TANGGUNG JAWAB SEORANG PRESIDEN INDONESIA-MEMBANTERAS RASUAH MEMAJUKAN NEGARA.MELIHAT KEHIDUPAN RAKYATNYA


 

LELAKI CINA INI MELAHIRKAN KEKESALAN DIATAS USAHA ATOK SAKA UNTUK KEMBALI AKTIF DALAM POLITIK


 

BN ..CARILAH MODAL LAIN BIAR NAMPAK BIJAK SIKIT

 





PH tak takut pun jika PRU nak diadakan segera.

Sekarang ini pun persiapan PH untuk menghadapi PRU15 dah hampir selesai. Agihan kerusi, pemilihan calon dan persiapan jentera sedang berjalan dalam keadaan yang baik.

Jadi BN tak perlulah nak mainkan sentimen kononnya PH takut nak hadap PRU segera kerana takut kalah sebab PH dah biasa jadi pembangkang.

Yang tak biasa jadi pembangkang ni BN. Sebab itu BN sanggup mengangkat pemimpin Bersatu (yang dikatakan musuh mereka) sebagai PM kerana mereka tak boleh hidup sebagai pembangkang.

Rakyat semua tahu sebab utama BN nak cepatkan PRU adalah kerana mereka takut lagi lama ia diadakan, lagi bertambah kemarahan rakyat pada mereka.

Rakyat Malaysia dah cerdik. Mereka dah boleh baca tindakan BN nak cepatkan PRU adalah kerana nak selamatkan pemimpin mereka daripada tindakan undang-undang.

Harap BN carilah modal lain yang lebih nampak bijak.

#AmanahProgresifPeduli

#AmanahUntukMalaysia

#PakatanHarapan

JOM LA AZAM KE PARLIMEN....

 

Pemimpin DAP desak Azam Baki tampil ke Parlimen





Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, SPRM tidak akan
 hilang kuasa jika diletakkan di bawah Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendesak Azam Baki untuk tampil ke Parlimen bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dapat dipantau Parlimen.

Khoo yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ketika dihubungi berkata, Azam tidak perlu berdalih mengatakan SPRM akan kehilangan kebebasan yang dimiliki sekiranya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Peranan Parlimen bukan memberi arahan kepada SPRM, sepertimana yang dibayangkan oleh Azam. Itu isu operasi, iaitu di bawah bidang kuasa SPRM,” katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, satu jawatankuasa melibatkan tujuh hingga 10 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti memantau urusan pentadbiran melibatkan tugas membanteras rasuah yang dijalankan SPRM.

Kenyataan Khoo itu menyusul selepas Azam sebelum ini mengatakan ‘SPRM sudah ada enam badan “bebas” untuk memantau mereka, termasuklah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Kenyataan ini amat kelakar dan kurang tepat, kerana sehingga hari ini, Azam enggan hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata Khoo.

Terdahulu, Azam dalam laporan media menyatakan kebimbangannya sekiranya SPRM diletakkan di bawah Parlimen kerana mendakwa agensi itu tidak akan bebas daripada tekanan politik.

Katanya, SPRM dalam bentuknya ketika ini harus dipertahankan kerana boleh menyiasat sesiapa yang dikehendakinya, tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa.

BERUNDING BERKALI KALI MEMBUANG MASA.BIARLAH MUDA BERJUANG DAHULU MENANGI HATI RAKYAT. BUKTIKAN DASAR DAN KEKUATAN PARTI DAHULU.

 

KENYATAAN BERSAMA

JAWATANKUASA RUNDINGAN PAKATAN HARAPAN

DAN PIMPINAN PARTI IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MUDA)

 

 

Pakatan Harapan dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah mengadakan satu mesyuarat rasmi bagi merundingkan penyertaan MUDA sebagai parti komponen Pakatan Harapan.

Ahli Jawatankuasa Rundingan Pakatan Harapan – MUDA yang hadir adalah:

 

i. YB Steven Sim Chee Keong - Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Democratic Action Party (DAP)

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad - Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)

iii. Tn Hasbie Muda - Ketua Pemuda Nasional, Parti Amanah Negara (Amanah)

iv. YB Datuk Ewon Benedick - Naib Presiden, United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)

 

Pimpinan MUDA yang hadir adalah:

 

i. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Presiden

ii. YB Amira Aisya Abd Aziz – Timbalan Presiden

iii. Tn Zaidel Baharuddin – Naib Presiden

iv. Tn Luqman Long – Ketua Penerangan

 

Ini adalah satu usaha serius antara Pakatan Harapan dan MUDA bagi memastikan bahawa suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat Pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Segala perkembangan di masa hadapan akan dimaklumkan melalui kenyataan bersama kepada pihak media.

 

Terima kasih.

30 September 2022

 

16 KES BEKAS TIMBALAN PRESIDEN DIGUGURKAN PAS DIAM PULAK YA


 

AMBOIIII- DAN DAN TAK MENGAKU KERAJAAN PUSAT- INI TAKTIK LAMA LA....KEBERANIAN PAS TAK ADA..


 

TONTON SAMPAI HABIS-INI PERANGAI PAS


 

VETERAN UMNO RAMAL UMNO/BN KALAH PRU15





Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang

SESUDAH SUBUH

DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.

Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.

Paling mengejutkan mereka berpendapat parti lawan (pembangkang) lebih kuat dan berpengaruh.

Musa Hitam dilaporkan memberi pengikhtiraf kepada konsep politik multiracialisme yang dianjurkan oleh PKR (PH), sementara Tengku Razaleigh pula berpendapat Umno kini dalam keadaan tidak aman seperti sebelum ini.

Kata Musa yang dianggap sebagai radikal Melayu, kekuatan PKR (PH) dengan konsep itu nyata dan menyakinkan sehingga beliau berpendapat kalau tiga buah parti Melayu, Umno, Pas dan Bersatu bergabung dalam khemah besar sekali pun belum tentu ia mampu mengatasi kekuatan dan pengaruh PKR.

Musa berpendapat konseop atau idealogi politik PKR jelas dan relevan berbanding dengan konsep tiga buah parti tersebut yang tidak jelas dan bercampur aduk dan saling dakwa mendakwa kononnya akulah yang

terbaik

.

“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam Umno, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam sama," sebut Musa seperti dilaporkan.

Lantaran itu beliau memberi cadangan ketiga-tiga buah parti itu perlu mencantumkan idealogi mereka yang bercampur aduk itu dengan menggabungkan untuk jadi "simple solid gorup" menggelarkan mereka mempromosikan kepentingan Melayu dan Islam, dan ujarnya dalam masa sama kumpulan itu kena memberi jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai kumpulan Malaysia dilindung.

Memahami apa disebut Musa itu menunjukkan konsep dan idealogi ketiga-tiga parti itu tidak menjamin bangsa lain dan lebih fokus kepada Melayu sahaja dimana pegangan itu sudah tidak relevan.

Pandapat dan pandangan Musa itu menunjukkan beliau lebih percaya konsep dan prinsip yang dipraktikan dalam PKR lebih relevan dengan tuntutan masa waktu ini. Tambah beliau lagi konsep politik berasaskan bangsa seperti diperjuangkan Umno, Pas dan Bersatu itu sudah tidak sesuai lagi selepas negara merdeka sebab hari ini Malaysia sudah menjadi hak semua kaum.

Sementara Tengku Razaleigh pula berpandangan keadaan Umno kini berbeza dengan keadaan dulu kerana pada zaman sebelum ini Umno didokong oleh 13 buat parti dalam BN. Hari ini keanggotaan BN sudah tinggal empat buah parti sahaja dan hilang kerajaan ketika dibawah pimpinan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Keadaan atau nasib diterima BN itu menurut ahli parlimen Gua Musang itu ditambah dengan berlaku perpecahan dalam Umno diperingkat negeri dan juga pusat menjadikan Umno sudah tidak aman lagi.

Apa dinyatakan Tengku Razaleigh ini jelas apabila dalam kerajaan hari ini dimana Umno turut menjadi sebahagian daripada kerajaan, wujud percanggahan pendapat dan kepentingan menyebabkan keberadaan Ismail Sabri sebagai perdana menteri tidak didokong oleh orang Umno sepenuhnya.

Berdasarkan pendapat dan ulasan kedua pemimpin veteran Umno itu, sukar untuk merealitikan kehendak pemuda BN dan sebahagian daripada ahli Umno khasnya daripada golongan kluster mahkamah untuk menyaksikan UBN menang jika diadakan pilihan raya. [wm.kl. 8:07 am 18/09/2022].

 

KESIANNYA PRESIDEN UMNO NI, TAK HABIS2 MERENGEK NAK PRU15 SEGERA…

 

Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh, Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pengerusi BN itu, ia merupakan kelebihan yang tidak dimiliki pembangkang dan menjadi kebimbangan mereka.

“Perdana menteri sementara ini melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musim tengkujuh perdana menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Antara kritikan utama terhadap desakan BN agar PRU15 diadakan pada tahun ini adalah ia berisiko diadakan ketika musim banjir, apatah lagi dengan banjir besar yang melanda semenanjung pada hujung tahun lalu.

Bagaimanapun BN dilihat bertegas dengan desakan itu, seperti yang disuarakan Zahid beberapa kali kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata seandainya PRU15 diadakan ketika musim banjir, tidak bermakna ia berlangsung ketika banjir melanda seluruh negara.

“Insya-Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi,” katanya.

Terdahulu, Zahid berkata rakyat sudah boleh membaca apa yang disifatkannya sebagai muslihat pembangkang yang membantah PRU15 dalam masa terdekat kerana mereka memerlukan lebih masa.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut membidas kepimpinan PH apabila mendakwa Umno dan BN mahu mengadakan PRU semasa banjir.

Katanya, dakwaan itu untuk menunjukkan BN seolah-olah tidak prihatin terhadap nasib rakyat.


CERAMAH DERITA RAKYAT




Ceramah Derita Rakyat bertempat di: Pejabat AMANAH Negeri Johor, Bandar Baru Kangkar Pulai. (https://maps.app.goo.gl/66e3ip3KdYdy4pGi8)

Tarikh : 30 September 2022 (Jumaat)

Masa : 8:30pm - 11:30pm

Penceramah:

Description: ▪️YB DS Salahuddin Ayob

Description: ▪️YB Adly Zahari

Description: ▪️YB Syed Ibrahim

Description: ▪️Hj Aminolhuda

Description: ▪️YB Sany Hamzan

Description: ▪️Sdra Sheikh Omar

Siaran langsung di page FB Amanah Negeri Johor dan FB page bersekutu yang lain.

#AmanahProgresifPeduli #AmanahUntukMalaysia #PakatanHarapan

 

 

RINGGIT MERUDUM, BUKTI BN TAK FAHAM EKONOMI


JELAJAH TRAK | BALIK PULAU- 1 OKTOBER




JELAJAH TRAK | BALIK PULAU

1 Oktober 2022 (Sabtu), 9 malam-

Taman Jajar, Sungai Ara

Kemenangan PH dalam 2018 hanya berlaku kerana KEADILAN menang di kerusi-kerusi tradisi UMNO seperti Balik Pulau. Kerusi ini dirampas oleh Saudara Bakhtiar dari UMNO sehingga UMNO tiada Ahli Parlimen di bahagian pulau.

Insya Allah saya akan terus membantu Saudara Bakhtiar untuk mempertahankan kerusi ini.

Jika anda ingin mendengar sendiri kupasan kedudukan semasa negara yang membawa kesan kepada kehidupan seharian sebagai rakyat, jumpa saya dan Nurul Izzah Anwar Sabtu ini.

Mohon sebarkan.

 

HAK MEMBUAT RAYUAN KES- MACAI PERLU FAHAM

 

ADA JUGA yang mempersoalkan kenapa AG file rayuan kes Zahid Hamid yang diputuskan oleh Hakim Yazid (kes di Shah Alam- VPN).

Come on lah. Appeal ini hak bukan keistimewaan. Semua rakyat mendapat hak yang sama. Walaupun ada yang tidak mampu kerana kos nya tinggi, itu soal lain.

Dalam kes Zahid ini, rayuan di Mahkamah Rayuan nanti hanya terjurus kepada 2 keputusan. Samada Mahkamah Rayuan kata Hakim Yazid betul atau pun salah. Kalau betul, Zahid terus lah dibebaskan tanpa memanggil pembelaan. Kalau tak betul, Zahid terpaksa lah mengemukakan pembelaan. (Mungkin depan hakim lain kerana Hakim Yazid sudah nak pencen)

Kalau tak puas hati lagi atas apa juga keputusan, boleh lagi merayu ke Mahkamah Persekutuan pula. (Sama lah macam kes Najib).

Ada juga mengatakan apa hendak dirayu lagi sebab Hakim Yazid sudah buat penilaian tentang fakta kes dan fakta kes tidak boleh dirayu.

Kita tengok lah apa fakta kes betul itu dan apa yang tak betul. Untuk tahu tepat atau tidak biar lah 3 orang hakim di Mahkamah Rayuan tentukan. Baru lah soheh.



POLITIK CACAMARBA

 

W.FAUDZIN

Dalam politik tiada istilah paksa, wahai lebai. Dalam politik ni, setiakawan dan kejujuran itu penting. Kalau pelacur politik, dia tak boleh dipaksa untuk terima mana-mana pelanggan yang dia nak. Janji dia dapat fulusss.....paham, lebai? Sesiapa yang berkawan dengan parti lebai takkan lama kerana tak larat na layan selera lebai yang tidak tentu hala....




SUFFERING



Fuh... Suffering kata dia. Menderita di bawah PH dulu. Apa agaknya yang derita tu?

Yang kenalkan GST sampai hampir semua barang naik harga tu BN. Bila PH naik, GST dihapuskan. Derita ke begitu?

Masa BN memerintah, tol naik saban tahun. Bila PH naik, ada turun 18%. Memang janji akan dihapuskan tapi bukan serta merta.

Baru sekali turun 18%, dah kena rampas kerajaan. Ada lagi 3 tahun untuk PH memerintah tapi BN dan PN dah curi mandat

Bayangkan kalau PH masih memerintah sekarang ini. Mungkin dah kurang sampai 50% dah. Jadi BN punca janji tak tertunai.

Tapi kalau turun 18% saja pun, mana lebih derita, naik saban tahun atau turun walaupun cuma 18%? Takkan itu pun tak reti?

Malah harga barangan pun naik mendadak. Masa PH memerintah, harga barangan stabil. Di musim perayaan pun harga ayam, minyak, telur dan semua barangan keperluan tetap rendah.

Sekarang bukan setakat mahal, nak nampak telur di pasaraya pun payah. Siapa yang memerintah? PM dari UMNO kan? Majoriti menteri pun orang UMNO. Rakyat lebih menderita ketika BN memerintah.

Paling jangan lupa, negara berhutang begitu banyak disebabkan oleh 1MDB. Siapa punya projek? Najib Razak. Orang parti mana? UMNO la...

Rakyat menderita masa PH? Tak banyak fakta nak kata begitu. Tapi kalau nak kata rakyat tersiksa masa BN, buktinya banyak.

Mat Maslan ni... Sebab tu orang kata. Baik senyap je. Kalau senyap orang tak tau bodoh. Tapi bila buka mulut, confirm bodoh. Guane boh?

Raja Gelap


BERI ANWAR 1 PELUANG!

 

BERI ANWAR 1 PELUANG!




NORMAN RADZUAN

Siapa pilihan anda?

IMPIAN UTK MELIHAT PENGURUSAN TANPA RASUAH

Mahu tidak mahu hanya tiga pemimpin ini yg bakal menjadi PM. Siapa pilihan anda? Adakah kita mahu pemimpin yg hanya menyebut Melayu Melayu Melayu? Anda nilaikan sendiri siapa yg anda pilih.

MUHYIDDIN

Muhyiddin telah menjadi PM melalui pengkhianatan kpd rakyat yg memilih. Beliau istihar darurat utk menutup Parlimen tanpa sebab munasabah malah melakukan PRN di beberapa negeri utk kuasa. Beliau juga dikenali sebagai PM Perutusan. Adakah kita masih mahu memilih PM yg gagal? Pulangkan 'kegagalan' kpd Muhyiddin.

ZAHID HAMIDI

Beliau mempunyai 40 kes lagi di Mahkamah. Mahukan segera pilihanraya di musim tengkujuh dan sanggup meredah banjir. Beliau byk dibayangi Najib Razak. Sentiasa menggunakan nama Najib sebagai tarikan kpd partinya. Tiada apa yg boleh dibanggakan pencapaian beliau sepanjang menjadi TPM dan menjaga beberapa kementerian.

ANWAR IBRAHIM

Nama yg cukup ditakuti oleh perasuah. Waktu Anwar dijatuhkan beliau diaibkan begitu teruk dlm sejarah dunia. Sejarah perjuangannya terkenal membela nasib org miskin dan memerangi rasuah.

Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia 1992 berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dgn mendapat untung iaitu ‘ Pendapatan Melebihi Perbelanjaan ‘ atau surplus budget.

Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yg terbaik di dunia.

Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yg terbaik di Asia.

Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yg mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.

PILIHAN SAYA…

Saya memilih Anwar demi masa depan anak2 saya. Tak dapat saya bayangkan anak2 terpaksa survival dgn rasuah. Ini bukan soal dunia semata mata tetapi akhirat.

Jadi berilah peluang Anwar Ibrahim menjadi PM. Negara yg diuruskan tanpa rasuah pasti akn cemerlang. Cukup2 lah kita mengkayakan pemimpin dan sudah tiba masanya kita memilih pemimpin yg sanggup menjadi hamba rakyat hingga sanggup dipenjarakan atas dasar prinsip.

Berilah ANWAR IBRAHIM 1 PELUANG walau 5 tahun sahaja. 8 tahun beliau menjadi Menteri Kewangan tiada seekar tanah rakyat dicuri. Tiada sesen duit rakyat dirompak. Beliau dibenci dan ditakuti hanya kerana benci rasuah.

Bak kata Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim adalah calon PM terbaik yg Malaysia ada. Cukup2 lah sebelum ini kita ditipu dan harta rakyat dirompak atas nama bangsa dan agama. Kita mahu Malaysia baru yg cemerlang dan gemilang.

Ayuh sama2 kita memilih Anwar….Jika dia gagal melakukan perubahan kita jatuhkan dia sebagai PM. Jika dia rasuah kita campakkan di penjara… apa yg penting kita beri Anwar 1 Peluang!

Kita mahu pemimpin yg mampu menguruskan wang rakyat bukan merompak wang rakyat….