Police clamp down on HRP convoys, dozens arrested

Police clamp down on HRP convoys, dozens arrested

hindraf feb 27 march against interlok 030211 posterAt least 30 Human Rights Party (HRP) members in Selangor, Perak and Kuala Lumpur have been arrested as police came down hard on their nationwide convoys.

Six were arrested at Jelapang, Ipoh police station while five more were nabbed near Jalan Templer in Selangor, as police mounted roadblocks to stop the convoy to promote an upcoming anti-racism rally.

According to eyewitnesses, a convoy member in Selangor had her camera confiscated and was hit in the face, while police were “very harsh” towards HRP members in Perak.

“The police raised their fists and threatened to hit (the HRP members),” an eyewitness said when contacted.

He added that the Jelapang police station is now closed off and other members of HRP are not allowed in, nor were they told why the six - Perak HRP chief P Ramesh, his deputy N Subramaniam and four other Perak HRP members - were arrested.

There are similar convoys in Johor, Negri Sembilan and Kedah.

According to HRP information chief S Jayathas, who was contacted moments before he was arrested along with Selangor party chief K Selvam and three others, police also mounted a roadblock in Rawang.

“They only stopped our cars, not other road users. We staged a small protest and they let us pass.

“We have the right to use the road. They can only check our road tax and drivers' licences,” said Jayathas, who is now held at the Selayang district police station.

Around 3pm, HRP activists in a convoy of three cars were taken into custody by police officers just after they alighted from their vehicles in Bangsar Utama, Kuala Lumpur.
Twenty activists had just arrived from Brickfields when police officers stopped them and took them into custody. They are currently in the Travers police station.
There are reports, meanwhile, that arrests have also been made in Kedah, Negeri Sembilan and Johor.
This includes 32 HRP activists who were arrested in Seremban and brought to the district police station there. Negeri Sembilan HRP chief S Sivakumar was among those taken in by the police.
HRP had yesterday expressed its fears of a crackdown after Perak police warned them not to proceed with the convoy.

Negeri Sembilan Car Convoy

Negeri Sembilan car convoy in Seremban ended with 26 people arrested by police including 2 school boys around 15 years old and 10 years old school girl. The convoy ended in Dataran Seremban while Perkasa was protesting against the Hindraf members.

In the latest updates Hindraf members are arrested but Perkasa members are still protesting.

This is 1Malaysia.

Pilihan raya serentak DUN Merlimau, Kerdau?

Pilihan raya serentak DUN Merlimau, Kerdau?

February 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau semalam, tumpuan arena politik tempatan sekarang sama ada pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau, Melaka.

Adun Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) meninggal dunia petang semalam akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mengadakan pilihan raya kecil serentak membabitkan dua hingga tiga kawasan meskipun tarikh awal bagi salah satu kawasan yang terbabit telah pun diumumkan terlebih dahulu.

Misalnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas, Kelantan sedangkan kekosongan wujud selang dua minggu.

Begitu juga pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dan Batang Ai awal 2009.

“Saya rasa SPR masih ada masa untuk meneliti untuk mengadakan pilihan raya serentak,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

“Masih ada tiga minggu sebelum hari pengundian kerusi Merlimau,” katanya.

Jika keadaan mengizinkan pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau diadakan serentak SPR perlu menetapkan tarikhnya minggu ini dan tidak menjadi masalah memandangkan kekosongan ini wujud secara semula jadi.

Tiada kontroversi dalam menentukan status kekosongan berbanding kerusi Pelabuhan Klang.

SPR perlu menetapkan kekosongan kerusi itu dalam tempoh 10 hari dan kemudiannya menetapkan tarikh pilihan raya.

Meskipun masih ada tiga minggu tetapi berbanding dengan situasi awal 2009 dan ketika kekosongan membabitkan Galas dan Batu Sapi, kali ini SPR hanya mempunyai sekitar 21 hari sebelum hari pengundian kerusi DUN Merlimau.

“Jika mengambil kira aspek itu, saya rasa kemungkinan SPR akan melewatkan pilihan raya kecil kerusi Kerdau... pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan berasingan, terlebih dahulu,” kata seorang lagi pemimpin.

The Malaysian Insider difahamkan pertimbangan pilihan raya negeri Sarawak juga mungkin akan dipertimbangkan di mana negeri itu akan mengadakan konvensyen BN 5 Mac, yang dilihat sebagai petanda pilihan raya negeri semakin dekat.

“Ia berbeza berbanding kerusi Batu Sapi,” kata pemimpin itu yang tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil berasingan.

The Malaysian Insider juga difahamkan SPR akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal logistik dan landskap bahagian pilihan raya DUN Kerdau itu sendiri dalam menentukan tarikh pilihan raya.

“Boleh atau tidak masih sukar untuk dikatakan, tetapi ia akan bergantung pada pelbagai faktor,” kata seorang pegawai.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober dan SPR menetapkan tarikh pilihan raya pada 19 Oktober.

Pengundian diadakan serentak dengan Galas pada 4 November lalu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, yang mempunyai 8,451 pengundi tiga tahun lalu, merupakan pilihan raya kecil ke-16 sejak Mac 8 Mac 2008.

Rekod itu menyamai jumlah pilihan raya kecil 1987-1990 dan 1990-1995.

Negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil — jumlah tertinggi sejak awal 1980-an — yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Ia pilihan raya kecil yang pertama membabitkan Pahang sejak Mac 2008.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Kerdau merupakan kerusi DUN baru yang diwujudkan menerusi urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir lapan tahun lalu.

Kekosongan kerusi Kerdau dimaklum kepada SPR esok

Kekosongan kerusi Kerdau dimaklum kepada SPR esok

13/02/2011 1:40pm

TEMERLOH 13 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Beliau berkata, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Katanya, pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam.

Sementara itu, Pengarah SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata, Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.

Beliau berkata, selepas itu, SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil. – Bernama

Selangor dan Indonesia setuju tingkatkan kerjasama perdagangan dua hala


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Indonesia bagi meningkatkan lagi kerja sama dan persefahaman antara Kerajaan Selangor dan Republik Indonesia khususnya melibatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Pada pertemuan dengan Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Irman Gusman di Jakarta hari ini, Menteri Besar menyarankan perlu adanya hubungan baik antara kedua belah pihak yang akan memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dan Malaysia khususnya Selangor.

Dalam pertemuan itu juga, Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada Irman Gusman yang menyambung ulang tahun kelahiran ke-49 hari ini. Menteri besar dan Irman Gusman adalah kenalan lama sebelum masing-masing menceburi politik.

Kedua-duanya juga sepakat untuk bekerjasama meningkatkan sektor pelancongan dan pendidikan. Majlis itu juga dihadiri anggota DPD lain termasuk AM Fatwa, Ibu Asmawati dan Jaafar Usman.

Ketika menghadiri Majlis Jalinan Perniagaan antara Delegasi Perniagaan dari Selangor dengan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta di Hotel Sultan, Jakarta pada sebelah petang hari ini, Menteri Besar mempelawa pelabur Indonesia untuk terus menambah pelaburan di Selangor.

Tahun lalu, pelaburan Indonesia di Selangor berjumlah kira-kira RM200 juta dalam sektor pengeluaran makanan dan minuman, pengeluaran kosmetik dan penjagaan kecantikan diri.

Selain Menteri Besar, Kerajaan Selangor turut diwakili EXCO termasuk iaitu Teresa Kok, Halimah Ali dan Xavier Jayakumar beberapa wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid ketika berucap kepada ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta serta delegasi perniagaan Malaysia berkata, Selangor sebagai negeri termaju berperanan penting mengekal dan melonjakkan prestasi ekonomi Malaysia.

Ini kerana, katanya, Selangor menyumbang 35% perdapatan ekonomi Malaysia dan lebih 60% pembayar cukai adalah rakyat Selangor atau mereka yang bekerja di Selangor.

Menteri Besar mempelawa ahli perniagaan Indonesia dan Jakarta khususnya supaya merebut peluang pelaburan di Selangor kerana mempunyai kemudahan infrastruktur bertaraf antarabangsa.

"Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) menyediakan khidmat nasihat dan bantuan bermula sejak proses pemohonan sehingga kilang siap beroperasi. Malah, semua pihak berkuasa tempatan mempunyai pegawai pelaburan dan Pusat Sehenti Setempat (OSC) untuk menguruskan urusan pelaburan," kata Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, Selangor memperoleh pelaburan kedua tertinggi sepanjang tahun lalu dengan pelaburan RM10.6 billion melibatkan 207 projek pelaburan baru dan 118 projek penambahan pelaburan sedia ada.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta, Edi Kutandi berkata, pihaknya amat menghargai usaha-usaha yang diambil Kerajaan Selangor untuk meningkatkan hubungan perdagangan kedua-dua pihak.

Beliau yang gembira dengan perjumpaan itu berjanji untuk membawa delegasi perniagaan ke Selangor dalam waktu terdekat untuk meninjau lebih dekat peluang-peluang perniagaan.

*Kenyataan media daripada sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor.