[fitnah] MB KELANTAN BAKAL KALAH SAMAN! MARI DENGAR PENCERAHAN PADU BRO ...



Menteri Besar kelantan Mohd Nassuruddin Daud tampil menjelaskan ucapannya selepas dua Adun pembangkang di negeri itu menuntut permohonan maaf daripadanya atau berdepan tindakan di mahkamah. "Saya sebut perjuangan Islam, saya tak sebut lawan Islam. Boleh semak, ucapan itu jelas dan nyata. Islam dan perjuangan Islam itu lain. "Dua benda yang berbeza, jadi jangan pusing mengatakan saya menyebut mereka menentang Islam, tidak. “Lain dua benda yang berbeza, perjuangan Islam yang saya sebut, boleh dengar elok-elok sebab saya bercakap bahasa Melayu Kelantan yang boleh difahami," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada 73 mangsa ribut di Kota Bharu, hari ini.



No comments: