BILA BODO NAK TUNJUK PANDAI





 Kadang-kadang bila bodoh tapi senyap, orang tak tahu dia bodoh. Tapi masalahnya bila bodoh tapi nak bersuara juga. Itu yang habis satu Malaysia jadi tahu dia bodoh.


Perkataan liberal ni dah ada sejak Rukun Negara ini dituliskan. Bukan baru ditambah. Ini masa kecik jenis tidur dekat sekolah. Atau jenis tak ambil tahu versi penuh.


DS Anwar setiap masa berfikir cara untuk majukan negara. Kena walaon, bangun pagi je fikir apa fitnah nak buat dan apa lagi nak hasut rakyat. Macamana negara nak maju? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


3T...TANAM,TINGGAI TUAI.


 

Hampir 100% petani kaum kita tanam padi dgn konsep 3T

1 Tanam

2 Tinggal 

3 Tuai

Lihat sawah kaum cina mereka guna kuku kambing.

Cara kita rumput rumpai sama tinggi dgn pokok padi.





NIAT TEBUK ATAP.

 


"Tebuk atap perlu dibuat.Jangan bagi Anwar sampai 5 tahun.kalau Anwar sampai 5 tahun....Pas,pPpbm pasti mati".ni kata-kata  walaun kampung .




DARI RAFIZI RAMLI. SERTAI AIL. ACADEMY IN INDUSTRY



 Ramai yang bertanya cara-cara dan proses untuk menyertai program Academy in Industry (Ail).


Menerusi AiI, ini peluang menyertai kerjaya teknikal tanpa perlu dibebani hutang belajar.


Pemohon boleh sertai salah satu daripada 200 syarikat yang ditauliahkan oleh AiI untuk bekerja, dilatih dan diberi pensijilan dalam tempoh 9-18 bulan.


Mohon di http://aii.mpc.gov.my/




Tuuuu diaaaa nohh...

 

Ibrahim Mat Isa.


Kalau terjumpa penjual laguni, hangpa nak singgah beli dak? Saja la nak tanya jangan marohhhh 😅




AKIBAT SOMBONG NETIZEN BOIKOT. MASUK KEDAI LAIN.

 

Ini namanya koyak bin rabak. Kalau walaun dah merengek macam ni maknanya kempen kita sangat berjaya. Teruskan lagi sahabat pejuang sekalian. Lawan tetap lawan. Lawan sampai menang. Boikot sampai mereka pulang. Hantar mereka ke tempat asal/




Dana tambahan 6 juta untuk usahawan iTekad - PM






 Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Perpaduan hari ini memperuntukan dana tambahan sebanyak RM6 juta kepada program iTekad untuk meningkatkan keupayaan usahawan mikro berpendapatan rendah.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan inisiatif itu merupakan penambahan daripada RM4 juta yang diperuntukan sebelum ini bagi membantu kira-kira 4 ribu peserta.


"Diharap (penglibatan peserta) meningkat 4,000 berdasarkan peruntukan RM4 juta Kementerian Kewangan.


"Kalau sudah berjaya dengan RM4 juta, saya pasti dengan keputusan kejayaan, dengan andaian penyertaan bank dan dana tambahan daripada Bank Negara, maka saya boleh tambah dari RM4 juta kepada RM10 juta untuk tahun ini," katanya yang juga Menteri Kewangan.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jalinan Kerjasama iTekad di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini.


Pada masa sama, pemimpin nombor satu negara itu turut menggesa institusi kewangan yang lain terlibat sama dengan program iTekad.


"Setakat ini, kita ada 11 bank sahaja yang menyertai program iTekad dan saya harap dalam beberapa bulan ini boleh mencecah hingga 20 (institusi bank) kalau tidak saya minta senarai yang belum masuk.


"Oleh itu, mana-mana bank yang belum menyertai dalam beberapa bulan ini, menyertai pelaksanaan iTekad (kerana) ia mampu menjadikan satu tunggak kejayaan bank-bank di Malaysia," katanya.


Justeru itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meminta BNM menyediakan laporan iTekad secara berkala supaya perkara itu boleh dijadikan sebagai rujukan kepada agensi kerajaan yang lain.


"Saya telah meneliti beberapa perkara mengenai iTekad dan jika inisiatif ini berhasil ia boleh menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain bagaimana untuk mengurus dan membuat keputusan yang lebih baik," ujar Perdana Menteri.


Untuk rekod, iTekad merupakan program penaung yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan. 


Setiap program iTekad menggabungkan penyediaan aset perniagaan yang dibiayai oleh instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai dengan kewangan mikro, berserta latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur.


Golongan M40 diberi perhatian biarpun B40 terus dibantu




Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan golongan M40 dan tidak mengabaikan kelas pertengahan itu.



Jelasnya, dakwaan beberapa pihak bahawa pendekatan kerajaan pada ketika ini lebih tertumpu kepada golongan B40 disifatkan tidak tepat.



"Jadi beberapa langkah sudah kita ambil tetapi andaian beri lebih kepada B40 itu tidak betul sebagai contoh tengok semua sekolah menengah sains atau MRSM (Maktab Rendah Sains Malaysia) termasuk Kolej Melayu dan lain-lain, manfaatnya kepada golongan paling miskin itu sangat kecil tidak sampai satu atau dua peratus.



"Oleh sebab itu saya usulkan kepada Fadhlina (Menteri Pendidikan) baru-baru ini, menyatakan bahawa sama ada sekolah khas dicadangkan atau tidakpun, mesti diperuntukkan satu hingga lima peratus sahaja bagi yang benar-benar miskin. Kalau tidak kesenjangan itu akan terus berlaku," kata beliau ketika berucap di Majlis Jalinan Kerjasama iTekad di Sasana Kijang, Kuala Lumpur hari ini.



Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.



Sementara itu, menyentuh mengenai meritokrasi dalam pendidikan, Perdana Menteri berkata sistem itu penting tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya kriteria bagi memastikan pengurusan dan tatakelola yang adil.



"Kalau nak bincang meritokrasi antara sekolah terbaik di Kuala Lumpur dengan sekolah di Kapit, Sarawak, itu maknanya menggagaskan satu formula yang tidak menekankan keadilan.



"Ada satu pihak cakap meritokrasi dan ada satu pihak cakap hanya kuota (bumiputera), saya fikir kedua-duanya harus digabungkan, kalau tidak, kita tidak mampu mengangkat invidu yang terbaik dalam kalangan kita," katanya.



Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menggesa kepimpinan kementerian, bank serta golongan elit mendekati golongan bawahan yang mempunyai pemikiran serta keluhan berbeza dalam perkara berkenaan.



"Kadang-kadang saya runsing juga, kita sudah merdeka sekian lama dan matang tetapi kadang-kadang wacana kita itu ada dua dan ada pemisahan dalam kalangan atasan dan (golongan) bawahan.



"Oleh kerana dia (golongan bawahan) tersisih dan terabai, maka dia akan lari kepada isu kaum dan agama yang sempit kerana kita (golongan atasan) tidak menyantuni mereka," jelas Perdana Menteri lagi.

 



 

Pas terlibat dalam demokrasi, terdapat unsur falsafah - Wan Ji





 Kritikan dan kempen politik yang dilemparkan ke atas Pakatan Harapan bahawa gabungan itu berjuang di atas landasan falsafah dan bukannya landasan Islam seperti mana perjuangan Pas tidak dipersetujui oleh pendakwah bebas Ustaz Wan Ji Wan Hussin.



Menurut Wan Ji, Pas sendiri terlibat dengan demokrasi yang terdapat unsur falsafah di dalam sistem berkenaan.



Katanya, jika Pas setuju dengan konsep falsafah itu, bersaing dalam pilihanraya, begitulah juga parti politik lain.



"Demokrasi tidak ada dalam al-Quran dan hadis, demokrasi berasal dari falsafah Yunani kuno, Pas pula terlibat dengan demokrasi. Jadi, Pas juga terjebak dengan falsafah," katanya.



Mengenai hujah segelintir penceramah Pas bahawa perjuangan politik parti itu 'paling benar' kerana menolak falsafah dan bertepatan amalan ahli Sunnah wal Jamaah, Wan Ji berkata, politik sebaik baiknya tidak perlu dikaitkan dengan pegangan akidah.



"Dalam ahli Sunnah wal Jamaah, politik adalah urusan bagaimana mahu menjadikan rakyat mendapat kebajikan yang baik. Kalau Pas mengaitkan politik dengan akidah, bermakna Pas terpengaruh dengan faham khawarij atau syiah," kata Wan Ji lagi.



Kempen Pas dalam Pilihan Raya Negeri lalu terutama di negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung yang mengaitkan parti itu dengan perjuangan Islam, dan tidak mengundi Pas adalah menentang perjuangan Islam menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan majoriti umat Islam Malaysia.



Kempen berkenaan seolah olah mengembalikan Malaysia ke era takfiri dan Amanat Hj Hadi pada 1980an lalu yang banyak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

 

Umno HARUS SOKONG ZAHID


 

[panas] Che’gu Bard BALUN DAN MAHU MUHYIDDIN!BERTANGGUNGJAWAB KEGAGAALAN...


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bertanggungjawab atas kegagalan Perikatan Nasional (PN) menawan Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin berkata, ia berikutan keputusan Muhyiddin melantik Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan.





[panas] TUDUHAN KONONNYA PMX ABAIKAN M40! INI JAWAPAN TERKINI DARI PMX D...



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan golongan M40. Beliau berkata dakwaan beberapa pihak bahawa pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada golongan B40 sehingga mengabaikan kumpulan yang berpendapatan sederhana itu adalah tidak tepat. Sumber Video



AMARAN BUAT PEMUDA UMNO


 

KAEDAH TANAMAN PADI ALA SEKINCHAN AKAN DIKEMBANGKAN


 

KOYAK JUGA SANUSI


 

21.8.23 VIRUS PN - Teguran Sultan Selangor dan Johor. 5 melompat?



Tahniah YB Amiruddin dilantik MB Selangor yang baru bersama 10 exco. Teguran sultan selangor dan sultan Johor tentang politik biadab Perikatan Nasional. cerita 5 orang BN nak lompat semalam lupa cerita. hehe. Pengaruh syiah dalam PAS



TIDAK MUNGKIN ADA AHLI PARLIMEN BN BERANI LETAK JAWATAN

 

Entah sudah kali yang ke berapa, kini sekali lagi muncul perkhabaran kononnya ada sejumlah Ahli Parlimen BN akan meletakkan jawatan dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.

Kali ini dikatakan ada seramai tujuh Ahli Parlimen BN akan berbuat demikian.

Diberitakan mereka akan meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan dan selepas Ahli-Ahli Parlimen berkenaan menang semula, mereka akan segera bekerjasama dengan PN untuk mengerakkan pertukaran kerajaan.

Walaupun tidak disebut identiti siapa tujuh Ahli Parlimen itu, mereka terbabit difahamkan ialah empat dari Johor dan masing-masing satu dari Pahang, Sabah dan sebuah negeri di sebelah utara.

Memandangkan jumlah Ahli Parlimen BN hanya ada 30 – 26 UMNO, 2 MCA dan masing-masing 1 daipada MIC dan PBRS, barangkali tidaklah terlalu sukar meneka-neka siapa tujuh Ahli Parlimen berkenaan.

Sebagai respon awal kepada perkara itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengatakannya semuanya hanya khabar angin semata-mata.

Kenyataan Zahid Hamidi itu boleh dikata hampir 100 peratus adalah benar.

Asas paling kukuh untuk menyokong kebenaran kata-kata Zahid Hamidi itu adalah kerana mereka tidak mungkin berani untuk berbuat demikian.

Ahli-Ahi Parlimen berkenaan bukan saja masih sayang dengan status Ahli Parlimen masing-masing, malah mereka juga takut kalah jika bertanding semula.

Selama ini hidup mati mereka dalam perjuangan adalah dengan menumpang nama UMNO, bukan atas kekuatan peribadi yang dimiliki.

Kemungkinan mereka mampu menang semula jika bertanding atas tiket parti lain adalah perkara yang sukar untuk dijangka.

Selebihnya pula, kalau diperhalusi identiti palling mungkin siapa tujuh Ahli Parlimen terbabit, tiada seorang pun daripada mereka itu didapati memiliki hati yang keras, tegas, berani mengambil risiko dan punya rekod melawan yang boleh dibanggakan.

Tak pasti dengan tujuan apa perkara ini diheboh-hebohkan kembali, yang penting adalah diharapkan pimpinan kerajaan perpaduan tidak terganggu dengan khabar angin ini.


Tenang-tenang saja dengan perkhabaran berulang-ulang ini.


Mereka perlu lebih menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk memperbaiki lagi khidmat kepada rakyat kerana cabaran politik yang sebenar selepas ini ialah PRU16 yang akan berlangsung kira-kira empat tahun lagi.

PN juga sebaik-baiknya tidak usah terpedaya dan memasang angan-angan lagi mahu menjatuhkan kerajaan di pertengahan penggal atau melalui tebuk atap sebagaimana dilakukan pada 2020 lalu.

Sebaik berakhirnya PRN, banyak kerja harus mereka lakukan untuk memberi cabaran yang sebenar kepada PH/BN dan kerajaan perpaduan dalam PRU16 akan datang.

Lupakan sajalah cerita-cerita mahu menjadi kerajaan dengan cara bukan melalui pilihanraya.

Dalam apa pun perkara yang diimpikan, ia terlalu sukar menjadi kenyataan tanpa disertai dengan keberanian. – ShahbudinHusin 22/08/2023.