KEADILAN ditubuhkan April 1999. Bulan November 1999 masuk pilihanraya umum.


SAIFUDDIN NASUTION


Saya wakili parti berunding kerusi dgn PAS, DAP dan Parti Rakyat. PAS diwakili Setiausaha Agong Dato Hishamuddin Yahya, Mustafa Ali, Azizan Razak, Abd Halim Abd Rahman. DAP pula diketuai Setiausaha Agong Kerk Kim Hock. Parti Rakyat diwakili Dr Sanusi Osman, Rustam Sani dan Sivarasa Rasiah.

Sebagai parti paling muda KEADILAN dipersetujui untuk bertanding kerusi sukar milik UMNO/BN.

Di Kedah misalnya KEADILAN bertanding di Sg Petani, Padang Serai, Merbok dan Kulim Bandar Baharu. KEADILAN kalah semua pada tahun itu. Bukan sekadar kalah tapi kalah teruk!

PAS menang tahun itu(1999) di Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Baling dan Sik. Kawasan2 ini kekal kubu PAS.

Hari ini setelah kalah pru 1999 dan pru 2004 KEADILAN menang di kerusi2 tersebut bermula 2008 dan kekal sehingga sekarang setelah menang pada pru 2013 dan pru 2018(Kecuali KEADILAN kalah di Merbok dan Kulim pada pru 2013)

Begitulah perjalanan KEADILAN dalam

politik pilihanraya.. tidak terus diberi kerusi selamat ! Bekerja bina kekuatan parti, bergelumang dgn rakyat secara berterusan.

 

Terangkan maksud ‘under one roof’, bukan tuduh saya tak bagus Bahasa Inggeris, Teresa jawab Zuraida

 

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata Zuraida Kamaruddin perlu menerangkan maksud sebenar apa diperkatakannya dalam wawancara dengan sebuah akhbar yang disiarkan pada 17 Feb lalu.

PETALING JAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin sepatutnya menjelaskan apa dimaksudkannya dengan tiga agensi minyak sawit “under one roof”.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata Zuraida perlu menerangkan maksud sebenar apa diperkatakannya dalam wawancara dengan sebuah akhbar yang disiarkan pada 17 Feb lalu, bukan menuduhnya tidak bagus dalam Bahasa Inggeris.

Semalam, Zuraida menyifatkan Teresa sebagai individu kurang pemahaman Bahasa Inggeris berhubung cadangannya meletakkan tiga agensi minyak sawit bawah satu bumbung.

Katanya, cadangan untuk meletakkan agensi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) bawah satu bumbung bukan bermakna ia digabungkan.

Zuraida berkata, ia lebih kepada ingin memastikan agensi itu berada di satu tempat bagi memudahkan mereka berkomunikasi untuk memastikan kualiti lebih efektif kepada industri minyak sawit.

Membalas kririkan Zuraida terhadapnya, Teresa berkata ketiga-tiga agensi minyak sawit itu sudah berada bawah kementerian sama.

“Saya rasa lucu bila baca respons Menteri MPIC Zuraida Kamaruddin terhadap kenyataan saya berkenaan cadangan beliau untuk meletakkan MPOB, MPOC dan MPOCC bawah satu bumbung (will be brought under one roof) dalam artikel disiarkan (sebuah akhbar) pada 17 Feb 2022.

“Selepas saya mengeluarkan kenyataan akhbar dan menasihati beliau jangan buat demikian, Zuraida kemudian kata letak tiga agensi minyak sawit di bawah satu bumbung bukan bermakna mereka digabungkan. Kalau ini bukan maksud beliau, apakah maksud sebenar Zuraida dalam kenyataannya ‘di bawah satu bumbung’?

“Saya percaya Zuraida tahu MPOB, MPOC dan MPOCC sudah pun terletak dalam satu kementerian. Ini bermaksud ketiga-tiga agensi ini telah pun terletak di bawah ‘satu bumbung’,” katanya dalam kenyataan.

Teresa menegaskan, kepimpinan tertinggi dalam tiga agensi itu sudah bekerjasama rapat antara satu sama lain di bawah kementerian.

“Ini bermaksud pegawai atasan ketiga-tiga agensi minyak sawit kini memang berhubung rapat dan saling berkait di bawah kementerian. Bukankah ini bermaksud mereka sudah berada bawah satu bumbung?

“Memandangkan Menteri Zuraida berkata pemahaman Bahasa Inggeris saya lemah sehingga saya tidak faham maksud sebenar beliau dalam wawancaranya dan beliau mungkin juga tidak faham kenyataan saya dalam Bahasa Inggeris, jadi sekarang saya jawab dakwaan beliau dalam Bahasa Malaysia, dengan harapan beliau faham maksud saya bahawa MPOB, MPOC dan MPOCC memang telah lama berada ‘di bawah satu bumbung’ (under one roof),” katanya.

HADI- TAK PASAL PASAL ORANG PANGGE BODO- TAK MALU KE BUDAK BUDAK KAH ?

 

MUDA ditubuhkan DAP? Betul-betul bodoh, Naib Presiden bidas Hadi





Pemimpin MUDA dan Amanah menggesa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menghentikan ‘cakap-cakap politik bodoh’ berdasarkan sentimen kaum dan agama yang ‘lapuk serta tidak relevan’.

GEORGE TOWN: Pemimpin MUDA dan Amanah yang tersinggung dengan dakwaan Abdul Hadi Awang bahawa parti mereka ditubuhkan DAP untuk memancing pengundi Melayu, berkata generasi muda tidak akan terpedaya dengan dongeng itu.

Zaidel Baharuddin.

Naib Presiden MUDA, Zaidel Baharuddin menyifatkan Presiden PAS itu “bodoh” memikirkan parti berasaskan anak muda itu disokong DAP.

“Saya tidak percaya hari ini dan pada zaman ini, kita masih perlu menjawab kebodohan sedemikian.

“MUDA tidak diasaskan DAP, sama seperti tiada cip nano 5G dimasukkan (jutawan) Bill Gates dalam vaksin kita. Rakyat letih, bimbang dan sakit dari segi mental dengan apa yang berlaku.

“Jika apa yang boleh ditawarkan PAS kepada pengundi adalah ceramah dongeng politik bodoh, mungkin pengundi perlu mempertimbangkan alternatif lebih baik, lebih baru dan kompeten,” katanya kepada FMT.

Zaidel berkata, lebih baik PAS memfokuskan dasar, perancangan dan tindakan kerajaan persekutuan ketika negara berdepan krisis ekonomi serta kesihatan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Faiz Fadzil menyifatkan dakwaan Hadi adalah skrip lama yang diulang kerana PAS bimbang pengundi Melayu akan mula memilih politik nilai dan bukannya sentimen.

Faiz Fadzil.

Katanya, PAS menjadikan DAP sebagai “punching bag” sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi, tetapi ia gagal kerana rakyat mahukan perubahan.

Anak bekas Presiden PAS, Fadzil Noor itu berkata, agenda perjuangan Amanah dan MUDA adalah untuk membela rakyat berbilang kaum.

“Inilah yang ditakuti PAS kerana apabila rakyat tidak lagi melayan sentimen perkauman dan agama sempit, PAS akan disingkirkan rakyat.

“Kepada Haji Hadi, cukuplah menjadi ‘driver’ kereta buruk dengan menjadikan sentimen kaum dan agama sebagai modal politik, sedangkan ia isu yang sudah lapuk dan tidak relevan kepada generasi muda.”

Syahredzan Johan.

Syahredzan Johan daripada DAP berkata, partinya tidak perlu menubuhkan parti lain kerana ia wujud dan aktif dalam politik negara sejak beberapa dekad lalu.

“Dakwaan terbaharu Hadi sekadar dakwaan tidak masuk akal dalam senarai panjang perkara yang merupakan ‘salah DAP’ yang digunakan musuh politik terhadap kami.

“Beliau patut melihat ke dalam dan tanya kenapa generasi muda, khasnya anak muda Melayu menjauhi partinya,” kata Ketua DAP Pusat Bandar Shah Alam itu sambil menambah dakwaan itu tidak menghormati hak rakyat menubuhkan persatuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ceramah di Kota Tinggi baru-baru ini, Hadi mengingatkan pengundi Melayu tidak memilih MUDA, yang didakwanya ditubuhkan DAP, sama seperti Amanah, untuk memancing undi orang Melayu.

SAMDOL..YANG DOK GADUH SIANG MALAM PARTI LAIN LA.....





MOHD SHAH RIM


Ale utuh ler MCA.. yang bergado siang malam bukan PH, tapi antara UMNO, BERSATU dan PAS.. Semasa PH jadi kerajaan, indeks rasuah berjaya dibaiki, harga barangan mampu beli, yang dakwa PH gagal adalah mereka yang sebenarnya yang GAGAL.

Malu ke budak budak la Hadi....Syed Saddiq tempelak Hadi label Muda boneka Dap (VIDEO DIDALAM)

 


Syed Saddiq tempelak Hadi label Muda boneka Dap


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menempis dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka diasaskan untuk menjadi boneka parti DAP.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebaliknya Muda diasaskan untuk membina Malaysia maju, bermaruah dan berintegriti disamping membawa politik yang matang.

“Sebab itu apabila saya berkhidmat dulu dalam kabinet, saya memperjuangkan hak negeri pembangkang di Kelantan dan Terengganu untuk dapat peruntukan khas walaupun bawah pentadbiran pembangkang.

“Dalam Muda, kita gunakan prinsip sama. Hormat kawan, hormat lawan. Keutamaan kepada Malaysia, negara tercinta. Jangan hanya kerana kami Muda, kami dilabel sebagai boneka,” katanya menerusi hantaran video di media sosial pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai tindakan Abdul Hadi yang menyifatkan Muda sebagai ciptaan DAP yang bertujuan untuk mengumpan belia Melayu.

Pada masa sama, Syed Saddiq menegaskan, Muda komited untuk belajar dan berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.


ATAS KAPASITI APA DIA DI ATAS PENTAS- GUNA JENTERA KERAJAAN JUGA KAH



Takdir !!! Kesan ditarbiyyah Umno…

ANA TAHU


 

SIDANG MEDIA! DS ANWAR IBRAHIM! ISU JAWATAN TIM PRESIDEN & STATUS KEDAH!





DSAI DI TANYA ISU, RAFIZI RAMLI, JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UNTUK PEMEILIHAN PKR NIULAN 4 INI!! JAWAPAN YANG MENGEJUT DAN SELAMBAH DARI DSAI!! Sumber Video FB DS Anwar Ibrahim #sidangmediaDSAI #rafiziramli #pemilihanPKR

(LIVE) Anwar Ibrahim: Kenduri Rakyat Sempena Demonstrasi Baling & Kebang...



20/02/2022 Padang Awam, Kg Lalang, Mukim Siong, Baling, Kedah #Baling1974

MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING DAN KEBANGKITAN RAKYAT 1974 (BERGAMBAR)











Kembali ke Baling, Kedah di mana pada 1974, saya bersama puluhan ribu mahasiswa turun ke jalanan dan berdemonstrasi menuntut pembelaan buat rakyat kawasan tersebut terutamanya golongan petani dan penoreh yang mengakibatkan saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 22 bulan.

Saya mengulangi tekad untuk mengangkat darjat golongan kurang bernasib baik dan mengembalikan maruah dan darjat negara ke landasan tepat, makmur dan adil.

Saya turut mengemukakan beberapa jalan penyelesaian terkait kebajikan rakyat, keselamatan makanan dan sektor pertanian sekali gus menamatkan kitaran kemiskinan.

Antaranya adalah meningkatkan pendapatan dan kebajikan petani melalui beberapa pelan jangka panjang, memulih dan mengangkat martabat petani, dasar hijau membanteras perubahan iklim buat petani dan memposisikan semula petani kembali ke tempat kritikal mereka dalam gambaran yang lebih besar.

Semoga usaha ini mampu mengubah hidup golongan yang memerlukan bukan sahaja di Kedah tetapi seluruh negara.

Terima kasih Cikgu Azmi, MAPIM dan warga Baling atas penganjuran majlis ini serta semangat kebersamaan yang ditonjolkan.

#kendurirakyat #baling1974

 

PRN JOHOR: 45% PENGUNDI BAWAH 30AN


Polemik, wacana kurang tekankan masalah kemiskinan luar bandar - Anwar


 

Masalah kemiskinan luar bandar masih lagi 'real' selepas 60 tahun negara merdeka.

Namun, menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah tersebut tidak banyak dibincangkan dalam majlis ilmu, perdebatan atau polemik di Kuala Lumpur.

Katanya, perlu diambil pendekatan baharu dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan luar bandar.

"Bagi saya kita kena fokus masalah kemiskinan luar bandar dan desa.

"Saya terlibat banyak polemik dan wacana di Kuala Lumpur. Masalah kemiskinan luar bandar dan desa itu sedikit sekali dibincangkan, termasuk kongres ekonomi yang masa Pakatan Harapan anjurkan dahulu.

"Penekanan ini, dia ingat (kerajaan) angka sedikit kemiskinan, dikurangkan tetapi dia tak tahu masalahnya, kesihatannya, pendidikannya, masa depan, perumahan. Ini memerlukan satu perhatian," katanya dalam majlis kenduri rakyat mengenang peristiwa Baling 1974 tengah hari tadi.

Ditanya wartawan sama ada generasi muda hari ini berbeza atau harus sama dalam menanggapi kemiskinan luar bandar, Anwar berkata zaman telah berubah, namun perkara yang diperjuangkan harus sama dan perlu merakyat.

"Tentu zaman berbeza, tak semestinya semua harus lalui pengalaman kami, tetapi semua harus prihatin. Jangan hidup dalam ruang selesa dan berjuang dalam keadaan selesa.

"Sosial media saja, betul, boleh. Tetapi terjun ke bawah, mana program untuk masyarakat Melayu di kampung? Tak ada.

"Ini yang patut ditegaskan. Saya tegaskan kepada anak anak muda dan KEADILAN sendiri," katanya.

Majlis kenduri rakyat memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 itu bagi menghargai jasa pejuang pejuang yang berjaya mengangkat masalah kemiskinan luar bandar menjadi isu nasional.

Demonstrasi itu juga menjadi titik mula kepada perjuangan Anwar Ibrahim dalam mengangkat isu isu kemiskinan selepas ditahan tanda bicara selama hampir 2 tahun. Peristiwa Baling juga memulakan perjuangan mahasiswa yang kristis terhadap isu isu semasa tanah air selama berdekad dekad kemudiannya.



HADI PATUT DISAMAN SAJA.


 AMANAH dan Muda ciptaan DAP?

Ada seorang pemimpin tertinggi parti ehem menuduh kononnya Parti Muda dan Parti AMANAH dicipta oleh parti DAP.

Media lapor, antara lain, pemimpin itu dikatakan berkata:

“DAP cipta AMANAH. Saya tahu mereka rekrut orang-orang Pas untuk tubuhkan AMANAH.”

Media lapor kata-kata di atas tersebut diucapkan dalam sebuah program ceramah pelancaran jentera Perikatan Nasional (PN) di Kota Tinggi, Johor.

Sebelum saya ulas, mungkin elok juga saya bertanya soalan ini: “Bukankan anda seorang ulama YB, bagaimana jika tuduhan YB itu adalah dusta dan YB sendiri pun tahu ianya dusta?”

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti Muda, tetapi saya tahu dan arif sangat tentang sejarah penubuhan parti AMANAH kerana sejak daripada awal saya terlibat secara aktif dalam penubuhan AMANAH.

Dan saya berani kata tidak ada sebarang penglibatan DAP. Dakwaan YB itu terlalu mengarut.

Bukan saya sahaja boleh sahkan hal tersebut. YB Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Mahfuz Omar, YB Dr Hatta,YB Khalid Samad, YB Dr Dzulkefly Ahmad,YB Dr Mujahid,YB Dr Maria, YB Annuar Tahir dan beberapa orang lagi juga boleh mengesahkan hal tersebut.

AMANAH Muda DAP Abdul Hadi Awang
Dakwaan AMANAH ciptaan DAP terlalu mengarut.

YB tersebut mungkin tidak suka dengar perkhabaran ini. Tetapi, jika YB jujur untuk bermuhasabah, YB mungkin harus terima hakikat ini.

Suka tidak suka, mungkin YB kena akui antara punca utama penubuhan AMANAH adalah datang daripada YB atau hasil kelemahan kepimpinan YB sendiri.

Adakah YB sudah lupa kalimah “baruah” yang YB luahkan dengan nada marah semasa YB menggulung muktamar tahunan parti ehem di Batu Pahat, Johor ?

Atau YB sudah juga lupa fenomena cai semasa proses pemilihan di muktamar parti ehem di Kuala Selangor ?

Atau YB juga sudah lupa tindakan YB sendiri yang tidak hormat keputusan mesyuarat parti ehem pusat mengenai keputusan parti berhubung pencalonan calon MB Selangor.

YB yang tidak hormat keputusan parti, YB Presiden AMANAH yang dituduh ayam daging kerana secara amanah bawa keputusan parti dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat (PR)!

Dan adakah YB juga sudah lupa sikap berdiam diri yang YB tunjukkan apabila kami semua dilabel secara rakus dengan label seperti munafiq haraki, jebon, baruah, muslim liberal, tak walak, Anwarinas, Erdogan, anjing DAP, tolak ulamak, peguam neraka dan lain-lain

Apapun, dont worry be happy YB selagi ada peluang.

Cukuplah Allah saksi kami semua!

Johor bangkit dengan 3 teras utama - Dr Maszlee





Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, Johor memiliki potensi yang sama seperti di Selangor dan Pulau Pinang. Cuma yang tidak dimilikki adalah pemimpin yang bersih, telus dan kreatif lagi bijaksana.


"Apa yang ada di Johor tidak kurang dengan apa yang ada di selangor juga Pulau Pinang.


"Penang dan Selangor ada pelabuhan, Johor pun ada. Pertanian, kita ada, insdustri kita ada, tenaga kerja kita ramai. Kedudukan pula strategik berjiran dengan negara yang termaju dan termoden di rantau ini, iaitu Singapura.


"Tetapi persoalannya setelah kita merdeka begitu lama mengapa Johor tidak setanding Selangor. Tidak semaju Penang walaupun kita memiliki segala sumber?


"Puncanya satu, kepimpinan yang tidak layak, tidak cekap dan amanah," katanya dalam program Santai Anak Muda, semalam.


Justeru, Dr Maszlee meletakkan 3 teras utama untuk memajukan Johor dengan penglibatan modal dan teknologi dari Singapura.


"Bagi saya kita letakkan 3 teras utama untuk letakkan Johor di mata dunia. Datuk Seri Presiden dalam jelajahnya sering menyebutkan potensi Johor yang strategik. Sejarah Johor yang panjang memungkinkan kita kembali menjadi pemain antarabangsa dalam bidnag ekonomi dan pendidikan.


"Kita mampu kerana kita lihat ramai orang Johor berkerja di Singapura, sepatutnya pemindahan teknologi telah lama berlaku.


"Sepatutnya kita bukan hanya menjadi pembekal kepada mereka, sepatutnya kita jadi rakan strategik. Kenapa ini tidak berlaku?


"Sama ada tidak ada political will atau tidak ada kerajaan yang bersih," katanya.


Dr Maszlee berkata, sekiranya PH diberi mandat maka pelaburan akan lebih banyak ditarik masuk dan anak anak Johor akan dilatih oleh pihak indusri untuk jaminan pekerjaan.


"Keyakinan pelabur hanya akan pulih jika kerajaan negeri bersih. Jikalau kepimpinan ada rekod bersih dan rekod pencapaian. Tenaga kerja mahir yang perlunya kepada pendidikan. Kita mahu mereka dilatih oleh industri sendiri.


"Pihak industri melatih siswa kita sewaktu mereka belajar di institut latihan. Terutama industri dari Jerman. Penang telah tunjuk usaha yang cemerlang.


"Kedua, penguasaan terhadap teknologi Revolusi Industri 4.0 dan bahasa Inggeris


"Terbukti yang fasih berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat kerja.


Tekad ketiga kita untuk persepadanan kerja. Kita pergi Johor Bahru kita dapati yang kerja di kedai serbaneka banyak granduan, berkelulusan tinggi tetapi terpaksa kerja apa yang ada. Akhirnya mereka dibayar gaji yang rendah. Ini perlu diperbaiki," kata Maszlee lagi.


Muda perlu hormat rakan kerjasama, jangan jadi liabiliti kepada PH






 

Parti Muda seharusnya berlapang dada dengan kemunculan pertamanya dalam pilihan raya setelah mendapatkan sejumlah kerusi daripada DAP dan Amanah.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Aizuddin Ariffin, presiden parti anak muda itu, Syed Saddiq tidak seharusnya terlalu mengungkit perundingan kerusi yang gagal dengan KEADILAN.

Hal itu, katanya, kerana KEADILAN telah menawarkan 3 kerusi namun Muda tidak mahu mencuba bertanding di kawasan luar bandar sebagaimana kemunculan KEADILAN dua dekad lalu yang tidak berkira sangat kerusi yang diberikan.

"Muda pimpinan Syed Saddiq gagal memberi kata putus sehingga mengheret beberapa siri rundingan terkait tiga kerusi yang ditawarkan oleh KEADILAN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini.

"Jika dibandingkan rundingan Muda bersama AMANAH dan DAP, begitu pantas perjanjian persefahaman 'sign MOU' dimeterai. Bukan itu sahaja, Muda mula pamerkan wajah sebenar apabila bersikap selektif dengan menolak kesemua kerusi ditawarkan KEADILAN yang dikategorikan bukan kerusi 'empuk', juga luar bandar di mana majoriti besar pengundi adalah di kalangan orang Melayu.

"Bukan saya sahaja dalam pimpinan AMK mengkritik pendekatan yang dibuat oleh Muda, termasuk persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua AMK Johor , saudara Yuneswaran dalam Thevibes, Why Muda not contest in rural seats?" katanya.

Selain itu, kata Aizuddin, Naib Ketua AMK Malaysia ,Thiban Subramaniam juga telah mengingatkan Muda agar merasai dahulu perit perjuangan dan bukan terus bercita cita menjadi Yang Berhormat.

"Saya sempat meniliti Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Parti orang Muda ini. Respon kepada kenyataan itu, saya membayangkan Muda akan menjadi beban kepada Pakatan Harapan. Sikap angkuh, 'play victim', gelojoh dan pandai mengugut hanya akan menjauhkan rakyat marhaen daripada menyokong Pakatan Harapan," katanya.

Katanya, KEADILAN telah belajar daripada beberapa siri keangkuhan pimpinan dalam PH yang tidak faham akan denyut nadi rakyat. Akhirnya rakyat mula menolak dan kepercayaan mereka mula terhakis. Seolah- olah kita lupa bahawa pangkat kekuasaan boleh lenyap dalam sekelip mata.

"Mendepani PRN Johor, PH bersama sama Muda sepatutnya sudah mula mengorak langkah dengan mengetengahkan isu rakyat di bawah yang perlu diangkat.

"Sebagai contoh, beberapa perkara yang diketengah oleh Ketua AMK Malaysia YB Akmal Nasir semasa peluncuran Jentera pilihan raya AMK Malaysia bagi PRN Johor.

"Antaranya beliau menyentuh soal kenaikan harga barang, kemiskinan haid, isu petani lokal, mahasiswa, juga perlindungan dan kebajikan yang cukup kepada anak muda yang ceburi ekonomi gig. Bukannya ,kita terus menerus terbeban dengan permainan politik yang memualkan seperti sekarang," katanya lagi.

Aizuddin khuatir ,polemik yang dimainkan Muda akan berterusan dan mencipta persepsi atau naratif negatif sehingga rakyat terus menolak Pakatan Harapan.

Katanya, dari pendapat rakyat kebanyakannya berkata "Umno BN atau PN bukannya kuat sangat, tapi persepakatan pembangkang yang tidak kuat".

Persepsi seperti itu, tegas Aizuddin menghakis keyakinan rakyat kepada pembangkang.

 

ZIARAH USTAZ ZAWAWI AHMAD


Saya turut berkesempatan ziarah sahabat iaitu Ustaz Zawawi Ahmad yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dan Mantan Ahli Parlimen Padang Terap.

Kami bicara soal pendidikan dan pengajian tinggi Islam di negeri Kedah.

Juga singkap kenangan lama perjuangan membangun institusi pendidikan rakyat bersama Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Niamat Yusoff.

Semoga Ustaz Zawawi terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berkhidmat, InsyaAllah.

 





MISKIN SEJAK DARI ZAMAN BN


 

Dakwaan disuap untuk lepaskan kes dadah anak taikun, Thomas akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar

 

Dakwaan disuap untuk lepaskan kes dadah anak taikun, Thomas akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar


Bekas peguam negara Tommy Thomas menepis dakwaan bahawa dia bersikap korup semasa mengendalikan kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal, Vincent Tan.

Dakwaan itu dibuat di akaun Twitter Edisi Khas yang tidak dikenali pengendalinya.

Dalam ciapannya, Edisi Khas mendakwa salah seorang anak lelaki Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi didakwa mereka sudah dilepaskan oleh Thomas.

Dalam satu kenyataan hari ini,Thomas berkata bahawa selepas anak lelaki Tan didakwa, peguam-peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut Thomas, menerima permohonan bertulis untuk mempertimbang semula pertuduhan adalah “kejadian biasa” di AGC.

“Surat-surat ini dibawa ke pengetahuan saya untuk diputuskan.

“Setelah mengkaji representasi dan kertas penyiasatan, menyemak semula peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan pegawai kes (semua timbalan pendakwa raya), saya ingat yang saya mengurangkan pertuduhan,” katanya.

Tambah Thomas, memandangkan dia tidak mempunyai akses kepada sebarang dokumen dan fail yang diselia oleh pihak yang menyediakan kertas siasatan, dia tidak lagi berupaya mengemukakan sebarang perincian lanjut.

Pun begitu, tegasnya, dia tidak pernah bersikap korup mahupun menerima rasuah daripada Tan atau sesiapa sahaja semasa menjawat jawatan peguam negara.

Tambahnya, dia tidak pun mengenali Tan sebelum menjadi peguam negara, mahupun mewakili Tan atau kepentingan perniagaannya.

“Kejinya (dakwaan) dan masa serangan ini (dibuat) ke atas integriti saya adalah berhubung kait dengan perbicaraan Roger Ng yang baru berlangsung di New York, membabitkan penyalahgunaan wang milik Malaysia

“Ahli politik dan personaliti negara kita akan ditampilkan apabila keterangan dikemukakan semasa perbicaraan, yang telah mendapat liputan media seluruh dunia.

“Di sebalik ini, saya merupakan sasaran mudah untuk mengalih perhatian,” katanya.

Difahamkan, anak lelaki Tan dijatuhkan hukuman pada 10 Feb 2020 oleh seorang majistret di Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Malaysiakini sudah cuba untuk mendapatkan kertas pertuduhan daripada timbalan pendakwa raya, namun permintaan itu ditolak.


(function() { var d = document, w = window; w

Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil. Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan. Tapi berkesankah?

Umno Haramjadah Gags Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil. Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan. Tapi berkesankah? ...