BUTA SEJARAH.SALAH SIAPA JIKA IANYA DIUBAH FAKTA..

Oleh: Cikgu Sekolah


Inilah isu yang sedang di mainkan oleh akhbar utusan.Soalnya salah siapakah yang berrtangungjawab perkara ini. Sejak mencapai kemerdekaan kita tahu, sebelum 80an buku sejarah dan wajibnya sejarah sebagai satu subjek telah di jadikan sebagai satu sukatan kurikulum.Namun kemudiannya di tukarkan kepada Kajian Tempatan..Disinilah bermulanya kenapa remaja hilang tentang sejarah..dan guru-guru yang di tugaskan mengajar sejarah tidak juga tahu tentang sejarah.

Sistem di Malaysia unik..contohnya semasa diperkenalkan PPSMI, komputer di perkenalkan dahulu, kemudian di simpan di sekolah, sebab guru besar kata kalau dibawa balik, nanti hilang.Simpan di sekolah pula tidak di bekalkan dengan peti keselamatan.Sasarannya pejabat sekolah..ha..ha punya la lawak..hilang berpuluh buah komputer malahan ribuan rasanya, malahan ada yang menceritakan komputer yang menguruskan pendatang ke Malaysia..para petugasnya mengunakan komputer kerajaan Malaysia??

Fasa ke 5 yakni 5 tahun selepas di perkenalkan PPSMI, barulah tiba peti besi untuk menyimpan komputer riba...ha..ha di ketika rakyat sudah bosan dengan guru-guru yang mendapat ealuns tetapi nak cakap orang putih harubiru.Kerajaan yang menggunakan subjek utama menggunakan bahasa asing...ok lah berbalik kembali kepada kerja loyar buruk kerajaan...selepas 5 tahun barulah di bekalkan dengan teknisyen ke sekolah...sistem boleh la di katakn lengkap kini, namun masih ada lagi sekolah di pedalaman yang komputernya di zaman 80an ...kesiannya..


Begitu juga dengan faktor sejarah ni...selepas di pertkenalkkan..kursus para guru ini, dah tidak dijadikan subjek wajib pulak...maka peluang ini di gunakan sepenuhnya oleh guru yang mempofokuskan matapelajaran utama UPSR....maka ketinggalanlah fakta sejarah yang sememangnya di putarbelitkan tentang sejarah...namun sekurang-kurangnya murid tahun 80an tahu siapa itu para pejuang ...bukan orang Umno..bukan para balaci yang menandatangi pertjanjian kemerdekaan dengan Inggeris.(Saya rasa banyak fakta yang di siarkan mengenai hak dan peranan semua bangsa terjemahan Malaysia Today dalam blog ini)


Kini kerajaan sedang mengkaji semula untuk memperkenalkan subjek sejarah ke sekolah menengah dan juga sekolah rendah.Kita pasti pakar-pakar sejarah tidak akan di jemput.Kalau di jemput maka sejarahnya akan berbeza dimana para pejuang kemerdekaan negara era penjajah tidak di ketengahkan misalnya perjuangan PKM,AWAS,Ahmad Bostamam,Samsiah Fakeh,dan ramai lagi para pejuang yang akan di tengelamkan dengan Umno,Mca,dan Mic..seolah-olah mereka ini yang menjadi para pejuang..sednagkan mereka ini hanyalah para perunding kemerdekaan selepas rakyat bangun menentang Malayan Union....

Akhir kata para sejarawan harus tampil untuk melihat akan situasi ini sebelum buku-buku di cetak dan tersalah fakta...jika tidak duit rakyat lagi yang menjadi mangsanya....

ADA HANTU????

巫统蒂蒂旺沙区部主席(佐哈里):我们不需要华人和印度人的票

Temubual Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Kelantan janji wang tunai buat The Red Warriors

PILIHANRAYA PUNYA PASAL...TIKET PERCUMA DAPAT SEJAK MERDEKA






D r Jayakumar Devaraj ,MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib



Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.

"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.

Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.

"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang ejals mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang.


Masjid mati dulu sebelum manusia angkara Umno


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid.

Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.

“Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala’, yang menggadaikan prinsip Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

“Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini,” ujarnya sinis.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

PEMILIHAN PKR BERMULA ESOK

Lebih 400,000 ahli PKR dijangka menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pemilihan pimpinan pusat parti itu bermula esok hingga 21 November depan.

Pemilihan pimpinan tertinggi membabitkan jawatan timbalan presiden, empat jawatan naib presiden (tiga jawatan lagi dilantik) dan 20 jawatan ahli majlis pimpinan pusat (MPP). Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding.

Menurut Setiausaha Pengelola Pemilihan Radin Shamsul Kamar, ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) lalu lebih 70,000 ahli keluar mengundi di setiap cabang.

Beliau menjangkakan angka itu akan bertambah memandangkan pemilihan pusat disifatkan sebagai penting dan membabitkan lebih ramai ‘personaliti’ parti yang bertanding.

“Kami mengharapkan lebih ramai yang keluar mengundi sebab dulu membabitkan cabang dan kini pengundian penting bagi jawatan tertinggi parti.

“Pemilihan pusat ini melibatkan lebih ramai personaliti atau orang ternama dalam parti. Maka ahli parti mahu lihat calon kesukaan mereka menang bagi jawatan tertentu. Maka saya jangka angka akan bertambah dan lebih ramai yang akan turun mengundi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bermula esok dua negeri akan membuka tirai pengundian dengan empat cabang (Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa) di Kelantan dan lima (Langkawi, Kubang Pasu, Alor Setar, Kuala Kedah dan Pokok Sena) di Kedah.

Menurut Radin, cabang Pasir Mas di Kelantan yang sepatutnya mengadakan pengundian esok, terpaksa ditangguhkan pada 6 November disebabkan masalah logistik.

Bagi Sabah pula, 11 cabang yang dijadualkan mengadakan pengundian Sabtu ini ditunda ke 6 November bagi memberi laluan kepada pilihan raya parlimen Batu Sapi pada 4 November.

Ia turut membabitkan sembilan lagi cabang di Sabah yang sepatutnya mengadakan pengundian pada Ahad (31 Oktober) ditukar ke 7 November.

Secara keseluruhannya, 222 cabang bakal mengadakan pemilihan pusat pada setiap hujung minggu yang bakal berakhir pada 21 November ini.

PKR yakin proses pemilihan berjalan lancar

Sementara itu, Radin berkata parti sentiasa komited dalam memperbaiki masalah yang pernah wujud dalam pemilihan cabang sebelum ini.

Maka parti telah menambah lebih 100 petugas (pengawas) yang dilantik bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

“Melalui pengalaman dalam pemilihan lalu kita dah kenal pasti kelemahan. Maka kita bersiap sedia dari segala segi.

“Jika dulu kita ada 100 pengawas kini kita lantik 100 lagi bagi memantau perjalanan pemilihan. Kita sentiasa komited dalam memperbaiki kelemahan dan berharap segalanya berjalan dengan teratur dan baik,” katanya.

Jawatan ‘panas’ bagi kerusi timbalan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Naib Presiden Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub serta ahli MPP Datuk Zaid Ibrahim.

Kongres Nasional PKR dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 November di Dewan Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Hishamuddin Rais: 23 years on S'pore, M'sia ex-ISA detainees speak out