tapi jangan tahan kesedihan. Menangis sebanyak-banyaknya. Kerana menurut penceramah agama terkemuka, Dr Nouman Ali Khan, menangis itu bukan tanda kelemahan, tetapi adalah sifat insan. Sedangkan para Nabi menangis ketika ditimpa ujian, inikan pula kita. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masa adalah penawar duka paling mujarab. --  Aaamin.



Cikgu atau Penghina? Akhlak Buruk oleh Agamawan PAS





✍️ Saiful Nizam


Seorang guru dari SK Simpang Pulai, Kg Kepayang, Fairuz Hafiizh Othman, yang juga memegang tauliah agama di Perak dan mempunyai jawatan dalam PAS Perak, telah mencetuskan kontroversi dengan menghina Perdana Menteri sebagai 'kaki spin' dan mempertikaikan keputusan kerajaan mengenai isu 3R (Raja, Agama, dan Kaum).


Perlu diingatkan bahawa penegasan soal 3R adalah titah dari Duli-duli Tuanku Majlis Raja-raja, yang bertujuan untuk memastikan keharmonian negara.


Sebagai penjawat awam, tindakan Fairuz Hafiizh ini jelas melanggar etika dan integriti yang sepatutnya dijunjung. Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U(A) 395/1993), penjawat awam dilarang membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan, atau yang boleh memalukan dan memburukkan nama Kerajaan.


Tindakan Fairuz Hafiizh ini juga menimbulkan persoalan tentang bagaimana seseorang yang jelas tidak menghormati ulil amri boleh dilantik sebagai hakim pertandingan adab dan nilai. Ini adalah satu ironi yang memalukan dan menunjukkan betapa pentingnya untuk memastikan mereka yang dilantik ke posisi tersebut memiliki integriti dan adab yang tinggi.


Menurut maklumat yang diterima, Fairuz Hafiizh semasa berceramah di masjid turut mengulas tentang isu politik, walaupun tidak menyebut nama parti politik secara langsung. Ini adalah taktik halus yang biasa digunakan oleh beberapa ustaz PAS untuk menyemai sokongan di kalangan hadirin masjid dan surau, yang jelas tidak sesuai dengan peranan mereka sebagai penjawat awam.


Dalam hal ini, Menteri Pendidikan, YBM Fadhlina Sidek, perlu mengambil tindakan tegas terhadap Fairuz Hafiizh Othman. Perlu ada pemantauan yang lebih ketat untuk memastikan penjawat awam, terutamanya mereka yang terlibat dalam pendidikan dan pemegang tauliah agama, tidak menyalahgunakan platform mereka untuk menyebarkan ideologi politik atau kritikan yang tidak berasas terhadap kerajaan.


Fairuz Hafiizh juga sepatutnya mengambil nasihat daripada Presiden PAS, Hadi Awang, yang pernah menyarankan bahawa sesiapa yang tidak setuju dengan dasar kerajaan adalah lebih baik untuk meletakkan jawatan. Ini adalah langkah yang wajar bagi memastikan integriti perkhidmatan awam dan keharmonian negara dapat dikekalkan.


Langkah tegas dan segera perlu diambil untuk menangani isu ini, demi menjaga martabat perkhidmatan awam dan memastikan bahawa negara kita terus berada dalam keadaan harmoni dan aman.


Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Fairul al Qasas.


Info tambahan: PAS Perak diketuai oleh Razman Zakaria yang mengaku memfitnah Anwar Ibrahim semasa PRU15 dan memohon maaf apabila disaman RM5 juta.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



KAFIRKAN UMNO... SOAL LAPUK ATAU SOAL AQIDAH??


Abu Fahlah




" Saudara-saudara sekalian!Percayalah,kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional.Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. 

Percayalah saudara-saudara sekalian! Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad kerana kita berjuang dengan puak-puak ni,kalau kita mati melawan puak-puak ini,mati kita adalah syahid.Mati kita adalah ISLAM. 

Kita tidak payah masuk Buddha,kita tidak payah masuk Hindu,kita tidak payah masuk Kristian tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku,agama suku' " 


Inilah ucapan YB Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 7 April 1981 di kampung Baggol Peradong Kuala Terengganu. Ucapan ini ditujukan kepada UMNO dan BN dan disebutkan juga bahawa jika mati menentang UMNO atau BN bermakna mati syahid. Istilah mati syahid adalah kematian dalam peperangan menentang golongan kafir. Maka secara jelas dalam ucapan ini UMNO dan BN dikategorikan sebagai kafir, dan itulah pegangan para penyokong tegar PAS sejak dari keluarnya ucapan itu. Ucapan ini juga dijadikan risalah propaganda oleh PAS di seluruh ceruk rantau negara ini. Dan inilah bermulanya pelbagai perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini. Penyokong PAS tidak mengiktiraf imam lantikan kerajaan BN hinggakan wujudnya solat Jemaah dan solat fardu Jumaat 2 imam. Haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah nikah oleh wali hakim UMNO dan pelbagai isu yang telah merobek ikatan ukhuwah sesama ummah.


Namun, baru-baru ini ada pimpinan PAS yang cuba menafikan isu kafir-mengkafir ini. Dengan angkuh menyatakan bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi dan bersurat yang menuduh bahawa UMNO dan BN itu kafir. Isu ini juga dianggap isu lapuk dan tidak perlu dibangkit ungkit lagi. Kenyataan seumpama ini seolah-olah cuba untuk memperbodoh dan mengelirukan rakyat secara umum. Lebih 40 tahun para penyokong PAS dan sebahagian darinya telah pergi dahulu menghadap ilahi, menganggap ahli UMNO dan penyokong BN itu kafir, hatta mereka yang ada pertalian darah sekali pun tetap dianggap kafir kerana tidak menyokong PAS. 


Ada juga kalangan kepimpinan PAS yang menjalankan solat hajat dan berdoa secara nyata agar “KO BN, BN KO”. Ini secara jelas mendoakan kemusnahan saudara seagama dan menyamatarafkan saudara seagama dengan zionis dan yahudi yang menjajah Palestine. Sikap ekstrimis dalam berpolitik inilah yang perlu diamati oleh generasi sekarang. Untuk pengetahuan semua, pemimpin yang mendorong ahli-ahlinya mengkafirkan saudara seagama ini masih wujud hingga sekarang dan memegang jawatan yang amat tinggi dalam PAS, iaitu Tan Sri Abd Hadi Awang, presiden PAS. Namun hingga sekarang beliau tidak memohon maaf atas perbuatannya yang keji itu, malahan menafikannya pula dengan cara yang sungguh membodohkan rakyat. 


Benarlah kata sesetengah orang, makin besar serban makin banyak dosanya. Tungganglah politik untuk memperkasakan agama dan bangsa, bukannya menunggang agama untuk meraih kuasa politik dan laba dunia. 


#pnbest 

#pas 

#walaun 

#titm 

#kafir




SESSI LIBAT URUS PH DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH HOSPITAL TEMERLOH.

 

Sesi Libat Urus Pakatan Harapan Temerloh bersama Ahli Lembaga Pelawat (ALP)Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh yang dipengerusikan oleh Azizul Shah Mohd Noor ,Ketua Amanah Kawasan Temerloh.






Banyak perkara yang dibincangkan bagi meningkatkan khidmat ALP membantu pihak hospital dalam melaksanakan program-program kesedaran kesihatan kepada masyarakat setempat.


Turut serta hadir Tn Hj Mohammad Faisal Ismail,SUPOL Dr Dzulkefly Ahmad,Mohd Fadzli Ramly,Pengerusi AMANAH Negeri,Yb Woo Chee Wan,Adun Mentakab,Sdr Mahesh Ketua Cabang PKR.


#perpaduantemerloh 

#MalaysiaMadani



USTAZ DON DIREHAT


Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM.






TIPU BANGSA SEGAMA SENDIRI.

 


Tunggang lagi. Inilah 𝗰𝗮𝗻𝗱𝘂 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 yang padu. Sebab inilah walaun sanggup diperbodohkan malah di negeri negeri yang PAS mentadbir, walaun sanggup hidup di dalam 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗱𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗻𝗴𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻.




Tak payah ulas soal hukum. Cuma kalau baca artikel ni (https://tinyurl.com/3vdhss7y), antara puncanya 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻, bila boleh tukar dasar yang 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 kata Tuan Ibharim.


Contohnya macam judi. Diluluskan oleh pentadbiran terdahulu. Jadi rakyat 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁. Kalau PAS memerintah, boleh tukar dasar itu dan haramkan judi terus.


Masalahnya, masa PN mentadbir pusat dulu, tak ada pula usaha nak hapuskan judi. Bahkan, jumlah cabutan judi istimewa 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗛1.0 dulu. Macamana tu?


Ini bukan setakat dosa silam tak diampunkan, malah walaun yang sokong PAS pun 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗹𝗶𝘁 𝗱𝗼𝘀𝗮 kalau ikut macam yang Tuan Ibharim kata. Ah sudah! Walaun dah kena bertaubat dah ni.


Sebab tu kita kata lebai penunggang agama. Mereka ni 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗻𝗴 bab agama. Konon la nak tegakkan agama. Dapat kuasa, 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗽𝗮𝗵 dia tak buat. Cakap je lebih nak tipu walaun.


Begitu juga dengan 𝗱𝗶𝘀𝗸𝗼 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗯. Tetap berleluasa. Malahan masa PAS berkuasalah orang solat jemaah di masjid pun 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽. Tegakkan Islam apa namanya kalau begitu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Isu ‘Parallel Pathway’ dibawa ke Parlimen - Fahmi

 


Oleh: Abdullah Zaid



Kabinet hari ini memutuskan isu 'Parallel Pathway' akan dibawa ke sidang Parlimen bagi menyelesaikan status kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).


Dalam sidang media hari ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan boleh dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi keterangan menyeluruh.


"Isu Parallel Pathway akan dibentang di Parlimen kelak, manakala aspek perincian pula boleh merujuk kepada KKM dan KPT," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, hari ini.


Terdahulu, Fahmi memaklumkan isu 'Parallel Pathway' mungkin memerlukan beberapa pindaan bagi menyelesaikan isu tersebut.


Katanya, Pejabat Peguam Negara sudah memberi beberapa pandangan dari segi perundangan kepada Jemaah Menteri.


Jelasnya, tidak timbul ‘Parallel Pathway’ itu membuka program ijazah sarjana muda perubatan penuh di UiTM.


Sebaliknya, program berkenaan hanya tertumpu kepada program latihan untuk pegawai perubatan sahaja.


Sebelum ini, UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program ‘Parallel Pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.


Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.


Bagaimanapun cadangan itu menerima kritikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM yang membuat kempen #MahasiswaUiTMBantah sambil menegaskan universiti itu hanya untuk Bumiputera seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Namun, badan MPP itu kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka berkait kempen itu yang disifatkan mereka berlaku salah faham dan tidak memberi situasi kes kronologi sebenar.

 

[panas] DIKATAKAN DUA GURU MENGHASUT! GURU PENTAKSUB POLITIK PRO PAS!



Puak khawarij ni bukan mereka yang tak belajar agama. Tapi mereka adalah yang anggap agama dia sahaja betul dan orang lain Kapir. Ni guru sekolah ni. Kalau tak nak makan duit pemimpin yang dianggap Kapir, letak jawatan jela Zuhaidi Mat Yusoff oii.. Meh kita jumpa dan debat bab ni ada berani? Belajar agama islam, tapi perangai mengalahkan iblis. ================================================================================= Fairul al Qasas Seorang guru KPM Fairuz Hafiizh Othman dari SK Simpang Pulai, Kg Kepayang, beliau juga pemegang tauliah agama di Perak. Guru ini juga ahli politik berjawatan dalam PAS Perak. Guru ini menghina Perdana Menteri sebagai 'kaki spin' dan mempertikaikan keputusan kerajaan untuk bertegas soal 3R. Penegasan soal 3R juga adalah titah Duli-duli Tuanku Majlis Raja-raja, agar negara ini harmoni. Bagaimana guru yang tidak beradab kepada ulil amril ini boleh dilantik sebagai hakim pertandingan adab dan nilai? Menurut laporan yang saya terima, beliau semasa berceramah di masjid juga mengulas bab politik. Tapi tidak menyebut parti politik. Menjadi kebiasaan ustaz PAS mencucuk jarum halus dalam ceramah mereka bagi tujuan menyemai sokongan di masjid dan surau. Mohon KPM YBM Fadhlina Sidek pantau hal ini Sumber Berita/Info FB Bro ISwardy






[panas] TU DIA PN AMBIL ALIH PERLIS - RASUAH RM1.1 JUTA TERMASUK IMAM DAN ANAK IMAM DIREMAN DIPERLIS A...



Pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam sebuah masjid di Kangar antara tiga direman bagi siasatan dakwaan menerima suapan RM1.183 juta bagi pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April 2022 hingga Jun tahun lalu.
Tiga suspek berusia 25 hingga 52 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis semalam dan dibenar reman sehingga Ahad ini oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Sumber SPRM berkata suspek utama yang juga penjawat awam 45 tahun ditahan di pejabatnya di JAIPs sekitar 4.10 petang, manakala dua lagi suspek ditahan di Pejabat SPRM Perlis di Kangar antara 6 hingga 6.15 petang selepas dipanggil memberi keterangan.
Menurutnya, suspek utama dipercayai bekerjasama dengan dua lagi suspek, iaitu imam dan anak imam terbabit yang memiliki sebuah syarikat perunding dalam menguruskan pendaftaran pernikahan di Perlis.

Ujarnya, siasatan awal mendapati pasangan bernikah di Thailand yang mahu mendaftarkan pernikahannya semula akan berhubung dengan pemilik syarikat terbabit.
“Syarikat beroperasi di Kangar ini kemudian meminta pasangan mahu mendaftarkan pernikahan itu semula bayaran sekitar RM5,000 sebagai wang pendaftaran,” katanya menurut Berita Harian.
Daripada jumlah itu, beliau berkata RM2,000 akan dibayar kepada suspek utama bertugas di JAIPs sebagai denda pasangan bernikah di Thailand manakala bakinya dibahagikan antara ketiga-tiganya.
Katanya urusan pendaftaran pernikahan itu dikesan tidak mengikut prosedur, termasuk ada pasangan tidak hadir dan tidak dicatatkan dalam buku daftar pernikahan serta tidak melalui Mahkamah Syariah.
Terdahulu, peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili suspek membantah permohonan awal penyiasat SPRM untuk reman tujuh hari atas alasan tiada sebab anak guam mereka ditahan agak lama.
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Ghani mengesahkan penahanan tiga suspek itu. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.malaysiakini.com/news/707755



HUT TUDM KE-66: AKSI FLYPAST MANTAP!

LIVE : PAS.. PAS.. DATANG AJE PRK ADA SAHAJA DALIL DAN FATWA BARU DIREKA...

Pencuri larikan kereta dari stesen minyak di Kuantan, ditahan di Bentong.




Rakaman video tular kes seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin. - Foto tular
Rakaman video tular kes seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin. - Foto tular

KUANTAN: Seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin, berjaya ditahan di Bentong.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, yang mengesahkan penahanan itu, berkata kereta yang dicuri itu juga turut ditemui.

"Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui," katanya melalui mesej dan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada 12 tengah hari ini.

Dalam kejadian 3.10 petang kelmarin, warga emas berusia 68 tahun bersama suami, 77 dan anak perempuan yang juga pemilik kereta, 38 yang menaiki kereta singgah di stesen minyak.

Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.

Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.


PENGANALISIS PUN... PANDAI NGAT BUAT RAMALAN....





 Setiap kali ada PRK, tak habis penganalisis akan kata 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗛-𝗕𝗡. Ni kalau SPM, dah kira macam 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗦𝗣𝗠 𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗻𝗶.


Nampak sangat penganalisis sebenarnya condong ke PN. Mereka 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗣𝗛 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵. Selagi PH tak kalah selagi tu la dorang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶.


Dah berapa kali terbukti dah. Memang 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵. Di kawasan campuran pun PH mula dapat sokongan Melayu 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗡.


Penganalisis kecewa. Seboleh-bolehnya mereka cuba buktikan yang gabungan ini gagal. Mereka mahu PH dan BN 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶. Itu saja.


Apa saja keputusan di PRK Sungai Bakap, bukan lagi mencerminkan tahap sokong terhadap gabungan PH dan BN. Cerita tu dah 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗹𝗲𝘃𝗮𝗻 lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



ISTIDRAJ

 
















No7 ... hanya kerana kepuasan hati , agama di letak kemudian .. Jangan pandang siapa dia , tapi ambik apa dia kata selagi mana berlandaskan hukum syariat .. Andai di kira siapa berkata , layak kah kita menasihati anak kita sendiri melainkan hanya kerana kita ibu bapanya , kita saja tahu apa sejauhmana ketaatan kita dalam beragama, setuju ? 


Inilah yang dikatakan Iman yang ada dalam diri seseorang , andai org yg fasik sekalipun jika nasehat dan teguran untuk kebaikan dalam beragama , ada pahalanya .. 


Ibarat buruknya cengkerang tapi di dalamnya mutiara .. Cantik buruk ciptaan Allah hukumnya Haram kita hina seolah kita menghina Sang Pencipta yang menciptakanya .. Fasiknya seseorang pada pandangan kita sampaikan kata2 larangan / nasehat  walaupun benar kita menolak atas dasar kefasikanya dalam masa sama menafikan ketetapan Allah , maka sedarlah di dalam hati kita ada kesombongan sepertimana Iblis sombong dengan Allah .. 


Yang buruk di mata kita adalah dia itu urusan Allah , tapi bukan kata2 mutiara nasehat / teguran yang menjurus kepada kembali landasan agama .. Saya pesan utk diri saya selalu ingat , tiada syurga andai ada kesombongan walau sebesar zarah .. Yang baik jadikan amalan yang buruk jadikan tauladan .. 


Bila nafsu menguasai emosi maka akal akan tertinggal di belakang , peranan Iblis menjadi mudah dek kerana kegagalan akal tadi menjadikan seseorang hilang keimanan ..



MENZIARAHI S. AMIN SHAHAB

 








Semalam saudara Setiausaha Politik saya saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya menziarahi karyawan negara Syed Mohd Amin Syed Hashim Al Shahab atau S. Amin Shahab yang dilaporkan menghadapi masalah jantung baru-baru ini.


Alhamdulillah, saya dimaklumkan kesihatan beliau beransur pulih selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).


Dalam sesi ziarah ini, saudara Farhan turut sampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi menampung kehidupan harian dan kos perubatan beliau.


Mendoakan agar saudara S. Amin Shahab dikurniakan afiyah dan kekuatan untuk terus berkarya, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI




REGA BAGI NAIK PUN PENYEGAN NAK PI MOTONG

 

Pak Ya Siam




Semalam kawan Pak Ya nama Budin Merang mai nak pinjam duit kata anak habis susu !!


Pak Ya halau ja,pagi petang dok kedai janda, cuba pi motong ni dak dok sembang hentam PMX hari-hari sana mahai sini mahai islam terancam cina nak ambik negeri kita lah macam2..


Padahai nak ambik duit tu spare nak pi kempen Sungai Bakap ! 


Bodo puak2 walaun ni..


😅



AZMIN BUAT BUAT SIBUK


 

DENGAR NI ANAK MUDA..KERAJAAN MADANI LAKUKAN UNTUK ANDA.KERAJAAN PN TAK FIKIR KA WAKTU ITU ?


 

KAKI SPIN JUGA....


 

KEH.. KEH.. KEH.. TERCIRIT DIN.


 

WARTAWAN HARAKAH PUN TAK SEKOLAH JUGA..KAH.. KAH.. KAH.. .

 




HANG TAU SENGKEK PI MASUK CAFE ORANG KAYA BUAT APA..

 

Tun Carlos


Dah tau sengkek, pi masuk makan kat kafe VIP dok lepak. Bodo punya walaun.




KEH.. KEH.. KEH....

 

Rasa nya si Suami ternampak kelibat "singa betina" kan hangpa.




TUUU DIAAAA.. PUNYA BESAQ PENIPU NI... PARTI ALOHA SEMALAYSIA...


 

HILANG DAH... LA.. FATWA LEBAI BRAHIM PUN HANGPA BUANG.... NYANYUK KA PA..


 

𝗣𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗛𝗜𝗡𝗔, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗥𝗘𝗡𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 : 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗛𝗕𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗞 𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗞𝗦𝗡, 𝗞𝗦𝗨, 𝗞𝗣 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗼𝗗



#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham





1) ANDA boleh tengok apa yg saya kongsikan adalah contoh posting saya yg lalu dan pendedahan penyokong PHBN dan Kerajaan MADANI tentang 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗹𝘂 𝗱𝗴𝗻 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗱𝗶 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 dan membuat komen jelek terhadap PMX dan Kerajaan MADANI. 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗟𝗢𝗤 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗞 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡? Baca sehingga habis apa yg saya tulis kali ini.


2) PERTAMA, kita perlu terima hakikat bahawa 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗶𝘁𝘂 𝗕𝗔𝗜𝗞. Tersangat banyak didedahkan dan dilaporkan oleh penyokong Kerajaan termasuk ke MCMC dan Menteri-Menteri tapi apa tindakan dikenakan terhadap mereka? 𝗔𝗣𝗣𝗥𝗢𝗔𝗖𝗛 penyokong PHBN atau Kerajaan dalam hal ini 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 dan diperbaiki.


3) KEDUA, 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛𝗕𝗡 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 lebih dulu tetapi pada awalnya saya malas nak bagi publisiti pada 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝. Namun akibat dibiarkan TANPA tindakan, perbuatan jahat itu menjadi-jadi dan saya turut terserempak, bertekak dgn puak ini di SocMed yg "triggered" saya utk menulis :


i) 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗬𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗨 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗕𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗠𝗫 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧 - 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid031HCgBpcp4xpb4QzHTwZ2SzEgMdvUc8U3ahrWrbiewY4Do5QYXSjqhk5HkvenPNTvl


ii) 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗕 Fadhlina Sidek 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0vpGMbHQEVwXcAtd1Z4u6mFkv1PDECiej2KsinYjw3e3BxzDH9mP2kNDnXHwUnLPql





4) ANDA boleh lihat banyak lagi yg terdedah. Baru-baru ini kecoh seorang Ustaz dan motivator bernama 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗶𝗱𝗶 𝗠𝗮𝘁 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳𝗳 yg komen tentang "undi Kafir Harbi" di bawah berita PMX di Majlis Perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu As-Salihin. Ia telah jadi viral. 𝗔𝗽𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶?? 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁?? 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝘀𝗵𝗷 𝗹𝗮? 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻? 𝗬𝗶𝗹𝗹𝗲𝗸...!!


5) Saya juga terlihat seorang Penyokong Kerajaan mendedahkan ada lagi 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 membuat posting menghina PMX dan yg lebih "BEST" beliau adalah ahli Parti Aloha SeMalaysia. Sepatutnya dia dengar nasihat Eddy Weng supaya PNjawat Awam yg 𝗧𝗔𝗞 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮 𝗱𝗴𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗚𝗢𝗧𝗗 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝘀𝗵𝗷𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 jangan makan gaji buta atau haram. Ini didedahkan oleh Sdr Fairul Al Qasas di : https://www.facebook.com/fairulalqasas/posts/pfbid02WAhpeNfJYjdoFpzgFGiiBvX4EFyFtf6wqceEox1kF7CmnPwC8YC7c4d19pnT3pVml




6) TIDAK boleh dinafikan bahawa PNjawat Awam TERIKAT dgn 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠, 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡-𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗞𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘁𝗮𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗯) 𝟭𝟵𝟵𝟯 [𝗣.𝗨(𝗔) 𝟯𝟵𝟱/𝟭𝟵𝟵𝟯]. Tapi kenapa ia terus berleluasa tanpa tindakan dan desakan terhadap Menteri hanya tamat setakat "siasatan"?? Ingat tak 𝗔𝗱𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴, 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗣𝗠 yg menganjing, menghasut jangan gembira sgt KUNUNnya bimbang Kerajaan akan ubah keputusan kenaikan gaji?? 


7) Pendekatan Penyokong PHBN dan Kerajaan mesti berubah atau ditambah baik. Apabila terserempak dgn 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻-𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗝𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝, 𝘀𝗶𝗹𝗮 𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗸𝗽𝗱 𝗞𝗦𝗡, 𝗞𝗦𝗨-𝗞𝗦𝗨, 𝗞𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗗 (𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻) 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗟𝗢𝗤 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀?? 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮?? JANGAN desak Menteri semata-mata. Pendekatan ini mesti ditambah baik.


8.) Kuasa mengheret puak yg langgar [𝗣.𝗨(𝗔) 𝟯𝟵𝟱/𝟭𝟵𝟵𝟯] adalah kuasa mereka yakni pegawai-pegawai Kanan Kerajaan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗞𝗦𝗡, 𝗞𝗦𝗨-𝗞𝗦𝗨, 𝗞𝗣-𝗞𝗣, 𝗛𝗼𝗗 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗦𝗨 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 berkata apa-apa apabila 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 ini terus mengherdik, menghina, memerli, menganjing dan mempermainkan maruah PMX dan Kerajaan MADANI?? Kenapa HoD (Ketua Jabatan) tidak mengambil tindakan yg WAJAR dan TEGAS?? 𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁, 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧. 


9) 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗞𝗦𝗡, 𝗞𝗦𝗨-𝗞𝗦𝗨, 𝗞𝗣-𝗞𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗗 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗟𝗔𝗛𝗜 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 tapi kita mahu dengar komen atau nasihat daripada mereka dan tindakan yg SEWAJARNYA diambil bagi 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 "𝗧𝗥𝗘𝗡𝗗" 𝗱𝗮𝗻 "𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔" ini. Di mana 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 pegawai-pegawai Kanan Kerajaan itu melihat anak-anak buah mereka 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗔𝗧 𝗸𝗽𝗱 𝗚𝗢𝗧𝗗?? 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗘 𝗢𝗡 𝗬𝗢𝗨...!!


10) Saya pernah siarkan : 𝗞𝗦𝗡 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid02GfT3AqhgHDrHUo6DrXkV3ma35YoFZunoqbAsc3sDReyGuLZzMXu19GQWuVx1Z25rl

ANDA lihat apa yg sedang berlaku dan fikir... Adakah tajuk berita itu hanya 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝘁𝘂𝗹𝘂𝘀 dari hati KSN? Diberi sepenuh kepercayaan tapi PMX terus dihina oleh PNjawat Awam. 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸𝗸𝗮𝗵 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗦𝗡?? 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶, 𝗦𝗜𝗟𝗔 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡...!!


11) 𝗞𝗦𝗡 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗞𝗦𝗨 𝘆𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜. Beliau juga pernah berucap dan memberi amanat supaya PNjawat awam menghayati "𝗧𝗥𝗨𝗦𝗧 𝘁𝗼 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗘" dan saya pernah siarkan di : https://www.facebook.com/100086538073514/videos/pcb.369044232656843/777235460922098


12) ANDA sudah lihat bukan?? Jika anda perasan sebelum ini saya sudah 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗵𝗶𝗻𝘁𝘀 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 sebelum menulis sebegini keras terhadap 𝗞𝗦𝗡, 𝗞𝗦𝗨-𝗞𝗦𝗨, 𝗞𝗣-𝗞𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗗 :


i) 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗜𝗟 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗮𝗹𝗶..... Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid02JgCHPVWki4Ky7mNUW52qPvUj9pM43rUWLbiMHu2YL7dgQMPNDJZRGvJGDK7Rq8Tfl


ii) 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗞𝗦𝗡, 𝗞𝗦𝗨-𝗞𝗦𝗨, 𝗞𝗣-𝗞𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮-𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻... Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid04oePjfHEqj5cbJ99MzkPEYDVLCz28KJ342rBykFtRi8dhoka5yuzSKjwyWsnNNQUl


13) 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗛𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗕𝗔𝗥 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗡𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶-𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝘆𝗴 𝗦𝗘𝗢𝗟𝗔𝗛-𝗢𝗟𝗔𝗛 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗸𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗸. "FRIENDLY reminder" ini utk mereka, 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗞𝗔𝗡 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Sebab itu MULAI skrg, pendekatan Penyokong PHBN dan Kerajaan mesti berubah dalam menangani 𝗚𝗘𝗝𝗔𝗟𝗔 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 di kalangan PNjawat Awam ini.


Wallahualam.


- Zus Din 

04062024




MASA DEPAN MUSANG KING


Che Ibrahim


YB Menteri kata insyaallah tak lama dah kita nak boleh hantar buah durian  ke Negara China. Sebelum ni kita hanya hantar isi durian dalam bentuk sejuk beku/packing sahaja.




Di sana ada 500 juta rakyat China yang ada kuasa beli yang tinggi. Yang kenal dan suka makan durian ni baru kira kira 5% sahaja. Maknanya bila rakyat China mula kenal durian, kalau seluruh Kelantan tanam Musang King pun tak cukup lagi.... Tu baru pasaran China.... Mana Che Him?? tanya abang Mat dalam ucapanya.



SALAM TAKHZIAH DARI PMX


 Terima khabar duka penyair dan seniman Pyanhabib atau Osman Tikus telah kembali ke rahmatullah.



Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan ruh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 


Saya pasti akan mengenang setiap karya Allahyarham yang sentiasa membawa suara dan denyut nadi rakyat. 


Pengorbanan serta perjuangan Allahyarham akan tersemat utuh buat selamanya.


Al-Fatihah.


ANWAR IBRAHIM