Kembali ke Baling, Kedah di mana pada 1974, saya bersama puluhan
ribu mahasiswa turun ke jalanan dan berdemonstrasi menuntut pembelaan buat
rakyat kawasan tersebut terutamanya golongan petani dan penoreh yang
mengakibatkan saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama
22 bulan.
Saya mengulangi tekad untuk mengangkat darjat golongan kurang
bernasib baik dan mengembalikan maruah dan darjat negara ke landasan tepat,
makmur dan adil.
Saya turut mengemukakan beberapa jalan penyelesaian terkait
kebajikan rakyat, keselamatan makanan dan sektor pertanian sekali gus
menamatkan kitaran kemiskinan.
Antaranya adalah meningkatkan pendapatan dan kebajikan petani
melalui beberapa pelan jangka panjang, memulih dan mengangkat martabat petani,
dasar hijau membanteras perubahan iklim buat petani dan memposisikan semula
petani kembali ke tempat kritikal mereka dalam gambaran yang lebih besar.
Semoga usaha ini mampu mengubah hidup golongan yang memerlukan
bukan sahaja di Kedah tetapi seluruh negara.
Terima kasih Cikgu Azmi, MAPIM dan warga Baling atas penganjuran
majlis ini serta semangat kebersamaan yang ditonjolkan.