NI BANYAK NI.. JANGAN IKUT.. BIAR GENERASI CERDIK


 

NOHHH...DEPA MUHONG


 

KENA 80K DAH


 

NOHHH. KUTUK SAPA NI.

 

Isqardy


"Pengasas" PKR ni kutuk Rafizi Ramli ke kutuk Anwar Ibrahim ? Konpius aku. Jadi hujah dia kerajaan MADANI gagal la kan?






Dakwa beliau, sepanjang tempoh hampir tiga tahun sejak dilantik pada Disember 2022 hingga meletak jawatan pada Jun 2025, Rafizi gagal menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) selain tidak membawa sebarang reformasi ekonomi yang signifikan.




WALAUN...NOHHH


 

KAMU DIPIHAK MANA?




Inilah kehebatan yahudi ISRAEL dan US, banyak negara Islam tidak bersama Iran. Antara Israel, yahudi, US vs Iran, banyak negara Islam tidak bersama Iran. Mereka seakan ingin membenamkan Iran. Adakah Iran menjadi ancaman kpd negara Islam?. Turkiye, jika palestine di serang, Turkiye antara negara yg cepat membantu Palestine.  Moga kita ada sebab yg kukuh. Mungkin kita tak yakin dgn kesungguhan dan keupayaan Iran. Iran mmg dari dulu pro-Rusia. Nampaknya pakatan ekonomi BRISC  akan menjadi lebih kukuh selepas perang US+YAHUDI VS IRAN.



Rohitshir ARIZ


 Dalam perkembangan baharu yang mencetuskan perhatian di tengah peningkatan ketegangan ketenteraan yang besar di rantau ini, seorang pegawai kanan Iran, Ali Larijani, tampil dengan mesej keras yang ditujukan kepada kerajaan negara-negara Islam, dengan persoalan yang jelas: “Di pihak mana kamu berdiri? Dan Islam apakah ini?”






Mesej tersebut mencetuskan perdebatan meluas kerana ia bukan sekadar kenyataan politik biasa, tetapi merupakan kritikan langsung dan terbuka terhadap pendirian kebanyakan negara Islam dalam perang yang sedang berlangsung terhadap Iran.


Apakah yang dikatakan oleh Larijani?


Larijani, yang merupakan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, menyatakan bahawa negaranya telah terdedah kepada apa yang disifatkannya sebagai “serangan Amerika-Israel yang licik” yang berlaku ketika rundingan sedang berlangsung. Beliau menegaskan bahawa tujuan serangan tersebut adalah untuk melemahkan Iran dan memecah-belahkan negara itu.


Beliau menjelaskan bahawa serangan tersebut telah menyebabkan kematian beberapa pemimpin tentera dan orang awam Iran, namun pada masa yang sama beliau menegaskan bahawa rakyat Iran menunjukkan ketahanan yang kuat dalam menghadapi serangan tersebut.


Mesej mengejutkan kepada negara-negara Islam


Bahagian paling mencetuskan kontroversi dalam mesej itu adalah ketika Larijani menyentuh tentang sikap negara-negara Islam.


Beliau secara terang menyatakan bahawa Iran tidak menerima sokongan sebenar daripada negara-negara Islam, sambil menambah bahawa apa yang berlaku hanyalah pendirian politik yang terhad daripada sebahagian negara, tanpa wujudnya sokongan sebenar kepada Iran.


Di sinilah beliau mengemukakan persoalan yang mengejutkan: “Islam apakah ini?”


Ini merupakan isyarat jelas bahawa, pada pandangannya, solidariti antara negara-negara Islam tidak terserlah dalam krisis ini.


Konfrontasi dengan Amerika dan Israel


Larijani turut menegaskan bahawa konflik semasa — menurut perspektif Iran — adalah pertembungan langsung antara Iran dan paksi penentangan di satu pihak, dengan Amerika Syarikat dan Israel di pihak yang lain.


Beliau menyatakan bahawa sebahagian kerajaan negara Islam bukan sahaja berdiam diri, malah menganggap Iran sebagai musuh kerana serangan Iran terhadap pangkalan dan kepentingan Amerika atau Israel di dalam wilayah negara-negara tersebut.


Beliau turut mengemukakan persoalan lain: Adakah Iran sepatutnya berdiam diri sedangkan pangkalan ketenteraan di negara-negara rantau ini digunakan untuk menyerangnya?


Amaran untuk masa depan


Dalam penutup mesejnya, Larijani menyampaikan amaran jelas kepada kerajaan-kerajaan di rantau ini, menyeru mereka untuk menilai semula pendirian dan masa depan dunia Islam.


Beliau menegaskan bahawa Amerika Syarikat — menurut pandangannya — tidak boleh dipercayai, manakala Israel adalah musuh yang diketahui oleh negara-negara di rantau ini. Beliau turut menekankan bahawa kesatuan dunia Islam mampu menjamin keselamatan dan kemandirian semua negara Islam.




DA PAS NAK BAGI....

 



KALAU PARTI BAHARU ADA MASALAH, MASUK PAS PILIHAN TERBAIK BAGI HAMZAH


23 Mac 2026


Apabila berjumpa kenalan, rakan dan saudara-mara ketika pulang berhati raya di kampung, topik soalan yang jarang terlepas mereka tanyakan ialah berkaitan politik.


Macam-macam mereka tanyakan kerana ingin tahu isu semasa dalam politik negara.


Untuk raya tahun ini, selain mengenai siapa boleh menang pada PRU16 akan datang, isu lain yang menarik minat orang-orang kampung ialah berkenaan hala tuju politik Hamzah Zainuddin selepas beliau dipecat daripada Bersatu.


Secara jujur berdasarkan setakat apa yang saya tahu, saya nyatakan bahawa Hamzah sedang dalam proses mendaftarkan parti baharu untuk menaungai perjuangannya bersama rakan-rakannya.


Sehingga ini parti itu ialah Parti Keluarga Malaysia yang pendaftaran awalnya telah dikembalikan kerana ada dokumen tidak lengkap.


Pihak penaja parti itu telah pun melengkapkan dokumen-dokumen yang tidak lengkap itu dan masih menunggu jawapan seterusnya daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS.


Ada juga laporan menyatakan Hamzah akan mengambil alih parti Berjasa yang ketika ini sudah pun merupakan ahli bersekutu kepada PN.


Tetapi, laporan tidak rasmi yang lain menyebut Ahli Parlimen Larut itu berkemungkinan ada pilihan lain selain menerajui Parti Keluarga Malaysia atau mengambil alih Berjasa dan semuanya akan diketahui tidak berapa lama lagi.


Dikatakan khabar angin mengenai Parti Keluarga Malaysia dan Berjasa sengaja ditimbulkan agar musuh-musuh politiknya tidak fokus kepada sasaran yang sebenar bagi memudahkan Ketua Pembangkang melengkapkan apa yang sebenar yang dirancangnya.


Apa pun, saya beritahu mereka yang bertanya bahawa  Hamzah dan kumpulannya, sama ada yang sudah dipecat daripada Bersatu atau masih bersama Bersatu, pasti akan bersama PN pada PRU akan datang.


Hamzah, seperti yang dinyatakannya sendiri kepada media, beliau tidak akan kembali kepada UMNO semula dan jauh sekali untuk mencari simpang  bagi berpelukan dengan PH.


PN yang kini diterajui oleh PAS tetap menjadi pilihan Hamzah untuk beliau bersama-sama dalam meneruskan perjuangannya pada PRU akan datang.


Pun begitu, ada satu soalan menarik yang ditanyakan - bagaimana jika sehingga PRU16 akan datang pun Hamzah masih gagal mencari parti baru bagi menaunginya perjuangannya, maka apa pilihan akhirnya?


Saya sebenarnya tidak tahu apa pilihan Hamzah jika berdepan situasi itu dan saya juga bukan pihak yang layak menjawab bagi pihaknya, tetapi secara jujur saya nyatakan bahawa pilihan terbaik baginya ketika itu ialah dengan memilih menyertai PAS.


Bersama PAS, sebagaimana Shahidan Kassim dan Annuar Musa selesa bersama wadah itu, Hamzah dan kumpulannya juga diyakini akan turut menikmati keselesaan meneruskan perjuangannya.


Lebih daripada itu, dengan Kumpulan Hamzah yang memiliki 19 Ahli Parlimen memilih menyertai PAS, parti itu senang-senang mampu beroleh antara 65 hingga 70 kerusi Parlimen pada PRU16 nanti.


Secara automatik PAS akan bertambah kuat dan bertambah cerah juga harapan untuk menerajui Putrajaya.


Paling penting, dengan Hamzah membawa kumpulannya menyertai PAS, cubaan Muhyiddin Yassin untuk menghalang bekas Timbalan Presiden Bersatu menyertai PN akan terbantut dengan sendirinya. 


Dengan menyertai PAS, Hamzah secara automatik bersama PN. - ShahbudinHusin 23Mac2026.


Nota - bagi pertanyaan orang kampung yang bertanya mengenai parti mana boleh menang pada PRU16, saya akan menulisnya dalam artikel lain selepas ini. Terima kasih.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1243702834419500&id=100063393840098




TEDIA.....


 

AFNAN TU PI MANA? AWAT TAK TOLONG ORANG KEDAH....AYAQ TAK DAK NUN...KIOK


 

KISAH WALAUN YANG TAK TAU HAPA.


 

NI BUNGA API BANYAK JA.. MAKNA TAK ADA TEKANAN HIDUP LA KA.


 

KEH KEH KEH... KO MABUK KA AKMAL

 


KEH KEH ..TITLE PHD...TAPI...


 

AKHIRNYA IRAN UCAP TAHNIAH PADA MALAYSIA.


 

KIOK.


 

IRAN US SALING UGUT


 

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba, pasaran kewangan AS ‘sakit’


 


Oleh DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF

Pulangan (yield) bon 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ini menjadi petunjuk kepada kedudukan pasaran negara itu. Nampak tak kadar yang menaik itu?

Apabila ini naik, pelabur mahukan pulangan yang lebih tinggi berdasarkan risiko yang mereka nampak. Jika ‘adat’ lama terpakai, kita boleh menjangka pasaran saham akan mendingin.

Cuma di kebelakangan ini saya menganggarkan ada banyak manipulasi harga oleh institusi-institusi kewangan besar-besar di sana bagi memberi gambaran pasaran kewangan AS sihat.

Namun, ianya ada had sekiranya asas-asas di lapangan seperti peperangan dan peningkatan jumlah penganggur meningkat.

Minggu lalu, Rizab Persekutuan AS tidak menurunkan kadar faedah seperti yang Trump mahukan.

Malah, saya dah tak dengar Trump merengek berkenaan perkara itu lagi.

Mungkin dengan berperang, Trump nak adakan alasan mengapa ekonomi AS merosot walaupun ramai penganalisis lain yang sudah menjangkannya.

Satu lagi sebab mengapa kadar faedah ini naik ialah pengurangan permintaan.

Apabila orang yang nak beli bon kurang, penerbit bon kena tawarkan faedah yang lebih tinggi. Gambaran besar kepada perkara ini ialah dedolarisasi.

Sekiranya syarat Iran yang hanya membenarkan minyak yang dibayar dengan Yuan menjadi, sistem Petrodollar yang menjadi tunggak kekuatan Dollar boleh terancam. Saya tidak ada data berkenaan perkara ini.

Pelaburan di dalam bon AS inilah sebenarnya nadi sistem kewangan berasaskan Dollar. Sekiranya pelaburan di dalam bon-bon ini berkurangan, keupayaan AS untuk mengacau orang di seluruh dunia akan melemah.

Kita tidak tahu apa yang Trump bisikkan ke telinga Perdana Menteri Jepun yang mengadap Trump baru-baru ini.

Jepun adalah pemegang bon-bon Dollar yang terbesar. Oleh sebab kadar faedah di Jepun pun sudah naik, ada kemungkinan sumbangan Jepun kepada Dollar pun akan menurun.

Ramai orang tak perasan Jepun masih membayar harga kekalahannya dalam Perang Dunia Kedua dengan menjadi tongkat kepada ekonomi AS. Mungkin inilah apa yang Iran mahu elakkan.

*DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF merupakan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).



ANWAR TAK BOLEH PAKSA UMNO! Rafizi Dedah Hal Sulit Buat Anwar Menyesal Seumur Hidup!🔥


 

PMX & RAFIZI BERTEMU ? DUA KEM BERDAMAI ?


 

Rafizi Ramli: Rumah Bangsa Tak Selamat, Penuh Hantu?


 

Jangan mudah tuduh orang itu ini, akhirnya terkena anak kita


 


Para penceramah agama terutama di kalangan selebriti dan yang mempunyai jawatan dalam masyarakat diminta berhati-hati ketika menghamburkan perkataan yang berat berupa tuduhan dalam masyarakat.

Ini kerana, jika tersalah tuduh ia boleh kembali kemuka kita sendiri.

Inilah ingatan para aktivis media sosial terhadap seorang Adun dari parti bernuansa agama di Pahang apabila anak beliau ditangkap di atas dakwaan merogol gadis bawah umur.

Menurut kenyataan dari pihak Polis Pahang, seorang remaja lelaki disyaki anak pemimpin parti pembangkang di Pahang ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, suspek berusia 17 tahun ditahan di sini, semalam, sejurus ibu gadis terbabit membuat laporan.

Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa berusia 16 tahun mendakwa dirogol di sebuah rumah di daerah ini, awal Mac lalu.

“Kejadian dikatakan berlaku selepas gadis terbabit baharu mengenali suspek ketika bersiar-siar di Bandar Maran.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.

“Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya semalam dan terus membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan.

“Sebab tu jangan duk tuduh orang tu peliwat, orang ni berzina, orang tu syirik, orang ni gelecah akidah dalam setiap ceramah.

“Last sekali bala dan aib tu mari pada kita, anak kita dan keluarga kita. Mohon Allah tutup aib kita dan Allah sebaik-baik pelindung,” kata Mohd Yusof Solu, seorang aktivis media social dalam satu kenyataan beliau.



Dari majlis kosmetik ke retorik Petronas, PN bising tanpa solusi


 


Oleh DR SHAHNOR BASRI

Cadangan terbaharu oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar, untuk menubuhkan sebuah “Majlis Perundingan Ekonomi Negara” kononnya bagi menyelamatkan ekonomi, sebenarnya lebih menyerlahkan satu hakikat yang sukar disembunyikan – kemiskinan idea dalam kalangan pembangkang yang semakin ketandusan arah.

Ini bukan soal perbezaan pandangan dasar. Ini soal kegagalan memahami struktur asas pentadbiran ekonomi negara sendiri.

Malaysia sejak sekian lama telah mempunyai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), yang ditubuhkan pada 7 Januari 1998 ketika negara berdepan krisis kewangan Asia – satu tempoh jauh lebih genting berbanding apa yang dihadapi hari ini.

MTEN bukan sekadar nama dalam fail arkib, tetapi sebuah institusi yang terbukti berfungsi merangka dasar, memantau ekonomi semasa, serta memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi kejutan global.

Ironinya, ketika negara pernah melalui krisis yang jauh lebih parah, tiada keperluan untuk mencipta majlis baharu yang bersifat kosmetik.

Mengitar semula

Hari ini, apabila tekanan ekonomi global kembali meningkat akibat krisis tenaga dan ketidaktentuan geopolitik, pembangkang memilih jalan mudah – mengitar semula idea lama dengan label baharu, seolah-olah rakyat tidak mampu menilai perbezaan antara dasar dan retorik.

Jika benar keikhlasan itu wujud, cadangan yang lebih waras adalah memperkukuh MTEN dengan pendekatan lebih inklusif.

Kerajaan melalui MTEN mempunyai keupayaan untuk menubuhkan sub-kumpulan profesional, bersifat non-partisan, melibatkan pakar ekonomi, industri dan akademia.

Di situlah ruang sebenar untuk wacana dasar yang matang bukan melalui penciptaan struktur baharu yang hanya menambah lapisan birokrasi tanpa nilai tambah.

Lebih menarik, cadangan ini datang daripada seorang pemimpin yang bukan sahaja mengetuai blok pembangkang di peringkat nasional, tetapi juga memegang tampuk pentadbiran negeri.

Justeru, persoalannya lebih tajam: sejauh mana model ekonomi yang beliau laksanakan di negeri sendiri boleh dijadikan rujukan nasional?

Realitinya, selepas lebih enam tahun mentadbir Terengganu, prestasi ekonomi negeri tersebut masih belum menunjukkan lonjakan yang signifikan dalam menarik pelaburan bernilai tinggi atau membina ekosistem industri yang mapan.

Kebergantungan berterusan kepada suntikan dana kerajaan pusat, tanpa pelan strategik yang jelas dan berimpak tinggi, menimbulkan persoalan asas tentang keupayaan sebenar dalam merancang ekonomi secara menyeluruh.

Namun, dalam kekalutan cadangan yang longgar ini, muncul pula satu lagi suara yang tidak kurang anehnya daripada P. Ramasamy, pemimpin parti Urimai yang juga bekas tokoh DAP.

Dalam nada penuh emosi, beliau menuntut agar keuntungan PETRONAS didedahkan secara terperinci kepada umum seolah-olah negara ini tidak mempunyai sistem tadbir urus korporat dan fiskal yang tersusun.




P. Ramasamy

Cadangan ini bukan sahaja dangkal, malah memperlihatkan kegagalan memahami asas struktur korporat sebuah syarikat petroleum nasional.

PETRONAS bukan sekadar entiti komersial biasa, tetapi sebuah syarikat milik negara yang beroperasi dalam ekosistem global yang kompetitif.

Keuntungannya tidak “disorok”, sebaliknya diagihkan melalui dividen, cukai, dan sumbangan langsung kepada kerajaan yang kemudiannya menjadi sumber penting kepada perbelanjaan negara, termasuk subsidi, pembangunan infrastruktur, pendidikan dan kesejahteraan rakyat.

Menuntut pendedahan secara populis tanpa memahami implikasi strategik dan komersial hanya menunjukkan kecenderungan untuk berpolitik tanpa asas.

Dalam industri tenaga global, ketelusan perlu diimbangi dengan kerahsiaan operasi dan daya saing.

Jika semua maklumat strategik didedahkan secara mentah, yang terancam bukan sahaja PETRONAS, tetapi kepentingan ekonomi negara secara keseluruhan.

Gabungan cadangan-cadangan seperti ini daripada penubuhan majlis baharu yang tidak perlu sehinggalah tuntutan pendedahan yang tidak berpijak pada realiti korporat mencerminkan satu pola yang sama: kecenderungan untuk mencipta persepsi tanpa memahami struktur.

Hakikatnya, ekonomi tidak digerakkan oleh slogan atau majlis baharu. Ia digerakkan oleh dasar yang konsisten, pelaksanaan yang berdisiplin, dan keupayaan memanfaatkan institusi sedia ada dengan cekap.

Menambah satu lagi “majlis” tanpa memperbaiki kelemahan struktur hanya akan menghasilkan ilusi tindakan bukan penyelesaian.

Realiti bukan persepsi

Rakyat hari ini semakin matang dalam menilai. Mereka tidak lagi mudah terpesona dengan cadangan yang kedengaran hebat tetapi kosong dari segi substansi.

Dalam suasana ekonomi global yang mencabar, negara memerlukan kepimpinan yang berfikir dalam kerangka realiti bukan mereka yang sekadar mencipta persepsi.

Akhirnya, cadangan “Majlis Perundingan Ekonomi Negara” dan seruan populis terhadap PETRONAS ini bukanlah terobosan, tetapi pengulangan skrip lama – bising, dramatik, tetapi miskin solusi.

Dan sebelum terlalu ghairah berbicara tentang ekonomi negara, Ahmad Samsuri Mokhtar wajar terlebih dahulu menilai cerminan prestasinya sendiri – hampir lebih enam tahun mentadbir Terengganu tanpa impak transformasi yang benar-benar mengangkat negeri itu sebagai kuasa industri yang berdikari.

Terengganu tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada suntikan dana pusat tanpa membina asas ekonomi yang kukuh.

Yang diperlukan ialah keberanian merangka pelan strategik untuk menjadikan negeri itu sebagai hab industri yang berdaya saing bukan sekadar retorik kosong atau mendabik dada dengan gelaran kepakaran, termasuk dalam bidang aeroangkasa, tanpa terjemahan nyata di peringkat negeri.

Dalam ekonomi, ukuran sebenar bukanlah gelaran, tetapi hasil.

Mungkin yang paling baik agar Samsuri menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi dan Industri Terengganu yang bersifat bipartisan dan berhentilah mengelirukan rakyat!

*DR SHAHNOR BASRI merupakan Felo Akademi Sains Islam, Jordan.




INI KALAU KENA NEGRI DAP, SAHIH KENA KUTUK DENGAN WALAUN PAS KATA BALA. APA MACIAM.?


 

Ini senarai 15 kawasan di Semenanjung alami status cuaca panas tahap satu dan dua

Status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia pula berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.

Kawasan terbabit termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.


Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).

MetMalaysia menerusi kenyataan itu berkata, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca panas harian.




Calon MB Kedah: Zuraidi Tampil Beri Penjelasan

 

Pengerusi Persatuan Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim tampil menjelaskan penyebaran video tidak benar baru-baru ini.

ALOR SETAR, 17 Mac – Datuk Zuraidi Rahim tampil memberi penjelasan berhubung video tular berhubung persoalan dirinya menjadi calon menteri besar Kedah daripada KEADILAN sambil mengatakan ia hanya bersifat peribadi.

Pengerusi Persatuan Anak Muda MADANI Kedah itu berkata demikian selepas namanya menjadi perbualan di media sosial susulan video yang memetiknya menyatakan kesediaan menggalas amanah sebagai calon menteri besar Kedah untuk bersaing dengan Muhammad Sanusi Md Nor daripada Pas.

“Semua itu (calon MB) hanya pandangan peribadi sahaja dan tak ada kena mengena pun dalam soal keputusan parti,” katanya kepada FMT.

Pengerusi Persatuan Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim tampil menjelaskan penyebaran video tidak benar baru-baru ini.

“Fokus saya ialah meneruskan kerja untuk membangun parti dan mencari kekuatan untuk kemenangan PRU16 serta membantu memperkukuhkan parti dan menyantuni masyarakat.

“Segala perkara berkaitan kepimpinan dan calon adalah tertakluk kepada proses serta keputusan rasmi parti dan sewajarnya dihormati oleh semua pihak,” katanya.

Terdahulu, tular video memetiknya menjawab persoalan berhubung calon menteri besar daripada KEADILAN yang dikaitkan dengannya dan menyatakan kesediaan menggalas amanah itu.

Hantaran penafian daripada Pengerusi Persatuan Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim di Facebook pada 16 Mac 2026.

Dalam pada itu, Zuraidi turut menafikan mengeluarkan poster yang memaparkan konon beliau sebagai calon menteri besar Kedah bagi PRU16 dengan sokongan penuh KEADILAN Kedah.

Beliau menggesa penyebaran poster itu segera dihentikan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat dan penyokong parti.

“Hentikan fitnah dan spekulasi yang tidak bertanggungjawab,” katanya.




Konflik Asia Barat: Pertimbang Subsidi Sementara Elak Tahun Melawat Malaysia 2026 Gagal

 

Kenaikan harga bahan api dijangka memberikan impak besar kepada sektor pelancongan dan ia wajar diambil berat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Foto arkib

PENDAPAT, 23 Mac – Krisis di Asia Barat bukan sekadar membebankan kedudukan ekonomi secara keseluruhan  malah turut terkena tempiasnya kepada kerancakan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang sedang diperhebat rangka promosinya ke seluruh dunia.

Justeru, cadangan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang merayu kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi minyak sementara kepada pengendali pengangkutan pelancongan, wajar dipertimbang bagi mengelak kempen TMM 2026 tidak mencapai sasaran menjana ekonomi negara.

Presiden MATTA Nigel Wong dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga bahan api dijangka memberikan impak besar kepada sektor pelancongan dan ia wajar diambil berat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Dan ia sudah pasti merencatkan perkembangan TMM2026 yang memasuki bulan ketiga dengan pertambahan jumlah pelancong asing terus menunjukkan trend positif tetapi dibebani pula dengan peningkatan kos operasi membabitkan kos pengangkutan para pelancong.

“Pengendali pengangkutan pelancongan di seluruh Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu kemasukan pelancongan tempatan dan luar negara.

“Kebanyakan daripada pengendali ini telah pun menandatangani kontrak dengan agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa beberapa bulan lebih awal untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi pelancong.

Keadaan kenaikan kos pengangkutan ini memerlukan campur tangan segera bagi memastikan pengendali pengangkutan pelancongan dapat terus beroperasi dan menyokong ekosistem pelancongan.

“Harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah berdasarkan harga bahan api semasa kontrak ditandatangani. Dengan kenaikan harga bahan api baru-baru ini, pengendali kini berdepan kos operasi yang jauh lebih tinggi,” katanya.

Wong berkata keadaan ini memerlukan campur tangan segera bagi memastikan pengendali pengangkutan pelancongan dapat terus beroperasi dan menyokong ekosistem pelancongan.

“Pengendali pengangkutan pelancongan turut memainkan peranan penting dalam rantaian nilai pelancongan Malaysia, menyediakan perkhidmatan asas, untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan terjamin.

“Ramai pengendali komited dengan kadar kontrak tetap bersama agensi pelancongan berdasarkan harga bahan api sebelum ini. Kenaikan mendadak kos bahan api bermakna mereka terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan ini, yang boleh menambah beban kewangan,” katanya.

Sudah pasti bantuan sementara dapat membantu mengurangkan kesan kenaikan kos sambil mengekalkan kemampanan rantaian penawaran pelancongan dan mengekalkan trajektori pertumbuhan pelancong dan menjana pendapatan tambahan.

Buktinya, pelancongan perubatan sahaja menyumbang RM2.72 bilion pada 2024 dan data terkini dijangka terus meningkat kepada lebih RM5 bilion tahun lalu, sebagai contoh keberkesanan promosi agresif dan penawaran terbaik bagi menyaingi negara lain.

Justeru, para pengendali yang terkesan boleh mengemukakan jumlah tempahan pakej pelancongan yang telah disahkan sebagai salah satu bukti sokongan kepada mereka untuk meminta pertimbangan khas dalam membantu mereka ‘bernafas’ sementara kerajaan mencari jalan menangani impak krisis bahan api secara keseluruhan.

 

Adalah diharapkan pemain sektor pelancongan dapat bersabar sedikit sementara kita berharap krisis di rantau Timur Tengah itu berakhir segera dan mengurangkan tekanan kepada ekonomi negara.

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

“Allah Peliharakan Sultan,” kata Anwar.

– BERNAMA




PAS sah tipu: MIC tidak pernah memohon masuk PN, PAS cukup terdesak


 

"TPM ADALAH PRESIDEN UMNO, JGN SYOK SERANG KERAJAAN MADANI" ! LOKMAN SELAR AKMAL ?


 

TIN MILO JANGAN BERSELINDUNG NAMA DERMA & TUTUP SUMBER DANA POLITIK! APA DANA YANG DISEMBUNYIKAN?


 

KOW-KOW MKT UMNO BALUN ISHAM JALIL | PUNASIHAT YANG TAK BOLEH PAKAI


 

Pendedahan:. SEBAB MIC tiba-tiba batal masuk PN - 2. KJ, Hishammuddin bakal main peranan besar


 

Rafizi Mengganas!🔥Azam Baki Sengaja Tutup Mata? Anwar Ibrahim Yang Patut Kena Siasat!


 

LUAHAN HATI SAYU SAMBUTAN SYAWAL BAGI MELAYU MALAYSIA DI TEBING SUNGAI GOLOK

Che Ibrahim


Raya tahun ini wife ke-2 saya masih lagi sukar ziarah pusara leluhurnya dan saudara mara di Golok dan Narathiwat kerana undang-undang tegas yang telah digazet, tak boleh lagi menyeberang seperti dulu.


Zaman dulu terzahir suasana raya yang meriah yakni budaya orang Malaysia langkah sungai Golok dengan berbusana Melayu untuk ziarahi saudara mara di negeri-negeri Melayu yang dijaj5h Si@m.


Keluarga Wife saya bukan asal kerakyatan Siam, mereka adalah masyarakat Semenanjung Tanah Melayu di Kelantan yang bermukim di tanah air sendiri, namun persempadanan Inggeris-Siam 1909 membuatkan keluarga besar wife saya terpisah dua entiti negara walau berada dalam geografi yang sama.


Saya harap PM Anwar Ibrahim pertimbangkan untuk buka Imigresen di beberapa checkpoint Sungai Golok, kerana amat sukar untuk orang kampung ziarah sedara mara di seberang jika pintu masuk hanya melalui imigresen Pengkalan Kubor dan Golok sahaja, itu agak jauh bahkan waktu hari raya pula perlu jimat masa.