Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan laporan daripada media ada pelajar di Universiti Malaya (UM) terpaksa ikat perut ekoran kesempitan wang.
Beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pentadbiran dan persatuan pelajar di universiti berkenaan.
“Saya terharu membaca liputan mengenai kisah mahasiswa kelaparan. Staf saya diminta mendapat makluman dari HEP (Hal Ehwal Pelajar), PMUM (Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya dan PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas pemimpin pelajar UM itu mengulas mengenai pendedahan akhbar Berita
Harian hari ini mengenai mahasiswa miskin di universiti itu terpaksa mengikat perut.
Laporan muka depan itu rata-ratanya mendedahkan sebilangan pelajar universiti itu mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung
pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.
Paling terkesan adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, kamera


18.3.2019

Di Parlimen hari ini saya tegaskan bahawa soal Pengerusi Kira Kira Wang Negara (PAC) wajar untuk diteliti dan dibincang semula dan mendengar kewajaran yang disebut PM
 Tun Dr Mahathir. Dan saya juga mendapat jaminan dari Kementerian Kewangan
 bahawa peruntukan khas melibatkan pelajar-pelajar di Universiti Malaya baru-baru
 ini yang terpaksa ikat perut akan dirangka dan disalurkan kepada mereka.
Ianya melibatkan semua pelajar Universiti di semua universiti seluruh negara.