LAGI KISAH DEPAN PAGAR ISTANA

RM120 JUTA DALAM AKAUN PMX, SPRM BAWA BUKTI INI DEPAN MEDIA?!

DAHSYAT! EMPAYAR KEKAYAAN TAIB MAHMUD RM 70 BILION?

Mahathir kantoi lagi



MOHD SAYUTI OMAR


Mahathir kantoi lagi

NOTA MALAM  

PDRM dan SPRM menafikan dakwaan Mahathir Mohamad yang dibuat ketika mengadakan sidang akhbar dalam episod untuk membela anak-anaknya semalam, yang mendakwa polis dan SPRM melakukannya sebagai penjenayah semasa menyoal siasatanya dan memburukkan SPRM tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Beliau disiasat selama satu jam ekoran laporan 16 polis berhubung kenyataanya mempertikaikan kesetiaan kaum India ke atas negara ini. Kenyataan Mahathir itu tidak disenang kaum India sehingga beberapa orang pemimpin bangsa itu mempertikaikannya.

Menurut PDRM kenyataan itu diambil di pejabatnya di Yayasan Perdana seperti mana dikehendak Mahathir bukan di Bukit Aman.

Dalam sidang media itu juga beliau membangkitkan isu fitnah kononnya Anwar Ibrahim memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion dan mempunyai akaun simpanan berlainan tetapi ia tidak disiasat oleh SPRM. 

Dalam satu kenyataan dikeluarkan SPRM hari menjelaskan pihak suruhanjaya itu telah menyiasat dakwaan dibuat bekas penolong Bank Negara Abdul Murad Khalid Oktober 1999 itu dengan membuka enam kertas siasatan tetapi tidak menemui apa-apa bukti terhadap tuduhan itu.

Kata kenyataan itu siasatan dilakukan ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Penolong Bank Negara Abdul Murad Khlid telah membuat akuan berkanun pada Oktober 1999 mendakwa Anwar memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion disamping mempunyai 120 akaun bersendirian dimana Murad mengakui dia yang uruskan akaun berkenaan.

Merujuk kepada dakwaan Murad itu Mahathir cuba menyalahkan dengan menempelak SPRM kenapa Anwar tidak disiasat.

Anwar sendiri semasa berbahas dalam satu sidang parlimen ketika menjadi ketua pembangkang mencabar ahli parlimen BN yang membangkit perkara itu untuk bangun berhadapan dengannya secara gentelmen. Malangnya seorang pun ahli parlimen BN tidak berani menyahut cabarannya hanya berani melalak di luar dewan saja.

Dengan penafian PDRM dan SPRM itu menyebabkan bekas PM dua kali itu kantoi dalam masa 48 jam untuk kesekian kalinya dalam usaha ke akhir hayatnya memburuk-buruk Anwar Ibrahim.

Sebagai rekod, akhirnya bekas penolong Gebenur Bank Negara itu mengakui sumpah berkanun (SD) yang dibuat itu adalah atas arahan SPRM ketika itu dimana perdana menteri Mahathir Mohamad yang giat membina naratif menipu rakyat untuk menghalalkan tindaknnya memecat dan membuang Anwar dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri, tanggal 3 September 1998. [wm. 8.12 pm 24/01/2024]

 


[kejutan] MP BERSATU KETUAI JAWATANKUASA TANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT!!


Kerajaan melantik Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal untuk mengetuai jawatankuasa menangani isu kenaikan harga makanan dan kos sara hidup. Menurut laporan Bernama, pelantikan Syed Abu Hussin - pemimpin Bersatu yang baru-baru ini menyatakan sokongan pada kerajaan - diumumkan oleh Anwar semasa satu majlis di Ipoh, Perak awal hari ini. Perdana menteri dalam ucapannya pada majlis itu berkata Syed Abu Hussin akan mengetuai kluster itu di bawah Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (Naccol). ================================================================================== Anwar berkata mereka hanya dijanjikan dengan janji-janji palsu dengan pelbagai langkah "tebuk atap" yang nyata tidak menjadi kenyataan dan memainkan persepsi negatif termasuk isu-isu perkauman. "Mereka diberikan harapan, walaupun saya katakan atap ini bukan atap rumbia tetapi atap konkrit, mereka berpindah dari Dubai ke London dan mereka lupa atap konkrit jauh lebih tebal. "Dan apabila terhakis harapan, orang-orang, Ahli Parlimen yang dijanjikan perubahan akan berlaku ini, seorang demi seorang akan meninggalkan parti mereka," katanya dalam ucapan perasmian penutup di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Ipoh, hari ini. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/694576 2. https://www.malaysiakini.com/news/694579




panas] AKHIRNYA MENGAKU ADA PERGOLAKAN DALAM PARTI BERSATU, PN HALANG AH...


Bersatu perlu mengakui “cabaran dalaman” yang wajar diselesai, kata Wan Saiful Wan Jan selepas enam Ahli Parlimen parti itu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) itu mengingatkan bahawa peralihan sokongan itu berlaku di sebalik ‘sokongan sebulat suara’ kepada kepimpinan parti sedia ada. ================================================================================= Bersatu berhasrat meminda perlembagaan parti bagi menyekat Ahli Parlimennya daripada terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangan Razali Idris, berkata perkara itu menjadi agenda utama Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), malam ini. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...




PM jangka KEB lebih baik berbanding kongres Melayu sebelumnya




Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac ini akan menjadi lebih baik daripada penganjuran kongres sebelumnya.



Katanya, anjuran tiga hari yang dipandu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli itu akan turut menyentuh isu ekonomi bukan bumiputera sebagai sebahagian agenda.



"Saya mahu Malaysia Madani masalah India, Cina, Iban, Kadazan adalah masalah kita dan masalah Bumiputera juga, perlu ditanggani sebagai agenda bersama," katanya menerusi ucapan penggulungan Konvensyen Perpaduan Perak di Casuarina Ipoh, hari ini.



Jelasnya, kelainan yang ada pada kongres itu juga akan menilai dan memperkenalkan beberapa program baharu melibatkan aspek masalah bukan Bumiputera.



"Kita mesti berani berdepan dengan masalah bahawa penyelesaian akan jauh lebih baik daripada kongres sebelum ini," ujarnya.



Terdahulu, Ahmad Zahid berkata KEB akan diadakan pada 29 Feb hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, sebagai usaha menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.



Tambahnya, kongres yang dianjurkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan memberi tumpuan kepada 10 kluster utama, antaranya reformasi pendidikan dan mosal insan, pengukuhan industri halal, ekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan penguasaan teknologi baharu.

 


Tiada kompromi perangi rasuah, tanpa mengira kaum - PM


 

 

Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan bahawa beliau sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah penyelewangan, tanpa mengira latar kaum.



Berucap pada penutup Konvensyen Perpaduan Perak, PM yang juga Pengerusi Kerajaan Perpaduan berkata, biarpun tekadnya memerangi kleptokrasi itu dikritik oleh sesetengah pihak namun beliau menghargai pandangan yang senada dengannya terutama daripada golongan belia.



"Kalau ada anak muda yang tuntut kepimpinan yang tegas menolak rasuah dan penyelewangan saya salute.



"Kerana dalam mana-mana negara mesti terima bahawa negara itu luntur dan terhakis apabila pemuda mula mengambil sikap kompromi terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah," katanya di Konvensyen Perpaduan di Hotel Casuarina Ipoh, hari ini.



Jelasnya, usaha memerangi perbuatan kleptokrasi itu tidak tertumpu kepada mana-mana individu tetapi sebaliknya adalah budaya yang menjadi sebagai sistem yang harus diperangi.



"Padahal kleptokrasi itu adalah sistem yang membolehkan pimpinan menyakau tanpa soal, mengondol kekayaan selama puluhan tahun tanpa ada yang berani untuk menyiasat," ujarnya.



Manakala dalam isu berkaitan siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan individu ternama baru-baru ini Anwar menegaskan beliau tidak mencampuri tugas pihak berkuasa dan tiada apa apa arahan tertentu yang dikeluarkannya.



"Saya tak campur urusan satu persatu sebaliknya arahan kita menyeluruh.



"Siapa sahaja yang dikesan memunggah kekayaan secara haram dahulu, adalah tanggungjawab badan penguatkuasaan sekiranya mereka tegas dan berani (untuk menyiasat) maka kita akan pertahankan mereka," ujarnya lagi.

 

Pengerusi PH Perak mahu gelombang perpaduan menyebar seluruh negara

 

Oleh: Abdullah Zaid



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa anggota parti dalam kerajaan melancarkan gelombang perpaduan ke seluruh negara.



Dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan di Ipoh, Naib Presiden Amanah itu berkata, kerajaan pada ketika ini tidak boleh berasa selesa sebaliknya perlu menzahirkan semangat perpaduan sehingga ke akar umbi.



"Kita tidak boleh berasa selesa, baliklah ke akar umbi (ke dalam masyarakat) kita dengan membina gelombang perpaduan ini.



"Kena kerjasama buat program dan mesyuarat, dan turun ke lapangan juga harus bersama-sama," katanya kepada hadirin di dewan Hotel Casuarina hari ini.



Tambah Mujahid, usaha itu akan dapat memadamkan segala cakap-cakap pihak tertentu yang mendakwa kerjasama perpaduan hanyalah khalayan semata-mata.



"Kita akan terus perpaduan, ini adalah jalan untuk perpaduan negara," tegas beliau.

 

Perpaduan makin kukuh, PN terus 'bercakaran'



 

Oleh: Noraini Nordin



ANALISIS: Saat pembangkang dikhabarkan sedang 'bercakar-cakaran' gara-gara berebut jawatan, Kerajaan Perpaduan terus utuh memperteguhkan lagi perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Ipoh, Perak hari ini adalah satu lagi bukti bawa perpaduan PH-BN bukan sebarangan.



Perpaduan ini amat utuh dan tidak boleh disangkal atau dimomok-momokkan lagi.



Buktinya konvensyen hari ini berjaya menghimpunkan seluruh pimpinan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan peringkat negeri dengan mengangkat tema “Bersama Demi Malaysia”.



Bagi rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian, keharmonian dan kestabilan dalam berpolitik serta hidup bermuafakat, pasti akan menarik nafas lega dengan perkembangan terbaharu ini.



Peristiwa hari ini juga adalah satu lagi catatan manis yang boleh 'menutup mulut' 'tong-tong kosong ' yang masih mengkhayalkan Kerajaan Madani kononnya bakal runtuh.



Fitnah pembangkang tidak laku lagi



Siri-siri fitnah oleh pihak pembangkang juga bakal tidak laku apatah lagi. Cubaan-cubaan 'menebuk atap' Kerajaan Madani pasti tidak akan membuahkan hasil.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_da487b05339f4ad890135681e6fbcc47~mv2.jpeg/v1/fill/w_350,h_239,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_da487b05339f4ad890135681e6fbcc47~mv2.jpeg

Noraini Nordin



Lebih 1,500 perwakilan dari PH-BN menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak memberikan harapan ke arah penyatuan di seluruh negara.



Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN pula menekankan amanat untuk bergerak seiya sekata dalam Kerajaan Perpaduan daripada hierarki tertinggi sehingga ke akar umbi.



Turut menyampaikan ucapan adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



Manakala ucapan penggulungan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Menteri Besar Perak.



Penggulungan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula menetapkan misi tahun 2024, iaitu menyebarluaskan mesej perpaduan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia.



Yang berpakat akan rasai kemenangan



'Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat' - bidalan yang amat bertepatan dengan konvensyen hari ini.



Mereka yang bermuafakat, bersefahaman dan bertoleransi pasti akan menang dalam meniti ranjau perjuangan.



Yang khianat serta suka mengadu domba pasti hati mereka tidak tenang, bahkan lebih mudah kecundang di tengah jalan.



Hari ini rakyat menjadi saksi bahawa PH-BN adalah gabungan yang matang dan mengutamakan negara serta rakyat dalam berpolitik.



Ayuh semua, mari kita bersama berpadu tenaga memperteguh persepakatan untuk memantapkan lagi jalinan perpaduan ke pelusuk negara.



Malaysia Madani adalah agenda mengangkat martabat rakyat. Bersama kita sebar seluasnya mesej Madani, bukan sahaja ke seluruh negara tetapi iuga sehingga ke pentas dunia.



Ayuh terus mara bersama PMX membina Malaysia Madani yang cemerlang.

________________________________________________________________________________

Penulis juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 

[terkini] TIADA YANG BERANI KERANA TAKUT HILANG KUASA! TUNGGANG AGAMA!

MENANTU BALIK KA BELUM?

 

Learey Jabul


Sektor perkhidmatan awam elok jer... Apa yang terjejas nyer?? Bagi penjawat awam, malah dikaji sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA) mereka... Kau masa jadi  PM, ada kau buat?? Tiba2 nak menempek dalam setiap isu konon2 nak bercakap bagi pihak penjawat awam... Poooraaahhh.... Menantu dah balik blom??




MEREKA SEDANG BERANTAKAN


 

MAT JARGON TAK BERANI


 

MISS SALAM DENGAN SULTAN


 

BUDAK TANYA SOALAN DEWASA


Mohd Zarul Al Qasas


Saya pernah tegur benda ini, sehingga dilihat menghina 'ulama'.







Ada seorang ibu(wanita) yang pertahankan..dia kata,


-Biasalah orang ganu (bab bodoh)

-Ilmu seks pun penting juga, apa salah tanya depan-depan.

-Ala budak-budak yang ikut dengar kat masjid tu bukan dengar sangat...tapi sibuk tengok HP..


Akhirnya tak sampai beberapa bulan, kini kita dah nampak hasilnya.



MP ADUN YANG BEKERJA OK. YANG MAKAN GAJI BUTA KO.

 

DKH - KD HARON


Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan Kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada penjawat awam.


Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:


"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah kepada Ahli Politik, iaitu lebih tinggi Elaun daripada gaji!


Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 


Sepatutnya mereka bukan Penjawat Awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.


Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.


Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet: 

1) Gaji asas = RM18,000 

2) Elaun Keraian = RM10,500 

3) Elaun perumahan = RM10,800 

4) Elaun Rakyat = RM10,650 

5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650 

5) Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.


Bayangkan setiap pilihanraya (sekali setiap 5 tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih? 


Ini lebih membazir dan membebankan berbanding Penjawat Awam yang rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983. Jadi pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun). jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.


Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44! 

Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11. 


Ahli-ahli politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.


Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.


*Sila Viralkan Supaya ramai lagi pesara tahu*



PENDAPATAN BERTANI MODEN LEBIH TINGGI DARI GAJI MEDIAN NASIONAL

 

Rafizi Ramli




PENDAPATAN BERTANI MODEN LEBIH TINGGI DARI GAJI MEDIAN NASIONAL


Hari ini (28 Januari 2024), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melawat ke tapak IPR INTAN Tanjung Rambutan, yang kebetulannya berada di dalam Parlimen Tambun. Ini adalah kali pertama PMX melawat tapak IPR INTAN.


Sejak dilancarkan, program basmi kemiskinan melalui pendekatan IPR sering menjadi bahan sindiran segelintir masyarakat.


Ada yang berkata ia bukan baru. Ada yang perlekeh vending machine. Ada yang seolah-olah mahu melihatnya gagal.


Bagi setiap program kerajaan yang ambil pendekatan baru, memang risiko gagal atau terbengkalai itu ada. Apatah lagi yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan aktiviti pertanian.


Saya cuba memahami kenapa beberapa projek pertanian yang melibatkan peserta berpendapatan rendah tidak berjaya seperti yang dirancang sebelum ini.


Ada beberapa punca utama.


Pertama, risiko operasi iaitu apabila tanaman diserang penyakit dan mutu tuaian tidak baik.


Kedua, risiko pasaran apabila harga tidak menentu.


Yang membawa kepada risiko ketiga, iaitu hasil yang dijana tidak dapat menampung kos buruh/masa, kos baja dan operasi.


Kesemua ini mendorong risiko terakhir, iaitu peserta cepat berputus asa. Akhirnya segala bantuan (modal, polybag untuk menanam, baja dan lain-lain) ditinggalkan selepas satu musim (atau belum pun satu musim).


Pendekatan IPR INTAN yang melihat satu tapak pertanian sebagai satu “kilang” cuba menyelesaikan semua risiko ini.


Peserta menjadi pekerja yang menguruskan plot yang telah dibangunkan dengan kaedah pertanian moden dan diberi latihan. Kalau mereka putus asa awal, akan ada peserta baru yang masuk untuk menyambung, seperti pekerja kilang baru mengganti yang telah berhenti.


Kontrak jualan telah diikat dengan pembeli pada harga tertentu, supaya peserta tidak perlu menjual sendiri hasil. Kos operasi telah dimasukkan di dalam keseluruhan perancangan kewangan, bukannya diberikan dalam bentuk modal dan baja kepada peserta. 


Peserta diberi jaminan menerima sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan setiap kali pusingan tanaman, dengan elaun RM600 sebulan dalam 2-3 bulan pertama sebelum boleh dituai.


Semua ini nampak cantik atas kertas. Buktinya hanya diketahui apabila satu pusingan tuaian berjaya.


Jadi saya pun berdebar sebelum ini, sama ada “formula” ini betul-betul boleh berjaya.


Selepas beberapa tapak IPR INTAN sudah mula dituai, saya suka berkongsi bahawa pendapatan bulanan purata yang dijana peserta jauh lebih tinggi dari sasaran minimum RM2,000 sebulan.


Saya kongsikan penyata pendapatan sampel tujuh orang peserta IPR INTAN di Putrajaya. Nama mereka telah dipadamkan.


Ini adalah pendapatan selepas tuaian pusingan pertama setakat Januari 2024 (mula tanam September 2023, mula tuai pertengahan Disember 2023):


Peserta 1 (44 tahun) - RM23,413

Peserta 2 (44 tahun) - RM21,917

Peserta 3 (21 tahun) - RM17,458

Peserta 4 (41 tahun) - RM18,266

Peserta 5 (23 tahun) - RM15,189

Peserta 6 (68 tahun) - RM11,990)

Peserta 7 (61 tahun) - RM18,266


Maknanya, julat tambahan pendapatan bulanan yang dijana bagi setiap kitaran 4 bulan ialah antara RM3,000 (paling rendah) ke RM5,800 (paling tinggi). 


Kerajaan tidak memberi modal tunai atau baja/perkakas seperti sebelum ini. Kerajaan sediakan tapak pertanian moden (dari tanah kerajaan) yang telah dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan moden. Tugas peserta ialah membentuk unit kelompok yang dibimbing oleh pasukan teknikal pertanian moden.


Gaji median pekerja formal (bergaji bulanan) negara adalah RM2,600 (yang meliputi sebahagian besar pemegang diploma dan ijazah).


Pendapatan tambahan hasil pertanian moden IPR INTAN, yang paling rendah (di tapak Putrajaya) adalah RM3,000 sebulan, iaitu lebih tinggi dari gaji median nasional.


Formula pertanian moden untuk membasmi kemiskinan telah berjaya dibuktikan di beberapa tapak di seluruh negara. Amanah saya ialah meluaskan IPR INTAN di seluruh negara dengan segera.


Sasaran kami ialah mewujudkan peluang ini kepada 20,000 peserta di seluruh negara menjelang akhir 2025. 


Ini bersamaan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan dengan membina 200 data centres (yang memerlukan pelaburan beratus bilion kerana kilang moden tidak menggunakan ramai pekerja).


Barulah berbaloi kena kecam jika rakyat dapat melihat sendiri tapak-tapak pertanian moden ini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara.