NASIB PEKERJA BAWAHAN DAN PERTENGAHAN AKAN DIBELA. BERI TEMPOH SETAHUN.


 

GUNAKAN BANGSA GUNAKAN AGAMA.TETAPI NASIB ORANG SUSAH DAN PEKERJA KAMU DIAM. BAB MEMPERTAHANKAN NASIB PEKERJA MEREKA DIAM

 


 

SAYA AKAN BERTINDAK KEPADA YANG TELAH MELARIKAN WANG NEGARA. USAHA KERAJAAN MADANI ADALAH UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN UNTUK RAKYAT


 

UMNO SETIA BERSAMA ANWAR SEHINGGA PRU 16


 

MAHATHIR NYANYUK PERINGKAT TERTINGGI. BELIAU AKAN DIPANGGIL SPRM. JOM DENGAR ULASAN LOKMAN ADAM


USAHA NAK TEBUK TAK JADI. AKHIR NGADAP JUGA..


 

BANYAK YANG HADIR- KEDAH KALIH KALI NI


 

PM AKAN KAJI CADANGAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM


 

HAPUSKAN RASUAH KITA BAGI KENAIKAN.


 

MUALAIKUMSALAM,, MMMM SEMBANG .....


 

*KHABARNYA PULUHAN RIBU HADIR BERSAMA *SOLIDARITI AMPU MAHATHIR - MUHYIDIN" (S.A M.M.) HARI INI*




Setelah berminggu2 chegu ayam berkempen melalui media sosial, fb, tweeter, live tik tok untuk menyeru rakyat berhimpun untuk mengeluarkan duit simpanan sendiri pada himpunan yang kata mereka akan mencapai puluhan ribu hari ini, maka lihatlah hasilnya.


Paling kelakar, bila chegu ayam ini lihat yang hadir dua tiga ekor sahaja termasuk yang tiada satu sen pun simpanan mereka dalam kwsp, tiba2 chegu ayam ini umumkan ini bukan demontrasi tetapi sidang media sahaja.


Kahkahkah...sidang media siap pakai baju kuning belaka? Tak pernah orang buat sidang media tengah panas, siap ada belon lagi.  Nak tutup malu sebab himpunan tidak dapat sambutan?  Yang untung orang jual baju dan belon.  kahkahkah...



Cuba lagi, chegu ayam !!


*WFAUZDIN NS*



DUA GANGSTER TAIWAN DITAHAN DI KLIA.


Dua gengster Taiwan ‘muka jambu’ lepas 64 tembakan ditahan di KLIA

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegraPETALING JAYA – Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki disyaki ahli kongsi gelap warga Taiwan yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu untuk berselindung di negara ini.

Kedua-dua warga asing itu diberkas pada 20 April lalu selepas memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari Taiwan.

“Mereka berdua juga dipercayai ahli kongsi gelap dan anggota sindiket scammer (penipuan) di Taiwan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Acryl menjelaskan, penahanan ke atas kedua-dua suspek tersebut dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 sebaik mereka tiba di Balai Ketibaan KLIA.

“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat antara PDRM dan pihak berkuasa Taiwan. Kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkaitan kedua-dua suspek di Malaysia.

“PDRM amat komited dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Justeru, langkah-langkah keselamatan akan diambil bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang- undang,” ujarnya.

Dua suspek itu dipercayai terbabit dalam pertikaian membabitkan dua kumpulan gengster di Taiwan iaitu Bamboo Union Gang dan geng Huashan.

Ekoran pertelingkahan itu, sebanyak 13 tembakan dilepaskan di daerah Banqiao, New Taipei pada 19 April 2023 diikuti 51 tembakan yang diletupkan ke atas sebuah premis pajak gadai di daerah Tucheng, New Taipei pada keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE



Kerajaan jamin kaji semula gaji penjawat awam


NURUL HUDA HUSAIN
01 MAY 2023

HANGPA...HANGPA JANGAN LUPA..HANGPA KATA MACAM MACAM..HANGPA MEMANG MENGHAMPAKAN.


 

HIKAYAT 50 HARI TANPA AIR


 

KES INI SENYAP YA..ATAU APA SUDAH JADI.

 

PH MALAYSIA.


Kes rasuah bestari net..sebanyak 1bilion ringgit melibatkan muhyiddin yassin dan menantu dia...sampai sekarang di senyap kan olih pihak #SPRM 


Dan yang terbaru..anak muhyiddin yassin pulak terlibat dengan duit 1MDB secara senyap...sampai sekarang juga sprm buat bodoh je


SAYA SEDANG DALAM DILEMA..!!! 


Adakah saya duduk di negara malaysia atau zimbabwe? 


begitu mudah nya puak kayangan memanipulasikan undang2 di negara ini...ambik rasuah ratusan juta ringgit...bila melibatkan puak kayangan...senyap je lah kes tu


tetapi bila melibatkan rakyat miskin...hatta mereka curi satu tin susu pun di penjara 6 bulan ke 2 tahun


Sudah sampai masanya rakyat malaysia bangkit melawan ketidakadilan undang2 di negara ini....selagi rakyat malaysia buat...I DONT KNOW je...selagi itulah negara kita ini dipimpin olih perdana menteri dan menteri sampah macam ni


Kita ambik contoh sop masa pandemik covid19....puak kayangan bebas melanggar sop tanpa di kenakan sebarang tindakan... Tetapi rakyat miskin yang susah nak dapat duit di saman hingga 10ribu ke 50ribu ringgit


sebab itu kenapa saya kata....negara malaysia mengamalkan undang2 sampah..bukan sahaja undang2 itu sampah..malah sampah dari amerika pun menteri pas bawa masuk



UMNO PUN SELEPAS INI JANGANLAH DESAK LAGI PENGAMPUNAN NAJIB


Ribut kecil yang berlaku disebabkan UMNO tersinggung dengan kenyataan Khalid Samad berkenaan pengampunan Najib Razak akhirnya reda dan boleh dikata selesai setelah Timbalan Presidan Amanah, Salahuddin Ayub menunjukkan sikap budiman membuat permohonan maaf secara terbuka.


Salahuddin membuat permohonan maaf kepada UMNO itu dengan beliau sendiri menyampaikannya kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.


“Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, saya bagi pihak Amanah mohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi parti, Khalid Samad baru-baru ini dan sekiranya kenyataan itu menyinggung atau pun melukakan UMNO, maka kami minta maaf dengannya,” katanya ketika hadir majlis Rumah Terbuka Zahid Hamidi di Putrajaya, semalam.


Sebelum itu, Khalid sendiri turut memohon maaf kepada UMNO jika kenyataannya yang merayu Agong menolak pengampunan Najib telah membuatkan parti itu tersinggung.


Cuma, tidak seperti Salahuddin yang berjumpa sendiri dengan Zahid Hamidi, Khalid hanya mengemukakan permohonan maafnya melalui media saja.


Bagaimanapun kata beliau, perkara itu cuma suatu perbezaan pendirian dan jika UMNO berasa tidak puas hati, tiada masalahnya baginya untuk memohon maaf.


Apa yang boleh dipelajari daripada isu ini?


Oleh kerana UMNO dan PH sebelum ini adalah bermusuhan, tetapi kini bersama-sama dalam membentuk kerajaan, kedua-dua pihak seharusnya lebih pandai menjaga hati serta perasaan masing-masing.


Ia bukan saja kepada Amanah atau mana-mana komponen dalam PH, bahkan juga kepada UMNO.


Reaksi yang ditunjukkan oleh Khalid Samad adalah semata-mata sebagai respon terhadap pendirian UMNO yang ternampak begitu tergesa-gesa mahu melihat Najib diampun dan dibebaskan, walaupun beliau belum setahun menjalani hukuman penjara 12 tahun yang diterimanya.


Reaksi Khalid Samad yang tidak mahu Najib dibebaskan, secara realitinya bukan saja dikongsi oleh majoriti penyokong dan pendokong PH, tetapi juga dikongsi oleh majoriti rakyat negara ini.


Rakyat secara umumnya tidak mahu Najib diampun dan dibebaskan dalam waktu terdekat ini.


Jika tidak percaya, cubalah mana-mana pemimpin UMNO berdiri di simpang-simpang jalan yang sibuk dan tanya mereka yang lalu-lalang di situ sama ada setuju atau tidak dengan pembebasan Najib.


Dalam hal ini, jika UMNO benar-benar memahami pendirian tersembunyi PH dan sentimen yang ada dalam hati sanubari majoriti rakyat berkenaan Najib, mereka sepatutnya daripada awal lagi tidak begitu tergesa-gesa menuntut pengampunan Najib.


Biarkan dulu Najib berada di dalam penjara bagi suatu tempoh tertentu atau secara konvensyennya, selelah menjalani satu pertiga hukuman penjara, barulah usaha untuk pengampunan itu hendak dilakukan.


Lagi pun, UMNO kena hormat jugalah sikit dengan keputusan hakim-hakim mahkamah yang arif lagi bijaksana dengan majoriti 13-1 itu terhadap kes itu.


Janganlah mentang-mentang dapat berada dalam kerajaan, desakan dan tuntutan mahu dilakukan.


Pokoknya, jika tiada tuntutan tergesa-gesa daripada UMNO, respon daripada Khalid Samad juga pasti tidak muncul.


Kalau UMNO memikirkan soal kestabilan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dengan tanggapan kononnya kenyataan Khalid Samad itu boleh menggugat kestabilannya, Pengarah Komunikasi Amanah itu juga sebenarnya bertindak untuk menjaga kestabilan kerajaan.


Menampakkkan seolah-olah kerajaan mendorong atau membantu pengampunan Najib, tidak hanya mengancam kestabilan Anwar dalam memimpin kerajaan, malah seperti membekalkan peluru percuma kepada blok pembangkang PN dalam fasa-fasa perjuangan seterusnya.


Haruslah difahami situasi Najib tidak sama dengan Anwar yang memang agenda untuk membebaskannya dijadikan antara teras manifesto pada PRU14 lalu.


Disebabkan pengundi atau rakyat mahu melihat Anwar dibebaskan dan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad, itulah sebabnya maka PH diberi kejayaan dan BN ditumbangkan pada pada PRU 2018 lalu.


Tetapi, UMNO dan BN pada PRU15 baru-baru ini bukan saja tidak menang, malah merosot jauh jumlah kerusi yang dimenanginya.


Ini bermakna, agenda membebaskan Najib tidak ada dalam hati sanubari pengundi dan rakyat pada PRU15 baru-baru ini.


Memahami semua ini dan belajar daripada ribut kecil yang baru saja berlalu, UMNO selepas ini tidak sepatutnya lagi bercakap mengenai pengampunan dan pembebasan Najib.


Selagi UMNO berada bersama PH yang mereka sendiri tahu dan faham pendirian gabungan itu berhubung kedudukan Najib, eloklah mereka duduk diam-diam dan memberi fokus sepenuhnya kepada pengukuhan kerajaan dan bersama-sama menjaga rakyat bagi mendepani enam PRN dan PRU tahun 2027 akan datang.


Agenda membebaskan Najib hanya sesuai dijelmakan semula selepas PRU16 nanti dan sebelum tempoh itu, kunci mulut masing-masing buat sementara waktu dan demi menjaga perasaan rakan-rakan dalam kerajaan.


Jika UMNO tahu mengunci mulutnya, Khalid Samad pun tentu lebih tahu mendiamkan dirinya. – ShahbudinHusin 01/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



ORANG BAIK AKAN PILIH PARTI YANG BAIK.



Annuar Musa kata akan pilih parti yang berhaluan baik.


Parti mana dalam PN yang berhaluan baik? Yang gunakan projek kerajaan untuk penuhkan tabung parti, atau yang tunggang agama dan kaum?


Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitu juga parti yang baik untuk pemimpin yang baik. Dah tentu kaki sakau untuk parti sakau. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


LEBIH BAIK JANGAN BERCAKAP MACAM MERTUA BUAT ORANG SAKIT HATI.



 Menantu Hadi kata pengampunan untuk Najib lebih Islamik kerana tersilap melepaskan orang bersalah lebih baik daripada tersilap menghukum orang yang tidak bersalah.


Sebenarnya apa yang dikatakan itu betul. Memang begitulah pesan Nabi saw. Tapi aku melihat ianya bukan setakat cakap agama. Aku melihat ia lebih kepada cakap politik.


PN takkan mampu bentuk kerajaan tanpa BN. Dan dalam nak meraih sokongan BN, mereka perlu berbuat apa yang penyokong UMNO, parti dominan dalam BN, mahukan.


Sudah tentulah sentimen Najib ini amat berguna. Sementara pemimpin dan penyokong PH bercakap perkara yang menyakitkan hati penyokong BN, PAS ambil kesempatan.


Biar aku tak suka si Zaharuddin dan PAS, tapi bagi aku kenyataan yang dia keluarkan itu kena dengan masa dan situasi dari sudut politik. Dan ini tak baik buat PH.


Bukanlah aku kata PH kena sokong pengampunan Najib. Tapi dengan tidak berkomentar itu lebih baik daripada bercakap perkara yang menyakitkan hati orang lain. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


POKWIE JEBON BERLETER LAGI PADA PAGE WALAUN.


 

KITA MEMANG RASIONAL DALAM BANYAK HAL- BUKAN MAHIADDIN, PAK LONG MAIL TAK BUAT JAMUAN..MEREKA BUAT. CUMA ADA SEKOQ TU JA..KESIAN DIA...DIA TAK SIHAT..TAPI ORANG SUKA GUNAKAN DIA..


 

HENTIKAN BILLBOARD KERANA IANYA TIDAK MENEPATI KONSEP MADANI


 

SEMUA ORANG BUAT SILAP. TAPI ORANG MACAM NI JANGAN LAGI DILANTIK KERANA MEROSAKKAN PARTI. LAIN PARTI AGAMA. MEREKA BANYAK DALIL


 

ISSSSHH...MERIAH SUNGGUH SAMBUTAN DI SABAH SEMALAM..


 

NOHHHHHHH.....AHLI PARLIMEN LARI SANA SINI. PAYAH JUMPA...UNDI LAGI.,


 

BIASA DAH. BAB WALAUN FITNAH NI. NAK KATA APA KALAU SENARAI FITNAH PEMIMPIN MEREKA RAMAI. NAMA JA ISLAM...PADA PARTI..TAPI TERUK DARI DAP YANG DEPA KATA KAPIAQ...


 

BANYAK KALI DAH AKU PESAN. HANGPA JANGAN PERGUNA ORANG TAK SIHAT. KESIAN KE DIA...SUDAH SUDAH LA..


 

SETELAH MENCABAR MAHUSSIN. WALAUN DIAM LAM GUA.


 

RAMAI. SAJA JA WALAUN NAK BAGI SEDAP HATI.


Sambutan untuk rumah terbuka Madani dikatakan melebihi sasaran 25,000 pengunjung. Aku baca komen, ramai walaun yang sakit hati. Ada yang kata jumlah itu dibesarkan oleh akhbar terbabit 


Tak kurang yang kata hadirin sekadar nak makan dan pelbagai alasan lain. Apa pun alasan diberikan, ia sekadar untuk sedapkan hati sendiri saj. Sebab kenapa orang ramai hadir, mereka sendiri tahu.


Cuma, kalau nak kata sebab nak makan je, tentu tak nampak ramai. Sebab lepas makan, tentu terus nak balik. Buat apa lagi nak melepak? Duduk situ pun akan nampak wajah yang dibenci. Nak buat apa?


Hakikatnya, DS Anwar dikerumuni. Hakikatnya, ada ramai yang nak bergambar dengan beliau. Jadi kalau nak kata orang ramai datang setakat untuk makan, mungkin tak berapa tepat rasanya.


Kehadiran di rumah terbuka itu bukan gambaran prestasi PH dalam PRN akan datang. PH tak boleh berpuas hati. Tapi PH perlu gunakan momentum dari majlis ini untuk tarik lebih banyak sokongan rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



KEH.KEH...DENGAR LAH SARANAN LEBAI GOOGLE NI...MAU MELINGKUP SELANGOR PULAK. AMBIK CONTOH KEDAH DAN KELANTAN.

 


Apa kata pengundi Selangor terutamanya orang Melayu? Seronok tak?


Kalau PN bentuk kerajaan di Selangor, nescaya Selangor akan maju seperti Kelantan dan yang terbaru, Kedah. Banyak peluang perniagaan.


Iyalah. Boleh meniaga tempayan dan baldi untuk tadah air. Boleh juga jual air mineral. Tentu ekonomi Selangor akan subur dan boom. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


LANGKAH TERBAIK.



 Alhamdulillah. Terima kasih Abg. Din. Langkah yang sepatutnya. Harap boleh tutup buku ni lepas ni.


Tapi harap boleh ingatkan pemimpin-pemimpin yang lain dari semua parti supaya lebih berhati-hati jika nak keluarkan kenyataan.


Setakat hari ini, media arus perdana masih belum memihak PH lagi.perlu lebih bijak dan berwaspada. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


RAMAI MINTA ROTIKAYA DI JADIKAN ROTIMISKIN SEBAB PAGE UNTUK FITNAH.


PH MALAYSIA.


 ROTIKAYA ni sebelum PRU ke 15 lagi memang menjadi page untuk kempen PN dan telah menyebar fitnah tentang Dato Siti Nurhaliza.






Tiada permohonan maaf dari mereka tetapi berita itu telah disebarkan merata sebelum dinafikan Dato Siti.


Harap dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Fahmi Fadzil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan ditutup.


Fitnah dan PN berpisah tiada. Elok saman je mereka ni!



JOM KENALI SAYA.


Raja Shahrim


Nama saya Najib bin Nafi..

Hobi : Main Mercun.

Tempat tinggal : Lokap pengkalan chepa.




DIA LA SANGAT...KEH..KEH..


Nak bodek apa Si Nusi hari ini…. Parti pun jadi badut abis dah…




ROTIKAYA BAKAL MAKAN SAMAN- MUNGKIN JADI ROTIMISKIN?

 





Punyalah terdesak puak tu, tak sudah guna fitnah sebagai senjata. Roti Kaya pun rupanya walaun gak. 


Tak silap aku, Siti Nurhaliza buat persembahan di Himpunan Madani Kedah, yang sememangnya satu program politik.


Jadi tiada sebab untuk Siti Nurhaliza untuk berkata seperti yang ditulis oleh Roti Kaya. Dan Siti sendiri pun dah menafikannya.


Dan lagi, kehadiran artis jangan dikaitkan dengan politik. Mereka dibayar untuk buat persembahan. Bukalah minda tu.


Susah juga jadi walaun ni. Fitnah jadi KPI. Kalau tak fitnah, maknanya tak buat kerja. Payah gak nak reka fitnah tiap-tiap hari ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



BERJUMPA ANAK MUDA DI KEDAI CHAR KOEYTEOW.

 





Usai Himpunan MADANI Kedah malam tadi saya berkesempatan singgah pekena Iman Koeyteow Kerang. 


Saya juga dapat luang masa bersalaman, beramah mesra dan bergambar dengan para pengunjung yang datang makan di restoran ini.  


Memang sedap Iman Koeyteow Kerang, InshaAllah ada masa saya akan singgah lagi.


#MalaysiaMADANI



DARI MANA JUMLAH MENCUKUPI PN DAPAT ? MEREKA HANYA MENYAKINKAN TANPA ADA BUKTI SELAIN NERATIF MENYAKINKAN.


Norman  Radzuan.


Strategi psikologi pembangkang beri HARAPAN 

KERAJAAN AKAN JATUH DAN PN YAKIN MENANG


Semalam ketika hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor saya bertemu dua wanita hebat di dlm Parti Keadilan PKR, Yb Juwairiya dan Isha Aziz penyelaras DUN Sementa. Selain itu berbual juga dgn YB Fakhrulrazi dan YB Syamsul Firdaus.


Tentulah perbualan kami lebih kpd politik masakini. Dalam hanya niat untuk tunjukkan muka sebentar kerana perlu ke KL, akhirnya terus hampir dua jam berbual terutama dengan Juwairiya. Sampai disindir dapat berbual dgn Juwairiya terlupa sekejap jadi berejam.


Juwairiya bercerita tentang dirinya, politik masakini dan keadaan kawasan DUN nya. Lalu saya bercerita pula apa yang saya tahu dan terfikir mengenainya.


Saya katakan modus operandi atau kita panggil naratif pembangkang selain memainkan sentimen perkauman dan agama… mereka juga bijak bermain psikologi dengan pengikut- pengikut mereka.


Apa yg mereka lakukan kini? Mereka bermain psikologi dgn penyokong mereka terutama atas pagar dan anak muda dgn memberi HARAPAN. Mereka juga cuba memainkan perang psikologi terhadap pengundi atas pagar PH.


Perasan atau tidak setiap bulan mereka akn mengatakan kerajaan Perpaduan ini akan jatuh. Dari bulan Dis 2022, Januari, Februari, Mac dan April…. Terbaru katanya lepas Raya tapi tak di maklumkan lepas raya 2023 atau 2028.


Kenapa mereka berbuat demikian? Ia utk memastikan penyokong mereka tidak patah semangat dan malah terus bersemangat. Seperti mereka beri harapan bila mereka jadi kerajaan akan buat RUU355 tapi ia sekadar harapan. 


HARAPAN walaupun kadang2 palsu tetapi sgt penting dlm perang psikolgi utk kepercayaan dan ketaatan bagi membangkitkan semangat.


Terbaru mereka mula berkempen perang psikologi utk melahirkan persepsi bagi melemahkan semangat penyokong kerajaan Perpaduan. Kata mereka ‘ Kami yakin akan sapu bersih 6 negeri pada PRN nanti.’ Persoalan adakah ia realistik atau over confident.


Jika diamati perang persepsi dan psikologi PN semakin hebat diperlakukan setiap hari tanpa henti, khususnya dlm media sosial di saat menjelang PRN ini.


Permasalahan penyokong, pengundi atau mentaliti org Melayu khasnya mereka jarang mahu berfikir dgn akal yg waras. Isu dimainkan pembangkang meletakkan seolah olah wujud kasta pemikiran bangsa Melayu kpd isu yg remeh yg mudah mereka manipulasikan.


Contoh Rumah Terbuka PM yg dikritik, sampin PM terkeluar, bersalaman, warna baju dan lain2 isu yg tidak memberi manfaat kpd reformasi negara dan rakyat.


Jika di negara maju perang persepsi dan psikologi  kpd isu penting seperti global, ekonomi rakyat, kepemimpinan, isu negeri, infrastruktur dan pembangunan fizikal, pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan dan lain2. Malang pemikiran kita tidak kritikal utk membahasakan isu2 seperti itu.


Jika ikut lojik akal bila pemimpin mereka berkata kerajaan perpaduan ini akan jatuh… mereka patut bertanya bagaimana caranya? Sdgkan baru2 ini Timbalan PM 1 dan 2 iaitu Fadhilah Yusuf dan Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa mereka akn pertahankan kerajaan perpaduan ini.


Jadi dari mana dtgnya ‘ Sudah melebihi dari cukup’? Sebab itu sering kali saya katakan kita mesti gunakan akal. Dlm Al Quran Allah bertanya 'Afalaa Ta'qiluun'  bermaksud 'tidakkah kamu menggunakan akal kamu?' Ini menunjukkan bahawa peranan akal itu penting utk memikirkan yg mana hak atau batil. 


Sebab itu golongan bijak pandai menyebut, akal itu pelita bagi hati. Ada juga menyatakan akal itu telinga hati. 


Faktor mempengaruhi cara manusia berfikir ialah pemahaman agamanya, pendidikan dan ilmu pengetahuan, pergaulan dan percampuran sehariannya. Jika mereka menutup pintu hati dan hanya mahu mendengar di kalangan mereka… sikap jumud mereka tidak akn berubah.



POLITIK FITNAH : MEMANG TERDESAK NAMPAK GAYANYA.

 


Punya la terdesak, Siti Nurhaliza pun mereka fitnah.


W.Faudzin