Norman Radzuan.
Strategi psikologi pembangkang beri HARAPAN
KERAJAAN AKAN JATUH DAN PN YAKIN MENANG
Semalam ketika hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor saya bertemu dua wanita hebat di dlm Parti Keadilan PKR, Yb Juwairiya dan Isha Aziz penyelaras DUN Sementa. Selain itu berbual juga dgn YB Fakhrulrazi dan YB Syamsul Firdaus.
Tentulah perbualan kami lebih kpd politik masakini. Dalam hanya niat untuk tunjukkan muka sebentar kerana perlu ke KL, akhirnya terus hampir dua jam berbual terutama dengan Juwairiya. Sampai disindir dapat berbual dgn Juwairiya terlupa sekejap jadi berejam.
Juwairiya bercerita tentang dirinya, politik masakini dan keadaan kawasan DUN nya. Lalu saya bercerita pula apa yang saya tahu dan terfikir mengenainya.
Saya katakan modus operandi atau kita panggil naratif pembangkang selain memainkan sentimen perkauman dan agama… mereka juga bijak bermain psikologi dengan pengikut- pengikut mereka.
Apa yg mereka lakukan kini? Mereka bermain psikologi dgn penyokong mereka terutama atas pagar dan anak muda dgn memberi HARAPAN. Mereka juga cuba memainkan perang psikologi terhadap pengundi atas pagar PH.
Perasan atau tidak setiap bulan mereka akn mengatakan kerajaan Perpaduan ini akan jatuh. Dari bulan Dis 2022, Januari, Februari, Mac dan April…. Terbaru katanya lepas Raya tapi tak di maklumkan lepas raya 2023 atau 2028.
Kenapa mereka berbuat demikian? Ia utk memastikan penyokong mereka tidak patah semangat dan malah terus bersemangat. Seperti mereka beri harapan bila mereka jadi kerajaan akan buat RUU355 tapi ia sekadar harapan.
HARAPAN walaupun kadang2 palsu tetapi sgt penting dlm perang psikolgi utk kepercayaan dan ketaatan bagi membangkitkan semangat.
Terbaru mereka mula berkempen perang psikologi utk melahirkan persepsi bagi melemahkan semangat penyokong kerajaan Perpaduan. Kata mereka ‘ Kami yakin akan sapu bersih 6 negeri pada PRN nanti.’ Persoalan adakah ia realistik atau over confident.
Jika diamati perang persepsi dan psikologi PN semakin hebat diperlakukan setiap hari tanpa henti, khususnya dlm media sosial di saat menjelang PRN ini.
Permasalahan penyokong, pengundi atau mentaliti org Melayu khasnya mereka jarang mahu berfikir dgn akal yg waras. Isu dimainkan pembangkang meletakkan seolah olah wujud kasta pemikiran bangsa Melayu kpd isu yg remeh yg mudah mereka manipulasikan.
Contoh Rumah Terbuka PM yg dikritik, sampin PM terkeluar, bersalaman, warna baju dan lain2 isu yg tidak memberi manfaat kpd reformasi negara dan rakyat.
Jika di negara maju perang persepsi dan psikologi kpd isu penting seperti global, ekonomi rakyat, kepemimpinan, isu negeri, infrastruktur dan pembangunan fizikal, pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan dan lain2. Malang pemikiran kita tidak kritikal utk membahasakan isu2 seperti itu.
Jika ikut lojik akal bila pemimpin mereka berkata kerajaan perpaduan ini akan jatuh… mereka patut bertanya bagaimana caranya? Sdgkan baru2 ini Timbalan PM 1 dan 2 iaitu Fadhilah Yusuf dan Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa mereka akn pertahankan kerajaan perpaduan ini.
Jadi dari mana dtgnya ‘ Sudah melebihi dari cukup’? Sebab itu sering kali saya katakan kita mesti gunakan akal. Dlm Al Quran Allah bertanya 'Afalaa Ta'qiluun' bermaksud 'tidakkah kamu menggunakan akal kamu?' Ini menunjukkan bahawa peranan akal itu penting utk memikirkan yg mana hak atau batil.
Sebab itu golongan bijak pandai menyebut, akal itu pelita bagi hati. Ada juga menyatakan akal itu telinga hati.
Faktor mempengaruhi cara manusia berfikir ialah pemahaman agamanya, pendidikan dan ilmu pengetahuan, pergaulan dan percampuran sehariannya. Jika mereka menutup pintu hati dan hanya mahu mendengar di kalangan mereka… sikap jumud mereka tidak akn berubah.