JANGAN PANDANG ENTENG KEPADA PARTI 'PEJUANG'...



MSO

Ulasan

Mahathir serah watikah kepada

Amir Khusyairi untuk bertanding.
KELMARIN Dr Mahathir Mohamad telah umumkan parti barunya bernama Parti Perjuang Tanah Air. (PEJUANG). Pengumuman itu dibuat sempena pengumuman  Amir Khusyairi Mohamad Tanusi seorang peguam syariah sebagai calon babas dalam PRK (pilihan raya kecil) Slim. Proses penamaan calon akan berlangsung esok. Hari mengundi 29 Ogos.
Mahathir telah menghuraikan sebab musabab dan alasan kenapa beliau menubuh parti itu, antara sebabnya kerana partinya sebelum ini Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dirampas oleh Muhyiddin Yassin. Beliau perlu tubuh parti itu sebagai wadah meneruskan perjuanganya tidak pernah belum selesai-selesai lagi.

Tampaknya Mahathir tidak mempedulikan kepada kerisauan dan pernyataannya sebelum ini Melayu terpecah-pecah kerana banyak parti ditubuhkan.

Ramai yang memberi komen dan menyinis dengan cara Mahathir itu. Bekas Setiausaha Agung Umno Annuar Musa telah memperli dan mengejek parti Mahathir itu sebagai papet atau boneka atau parti dua beranak kerana parti itu akan dikepalai Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Apapun Annuar serahkan kepada rakyat untuk menilai parti itu. Orang yang sedang terngian-ngian untuk menjadi Yang diPertua Dewan Negara, Rais Yatim pula mempersoalkan apakah parti baru Mahathir itu dapat menyatu Melayu atau pun tidak. Rais menunjukkan skeptikalnya dengan parti baru Mahathir itu.

Tidak pelik kalau Rais terus kekal dengan caranya "melambung didepan menendang di belakang" kerana itu adalah "pesennya", cara dan budaya politiknya. Kalau tertakdir Mahathir akan menjadi perdana menteri sekali lagi, nada komentar bekas timbalan presiden parti Melayu Semangat 46 itu dan kini merupakan ahli Bersatu lain pula bunyinya. Rais berkokok macam katak yang berlagu mengikut musim dan cuaca.

Apakah parti baru Mahathir itu papet atau boneka atau boleh menyatukan Melayu atau tidak, ia perlu diberikan peluang terlebih dahulu. Diharap Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan meluluskan pendaftaran parti tersebut. Jangan ada main "singgung-singgulan" untuk meluluskan parti tersebut. Adalah tidak adil kalau membuat ulasan awal tentang sesuatu itu sebelum ia diberikan lesen.

Selepas ia diluluskan dan dibentuk organisasinya baru dapat dilihat sejauh mana keupayaan dan potensinya kelak. Sekarang ini kalau diibaratkan cadangan untuk membina sebuah rumah, Mahathir baru diperingkat membersih tapak, tiang dan kerangka rumah belum pun dibangunkan. Selepas ia dibangunkan, dibubuh atap kemudian dicap, dilengkapkan perabut baru adil untuk buat penilaian. Dalam waktu membersih tapak dan merancang tidak dapat kita bayangkan bentuk dan rupa sebenar rumah itu.

Bagaimana pun sudah ada petunjuk awal apakah parti Pejuang itu akan mendapat sambutan atau tidak akan dapat dilihat apabila berlangsung PRK Slim nanti. PRK itu sebagai ujian awal kepada usaha OT95 itu. Mahathir telah menjadikan Amir Khusyairi sebagai taruhannya atau denak kepada parti baru itu.

Dalam pilihan umum lalu calon PH yang diwakili oleh parti Bersatu (Mohd Amran Ibrahim) telah mengutip 6,144 undi berbanding Mohd Khusairi Talib (BN) yang menang mengutip 21,183 undi dan seorang lagi pencabar Muhamamd Zulfadli daripada Pas mengutip 4,103 undi. Di atas kertas amat "rohok" sekali untuk calon Bebas sokongan Pejuang itu menang, tetapi seandainya Amir Khusyairi dapat mengekalkan undi yang diperolehi Bersatu sebelum ini ia dianggap sebagai hebat.

Selain itu pilihan raya itu juga boleh dijadikan indikator awal kepada pembangkang sejauh manakah PH dapat berkerjasama dengan Mahathir Mohamad untuk merampas semula kerajaan pada Piraum akan datang. Pilihan raya Slim 29 Ogos itu penting bagi melihat masa depan pembangkang. 

Melihat kepada suasana sambutan pada majlis mengumum dan pemberian watikah kepada  Amir Khusyiri yang berlangsung malam kelmarin ia agak meriah juga. Walaupun dalam keadaan PKPB tetapi majlis itu berjaya menarik perhatian umum.

Seramai lebih 19,000 views yang mengikuti siaran langsung majlis berkenaan. Angka itu sudah menyakinkan. Majlis itu juga turut disokong oleh parti pembangkang Amanah dan DAP.  Amanah dihadiri sendiri oleh presiden dan timbalan presiden  Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub, manakala DAP diwakili Setiausaha Organisasi Anthnoy Loke dan lain-lain. Kehadiran pemimpin PH itu menunjukkan sokongan kepada Mahathir dan dan pembangkang masih utuh dan dalam mood kerjasama yang baik.

Walaupun tidak kelihatan dan terdengar nama pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di close-up dan disebut, tetapi kita percaya pemimpin PKR tidak akan memberi signal kepada penyokong dan pengundinya di Slim agar jangan mengundi calon Bebas. Apabila selesai proses penamaan calon nanti tentu PKR akan turut membantu calon Bebas itu kerana implikasi daripada keputusan itu nanti ia turut menimpa PKR. Apabila PKR tidak sedia menurunkan calonnya ia memberi gambaran bahawa parti itu juga bersama Mahathir.

Kata-kata awal saya untuk PRK Slim itu, sekiranya calon Bebas yang disokong oleh Mahathir itu berjaya mengekalkan jumlah undi sebelum ini ia menjadi petanda baik yang Pejuang akan mendapat sambutan khasnya daripada ahli dan penyokong Bersatu. Kemampuan itu menyuntik semangat kepada Pejuang dan Mahathir. Mereka yang kecewa dengan Bersatu akibat tindakan Muhyiddin bersama beberapa ahli parlimen yang lapar jawatan menyebabkan mereka akan keluar dan menyertai Pejuang.

Perasaan marah dan kesal mereka atas perbuatan Muhyiddin yang memancung tempoh permerintahan PH akan bertukar arah dan menghukum Muhyiddin dengan beramai-ramai menyertai Pejuang.

Hari ini pun walaupun nama Pejuang baru disebut sudah ada ahli dan pemimpin Bersatu di peringkat bahagian hatta pimpinan tertinggi, kalangan Armada dan sebagainya telah bertindak keluar daripada Bersatu. Boleh dikatakan di seluruh negeri sudah ada reaksi daripada ahli dan penyokong Bersatu. Tindakan mereka itu adalah isyarat baik kepada Pejuang. Kita yakin selepas ia disahkan sebagai sebuah parti politik lebih ramai lagi akan berbuat demikian. 

Sekiranya Muhyiddin dapat membaca fenomena ini kemungkinan urusan pendaftaran Pejuang nanti akan bermasalah?

Mereka yang akan menyertai Perjuang nanti adalah mereka yang setia dengan Mahathir dan masih melihat Mahathir sebagai tokoh yang diharap dapat memenuhi aspirasi mereka. Mereka yang kecewa dengan cara Muhyiddin yang melacurkan kedudukan, membahagi-bahagikan jawatan sesama sendiri, menyebabkan mereka yang tidak mendapat jawatan kecewa akan menyokong Pejuang.

Berapa persen yang akan berhijrah dari Bersatu kepada Pejuang tergantung kepada berapa ramai yang mendapat jawatan dengan tidak mendapat apa-apa kedudukan dan habuan.

Saya ingatkan jangan pandang enteng dan rendah kepada kemampuan Mahathir Mohamad. Dia adalah seorang yang tidak pernah berputus asa dan mempedulikan apa yang orang katakan kepadanya. Kekuatan uletnya menghadapi segala cabaran, tidak pernah letih, tidak tahu jemu dan tidak pernah menghitung usianya dan tidak tahu kecewa, menjadikan sesuatu yang dilakukan mendapat perhatian.

Kalau pun Pejuang tidak akan dapat mencapai kejayaan seperti Bersatu menerusi PH sebelum ini, dapat membentuk kerajaan, tetapi kehadiran Pejuang boleh menganggu beberapa pihak. Yang pasti akan terganggu ialah Muhyiddin dan Bersatu. Dan jika Pejuang diketepikan atau dianggap sebagai melukut oleh PH, ia juga sedikit sebanyak memberi kesulitan kepada PH.

Kerana Pejuang adalah parti bernuansa Melayu diwujudkan sebagai meneruskan perjuangan menentang Najib Razak dan kleptokrasi, ia masih relevan dan mampu menarik minat pengundi khasnya mereka yang berada di atas pagar. Ucapan muqadimah Mahathir semasa mengumumkan nama parti itu yang penuh psikologi boleh membuka selera orang ramai kepada Pejuang.

Apa dilakukan Mahathir itu, sama ada untuk menghidup hayat politiknya dan juga anaknya namun kehadirannya yang masih berkubang dalam arena politik tidak boleh diperkecilkan. Ia tetap sesuatu yang menganggu dan bertindak menjadi hantu.

Baik Anwar Ibrahim maupun Muhyiddin Yassin perlu sedar perkara ini jangan terlalu memperkecilkan Mahathir. Sebagai orang tua (OT95), ada sesuatu yang dimilikinya tetapi tidak ada kepada orang berumur di bawah takah umurnya itu. [wm.kl.7:06 am 14/08/2020] 

Glossori:
rohok (kn) = sukar, payah, sulit

LIVE DEBAT BERSEMUKA


KENALI KAKI KELENTONG


Nizam Aka

Nak tanya 5 orang kaki kelentong dan kaki auta dalam video ini..Geng yang berbohong kpd pnyokong Pas sendiri..
✓ Nik Amar,skrg siapa bongok bodoh hingga ke atas belakang? Skrg siapa yg bodoh bebal politik?
✓ Tuan Brahim,skrg presiden dan syura mana yg kamu pakai?
✓ Takiyuddin,perjumpaan G to G konon..Yg kamu sebut usaha krjasama dgn umno kamu mulakan sjk thn 2015 lg,tu apa? Gong To Gong kot?
✓ Nik Zawawi,skrg kamu guna keputusan Majlis Syura Ulama mana?Majlis Syura Ulama Zimbadwe kot?
✓ Fadli Saari,skrg Pemuda Pas dah lembik,lembut dan lembam kot?Sblm ni tegas dan keras?
Kesian sungguh pnyokong2 tegar Pas..Asyik kena kencing dgn pemimpin2 sendiri..itupun tak sedar lagi..Walaq jgn tak walaq.. Walaq sampai ke tiang lahad..


CUBAAN KENAKAN ANWAR


Eman Merza


Kenali balaci nombor 1, balaci suruhan Atok Saka untuk memusnahkan Anwar Ibrahim.

Percubaan pertama memusnahkan Anwar Ibrahim dengan fitnah Yusof Rawter.

Yang terkini adalah dengan percubaan menarik balik pengampunan YDPA melalui mahkamah.

Ya Allah, musnah dan hancurkanlah puak-puak ini.... Aamiin.


AWAT DOK JAUH SANGAT


Ahmad Shahril

Doh guaner Pas dengan Bersatu duk hujung-hujung tu😂😂😂



Madey dan PEJUANG


Secara moral, aku sokong Madey tubuh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau apa pun parti baharu yang bertunjangkn melayu. Ini jauh lebih baik dari membiarkn madey blegar dengan komen sana sini tanpa tunjang politik yang diwakilinya.

Setentunya Umno-Pas-Bsatu (PN) melihat usaha Madey sebagai tindakan memecah belahkn undi Melayu yang sememangnya telah berpecah 5. Perpecahan yang digambarkan PN  mungkin disebabkan Pejuang dilihat mampu memecah undi Melayu sekiranya PRU15 mengejud terjadi. Itu kebimbangan hakiki MY jugak....dan perpecahan itu 'dijemba' dari kaca mata Melayu dalam PN.

Persoalannya sejauh mana kekuatan Pejuang untuk menyantuni pengundi Melayu? Relevankah lagi madey sebagai tunjang Pejuang kpd orang Melayu dan rakyat secara amnya?

Dalam usia yang kini mencecah 95 tahun, sejauh mana madey mampu menggerak dan memberi ruang pada pemimpin pelapis selepas beliau menerajui parti tersebut?

Dan... Mengapa madey tidak melihat kepada parti berbilang kaum yang mungkin ramai masih menyokong beliau?

Segala persoalan dan khilaf ini harus dilunas. Setakat ini persepsi rakyat melihat parti Madey semata-mata untuk jadi king maker dalam menentukan majoriti sokongan dalam membentuk sebuah kerajaan. Dan.... Dia nak jadi PM kali ketiga walaupun dalam sehari. Ini rekod dunia yang belum tercipta oleh mana-mana pemimpin dunia.

Tak kurang juga bertanggapan tujuannya untuk membentuk legasi beliau dalam kancah politik negara.

Dan...segelintir lagi mengisahkan sebagaic madey membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya sehingga beliau terpaksa meletak jawatan sebagai PM.

Kenyataan madey yang partinya tidak akan condong kepada mana-mana parti dalam PN atau PH boleh dicongak dalam pelbagai persepsi.

Setelah melihat pergolakan politik negara selepas 1Mei 2020, mungkin Madey melihat pola politik telah berubah. Andai dulu parti dominan yang mendapat undi terbanyak akan mengemudi kerajaan.

Apa pun sandarannya, ramai menganggap pola ini bersifat sementara. Tragedi rampasan kuasa melalui pintu belakang ini lahir dari 'gangguan badi' yang dihadapi Umno selepas tidak lagi menerajui Putrajaya.

Ramai pemimpin yang diheret dalam kes mahkamah telah 'memerangkap' umno bersengkol dengan gerakan penubuhan kerajaan pintu belakang. Semuanya, demi survival dan selamatkan diri.

Alasannya mudah, andai Umno tidak sertai rampasan kuasa yang dipimpin MY dan Azmin setentunya PN tidak akan tertubuh.

Setelah melihat kelemahan dan kemelut agihan calon dalam konsonan PN begitu ketara, Pejuang dilihat sebagai  jalan keluar terbaik kepada pengundi Melayu. Dalam klasnya yang tersendiri pulak madey masih mempunyai sokongan dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa Partinya dan PH bersedia bekerja sama parti madey adalah tindakan yang bijak. Ini disebabkan Anwar sedar sekurang-kurannya parti madey mampu pecahkan sokongan orang Melayu dalam PN.

Hala tuju Pejuang (PPTA) masih kabur. Ketika analisa ini ditulis Pejuang masih belum tersenarai dalam kelompok parti-parti politik secara rasmi. Walaupun kedengaran banyak cawangan Bersatu dan pemimpin dibeberapa pelusuk dibubarkan dan meletak jawatan.

Natijahnya sebagai sebuah parti yang baru ditubuh PPTA perlu memberi fokas pada sasaran pengundinya. Dan.. bukan untuk mendominasi kuasa politik untuk ketika ini. Kelemahan dalam gabungan PN seharusnya dimanfaat sebaik mungkin.

Dan selebihmya... Madey perlu berjiwa besar untuk memperbetul keangkuhan dan sikap tamak kuasa yang ada pada dirinya...

 MZA

Penulis adalah bekas wartawan kanan Suara Keadilan dan juga pembaca berita pertama harakahdaily.online

AZMIN IKON DI MITI ATAU DI SANDAKAN


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali memberitahu Dewan Rakyat mengenai sembilan pencapaiannya sejak memegang jawatan itu pada Mac lalu.
Salah satu pencapaian itu berbunyi: “Menjadi ikon MITI di kalangan media”.
Pencapaian tersebut disenaraikan dalam jawapan bertulis kepada Anggota Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, yang bertanya mengenai prestasi Azmin selama dua tahun menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan 100 hari setelah mengambil alih portfolio barunya di MITI.
Benarkah Azmin menjadi ikon MITI di kalangan media?
Atau beliau lebih popular di kalangan media dengan isu “video Haziq” di Sandakan?
Ikon MITI atau Ikon Sandakan? 

(Shahbudindotcom 14/08/2020

SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN


Ana Riana

Imbas Kembali....

Kata kata akhir Anwar Ibrahim depan hakim selepas dijatuhkan hukuman....

"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah! "

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

ITU PUN MASIH ADA DALAM PH YANG SONDOL


Ramdan Jamari

Tubuh parti PPBM dan parti baru itu semua sandiwara saja,  akhirnya akan kembali kepada Umno semula dimasa akan datang.

Tujuan utama adalah untuk halang PH dari bertambah maju kehadapan.

Cuba lihat semula sejarah sejak bersara pada 2003.   Tak terlintas langsung untuk kembali ke politik hinggalah Umno jadi lemah dan ditolak rakyat bermula dari 2008 hingga hilang 4 negeri dan hampir hilang Negeri Sembilan.

Tahun 2013 PRU 13,  lagi ketara penolakan rakyat,  walaupon negeri Perak kekal UMNO BN memerintah,  tetapi undi popular kepada PR masa itu makin naik mendadak.

Sudah tentulah OT95 bimbang Umno BN akan tumbang pada PRU 14 tahun 2018 dan jawatan PM terlepas kepada pemimpin PH.

PRU 14 memang sudah nyata BN akan tewas dengan mudah, kerana banyak faktor2 dan fakta2 yang menyebabkan UMNO BN akan tumbang.  Gelombang kebangkitan rakyat dan Faktor2 kuat penolakan rakyat terhadap UMNO BN, yang akan menyebabkan UMNO BN tumbang pada PRU 14,  ini sudah dituliskan pada sebelum PRU 14 yang lalu.

Ini yang menyebabkan OT95 kembali semula maauk bertanding parlimen supaya dapat halang PH dan Anwar jika menang pada PRU 14.

Lalu mahu kembali semula aktif dalam politik,  mahu bertamlnding jadi calun PRU 14.   Ini semua helah mahu halang PH dan Anwar.

Bayangkan jika UMNO BN masih kuat pada PRU 14,  adakah OT95 akan kembali aktik dalam politik semula?

Jawapan mungkin tidak lah kan..

👶🏻cnp dari whatsup

RUU Pengurangan Kesan Covid-19: Terlambat dan terlewat


Rang Undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) 2020 disifatkan sebagai sudah terlambat dan terlewat.
Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, ia dilihat tidak akan membantu kumpulan yang paling terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“RUU ini yang telah lama ditangguhkan baru dibentangkan di parlimen untuk Pembacaan Pertama pada 12 Ogos 2020.
“Untuk menguatkuasakan RUU ini, ia mesti diwartakan setelah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum berakhirnya persidangan ini pada 27 Ogos dan juga diluluskan di Dewan Negara sebelum berakhirnya persidangan pada 3 September.
“Yang paling awal RUU ini dapat diwartakan adalah pada akhir bulan September. Ini adalah lebih dari enam bulan sejak PKP bermula pada 18 Mac 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahan pula, tambah Kian Ming, jika tindakan dan tuntutan undang-undang tertentu dimulakan atau diselesaikan sebelum RUU berkuatkuasa, perlindungan yang diberikan oleh RUU berkenaan tidak dapat digunakan.
Beliau turut mengetengahkan beberapa kelemahan melibatkan RUU tersebut.
Kian Ming yang juga Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, menambah, Malaysia mempunyai peluang untuk membentangkan RUU Covid-19 yang lebih komprehensif semasa persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu.
Pada masa itu, menurutnya, hanya dua bulan setelah bermulanya PKP dan pihak peniaga masih mempunyai masa untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan yang sewajarnya.
“Sebaliknya, pemerintah Perikatan Nasional (PN) menolak peluang ini untuk mengadakan sidang Parlimen yang biasa.
“Enam bulan kemudian, apa yang kita ada sekarang adalah RUU Covid-19 yang penuh dengan kelemahan, terlambat dan terlewat,” katanya.

SIAPA PUNYA KERJA?



ZUS DIN

1.     OT95 DAN PARA PNKHIANAT LE SENGAJA BAGI PELURU PADA UMPA$ DGN MEROSAKKAN IMEJ PH. BUAT MELAYU MARAH. KONGRES MARUAH MELAYU BUAT BUKAN MELAYU MARAH DAN DAP PUN BODO TERIKUT SAMA MAINAN PERKAUMAN NI. SO.. MUDAHLAH DAP DIPERSALAHKAN OLEH UMPA$. TU PUN DAP MASIH DOK SOKONG OT95. HAIYAA...CHI SIN..!!

2.     TOKONG LIM TAK PERNAH TEGUR PUAK ASMK JANGAN DOK MELENTING SECARA TERBUKA SETIAP KALI OT95 PROVOKE. HANYA DSAI DAN DS SAIF PANTAS TEGUR MP-MP DARI PKR. DAP TOLOL, BIARKAN MP-MP DAN ADUN MEREKA BUAT KENYATAAN YANG SENSITIF PADA MELAYU, TERPERANGKAP DENGAN PELBAGAI ISU PERKAUMAN LALU JADI PELURU UTK UMPA$ MENAIKKAN AMARAH MELAYU. HAMPIR 2 TAHUN ADA PENYOKONG2 MCM KAMI MENEGUR SEBALIKNYA DIMARAHI PULAK OLEH PENYEMBAH DAP.


3.     SEPATUTNYA DAP NI DIAM DALAM ISU SENSITIF / MELAYU MACAM SEBELUM PRU14, SERAHKAN PD AMANAH DAN PKR SHJ. TAPI DAH ARROGANT OF POWRR, PAYAH LA. NAK ULANG LAGI? HAAH...BUATLAH..!!

- Zus Din
14 Ogos 2020


*********************
Dalam seratus hari pertama Pakatan Harapan pada tahun 2018, tidak ada sebarang perkara yang dibuatnya dilihat salah. Selepas itu, segala perkara yang dibuatnya pula dilihat sebagai salah. Mengapa? Terdapat beberapa sebab.
Pertamanya ialah euforia dan harapan yang amat tinggi sejurus selepas kemenangan dalam pilihan raya umum yang pertama dalam sejarah negara, walaupun beberapa kesilapan yang amat besar telah dilakukan oleh Pakatan Harapan dalam tempoh beberapa bulan tersebut.
Saya tidak pernah menjangkakan yang Pakatan Harapan akan berjaya untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018.
Tetapi, benih-benih kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah pun ditanam seawal seratus sehari pertama pentadbiran kerajaan baharu ini.
Siapakah yang boleh menyelamatkan Malaysia?

PERTEMUAN MB SELANGOR DAN MBSA


 Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

AZHAR ARCHIL

Pertemuan Dato Menteri Besar Selangor bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam , Timbalan Datuk Bandar dan ADUN Paya Jaras, YB Khairuddin Othman. Saya gesa agar MBSA membantu peniaga kecil tempatan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen berniaga dan membanteras warga asing yang berniaga.

Saya difahamkan MBSA akan melaksanakan Program bersama Peniaga dan Penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh pada hari Sabtu, 15 Ogos.  Kaunter Permohonan Permit Penjaja Sementara akan dibuka bagi memudahkan para penjaja dan peniaga setempat mendapatkan lesen dan permit berniaga. Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin dengan permasalahan oleh penjaja dan peniaga kecil terutama menghadapi kesan wabak Covid-19. Kerajaan Negeri juga sentiasa konsisten dalam membanteras perniagaan warga asing serta premis perniagaan haram.

Selain itu pihak MBSA turut mengulangi komitmen bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai siasatan SPRM yang sedang berjalan. Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan konsep ‘transparency’ dan ketelusan dalam melaksanakan tugasan dan khidmat kepada rakyat.




TIADA TEMPAT LAGI BUAT WARGA ASING BERNIAGA-MELAYU JUAL/SEWA LESEN GAMAKNYA

QALSOOM BEE


Warga asing tidak lagi dibenarkan berniaga selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang-undang Kecil Penjaja semalam.

KAJI SEMULA DASAR SEKURITI MAKANAN NEGARA, ELAK IMPORT BERLEBIHAN

PINDA LAPORAN AUDIT: NAJIB AKAN SANGKUT LAGI?

WAJARKAH CUKAI PBT DINAIKKAN?

PETUNJUK PENTING PRK SLIM

KEMPEN TOLAK UMNO DAN PAS


AKU TETAP MELAYU TANPA UMNO DAN TETAP ISLAM TANPA PAS



Peranan parti politik di negara ini mestilah selaras dengan sistem Demokrasi, kerana rakyat perlu mengambil bahagian dalam menentukan kerajaan setiap lima tahun sekali.
Parti politik merupakan penjaga keharmonian dan menentukan dasar sebaik diberi mandat menerajui kerajaan. Jika polisi yang diangkat menjadi dasar itu pincang, maka keseluruhan system tata urus negara  juga akan berpaksi kepada system yang pincang. DiMalaysia, perlembagaan negara telah dipinda sebanyak 42 kali oleh kerajaan yang memerintah, pindaan melibatkan bab kewarganegaraan, kuasa kuasa kerajaan negeri, pilihanraya, kehakiman dan sektor awam.

Dakwaan DAP boleh mengubah perlembagaan bila jadi kerajaan adalah persepsi dan modal politik semata mata, kerana untuk mengubah perlembagaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 dari Ahli Parlimen..

Masalah sekarang, orang Melayu amat mudah diperdaya oleh pemimpin parti politik Melayu yang menyebarkan dakyah sebegini, khasnya PAS dan UMNO...  selagi wujud parti politik yang mengunakan isu kaum dan agama untuk menagih sokongan, kepincangan dalam memperbaiki kualiti hidup rakyat dan membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan, mustahil tercapai.. contoh di Kelantan, ada yang menetap di kandang lembu, rumah ibarat reban ayam, tinggal ditapak pelupusan sampah, masalah air, peluang pekerjaan etc tapi parti politik yang gagal mengurus kebajikan rakyat  terus dipilih sebagai kerajaan disana.

Untuk menjadi bangsa dan warganegara yang merdeka dari politik sempit kepartian , perlu kesedaran bahawa kuasa menentukan kerajaan adalah hak multak rakyat yang dijamim oleh perlembagaan.. tidak berdosa menolak parti 'islam' kerana islam dijadikan alat berpolitik semata..

Kau tetap Melayu tanpa UMNO dan tetap Islam tanpa PAS...
Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.


Image may contain: one or more people

DAKWAH SYOK SENDIRI BAHAYA DALAM POLITIK