Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rak...

KURANG TANAH MELAYU


Che Ibrahim


Bila tanah pertanian ditukar menjadi tanah industri, komersial dan perumahan, maka tidak akan terpinggirkah melayu??








Nasihat emas dari seorang mak cik jual pisang di tepi jalan.







Kisah ini ustaz pernah kongsi satu waktu dulu. Ustaz kongsi semula khusus sempena hari ulangtahun kelahiran Nabi saw.


Moga kisah ini beri motivasi untuk kita lebih dekat dan amalkan sunnah nabi saw.


Ceritanya.


Pernah satu hari ustaz konvoi ramai-ramai geng motor. Kalau tak silap dalam tahun 2000 ke 2002 macam tu. Kami ke Negeri Sembilan. Negeri yang terkenal dengan Masak Lomak Cili Api. Fuh, Sedap!


Masa dalam perjalanan, ustaz tak ingat waktu pergi atau balik. Kami lalu satu jalan yang agak sunyi. Kiri kanan penuh hutan. Jalan tu jalan utama la juga, tapi hanya sesekali saja kenderaan lalu.

.

.

Dari jauh, ustaz nampak ada satu gerai jual air tebu. Ustaz pun perlahankan motosikal dan singgah hilangkan dahaga. Kawan-kawan yang lain juga ikut singgah.


Masa tunggu air siap dibungkus, ustaz perasan ada sorang mak cik tua jual pisang. Bersebelahan dengan gerai jual air tu.


Sambil tunggu kawan-kawan lain beli air, ustaz pun borak-borak dengan mak cik jual pisang ni. Setakat nak berbasa-basi.


“Mak cik berapa pendapatan makcik jual pisang ni?”


Dalam fikiran ustaz, berapalah sangat hasil jualan yang mak cik tu boleh dapat. Tambahan pula jalan itu agak sunyi. Kenderaan laju, mesti tak ramai yang singgah.


Mak cik tu jawab,

“Alhamdulillah, tak banyak. Boleh la…”


Mulanya dia tak nak bagitahu berapa pendapatan hasil jual pisang tu. tapi bila ustaz tanya beberapa kali, mak cik tu pun jawab jumlah yang tepat.


 “Alhamdulillah… kadang-kadang dapat 3,000 sebulan. Kadang-kadang dapat 7,000 sebulan. 


Allahuakbar.


Ustaz betul-betul tak sangka pendapatan mak cik tu mencecah ribuan ringgit hanya dengan jual pisang tepi jalan yang sunyi macam tu. Kalau di tengah bandar, tak mustahil la macam tu.

.

.

Kagum dengan hasil jualan mak cik itu, ustaz pun tanya lagi.

.

“Mak cik, apa amalan mak cik sampai boleh dapat duit banyak macam tu? Kongsi la sikit dengan saya. Saya pun nak murah rezeki macam mak cik.”


Apa mak cik tu jawab,


“Ekau ni bodoh!”


Aduh, belum apa-apa mak cik tu dah cakap ustaz bodoh. Suka hati dia saja cakap macam tu. Tapi ustaz senyum saja. Orang tua-tua kan. Layankan saja apa dia nak cakap.


Kemudian mak cik tu sambung.


“Ekau selawat ja lah pada Rasulullah SAW. Kalau ekau selawat sekali, Allah akan selawat 10 kali. Kalau Allah dah selawat 10 kali pada ekau, mustahil pada hari tu ekau akan jadi orang kecewa. Mustahil Allah akan jadikan kau gagal. Mustahil ekau akan sedih pada hari tu.”


Allahuakbar.


Kata-kata mak cik tu macam peluru yang ditembak tepat ke hati ustaz. Bertubi-tubi. Macam bagi tazkirah pun ada. Apa yang mak cik tu cakap sangat kena dengan satu hadis nabi saw.


“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)


Benarlah apa yang mak cik tu cakap. Sekali kita berselawat kepada Nabi, Allah akan berselawat kembali sebanyak 10 selawat. Sesorang yang mendapat selawat dari Allah, bermakna dia mendapat banyak kebaikan dari Allah Taala.


Hadis ini selalu ustaz dengar di kuliah-kuliah agama. Tapi entah Kenapa, bila mak cik ni yang cakap, terus melekat dalam hati. Mungkin dia benar-benar ikhlas berkongsi ilmu. dan mungkin juga dia dah benar-benar amalkan dengan penuh keyakinan.

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah.


Masa tu ustaz termenung panjang. Ustaz belajar sesuatu hari itu. Bahawa rezeki bukan semata-mata datang dari usaha kita yang nampak di mata, tapi ada rahsia yang Allah simpan. Antara rahsia terbesar: berselawat.


Selawat ni besar ganjarannya. Ustaz kongsikan Beberapa hadis lain tentang kelebihan selawat. Moga kita lebih semangat beramal dengannya.


1. Allah gandakan rahmat kepada kita


Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali."

Riwayat Muslim dan Abu Daud.

.

.

2. Menghapuskan dosa & mengangkat darjat


Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, menghapuskan daripadanya sepuluh kesalahan, dan mengangkat untuknya sepuluh darjat." Riwayat Ahmad, al-Nasa’i,

.

.

3. Menjadi sebab syafaat Nabi SAW


Nabi SAW bersabda:

"Manusia yang paling berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

Riwayat Tirmizi.

.

.

4. Doa lebih mudah diterima Allah


Ubay bin Ka‘ab RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Jika begitu (engkau perbanyak selawat), maka dicukupkan bagimu segala keperluanmu, dan diampunkan dosa-dosamu." Riwayat Tirmizi.

.

.

5. Mendekatkan kita dengan Nabi SAW di akhirat


Nabi SAW bersabda:

"Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." Riwayat Tirmizi

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah. 


Sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini, marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya. Jadikan ia zikir harian.


Ustaz sendiri cuba praktik, bila naik motor, bila tunggu lampu isyarat, bila duduk seorang diri bibir basah dengan selawat.


Jom pujuk hati.


Kalau nak rasa tenang, banyakkan selawat. Kalau nak rezeki luas, banyakkan selawat. Kalau nak hidup tak kecewa, banyakkan selawat.  Pada hujungnya, yang kita harapkan bukan saja rezeki di dunia, tapi syafaat baginda Nabi SAW di hari akhirat nanti.


Salam Maulidurrasul 1447H,

Selawatlah, nescaya hidupmu jadi berkat.


#UstazHanafiMalek




YANG BERCAKAP BUKAN BUKAN.. JANGAN SAMPAI DAOAT DOSA QAZAF.. DOSA BUTA SAJA.

 


Netizen Indonesia puji layanan hospital Malaysia, ajak warga Indo pindah negara

 



Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap layanan hospital di Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri.

Kata individu itu, di negara ini perkhidmatan perubatan diberikan kepada semua pesakit tanpa mengira asal usul.

“Anda tahu Malaysia seperti apa? Kita pergi ke hospital besar, perkhidmatannya luar biasa dan saya sangat tabik.

“Mereka melayani sepenuh hati, hospitalnya megah, layanannya luar biasa untuk rakyat. Saya betul-betul tabik melihat bagaimana kerajaan Malaysia menguruskan segala aspek dan keperluan masyarakat.


“Tak kisah kita orang mana, orang Indonesia ke orang asing, tak penting. Yang penting dia berkhidmat sepenuh hati,” katanya.

Katanya lagi, perkhidmatan dan layanan yang diberikan di pusat perubatan di negara ini tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan hospital di negaranya.


Di sana katanya, rakyat yang mahukan akses perubatan dilayan seperti pengemis.

“Jauh beza. Di negara sendiri, kita di hospital itu seperti pengemis, seperti tiada harga. Saya tak boleh berhenti berfikir. Semakin saya membandingkan, hospital besar Malaysia dengan hospital kami di Indonesia tiada apa-apanya,” ujarnya.

Malah, individu itu sempat mengajak warga Indonesia untuk berpindah ke Malaysia demi kehidupan lebih baik.

“Kepada anda warga Indonesia, nasihat saya segera pindah negara. Kahwin dengan orang Malaysia. Kalian boleh jadi senang. Berhenti jadi orang indonesia,” tambahnya.




PUJA BINTANG TIGA - QUNUT NAZILAHKAN ORANG | Ucapan Merdeka - MB Sanusi ...

Buat ceramah berunsur hasutan, polis tahan Chegu Bard



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun menahan seorang aktivis politik yang juga Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Chegu Bard malam tadi.


Ia susulan dakwaan pemimpin pembangkang itu menyampaikan satu ceramah berunsur hasutan yang tular di media sosial.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar, pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik di akaun TikTok Edume @4mrankiamat, memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Chegu Bard sedang menyampaikan ceramah berunsur hasutan.

Katanya, siasatan berhubung penularan video tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejurus laporan polis diterima.


Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Susulan itu pada 5 September jam lebih kurang 10.25 malam, PDRM telah menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai sebagai penceramah dalam video berkenaan bagi membantu siasatan.


“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pagi ini.

Polis pada masa sama menegaskan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga menyebabkan kegentaran awak serta mengganggu keharmonian masyarakat di Malaysia.




RAKYAT DAPAT RM100 - MB DAPAT GAJI RM178K | Isham Jalil - Masuk PAS aut...

MALAYSIA NAK BELI SU-57

RUGI JIKA TAK DENGAR UCAPAN WAN MAHUSSIN NI,PANAS,YANG BIDAS PAS

Keputusan BN akan beri laluan Warisan menang besar di Sabah

HAKIM KORUP? PAPAGOMO DIBEBASKAN APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?



Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menyebut kata-kata menghasut antaranya mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat dua tahun lalu. Hakim, Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Wan Muhammad Azri, 42. Pada 8 Januari 2024, lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sir Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut di Facebook atas nama Halid Hamidi (Halid Mat Kool) pada jam 1 petang 8 November 2023. Kenyataan itu dilihat oleh seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan terhadap Wan Muhammad Azri.







USTAZ WADI NI BUKAN MACAM LEBAI PAS DOK FITNAG ERITA POLITIK. KENAPA MB NAK BATALKAN.

 

PN TAKDE MODAL

CERAMAH BATAL PUN TUDUH MB





PN claim pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar di Sendayan, Negeri Sembilan kononnya MB Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin) suruh batal ceramah tersebut. Kenapa mudah sangat PN buat tuduhan? Bukti apa PN ada sampai nak claim DS Aminuddin batalkan ceramah Ustaz Wadi?


Takkan setiap kali ada benda tak kena dengan perancangan PN semua nak tuding jari? Padahal MB pun tak tahu pasal ceramah tu sebab ianya bukan dibawah anjuran Kerajaan Negeri. Hakikatnya, keputusan pembatalan ceramah tu adalah dari pihak masjid & MAINS. Tiada kaitan dengan kerajaan negeri atau MB.


Kalau ye pun nak berpolitik, jangan la main hentam suka hati! 

#fypchallenge 

#PN #ceramahustazwadi



PUNYA LA KELAPAQ NAK KE UMNO...LEKEH LA AIHHHH..

 Perantau Cari Rezeki




Hari-hari pujuk UMNO supaya UMNO bergabung dengan PAS..Hai pemimpin PAS Fadhli Shaari,PAS ingat UMNO tu bodoh kah nak khianati PAS kedua kali.Sedar tak PAS...Sebelum PRU15 PAS tinggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional kerjasama dengan PN "PERIKATAN NASIONAL" kononnya nak ambil nyawa dari "PN" nak jadi kerajaan, PAS anggap kononnya UMNO tak ada harapan kerana kes Najib. 


Akhirnya UMNO yang jadi sebahagian dalam kerajaan, nama UMNO semakin pulih di mata rakyat, kini PAS tak habis-habis pujuk UMNO kembali bersama PAS.PAS memang tidak tidak setia pada kawan kerana nak berkuasa melalui tebuk atap dan khianat kawan.




JANGAN JADI HAMBA IBLIS




 Walaun 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 ni, bila ada orang mereka kena tahan kerana 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, terus nak kaitkan dengan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Dia ingat kebebasan bersuara tu sama macam 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Nak bebas bersuara, silakan. Nak kritik kerajaan pun, silakan. Ramai je yang kritik kerajaan. 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱, dan 𝗢𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗯 misalnya. Ada kena tangkap tak mereka ni? Mana pernah kena usik pun.


Sebab mereka kritik dengan fakta! Bukan memfitnah. Tak macam walaun dan lebai. Main ikut sedap mulut je bercakap. Tapi tak pernah beri bukti. Dari yang MB sampai ke machai, macam tu semua.


Kalau memfitnah tu tak boleh ambil tindakan, cuba walaun bayangkan kalau orang reka cerita yang 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗽𝗼𝗿𝗻, atau cerita 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴, atau Samsuri 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗷𝗶𝗻. Nak biarkan?


Tentulah tidak. Takkan nak dibiarkan fitnah. Lainlah kalau perkara berfakta contohnya 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 masa jadi duta khas dulu ataupun Samsuri dan Sanusi 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶. Yang itu tak apa sebab itu cerita berfakta.


Begitulah. Pemimpin PN terutamanya PAS. Memang 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Sebab tu rasanya dah 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 pemimpin PN yang kalah saman fitnah.


Jadi walaun tak payah nak 𝗮𝗰𝗮𝗵-𝗮𝗰𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗶 bila kena tahan. Kalau tak nak ada masalah dengan pihak PDRM, jangan sebab fitnah. Tu je. Bukannya susah sangat pun nak buat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KISAH PALATAO DI SABAH.....

 

Dalam kolum saya minggu ini, saya ulas tujuh faktor pendorong dan/atau proses sosiobudaya serta sosiopolitik yang melahirkan gejala "palatao". 







Tujuh pendorong itu sebahagiannya angkara media sosial: bias algoritma, ruang gema, ketagihan, rosot otak dan mudah percaya. Sementara faktor sedia ada: kurang berfikir dan malas mengkaji sendiri. 


Bertajuk "Isu Zara dan krisis politik palatao", tulisan itu ditutup dengan kesimpulan (belum diedit): 


Media konvensional pula sering menapis maklumat, suka mengangkat suara kerajaan, hanya memperelok citra pemimpin kerajaan dan jarang sekali membenar suara kritikan. 


Namun, sejak muncul media internet, desas-desus itu bergerak sepantas kilat, lalu diyakini ada asasnya. 


Sama ada angin bertiup atau binatang yang menggegarkan pokok, orang ramai masih berpegang "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Desas-desus dianggap pasti ada kebenaran. 


Dari sini bermulalah kitaran "palatao" yang mudah menghasut orang ramai yang suka menelan bulat-bulat, tanpa usul periksa lagi. 


Sistem pendidikan pula, selama ini, memang menjurus ke arah menyuap maklumat kepada pelajar dan kurang orientasi berfikir atas kekuatan akal sendiri, apatah lagi seni berfikir kritikal dan kreatif. 



Fathi Aris Omar


Maka dari satu generasi ke satu generasi, lahirlah masyarakat yang tidak mampu berfikir jernih atas apa sahaja sogokan maklumat. 


Gejala "palatao", dicampur krisis mudah percaya membuta tuli, boleh memporak-peranda bangsa kita. Keraguan yang tidak munasabah sukar sekali dipadam. 


Semua penafian dianggap usaha menyorok kebenaran dan tidak mungkin dipercayai lagi. 


Penjelasan dan fakta terus-menerus dipertikai walau tiada asas untuk meraguinya. Wibawa maklumat retak berderai. Seterusnya ia mengganggu proses berfikir kolektif bangsa kita. 


Sebaliknya, cerita palsu dan maklumat terseleweng akan membentuk naratifnya sendiri. Ia kemudian membina sistem pengetahuan palsu, proses berfikir palsu dan binaan kebudayaan palsu. 


Struktur binaan pengetahuan yang rapuh ini tidak mungkin mampu menegakkan bangsa dan negara yang kuat, sebaliknya bangsa dan negara "palatao". 


Di situ nanti, kita akan mulai sedar media sosial tidak banyak gunanya kepada bangsa yang lemah. 


Media sosial sekadar alat eksploitasi syarikat gergasi asing untuk mengumpul kekayaan atas kesengsaraan bangsa pengguna!


(JEMPUT BACA apabila diterbitkan hari ini atau esok di portal Malaysiakini BM)




HANAG JAGA BEKAM HANG SAMPAI MONGGOLIA BARU ULAS BAB EKONOMI DUNIA.

 Alif Jamil


Bila tokey bekam nak ulas bab ekonomi 😂





Abam rasa , skrg ni dah sampai masa Pakar² ekonomi dari Bank Dunia letak jawatan atau pencen dari perkhidmatan. 


Lantik je si tokey bekam ni jadi pakar ekonomi dibawah Bank Dunia..


In shaa Allah seluruh negara akan menjadi maju seperti terengganu & kelantan 🤲



PEPERANGAN

 


Mohammad Rozaimi





Dalam satu foto, wajahnya penuh gagah, seorang askar muda, berbaju seragam, tenang dan teguh. 


Di sisinya seorang wanita, yang matanya menyimpan harapan tentang masa depan.


Mereka kelihatan pasti, seperti dunia ini akan terus berjalan tanpa masalah.


Namun 11 bulan merubah segalanya. Dia pulang, tetapi bukan lagi sebagai lelaki yang sama. Tubuhnya tinggal tulang, wajahnya ditarik derita, matanya kosong menanggung cerita.


Wanita yang sama masih ada di sisinya. Tetapi kali ini, bukan untuk memeluk kekuatan, hanya untuk menjaga rapuhnya jiwa ibarah pecah seribu rotan.


Dia masih bernafas. Tapi hidup dan sekadar terselamat adalah 2 perkara berbeza.


“Di sana tiada langit,” bisiknya. Hanya lantai konkrit, air dingin membeku kulit dan bayang manusia tanpa nama.


Malamnya bukan dihitung dengan jam, tetapi dengan bayang-bayang.


Dan apabila pulang, perang itu masih bersamanya.

Gelap membuatnya menggigil, bunyi tiba-tiba membungkamnya dan di cermin dia melihat bukan dirinya, tetapi tahanan yang pernah dipaksa jadi.


Wanita itu cuba meraih jiwanya, dengan cinta, dengan sentuhan, dengan kehadiran.


Tetapi dari balik pintu terkunci dalam dirinya, jawapannya sentiasa sama. “Jangan masuk, aku masih belum keluar dari sana.”


Begitulah perang. Ada yang pulang dengan parut di tubuh. Ada yang pulang dengan parut di jiwa.


Sebahagian luka tidak berdarah, tetapi tetap menyakitkan. Sebahagian peperangan tidak bersenjata, tetapi tetap memusnahkan.

.



TOKOH MAULIDURRASUL 2025

 




😮 Siapa sangka Khairulaming pun terima Anugerah Maulidur Rasul tahun ni!


Bukan dia sorang ja.. ada ramai lagi tokoh hebat lain yang diiktiraf ✨


🏆 Tan Sri Abdul Rashid Hussain: Tokoh Perdana (Pengerusi Tabung Haji, banyak bina masjid)


💼 Khairul Amin (Khairulaming): Usahawan & influencer berjaya, aktif buat kebajikan


📖 Syeikh Wazir Che Awang: Tokoh pondok & ulama Kelantan.


🚒 Ismail Abdul Ghani: Penolong Pesuruhjaya Bomba, wira operasi tanah runtuh Cameron Highlands.


🌟 Dayang Nur’ Maisarah: Belia Harapan, perjuang suara generasi muda.


🎬 Usamah Zaid Yasin: CEO Wau Animation (pencipta Ejen Ali!)


🌹 Ardini Angeline Tan: Pelakon & ikon mualaf cemerlang.


🌙 Sempena Maulidur Rasul 1447H, kita raikan insan-insan yang bawa kebaikan & manfaat buat masyarakat. Moga jadi inspirasi untuk kita teladani akhlak Nabi Muhammad SAW 🤲


📷 Infografik: Bernama.

info Sumbangan Tokoh: Pakde godek2 di Internet apa sumbangan Mereka. Alhamdulillah!!


#SalamMauliduRRasul!





Luahan anak didik doktor pakar patalogi - Muhammad Na'im Ab Razak







Saya lihat, banyak kecaman dibuat terhadap Saksi pertama Inkues Zara Qairina. Tapi, hati saya benar-benar terluka apabila seorang kenalan, yang pernah makan bersama saya, sanggup menghina guru yang saya hormati.


Saya tidak akan sesekali menerima jika guru saya dihina dengan panggilan biadab seperti “pantatlogi.” 


Guru saya, seorang pakar forensik hebat yang  mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang perubatan forensik termasuk 27 tahun sebagai pakar. Dialah orang yang membangunkan Jabatan Forensik di Sabah. Dahulu, beliau berseorangan menjelajah seluruh Sabah untuk melakukan bedah siasat mayat dalam kes jenayah atau berprofil tinggi.


Hari ini di Lahad Datu, esok di Sandakan, lusa di Labuan—itulah rutinnya sehinggalah perkhidmatan forensik di Sabah berkembang maju. Daripada seorang pakar solo, akhirnya ramai pakar dan pegawai forensik dilahirkan serta dilatih oleh beliau. Majoriti pakar forensik dan pegawai perubatan forensik di Sabah, termasuk saya sendiri, adalah anak muridnya.


Beliau yang mengajar saya tentang kepentingan autopsi dalam mencari keadilan buat si mati, sebagai suara terakhir mewakili mereka yang sudah tiada. Beliau juga yang mendidik saya untuk kekal rendah hati walaupun saya berwatak kasar, dan beliau jugalah yang melatih saya cara bercakap di mahkamah ketika inkues atau memberi keterangan.


Bayangkan, walaupun beliau seorang pakar dan legenda, setiap kali kami melakukan bedah siasat, beliau tetap bertanya pandangan saya: “Kamu rasa, apa penyebab itu dan ini?” Saya tahu beliau sudah ada jawapannya, tetapi dia mahu melatih saya supaya berfikir dan berkembang.


Walaupun bukan Islam, akhlaknya sangat terpuji. Beliau tidak pernah meninggikan suara, tidak pernah berbangga dengan pangkat JUSA, dan tidak cerewet soal makan minum atau tempat tinggal ketika bertugas. Jika ada masa, saya bawa beliau makan di kedai, tetapi kebanyakan masa kami hanya makan di bilik mayat. Perbuatannya penuh tertib dan dia sangat tenang. Riak wajahnya lembut dan saya tenang berbual seperti seorang rakan dan bukan antara bos dan anak buah.


Kadang-kadang saya terserempak beliau membeli bunga lewat malam di Pick N Pay untuk disedekahkan. Beliau juga sering membelanja kami. Beliau sangat sensitif dengan urusan jenazah Islam dan akan berusaha sedaya upaya memudahkan urusan terakhir. Malah, di jabatan yang diterajuinya, bedah siasat kadangkala dilakukan pada waktu malam agar jenazah Muslim dapat segera dikebumikan. Saya sendiri tidak mampu melakukannya seperti beliau. Beliau juga peka dengan keperluan staf Muslim, daripada waktu solat hinggalah soal makanan halal.


Kerana beliau, saya begitu mengidolakan bidang forensik hingga menulis novel fiksyen forensik untuk meluahkan kekaguman terhadap disiplin ini. Jika bukan kerana saya sudah melangkah dalam bidang kepakaran kecemasan yang menjadi cita-cita sejak zaman universiti perubatan, pasti saya akan menyambung pengajian sarjana dalam bidang forensik.


Walaupun beliau seorang pakar ternama, kerendahan hatinya luar biasa. Ketika timbul kes kematian disyaki akibat sengatan obor-obor di beberapa negeri, beliau meminta pandangan saya. Malah, beliau dan pasukannya menjemput saya untuk berkongsi ilmu tentang bedah siasat dan cara mengurus serta menganalisis spesimen kesan sengatan obor-obor.


Maaflah. Saya lebih rela kehilangan seorang kawan daripada melihat guru yang saya cintai dihina dan dimaki sebegini. Entah apa motif dan matlamat ‘justice’ yang dilaungkan jika sebegitu ramai orang tidak bersalah difitnah, dihina, direndah-rendahkan martabat dan dicaci-maki.


Duhai Tuhan yang tidak pernah tidur, tunjukkanlah kami jalan kebenaran, jalan yang kau redai dan angkatlah keadilan dan kebenaran yang sebenar.


Muhammad Na'im Ab Razak



KEH KEH KEH

 


AJARAN PARTI PAS... MAKI HAMUN KERAJAAN. #PDRM JANGAN BIARKAN CELAKA NI.

 


FAHMI... ORANG MACAM NI LA KENA AMBIL TINDAKAN. DIA TAK OAHAM PUN TAPI TETAP NAK BUAT KONTEN.


 

OTAK TAK BERFUNGAI..


 

PUNYA PELAQ OOOOO

 


INI LAH KERJA WALAUN KA LEBAI PAS TAK TAU...BAGI DUIT FITNAH KERAJAAN.


 

NI LA NASIB KALAU PAS PERINTAH...INI CONTOH PENTADBIRAN PAS.


 

BETUL LA TU..



NI BUKAN USTAZ NI...NI MUSANG.

Ustaz Al Asri



 Korang tau berapa kes yang dah dilaporkan dan dibicarakan tahun ini melibatkan institusi agama dan individu yang ada gelaran agamawan tahun ini sahaja?


5 kes.






Berapa mangsa?


12 mangsa, kesemuanya di bawah umur. 


Itu yang dilaporkan dan didakwa. Berapa ramai pula mangsa yang diam atas alasan apa sekalipun? Itu tahun ini sahaja. Tahun-tahun sebelumnya?


Ada mana-mana ahli politik atau agamawan yang bersuara? 


Tak ada tentuan. Semua senyap membisu. Sepi tak ada bunyipun. Seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku, tidak ada apa yang perlu dirunsingkan. 


Dan ibu-bapa tetap memperjudikan anak-anak kecil mereka dengan menghantar mereka di tangan golongan ini. Kerana dulu sewaktu muda  setan, anak-anak mereka dipertaruhkan untuk menyelamatkan mereka di akhirat nanti. 


Dumbass. 


Semua ini dari ahli politik, agamawan dan mak bapak yang memejamkan mata bodo namapos. 


Yes, you heard me right. 


Bodo namapos. 


Nak marah makcik marahlah. I don't give a shit.




TUUU DIAAA..

 

Ustaz Al Asri


Kenapa D7 yang tangkap Bard??


D7 ni kes kongsi gelap bukan hasutan.





NAK TENGOK JADI LEMAU MACAM SG4 PILIH LA PUAK PUAK NI.

 Azim Balas


ANGAN-ANGAN MAT JENIN PAS NAK TADBIR NEGARA....



PAS tak payah nak berangan tadbir negara kalau pentadbiran SG4 di negeri bawah pemerintahan PAS pun gagal. Kalau ikutkan pembangunan di Kedah, Terengganu dan Perlis semuanya berlaku masa kerajaan BN dulu bukan hasil daripada pemerintahan PAS sekarang.


Masa PAS dalam kerajaan PN pun tak membantu rakyat dan takda usaha nak selesaikan masalah kenaikan harga barang. 


Lepas tu berangan nak tadbir negara dan gunakan isu rakyat untuk jatuhkan kerajaan sekarang. Sudah-sudahlah nak kelentong dan tunggang masalah rakyat kalau takda usaha nak selesaikan.


Projek SG4 pun dah gagal dan jangan nak jahanamkan negara pulak!


#SG4

#PASGagal

#PartiAjaranSesat




BOLEH JADI KALAU KAKI FITNAH KERAJAAN BIARKAN.TU SAJA.

 


Hari tu aku ada tertonton video yang dikongsi oleh kawan aku. Video 𝗺𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 yang cakap rusuhan di Indonesia 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.


Aku baca 𝘤𝘢𝘱𝘵𝘪𝘰𝘯 pun dah meluat dah. Aku pun 𝘴𝘬𝘪𝘱 video tu. Jadi posting ni 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 untuk video mamat saham tu. Aku cuma guna konteksnya je.


Betul ke kejadian di Indonesia tu boleh ataupun bakal berlaku di Malaysia?


Kalau kita tengok, antara punca rakyat protes adalah isu wakil rakyat 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 sedang rakyat sedang dihimpit kos sara hidup yang tinggi.


Adakah itu berlaku di Malaysia? 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸! Wakil rakyat kita tak dapat elaun ekstra pun. Bahkan PM kita 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗴𝗮𝗷𝗶 manakala gaji menteri 𝗱𝗶𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 20%.


Kos sara hidup kita pun stabil. Faktanya, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 kita pada 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 (1 - 2%). Malah harga barang keperluan seperti 𝗮𝘆𝗮𝗺, 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿, 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 telah 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 berbanding pentadbiran sebelum ini.


Isu kedua yang jadikan rakyat di sana 𝗺𝗲𝗿𝘂𝘀𝘂𝗵 bila ada 𝘳𝘪𝘥𝘦𝘳 𝙤𝙟𝙚𝙠 yang 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 apabila dia dilanggar oleh kenderaan polis.


Adakah kejadian itu berlaku di Malaysia? Tidak! Malah 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗴𝗶𝗴 kita 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 oleh kerajaan dengan pembentangan akta baru.


Berita akta baru ini 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗶𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀 di sana kerana mereka mahu kerajaan mereka buat apa yang kerajaan kita buat sekarang.


Turut tersebar berita harga petrol RON95 yang 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶. Juga berita bantuan RM100 yang diberikan kepada setiap individu yang berumur 18 tahun ke atas.


Begitu banyak perkara baik yang telah dilakukan oleh kerajaan. Takkanlah usaha baik begini pun rakyat nak protes? Rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶.


Macam 𝘀𝗲𝗲𝗸𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗡 yang beriya mahu akta pekerja gigi itu 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹! Si bangsat yang mahu kapitalis terus memeras rakyat terbanyak.


Cerita rakyat terhimpit ni hanya 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗿𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 yang bertujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan yang banyak membantu.


Hakikatnya, ketika lebai memerintahlah rakyat begitu teruk terseksa sehingga 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿. Tapi biasalah lebai bukan pernah sedar diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KERAJAAN PAS IKTIRAF UEC

Adrian Lim.






Semasa persidangan DUN Selangor diadakan pada bulan Mac dan April tahun 2016, seorang ADUN pembangkang daripada UMNO telah bertanyakan Kerajaan Selangor tentang status pengiktirafan UEC pada ketika itu.


Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan dianggotai oleh 3 orang EXCO PAS telah menjawab sedemikian:


“Kerajaan Selangor pada 21 Oktober 2015 telah bersetuju agar UEC diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INSPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan.”


MB Selangor pada ketika itu merupakan:

1. Azmin Ali


Tiga anggota EXCO PAS pada ketika itu merupakan:

1. Ahmad Yunus Hairi

2. Iskandar Abdul Samad

3. Zaidy Abdul Talib


Kini……


1. Azmin merupakan Ketua Pembangkang dan calon MB Selangor untuk Perikatan Nasional.

2. Ahmad Yunus Hairi merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.

3. Iskandar Abdul Samad merupakan bendahari PAS Pusat.

4. Zaidy Abdul Talib telah dikalahkan dalam PRN 2023.


Tahniah Azmin (Ketua Bersatu Selangor) dan PAS kerana bersetuju mengiktiraf UEC ketika berkuasa sebagai Kerajaan Negeri Selangor.



LAMA DAH..TAPI ORANG TETAP PERSOALKAN MENTERI PUNYA KUASA TAPI LAMBAT JALANKAN TUGAS.TAK KAN NAK JADI NEGARA FITNAH KITA BARU NAK KALUT


 

SEPATUTNYA KERJA MAJLIS MENANGKAP NK BUKAN KERJA SAMBILAN SAHAJ.. OPERASI PALING LEKEH 1 BULAN SEKALI

 Penang Press


Risau 😔Cakap Salah Tak Pun Cakap Nanti😩








Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas diserang dan digigit seekor anjing ketika bermain basikal di jalan berhampiran rumahnya di sebuah taman perumahan.


Rakaman berdurasi 11 saat yang kini tular di media sosial memaparkan kanak-kanak terbabit bergelut dengan anjing itu beberapa ketika sebelum berjaya melarikan diri