DUA GANGSTER TAIWAN DITAHAN DI KLIA.


Dua gengster Taiwan ‘muka jambu’ lepas 64 tembakan ditahan di KLIA

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegraPETALING JAYA – Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki disyaki ahli kongsi gelap warga Taiwan yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu untuk berselindung di negara ini.

Kedua-dua warga asing itu diberkas pada 20 April lalu selepas memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari Taiwan.

“Mereka berdua juga dipercayai ahli kongsi gelap dan anggota sindiket scammer (penipuan) di Taiwan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Acryl menjelaskan, penahanan ke atas kedua-dua suspek tersebut dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 sebaik mereka tiba di Balai Ketibaan KLIA.

“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat antara PDRM dan pihak berkuasa Taiwan. Kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkaitan kedua-dua suspek di Malaysia.

“PDRM amat komited dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Justeru, langkah-langkah keselamatan akan diambil bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang- undang,” ujarnya.

Dua suspek itu dipercayai terbabit dalam pertikaian membabitkan dua kumpulan gengster di Taiwan iaitu Bamboo Union Gang dan geng Huashan.

Ekoran pertelingkahan itu, sebanyak 13 tembakan dilepaskan di daerah Banqiao, New Taipei pada 19 April 2023 diikuti 51 tembakan yang diletupkan ke atas sebuah premis pajak gadai di daerah Tucheng, New Taipei pada keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE



No comments: