Netizen Indonesia puji layanan hospital Malaysia, ajak warga Indo pindah negara

 



Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap layanan hospital di Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri.

Kata individu itu, di negara ini perkhidmatan perubatan diberikan kepada semua pesakit tanpa mengira asal usul.

“Anda tahu Malaysia seperti apa? Kita pergi ke hospital besar, perkhidmatannya luar biasa dan saya sangat tabik.

“Mereka melayani sepenuh hati, hospitalnya megah, layanannya luar biasa untuk rakyat. Saya betul-betul tabik melihat bagaimana kerajaan Malaysia menguruskan segala aspek dan keperluan masyarakat.


“Tak kisah kita orang mana, orang Indonesia ke orang asing, tak penting. Yang penting dia berkhidmat sepenuh hati,” katanya.

Katanya lagi, perkhidmatan dan layanan yang diberikan di pusat perubatan di negara ini tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan hospital di negaranya.


Di sana katanya, rakyat yang mahukan akses perubatan dilayan seperti pengemis.

“Jauh beza. Di negara sendiri, kita di hospital itu seperti pengemis, seperti tiada harga. Saya tak boleh berhenti berfikir. Semakin saya membandingkan, hospital besar Malaysia dengan hospital kami di Indonesia tiada apa-apanya,” ujarnya.

Malah, individu itu sempat mengajak warga Indonesia untuk berpindah ke Malaysia demi kehidupan lebih baik.

“Kepada anda warga Indonesia, nasihat saya segera pindah negara. Kahwin dengan orang Malaysia. Kalian boleh jadi senang. Berhenti jadi orang indonesia,” tambahnya.




No comments: