3 SEBAB JKOM DICEMBURUI







1) KERJA RELAX

Pegawai COS JKOM ada seramai antara 200 - 300 orang dan berada di seluruh negara. Sebelum ini mereka tidak ada pejabat. Mereka menumpang di sana sini dan ramai yang hanya duduk di rumah. Ada juga yang bekerja di tempat lain ketika masih memegang jawatan COS JKOM. Kerja mereka ialah tidak buat kerja sebab tidak ada kerja nak dibuat.  Hanya ketika ada program bawah khemah yg perabih duit kerajaan sahaja mereka akan bekerja.


Itupun sekali dalam 3-4 bulan bergantung kepada program. Dan setiap kali program bawah khemah, mereka dilihat lebih banyak duduk bersama geng sendiri daripada berbual dgn masyarakat.  Jemputan ke program pula terdiri daripada komuniti yg biasanya penyokong kerajaan Madani.  Lepas KP & TKP dinosaur berucap, mereka makan, ambik gambar,  huha huha & balik. Berita pun tak keluar di MSM walaupun bajet kerajaan dah keluar utk bayar makanan, khemah, sewa tempat, door gifts, hamper & logistik. Boleh kata zero ROI di sini. Kaput!


Kini pegawai² JKOM ditempatkan di Pusat NADI. Itupun hanya untuk menunjukkan rekod mereka hadir ke pejabat walaupun tiada keperluan pun untuk berada di Pusat NADI tu.  Ana berani sebut bahawa bukan ada kerja pun kat situ. Adakah komunikasi kerajaan boleh disampaikan hanya di NADI? Adakah setiap hari berduyun-duyun komuniti setempat ke NADI utk bertemu pegawai JKOM di situ? Ni yg org sebut "waste of time & resources".


Kebanyakan Pusat NADI tak ubah seperti "Isla Sorna". Satu tempat pembiakan dinosaur yang sudah lama ditinggalkan. Dinosaur² di situ hanya mahu hidup sahaja dgn memakan apa yg melintas di hadapan mereka.


Maka duduk lah pegawai S5 & S9 ni di sana.  Arahan kerja (jika ada) dari Pengarah Negeri juga hanya secara online. Itupun amat-amat jarang. Jadi, pegawai JKOM nak buat kerja apa? Relax aje laa. Jadi, kebiasaannya selepas clock in, mereka akan keluar & pulang sebelah petang untuk clock out di location NADI.


2) TAK ADA KPI

Selepas S5 & S9 clock in secara online melalui apps SpotMe guna henfon sendiri di Pusat NADI, mereka sudah bebas melakukan apa saja sepanjang hari sehinggalah tiba masa clock out. Syaratnya mesti on location di Pusat NADI untuk clock in & out. Tu aje.


Bagi yang masuk HQ, lepas clock in kat TAMS, tak tau apa yg mereka buat terutama dinosaur-dinosaur purba.  Kalau ada pun kerja, mereka akan bermesyuarat santai sana sini sambil dihidangkan nasi lemak, kuih lapis & kopi O.  Lepas mesyuarat, mereka kenyang & aktiviti bebas sehingga masa clock out. Ada yang kami terserempak sedang bermain Mobile Legends bagi menghilangkan rasa mengantuk di pejabat.  Nasib baik game Jack Sparrow tak ada.


Sepanjang 3 tahun ana di sana, tiada sebarang KPI yg diberikan. Syarat utk disambung semula kontrak pun tidak ada. Jika ditamatkan kontrak tidak diberikan sebab & alasan. Tamat mcm tu aje.  Cukup koboi cara JKOM beroperasi.  Sebab itulah JKOM amat perlu kepada reform sepenuhnya menerusi rombakan total.


3) FAEDAH SAMA TAPI KERJA ENJOY

Jika DSAI umum bonus kakitangan awam, pegawai COS JKOM akan dapat. Jika umum kenaikan, dapat. KWSP juga sampai 16%. Tapi hasil kerja? Tengok hasil podcast aje dah tau. Jumlah terkini yang ana dengar, JKOM ada seramai lebih kurang 244 pegawai COS dan jawatan tetap lebih kurang 98 orang. Takkanlah ketika live podcast KP tak boleh dapat 150 views? Apa mereka buat? Mereka tak buat apa-apa tapi setiap bulan mereka menikmati faedah yg sama. Enjoy kan? Group wassap rahsia yg ada lebih 100 pegawai termasuk dinosaur tua pun gagal memberikan podcast Dato KP kengkurang 90 podcast views. Kamurang dah jadi kerengga mati dipijak dinosaur kah?  Dalam lebih 100 pengurusan & pegawai dalam tu, berapa ramai aje content creator? Takat LCS aje memang enjoy laa kan.


KESIMPULANNYA, sebab itulah ana menggesa DS Anwar Ibrahim  agar reform JKOM ini sehingga ke tahap overhaul. Jika tidak, duit kerajaan terus dibazirkan untuk menternak dinosaur-dinosaur yang tua lagi berpenyakit ini.  Mereka tidak dinamik. Cara mereka bekerja tak ubah ketika zaman typewriter carbon.  Mereka tidak tahu AI. Mereka buta strategi media sosial. Kelebihan mereka hanyalah ucapan mereka yang boleh dijadikan ubat penyakit insomnia samada di podcast mahupun di program khemah. 


Jadi, dinosaur-dinosaur inikah yang diharapkan untuk mengepalai jentera penerangan kerajaan & seterusnya merangka serta melaksanakan strategi ampuh komunikasi massa?  Yang lebih merisaukan kita ialah jika penyakit dinosaur-dinosaur ini menjangkiti imej kerajaan Madani menerusi kegagalan sistem penyampaian sehingga PRU16. Nauzubillahiminzalik.


NOTA GAMBAR HIASAN: SESETENGAH BAJU SENGAJA DICIPTAKAN SENDAT




WOIIII..YB...TAK TAKUT JADI KAPIAQ KA ?


 

YB Pas Sabah gembira sambut Krismas pertamanya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai dari Pas, Datuk Dr Aliakbar Gulasan memberitahu tahun ini merupakan perayaan Krismas pertama disambutnya selepas bergelar wakil rakyat.

“Sambutan Krismas pertama saya selepas menjadi ADUN,” katanya pada kapsyen video yang dikongsinya di Facebook.

Dalam rakaman video pula, Aliakbar menerusi ucapannya juga menyebut, “Saya rasa ini majlis Krismas yang pertama selepas saya menjadi ADUN untuk Karambunai ini”.


Pesuruhjaya Pas Sabah itu juga mendoakan agar penduduk kampung sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Tuhan.

“Mudah-mudahan kita minta kampung kita penuh dengan rahmat Tuhan. Penduduknya sentiasa dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki,dilanjutkan usia dalam kesihatan.

“Dipermudahkan segala urusan kita. Kita akan bersama sampai bila-bila,” katanya semasa berucap di Kampung Kayu Madang.

Aliakbar mencipta sejarah apabila satu-satunya calon Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan majoriti hanya 365 undi.

Kunjungan Aliakbar di kampung yang menjadi markas PN pada PRN lalu turut dilihat disertai Tan Sri Annuar Musa.

Pada 2023, Annuar yang juga bekas menteri semasa UMNO itu telah dilantik sebagai Naib Ketua Pilihan Raya Pas.



KAU KAYAKAN KRONI , KAMI RAKYAT KENA BAYAR, LAGI NAK DUDUK DIRUMAH / Kekal di Penjara Kajang atau menjadi tahanan rumah: Esok jadi penentuan nasib Najib


 

Persoalan sama ada mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal di Penjara Kajang atau menjalani tahanan di rumah bakal terjawab esok.

Hakim Alice Lau akan membuat keputusan tersebut dalam prosiding pada pukul 9 pagi ekoran permohonan Najib agar kerajaan melaksanakan Titah Adendum yang menitahkan beliau menjalani tahanan di rumah.

Najib telah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun sejak Ogos 2022. Beliau telah dihukum penjara enam tahun dan denda 50 juta setelah didapati bersalah dalam penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Sekiranya permohonan Najib berjaya maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediamannya sendiri.

Jika gagal, Najib akan kekal di Penjara Kajang sehingga 23 Ogos 2028.

Mahkamah juga akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.

Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.

Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.



Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





SIAPA YANG SEPATUTNYA DIBUANG?


 

HANYA BINATANG YANG MENGENAL BINATANG


 

SIAPA YANG SEBENARNYA NAK JADI PEMIMPIN?


 

KERAJAAN NEGERI YANG PUNYA TANGGUNGJAWAB. BUKAN MACAM KERAJAAN NEGERI WALAUN. JAHANAM



Ustaz Al Asri



 Sarawak pinjamkan 1b pada Kerajaan pusat untuk biayai pusat kanser di Sarawak sebagai langkah mempercepatkan projek yg diperlukan rakyat negeri itu. 


Selama ini pesakit kanser Sarawak terpaksa terbang ke Semenanjung untuk rawatan. Kos tinggi, emosi tertekan, masa terbuang.


Kerajaan Pulau Pinang pun keluarkan dulu bajet untuk projek LRT.Demikianlah kerajaan² negeri yg bertanggungjawab kepada rakyat mereka 


Bukan macam Kerajaan walaun SG4...Projek nak cepat tapi takde duit nak dulukan....so tunggu je lah ikut giliran ye.




ELOK LA... SIMPAN LAGI BEROK NI

 



Dia didakwa, selaku individu yang bertanggungjawab bagi perniagaan Invoice Solutions, iaitu perniagaan perkhidmatan dan pengurusan majlis, gagal mengemukakan perubahan terhadap butir-butir berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman, kes bernombor 23NCVC-37-03/2013.



Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 24 Oktober 2017 hingga 30 November 2017 yang didakwa mengikut kesalahan di bawah Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.




KALAU PASANG DI GEDUNG PERNIAGAAN PUN..LEBAI BUKAN PI BELI BARANG PUN..TAKAT KEDAINPAK MAT SAJA.

 



Tiada larangan dikenakan kepada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam selagi tidak menjejaskan prinsip halalan toyyiban.







Artikel:

https://www.infomalaysiatrending.com/2025/12/tiada-larangan-guna-dekorasi-perayaan.html?m=1



RINGGIT MAKIN KUKUH WALAUN MAKIN PANAS




Pemimpin PAS selalu kritik & claim kepimpinan PMX gagal. Persoalannya, atas dasar apa walaun nak labelkan PMX gagal? Apa bukti atau data dari mana dorang ambil untuk claim kerajaan gagal? Agak-agak, dorang tahu tak sekarang ni kedudukan ringgit sekarang semakin kukuh (RM4.09)??


Maknanya apa? Maknanya kerajaan kita berjaya bawa pelaburan asing/domestik masuk dengan aktif. Tahap keyakinan pelabur kepada Malaysia semakin meningkat. Kestabilan politik di bawah kepimpinan PMX antara faktor ekonomi Malaysia semakin bertambah baik.


Jadi, ini ke yang walaun kata gagal!? Disebabkan dorang suka sangat cari salah PMX, saja la nak pesan. Rasanya, eloklah kalau geng walaun semua beri tumpuan kepada pentadbiran negeri masing-masing. Pastikan kebajikan rakyat di negeri mereka tak diabaikan. Jangan nak obses sangat berpolitik!!!


#PAS #Walaun #PMX #MadaniBekerja



TIM MENTERI KESIHATAN BARU

 


Hanifah kini sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu







PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib hari ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan hari ini.


Pelantikan tersebut menyaksikan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib bertukar portfolio daripada Kementerian Ekonomi kepada Kementerian Kesihatan, namun kekal memegang amanah sebagai Timbalan Menteri dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.


Dalam satu kenyataan, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan negara atas kepercayaan yang terus diberikan untuk memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri.


Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaksanakan amanah baharu ini dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kemampanan dan kesejahteraan menyeluruh.


Pada masa sama, YB Dato Hajjah Hanifah menegaskan bahawa khidmat bakti beliau kepada rakyat Mukah akan terus menjadi keutamaan, selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen P213 Mukah.


Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh usaha Kementerian Kesihatan dalam mempertingkatkan sistem kesihatan negara serta memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada seluruh rakyat.